Secara jujurnya aku sangat mengantuk pada saat ini, tapi rasanya aku sempat untuk update satu dua blog sebelum aku terlelap seketika. Ya. Aku nak update bayaran terkini yang aku terima dari program Text Link Ads. Program yang aku rasa sendiri sakit kepala untuk buat duit. Aku yakin masih ramai lagi yang sakit kepala dengan program ni, bukan? Hoho..

Satu tips untuk blog korang diluluskan oleh marketplace TLA adalah blog korang mesti ada PR3. Mungkin tak banyak yang ada blog PR3 bukan dan tak ramai yang sanggup mengorbankan blog korang untuk program jual beli link macam TLA ni, tapi inilah risiko yang kita perlu tanggung untuk bermain dengan program TLA. Jika korang sanggup kehilangan pagerank untuk blog yang mempunyai PR3 dan ke atas, korang boleh mula bermain dengan program Text Link Ads ini. Tapi jika korang rasa korang sangat sayang dengan blog korang tu, jangan gatal-gatal nak buat duit dengan program sebegini. Seandainya blog korang kehilangan pagerank, sekali lagi aku kata. Jangan salahkan aku. Aku dah tegur banyak kali bab ni. Tapi masih ramai yang endah tak endah aje. Bila hilang pagerank, mulalah menangis tak berlagu.. rilek. Tanpa PR yang tinggi pun, kita masih ada banyak program buat duit yang sesuai untuk kita cuba.
Apapun, korang boleh cuba jika mahu. AKu tak memaksa dan aku juga tidak menghalang. Semuanya terpulang pada kehendak korang sendiri. Aku cuma promosi program ini sahaja sebab jika ada salah seorang downline aku yang berjaya jual link di blog mereka, aku akan dapat komisen dari situ. Kira oklah kan? Ada hasil sedikit. Kalau tak, penat aje aku promosi benda ni dari dulu sampai sekarang. Ya, kita ada 2 cara untuk buat duit dengan TLA ni. Satu, melalui jual link di blog kita. Dan yang kedua adalah melalui program affiliate TLA. Itu sahaja.
Dah. Pi la daftar TLA kat sini >> Text Link Ads Official Website
Ps: Ok. Waktu untuk tidur. Babai..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen kedua dari Intellilinks | Komisen ketiga dari Dapatwang.com »


























Skrg ni ak masih dpt USD 15 walaupun ak dh lame x update portal tu (ak x suka update joomla. Renyah…) dan PR pun dah jadi 0 (tak tau la sbb kntoi ngan google atau sebab lama x update). Ak pun pening kepala kenape die nk beli lg link kat portal tu.. Dah 8 bulan dah… haha.. pening..pening.
Jimmy. Memang macam tu. Blog ni pun dulu masa ada PR, memang dapat advertiser kat tla, lepas jadi pr0, advertiser tetap ada. Sebab tu aku suka sebab kebanyakkan advertiser tak lari punya. Mungkin diorang ada sebab untuk stay..
XploR. Mudah-mudahan. Hehe..
knightblogger. walaupun itu bukan hujah yang konkrit, tapi itulah yang biasanya aku dan blogger lain gunakan sebagai guidelines untuk program tla nih..
naz. Boleh aje. Janji cukup syaratnya. Aku rasa tak ada masalah. Cuma dapat atau tak advertiser, itu kita tak tahu. Tapi biasanya blog PR3, memang disukai oleh advertiser-advertiser kat tla nih..
Blog PR2 aku pun tak dapat lagi sales dari TLA. Dulu blog earncent ni PR3, time tu memang banyak dapat advertiser, sekarang dah makin kurang sebab blog ni PR0. Tapi masih ada beberapa advertiser yang setia. Terima kasih pada mereka. Hehe..
Kan best kalau diorang ikut alexa rank sekali..
GM. Memang susah sikit. Kena 2 kali tunggu google update kadang-kadang baru dapat cecah PR3. Nak maintain PR3 pun dah cukup pening kepala..
Kalau ikut alexa rank, aku rasa ramai gila orang yang join TLA nih senyum setiap bulan..