Archive for January 2010


Ya. Itu jumlah downline aku yang berjaya menjadi TNX Super Knight yang mana mereka telah mula berjaya menjual link diblog masing-masing. Tahniah sekali lagi aku ucapkan kerana sudah mula bersama dengan program TNX. Ya, bukan senang untuk berjaya menjual 1 link di TNX. Tetapi, jika korang sudah berjaya, ianya akan menjadi lebih mudah pada masa yang akan datang. Korang tak percaya tak apa. Tapi aku percaya semua TNX knight dan TNX super knight telah mula percaya dengan TNX.

Dan inilah senarai TNX Super Knight terkini..

1. pluginbaby
2. blogsempoi
3. syuxx
4. life4hire
5. luvlee
6. kingamok
7. chuckiesd
8. agbiz
9. nuaeman
10. starzz
11. kurama87
12. punk3iz
13. admadi2008
14. daun828
15. syringa28
16. eenrockstar
17. cyza
18. aqif
19. mhafizie
20. spatt
21. raizza07

Saudara Spatt, mhafizie dan raizza. Aku boleh katakan mereka masih baru dengan TNX. JIka tak silap aku, spatt dan raizza menyertai program TNX pada bulan januari ni dan mereka sudah berjaya menjual link dengan jayanya. Saudara mhafizie pula pada bulan 12 tahun lepas. Dan turut berjaya menjual link di blog beliau. Tahniah aku ucapkan kepada mereka bertiga kerana dalam masa yang singkat berjaya menjual link. Ianya bukan senang kerana jika korang tak ada blog yang sesuai dan diluluskan oleh mod TNX, ianya agak kurang sesuai untuk berjaya dalam TNX dalam masa yang singkat.

Apapun, aku ucapkan tahniah sekali lagi kepada sesiapa yang berjaya dalam program TNX ini. Korang masih berpeluang untuk buat duit dengan program ini dan jika korang memerlukan panduan, boleh miliki Panduan TNX 2.0 untuk membantu korang buat duit dengan TNX. Tak nak pun tak apa. Aku tidak memaksa. Aku cuma mencadangkan. Dan setakat ini, ramai juga yang berpuas hati dengan buah tangan terbaru aku ini. Insya-Allah Panduan TNX 3.0 akan menyusul nanti.

Ps: Artikel ni dah jadi draft pada beberapa hari yang lepas. Aku tak sempat nak publish sebab internet sangat slow. Asal aku klik butang publish, benda ni ‘hang’. Jadi, terbantut dibuatnya dan artikel ini aku berjaya publish pada hari ini..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku sempat untuk update post diblog ini. Jadi, aku withdraw 2 kali payment dari TNX yang setiap satunya adalah lebih dari 50 dollar. Sejujurnya, aku tak terniat pun nak keluarkan duit banyak tu. Tapi aku nak tunjuk contoh yang mana kita memang boleh dapat 100 dollar dari program TNX ini. Bagi aku, ianya lebih mudah untuk dapat 100 dollar dari TNX berbanding dengan Adsense dan program-program yang lain. Tapi aku tahu ada juga segelintir antara kamu orang semua yang berjaya dapat lebih dari 100 dollar dari pelbagai program yang berbeza seperti Innity, Advertlets, Nuffnang, Google Adsense, Bidvertiser, Adbrite, Text Link Ads, Infolinks dan sebagainya. Pokoknya, semuanya terpulang dari anda. Jika korang yakin boleh, usahalah bersungguh-sungguh dan cuba capai target korang tu dan jangan cepat putus asa.

tnxpayment20januari 300x132 Bukti   100 Dollar Sebulan dengan TNX.net

tnxpayment22januari 300x131 Bukti   100 Dollar Sebulan dengan TNX.net


Ok. Ini cuma contoh kecil. Aku tahu ramai yang dapat beribu-ribu dollar dari pelbagai program. Mungkin TNX ini cuma program kecil bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku, ianya mampu memberikan kita sedikit pendapatan yang berterusan setiap bulan jika kita tahu caranya. Aku yakin sudah ramai orang yang berjaya mendapat income dari program TNX ini. Aku yakin korang pun sudah perasan ada blogger-blogger yang sudah mula mengenali program TNX sekarang. Jika 2-3 tahun yang lepas, program ini tenggelam dek program-program seperti Google Adsense, Bidertiser, Text Link Ads dan program-program yang lain. Jadi, mungkin tahun 2010 ini adalah tahun yang baik untuk TNX terutamanya untuk semua blogger dari Malaysia.

Bilangan orang yang membeli panduan TNX pun sudah bertambah. INi juga bermakna, bilangan TNX Super Knight juga berpotensi untuk bertambah. Aku yakin ramai yang sudah tahu cara untuk dapat duit dari TNX ini. Malah, sudah ada yang master dengan tune dan trick sebenar program ini. Aku yakin korang sudah tahu cara untuk bermain dengan program TNX ini. Ianya mudah. Tetapi akan jadi susah jika korang rasa ianya susah. Jadi, permudahkan cara kita dan permudahkan diri kita untuk memudahkan kerja-kerja kita. Dalam downline aku, sudah 21 orang yang berjaya menjadi TNX Super Knight. Tahniah aku ucapkan pada mereka kerana berjaya menjual link diblog masing-masing.

Aku masih di Damak. Masih kekal sibuk. Tapi aku harap aku dapat update blog ini seperti biasa. Streamyx kat sini dah ok sikit. Harap takde masalah besar dan aku sangat sibuk. Jika aku kelapangan sahaja aku akan dapat update blog ini dan blog-blog aku yang lain. Harap ianya takkan menghampakan semua pembaca dan pelawat blog ini.

Jadi, aku sudah membuktikan memang kita boleh dapat 100 dollar dari TNX. MEmang aku leh withdraw setiap bulan. Tapi biasanya aku cuma akan keluarkan point aku bila aku memerlukan duit paypal. Aku keluarkan duit banyak ni sebab nak beli sesuatu. Mula-mula nak keluarkan dalam 60 dollar aje, tapi dah alang-alang, baik aku keluarkan lagi. Sebenarnya total point yang aku keluarkan adalah 120000 point. Jadi, jumlahnya seperti yang korang nampak tu..

Ps: Ini juga bukti komisen yang ke 42 dan ke 43 dari TNX. Hoho! icon smile Bukti   100 Dollar Sebulan dengan TNX.net

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


1. Agak sibuk minggu ini. Perlu selesaikan beberapa perkara berbangkit. Baru sahaja habis meeting. Lepas ni nak berkejar ke Jerantut untuk buat kerja offline lain. Ada benda yang perlu diselesaikan. Bukan sahaja Damak dan Jerantut. Tapi dah kena gi Maran dan Bandar Pusat Jengka lagi. Huhu..

2. Kena singgah sebentar ke Pejabat pos dan juga CIMB. Nak aktifkan semula CIMBclicks. Kalau tak, memang banyak benda yang tak boleh buat nampaknya.

3. Aku sudah mula menulis panduan TNX 3.0. Mungkin disebabkan aku ada banyak masa untuk menulis berbanding untuk online, jadi aku akan mula menyiapkan draft awal untuk panduan TNX 3.0. Setakat ini, harga adalah RM50 dan mungkin aku akan naikkan jika aku rasa ianya perlu.

4. Aku sudah dapat duit TNX yang terbaru. Nanti aku akan update di forum Wangcyber, blog ini dan juga blog-blog MMO aku yang lain.

5. Bilangan pembeli Panduan TNX semakin ramai. Tahniah kerana sudah menyedari potensi program TNX ini. Aku yakin ramai yang aku cuba buat duit dengan TNX setelah gagal menjana pendapatan melalui program-program hebat yang lain. Mungkin TNX ini lebih mudah barangkali atau korang sudah nampak satu lagi lubuk duit yang mudah melalui platform blog. hoho..

6. Orang PTS sudah hantar novel yang aku hendak hari itu hasil daripada aku letak banner PTS diblog ini. Aku rasa ramai blogger yang berbuat demikian juga kan? Mesti korang dah terima email tersebut kan? Jadi, aku harap aku akan dapat novel itu nanti. Tak sabar nak baca. Ya, aku sudah rajin membaca novel berbanding membaca blog sekarang. Internet punya pasal la ni. Agak-agak korang, kalau aku tulis buku pasal TNX, PTS nak ke buku jenis macam tu? Hoho..

7. Esok cuti. Aku mahu tidur sepuas hati. Haha.. icon smile Titan, PTS dan Damak

8. Baru je withdraw sedikit duit paypal ke akaun Maybank aku. Saje nak cuba cara nih. Aku malas dah rasanya nak jual duit paypal nih. Baik guna cara yang dikatakan cara yang terbaik nih. Rate 3.2++. Memang rendah. Tapi mungkin ini cara yang lebih selamat untuk mengelakkan kita daripada ditipu oleh para-para scammer..

Ps: Itu sahaja. Aku akan update lagi lain kali. Sangat sibuk..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Dalam masa satu jam lagi aku akan bertolak ke Damak. Aku mungkin akan singgah sebentar di Jerantut untuk mencari stok makanan selama sebulan. Mungkin aku tak keluar ke Jerantut memandangkan ada banyak kerja yang perlu aku selesaikan dengan kadar yang segera, jadi nak tak nak, kena ada stok maggi dan biskut kering. Kopi dan stok Teh juga diperlukan untuk membantu aku berjaga malam seandainya ada kerja yang wajib aku siapkan. Beginilah kerja kerajaan dikawasan kampung dan di Damak, cuma ada 1 pekan kecil sahaja. Kedai runcit pun tak banyak. Nak berhibur pun kena gi Jerantut. Kalau tak, dok rumah layan Astro Beyond ajela..

Ok. Aku nak update. Ya. Bilangan downline aku yang berjaya menjadi TNX super knight semakin bertambah. Ini bermaksud 17 orang downline aku telah berjaya menjual link. Kenapa aku selalu update macam ini? Sebab blog ini menjadi blog tidak rasmi untuk Panduan TNX 2.0 yang telah aku jual sejak 2 bulan yang lepas. Terima kasih kepada mereka yang telah membeli panduan tersebut, menjadi downline dan sekaligus membuktikan juga bahawa panduan tersebut membantu mereka menjual link di blog mereka. Biarpun, mungkin ada antara mereka yang sangat berjaya dengan TNX, tetapi masih ada yang kurang berjaya. Jadi, tahniah kepada mereka yang berjaya.

Jika hendak dikira, downline aku dalam program TNX ini sudah melebihi 100 orang. Aku berharap 100 orang akan bertukar menjadi TNX super knight. Setakat ini, 17 orang daripada downline aku telah berjaya menjadi TNX Super Knight. Tapi aku tahu ada pembeli panduan TNX aku tidak menjadi downline aku. Pukul rata ada antara 5-10 orang yang telah bertukar menjadi TNX Super Knight. Untuk anggaran yang lebih adil, sudah ada 25 orang yang menjadi TNX Super Knight. Walaupun ianya cuma anggapan liar aku, tetapi ianya mencapai 1/4 daripada target aku. Aku harap ada 100 orang TNX Super Knight akan dilahirkan pada tahun 2010. Ini sasaran aku dan aku sudah mencapai 25 orang setakat ini dan mereka telah mula menemui rentak dalam TNX. 25 orang tersebut sudah mula menjual link. Itu yang penting dan ini juga bermaksud mereka sudah tahu bagaimana program TNX ini bergerak dan tahu bagaimana hendak tackle program ini. Aku yakin separuh daripada mereka tidak mengetahui kewujudan program ini dan tidak tahu bagaimana hendak buat duit dengan TNX. Sebab itu lahirnya panduan TNX 1.0 dan panduan TNX 2.0. Dan dalam tahun ini akan lahirnya panduan TNX 3.0. Ianya lebih kepada hidden chapter yang tidak dapat aku jelaskan dengan terperinci kerana ianya masih dalam kajian aku. Seperti panduan TNX 2.0, panduan TNX 3.0 juga versi pelengkap. Semua para pembeli panduan TNX versi 1.0 dan 2.0 akan mendapat versi 3.0 secara percuma. Diulangi, secara percuma.

Dalam masa yang sama, aku akan memilih beberapa orang untuk menjadi tester bagi panduan aku. Siapa? Itu aku tak dapat beritahu sebabnya ianya salah satu projek rahsia aku. Mungkin aku akan memilih seorang. Mungkin 2-3 orang. Aku sendiri tak pasti. Tetapi aku akan cari mereka dan ajak mereka untuk menyertai TNX dan sekaligus mereka akan mendapat semua panduan TNX untuk menjadi salah seorang TNX Super Knight yang berjaya dibawah kelolaan aku. Walaupun mungkin aku akan sibuk, tetapi aku harap aku akan berjaya membantu mereka yang ingin buat sedikit duit sampingan melalui blog mereka.

Siapa 17 orang TNX Super Knight tu? Mereka ialah..

1. blogsempoi
2. syuxx
3. life4hire
4. luvlee
5. kingamok
6. chuckiesd
7. agbiz
8. nuaeman
9. starzz
10. kurama87
11. punk3iz
12. admadi2008
13. daun828
14. eenrockstar
15. cyza
16. aqif
17. mhafizie

Sebahagian daripada mereka merupakan pembeli Panduan TNX seperti Kurama87, starzz, Aqif, cyza, syuxx dan lain-lain. Yang lain aku kurang pasti sebab username diorang lain-lain dan tidak semua aku dapat cam. Sila beritahu aku jika korang pembeli panduan TNX dan downline aku dalam program TNX. Sebahagian daripada mereka telah nampak dengan jelas bagaimana program TNX dapat membantu mereka untuk buat duit. Tahniah aku ucapkan pada mereka sebab sudah nampak tune TNX dan sudah mengorak langkah untuk pergi jauh dengan program ini.

Cukup. Mungkin dalam 2-3 hari ini aku susah nak online. Korang leh hubungi aku melalui email atau contact aku melalui ruang contact diatas tu. Nak SMS pun boleh. 019-2009289. Sila SMS sahaja. Call memang aku takkan angkat.

Ps: Nak kemas barang jap. Tak kemas lagi ni. Mak aku dah buat spot-check tadi. DAh kena marah dengan mak aku ni. Uwaa..waaa.. icon sad 17 orang TNX Super Knight

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011