Archive for December 2009


1. Aku menulis blog untuk buat duit. Itu sejujurnya. Cuma aku gunakan pelbagai platform untuk buat duit melalui blog dan aku jadikan blog sebagai base atau kubu untuk menjana pendapatan melalui blog network yang telah bina. Setiap blog mempunyai peranan dan misi-misinya tersendiri seperti mencari duit sampingan, menyara hidup, mahu kebebasan kewangan, mahu beli kereta Ferrari, mahu kawin dan sebagainya. Aku yakin, ramai dikalangan korang semua juga pasti begitu. Dan pastinya cara kami semua berbeza dan mempunyai tujuan tersendiri.

2. Aku juga menjadi penulis blog untuk para pembaca. Aku tulis apa yang pembaca dan memikirkan topik yang pelawat mahukan. Jika artikel yang aku karang itu dapat membantu sesetengah daripada korang, itu salah satu daripada siri-siri kegembiraan aku sebagai seorang penulis blog. Biarpun aku cumalah penulis blog separuh masa, tetapi kegembiraan ini membuatkan aku untuk terus menulis dalam blog ini dan blog-blog aku yang lain. Ingat, bukan senang untuk kita menulis untuk kepentingan orang lain. Ianya memerlukan usaha yang berterusan, kreatif, mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Kesemua ini boleh dipupuk dengan syarat kita tahu akan resepinya. Ya, resepi untuk menulis blog. Setiap resepi pasti mempunyai keistimewaan tersendiri berdasarkan cara memasaknya dan penggunaan perasa atau perencah tertentu.

3. Aku menulis blog juga untuk individu tertentu. Ada sesuatu yang aku perlu buktikan. Mungkin pendirian dan juga perbezaan pendapat yang bercanggah antara penulis blog yang lain. Dan aku cuba buktikan melalui penulisan dan aktiviti blog yang aku lakukan sejak 3-4 tahun yang lalu. Setiap orang ada daya penolak tersendiri dan juga pendirian yang berbeza. Yang penting, kita percaya pada diri sendiri. Tak kisahlah jika satu dunia tidak percaya atau memulau anda, jika kita percaya pada diri sendiri. Itu sudah mencukupi.

4. Aku menulis blog untuk mencari kegembiraan. Ya. Aku sunyi. Sebab kita semua pada mulanya hanya hidup seorang sendiri didunia ini. Sebab itu wujudnya keluarga, hadirnya kawan-kawan, munculnya sahabat, timbulnya haiwan dan serangga, terciptanya internet dan juga blog. Menulis blog merupakan salah satu alternatif untuk mencari kegembiraan. Mungkin ianya mendatangkan hasil yang berbeza dengan blogger yang lain, tetapi jika kegembiraan itu menyenangkan hati aku dan rakan blogger yang lain, itu sudah memadai.

5. Aku menulis blog juga untuk mencabar kemampuan diri. Bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. Cuma aku pasti, ada sesuatu yang berbeza untuk kita didunia ini. Mencari sesuatu yang berbeza dan mempelajari ilmu juga merupakan salah satu tugas kita. Jadi, menulis blog dan mencabar batasan diri pastinya sangat mengujakan. Pastinya ada kawan dan musuh yang hadir. Itu semua rencah dunia blog. Tak ada dunia yang aman damai. Pasti ada kekacauan dimana-mana. Bezanya, bagaimana kita menghadapinya..

Dan banyak lagi sebab-sebab yang mampu membuatkan kita untuk menulis blog. 5 sebab ini merupakan tunjang atau teras aku untuk membantu aku terus menulis blog. Aku yakin, mungkin ada persamaan dengan orang lain atau mungkin juga tidak sama langsung. Jadi, setiap orang pasti berbeza. Jadi, mengapa kamu masih mahu menulis blog? Ceritakan pada aku atau mungkin juga diblog kamu orang semua. Mahukah kamu sahut cabaran yang tidak seberapa ini?

Ps: Internet wat hal lagi. Grrr… icon neutral 5 Sebab Aku Masih Menulis Blog..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Dah hampir 2 hari internet connections kat rumah abah aku bermasalah. Sejak petang Jumaat hinggalah petang Ahad ni, line memang kejap ada kejap tak ada. Ini pun aku tak pasti selama mana boleh bertahan. Kalau tak, memang sakit kepala. Harap tak ada lagi berlaku dalam bulan ni. Aku faham yang dalam 1 bulan akan berlakunya salah satu daripada 11 perkara ajaib yang berlaku kat rumah ni. Line internet putus-putus. Itulah antara 11 perkara ajaib yang berlaku kat rumah aku. Selain daripada itu, bunyi angin kat bilik aku. Kawan-kawan aku yang tumpang bilik aku, lepas jam 12 tgh malam, mesti ada bunyi semacam. Aku pun ada dengar. Kawan-kawan aku pun aku dengar. Semua cuak gila. Aku senyum aje sebab dah dekat lebih 20 tahun aku dengar bunyi tu. Biarlah. Diorang pun nak menumpang hidup kat dunia kita ni. Kita tak kacau diorang, diorang pun tak kacau kita la..

adly Edisi Siasat: Buat Duit dengan Ad.ly


Ok. MAcam tajuk diatas, aku cuma nak kenalkan korang dengan satu lagi program baru yang menjadi ujikaji aku iaitu program Ad.ly. Aku rasa mesti sebahagian daripada korang tahu yang John CHow pun ada promosikan program ini. Jadi, apa yang best sangat benda ni sampai John CHow pun join sekaki gak? Bagi aku, ianya tetap sama seperti program Sponsored Tweets dan Churpchurp. Itupun jika korang perasan. Modus operandi bagi ketiga-tiga program ini adalah lebih kurang sama sahaja.

Apa yang korang perlu buat. Macam biasa. Daftar di website Ad.ly. Linkkan akaun Twitter dengan program Ad.ly. Update bahagian pembayaran, profil dan lain-lain. Fuh. Dah siap daftar. Bagaimana pula nak buat duit dengan Ad.ly ni? Macam aku kata tadi, sama aje macam Churpchurp. Kita akan terima job dari advertiser. Diorang akan bagi kita job berdasarkan jumlah Twitter follower kita. Makin banyak bilangan ahli Twitter follower kita, makin senanglah korang nak dapat job. Tapi aku rasa kalau ada 500 followe ke atas, aku rasa dah cukup layak dah nih. Cuba ajelah. Daripada tak buat apa-apa dengan akaun Twitter korang tu, apa kata mencuba nasib dengan Ad.ly? Tak perlu serius. Cuma jadikan ianya sebagai side income. Tapi kalau nak fokus dan betul korang nak buat duit dengan benda ni, memang ada caranya. Terpulang pada korang, mahu atau tak nak sahaja.

Bagaimana caranya? Ianya mudah. Banyakkan jumlah Twitter follower dalam akaun Twitter korang. Jika dah ada 500 orang, gandakan 3 kali ganda menjadi 1500 follower. Kalau dapat 5000 follower, itu lagi bagus. Haa, bagaimana nak dapat banyak follower tu? Senang aje. Tapi aku malas nak tulis panjang-panjang. Korang gi download Panduan Twitter Infiniti yang diberikan secara percuma oleh saudara Fahdi Ghazali. Bukan aku nak ampu mamat ni, tapi korang memang leh tingkatkan jumlah bilangan Twitter korang dalam masa yang singkat. Takdelah sampai 100%, kalau dapat tingkat dalam 10-30%, itu dah cukup bagus apa. Tips yang ada dalam panduan tu, memang menarik. Korang nak tahu cara nak tingkatkan bilangan follower korang, dia ada cerita. Gi la download. Percuma aje tu..

Jadi, bila bilangan Twitter follower korang dah banyak, dengan mudahnya nak buat duit dengan Ad.ly. Aku yakin korang akan dapat job dengan mudah berbanding sebelum ini. Begitu juga dengan program Churpchurp dan Sponsored Tweets. Semakin banyak jumlah Twitter follower, semakin senang korang nak dapat job. Kalau dah banyak job, ini bermakna korang ada potensi untuk dapat banyak income. Kira-kiranya macam itulah. Faham kan?

Apapun, korang leh godek kat sana dulu: Ad.ly Official Website

Ps: Harap-harap Streamyx tak wat hal malam ni. Banyak benda nak wat ni.. icon neutral Edisi Siasat: Buat Duit dengan Ad.ly

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Keadaan Banting pada petang ini agak meragukan aku. Sebab aku tak boleh keluar untuk berpoya-poya bersama gadis-gadis Banting yang comel. Jadi, tak dapatlah aku belanja mereka dengan bayaran komisen ke 40 dari TNX yang aku terima tadi. Baru sahaja aku semak akaun aku. Dapat satu email dari paypal menandakan satu payment dari TNX telah selamat sampai ke akaun paypal aku. Tak banyak. Tapi masih boleh belanja gadis Banting yang comel sepotong piza ataupun sepinggan Snack Plate beserta cheezy wedges yang terlebih cheesenya. Hehe..

tnxpayment15december 300x152 Komisen ke 40 dari TNX


Satu tips yang aku rasa aku perlu selalu ingatkan. Untuk dapat buat duit dengan TNX. Korang boleh guna cara ini. TNX juga ada program affiliatenya yang tersendiri. Korang akan dapat dalam 12.5% hasil income harian downline korang jika mereka berjaya membuat jualan diblog masing-masing. Jadi, cuba dapatkan seberapa ramai downline dan cara ini cuma akan berkesan jika downline korang juga tahu cara untuk buat duit dengan TNX. Jika downline kita gagal untuk menjual link, korang pun gagal dapat sedikit pulangan dari mereka. Secara jujur, aku sudah ada lebih 100 downline. Yang sedihnya, cuma 12 orang sahaja yang berjaya menjual link dengan jayanya. Inilah 12 tnx super knight yang aku ceritakan tempoh hari. Dulu cuma 11 orang TNX super knight. Tetapi kini, sudah ada tambah satu lagi knight. Syukur, sudah ada satu orang lagi mahir dengan selok-belok TNX.

Jika korang dah habis daya untuk memahami tentang TNX, dah habis usaha untuk search di Google, Bing dan Yahoo untuk memahami bagaimana TNX berfungi, dah tanya blogger-blogger lain yang mampu buat duit dengan TNX, dah buat personal coaching TETAPI masih gagal untuk buat duit dengan TNX. Aku cadangkan korang untuk memiliki Panduan TNX 2.0 yang aku tulis. Insya-Allah ianya akan membantu. Dan semua pembeli mendapat full access untuk forum private dan juga free update untuk Panduan TNX 3.0 yang akan aku lancarkan pada tahun 2010. Harga untuk tahun hadapan adalah RM50. Harga sekarang masih RM47. Sementara masih murah 3 ringgit ini, korang boleh dapatkan dengan kadar yang segera.

Ada satu cara untuk korang dapat Panduan TNX 2.0 ini secara percuma. Syaratnya cukup mudah. Aku akan tawarkan panduan ini secara percuma jika korang membeli produk RefererX yang dijual oleh Saudara Azlan. Mengapa RefererX? Ini kerana Referer X merupakan salah satu tools yang boleh membantu korang menaikkan alexa rank korang dengan cepat. Malah, turut membantu mempromosi blog korang. Dan kini Referer X telah upgrade ke Referer X 4.0 dan pastinya tools ini lebih bagus berbanding versi yang sebelumnya. Selain daripada itu, jika blog korang ada mempromosikan adsense dan program CPA, penggunaan Referer X dengan cara yang betul, akan membantu korang meningkatkan income adsense dan mungkin membantu menghasilkan lead dan sales untuk program affiliate atau CPA yang korang sertai. Aku cuma dapat tawarkan ini sahaja kerana tool ini cukup sesuai dengan Panduan TNX 2.0. Gabungan TNX dan Referer X mungkin dapat membantu korang mencapai income TNX dengan semaksimum mungkin.

Jika berminat untuk dapatkan Panduan TNX 2.0 secara percuma, boleh beli tool Referer X dengan menggunakan link ini. Aku perlu pastikan korang betul-betul daftar menggunakan link affiliate aku. Jadi, sila klik betul-betul pada link yang aku akan beri ini. Jangan tersilap pulak. Oh ya, siapa yang dapat panduan TNX 2.0 dengan cara ini TETAP akan dapat update percuma bagi Panduan TNX 3.0 dan juga full access seperti pembeli yang lain.

Ok. Beli melalui link ini: RefererX (Dapatkan Panduan TNX 2.0 secara percuma)

Selepas membuat belian, sila email aku untuk memberitahu nama, email (titan1[at]earncent.com) dan bukti bayaran untuk aku semak dengan saudara Azlan. Tawaran ini cuma terhad kepada 10 orang sahaja. Jadi, cepat-cepatlah dapatkan RefererX + Panduan TNX 2.0 dengan segera. Kalau malas email, korang boleh beritahu diruang komen dibawah atau cari aku di forum Wangcyber. Harap maklum.

Ps: Aku nak gi kedai Buku Lao Mao ni. Nak beli Kreko. Bermula Januari 2010, Kreko keluar 4 kali sebulan. icon smile Komisen ke 40 dari TNX

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Dec 17

Malaysia Menang!

22 comments - Post a comment


Aku rasa korang semua dah tahu berita gembira yang baru sahaja kita terima. Penantian selama 20 tahun akhirnya berbalas pada hari ini. Aku yakin ramai orang bergembira pada hari ini tatkala gol pertama yang dinanti-nantikan sejak menunggu lebih dari 80 minit akhirnya terhasil. Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengalahkan Thailand, Laos dan Vietnam. Aku yakin lepas ini, 3 pasukan ini takkan pandang rendah lagi pasukan Malaysia. Huh, jurulatih Vietnam boleh selamba keluar kenyataan macam ini, “Nasib baik kami tak jumpa Thailand masa final”. Hambek, Tuhan tu kalau nak balas, dia bayar cash terus aje. Alhamdulillah, doa kita semua termakbul.

Secara jujurnya aku bengang dengan separuh masa pertama tadi, memang Malaysia banyak main defense. Mungkin ini taktik Rajagopal untuk menjimatkan tenaga dan aku nampak pemain kita memang bertenaga melampau-lampau masa separuh masa kedua manakal pemain Vietnam, semua dah pancit. Ternyata strategi Rajagopal menjadi. Itupun kalau apa yang aku fikirkan ini memang taktik yang beliau rancang dari awal. Itu pasal slow semacam aje permainan masa first half, dan aku yakin ramai gakk yang menyumpah-nyumpah masa tu, kan? Tapi pujian harus diberikan kepada semua pemain pertahanan Malaysia. Bertahan bagai nak rak dari minit pertama sampailah minit ke 96. Tak sia-sia bertahan dan aku yakin korang semua gembira pada masa kedua kan?

Lain ceritanya pada masa kedua, serangan demi serangan dari pemain Malaysia memang banyak yang menjadi. Sayap kiri, sayap kanan, pemain tengah dan penyerang, semua menjadi. Aku boleh nampak sekurang-kurangnya 3 orang pemain Malaysia kat depan bila diorang tengah mengatur serangan. Pujian juga harus diberikan kepada pemain tengah malaysia. Sape ek yang india tu, dari kotak penalti Malaysia hingga ke kotak penalti Vietnam, memanjang dia berlari kejar bola.

Yang paling tak boleh blah dalam game tadi, penjaga gol Vietnam. Entah apa nama dia, aku malas nak ingat. 3 kali kalau tak silap aku dia buat aku ternanti-nanti depan TV disebabkan kecederaan bahu beliau. Yang jurulatih pula, nak juga pakai mamat tu. Apsallah tak tukar. Aku tengok banyak permainan tergendala disebabkan penjaga gol tu. Permainan Vietnam kucar kacir dan bila Malaysia sumbat gol. Barulah nampak diorang mula menyerang. Biasalah, dah kena tinggal, mesti diorang sedaya upaya nak bagi seri, kan? Apakan daya, bukan rezeki diorang walaupun diorang dah dapat 6 minit masa tambahan.

Fuhh..kat Banting tengah hujan. Siap black out lagi tadi. Mungkin tanda kesyukuran kemenangan Malaysia. Aku sendiri pada minit ke 80 yakin dalam hati yang Malaysia boleh menang dengan Vietnam. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat rakyat Malaysia dan aku yakin pasti ada habuan untuk mereka bila balik ke Malaysia nanti.

Sekian, itu aje berita ringkas yang penuh dengan emosi dari aku tentang perlawanan Akhir antara Malaysia dan Vietnam yang berkesudahan dengan kemenangan Malaysia. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011