Hari yang agak mengelirukan. Aku nyaris tersilap hari. Ingatkan hari sabtu, rupanya hari Jumaat. Nasib tak terlepas solat Jumaat tadi. Kalau tak, haru jugak dibuatnya. Apapun, aku sempat terima beberapa payment semalam. Ada banyak juga dan aku bersyukur sebab aku masih mampu buat duit di internet seadanya. Sedikit sebanyak, ianya sangat membantu dalam perbelanjaan harian dan juga boleh menyimpan serba sedikit untuk hari tua nanti. Hehe..
Ini bayaran yang kedua aku terima dari program Intellilinks. Tak banyak tapi sekurang-kurangnya bayaran yang aku terima ni boleh aku beli beberapa domain untuk projek-projek aku yang akan datang. Ya, mostly semua duit yang aku terima ni aku laburkan semula untuk beli domain, hosting dan ebook-ebook tertentu untuk membantu aku menambah sedikit duit poket aku setiap bulan. Sekurang-kurangnya, aku sudah tak mintak lagi duit kat mak abah aku seperti aku di waktu sekolah dulu. Yela, kita mana kerja waktu sekolah tu dan aku sendiri tak dibenarkan bekerja pada waktu itu. Jadi, aku sangat bersyukur kerana masih mempunyai ibubapa yang sangat prihatin dan menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Ya. Aku sayang mereka. Sepenuh hati.

Ya. Jika ada yang berminat untuk sertai program ini, aku cadangkan korang mempunyai blog-blog yang ada pagerank yang tinggi. Sekurang-kurangnya PR1. Beberapa blog aku direject sebab PR0. Ada juga PR0 yang terlepas di Intellilinks tapi job yang aku dapat lebih kepada blog PR1. Yang bagusnya, benda ni takkan effect dengan kita punya pagerank sebab aku memilih untuk jual link secara manual. So, google takkan tahu sebab aku tak perlu install plugin diorang. Tapi kalau korang nak install pun boleh juga. Tapi aku tak berani kata yang Google takkan tahu selamanya yang kita jual link. Kalau diorang tahu, tak mustahil pagerank korang akan ditarik balik. Jadi, nak join program-program review atau jual beli link kat blog ni, korang kena tahu dan faham akan risikonya. Jika korang jenis tak sayang pagerank korang tu, sertai je program-program sebegini. Jika korang sayang, sila abaikan termasuklah program TNX dan TLA. Jika pagerank hilang, jangan gatal-gatal nak salahkan aku. Huh..
Satu lagi, siapa yang mahu buat duit dengan Intellilinks, sila juga pastikan korang ada akaun paypal. Ini memudahkan korang semua terima bayaran dari program seperti ini. Aku dah penat juga terangkan yang program TNX atau Intellilinks ni takkan bayar kita direct ke akaun Maybank atau CIMB. Tak pernah lagi dibuatnya. Tak perlu gaduh dengan aku tentang benda ni. Tapi dari akaun paypal, kita sudah boleh transfer direct ke akaun bank negara kita. So, nak tak nak, korang kena ada akaun Paypal. Rugi kalau korang tak gunakan kemudahan paypal ni. Rugi.
Dah. Gi la sini >> Intellilinks Official Website
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 41 dari TNX | Komisen ke 25 dari Text Link Ads »














Saudara,x sia2 lah saya hari2 baca blog saudara..
Dapat jadikan contoh dan tauladan..
Thx a lot,titan…
Advance atau tak, takde masalah sebenarnya. Kita nak atau tak nak aje sebenarnya. Kalau dulu, TNX dan INtellilinks. Berapa ramai aje yang tahu kewujudan program-program sebegini? Tapi sekarang? Dah ramai tahu kan? Hehe..
aman. Aku lagi jeles tengok blog ko hari-hari update pasal macam-macam benda. Hoho..
merahkatak. Sila jeles. Haha..
Luloq. Ehh, tak perlu tabik. Aku bukan polis atau askar. You are welcome. Aku cuma tulis apa yang aku rasa dan apa yang aku dah lalui. Untuk perkongsian bersama..
afiff. Entahlah. Kekadang bengong gak feedburner nih. Tapi mungkin juga salah aku. Tak setting awal-awal. Aku dah berbulan tak login akaun feedburner aku nih..
JIka posting-posting aku ni membantu walaupun seorang pembaca, aku sangat gembira. Kalau 100 orang membaca dan suka dengan apa yang aku sampaikan, aku lagi 100x ganda gembira. Hehe..
jawatan kosong. Selagi masih menulis blog, selagi itulah aku akan cuba buat duit..
knightblogger. Sama-sama. Ko pun boleh jugak dapat kalau mahu..