Archive for December 2009


Yap. Itu statistik terkini. 15 orang yang menjadi downline aku telah berjaya menjual link di Tnx. Sebahagian daripadanya merupakan pembeli Panduan TNX 2.0. Tahniah aku ucapkan kepada mereka terutamanya kepada mereka semua terutamanya kepada saudara Syuxx dan saudara Cyza betul-betul membuat perubahan yang berbeza. Aku tahu point mereka meningkat setiap hari kerana aku dapat monitor mereka kerana mereka adalah downline aku dan juga merupakan pembeli panduan TNX 2.0. Aku harap mereka berjaya buat duit dengan TNX dengan hebatnya.

3 downline baru yang berjaya menjual link adalah Saudara Nuaeman, Saudara  eenrockstar dan Saudara Aqif. Saudara Aqif juga merupakan salah seorang pembeli Panduan TNX 2.0. Tahniah aku ucapkan pada beliau kerana berjaya membuat jualan di Tnx. Mungkin masih tidak banyak, tetapi mereka berdua tetap maintain setiap hari. Nampaknya, tidak sia-sia usaha aku mengetengahkan program Tnx di blog ini. Ramai yang sudah mendapat manfaatnya dan aku harap mereka semua dapat income pertama di Tnx tidak lama lagi.

15 orang TNX Super Knight itu adalah

1. blogsempoi
2. syuxx
3. life4hire
4. luvlee
5. chuckiesd
6. agbiz
7. nuaeman
8. starzz
9. kurama87
10. punk3iz
11. admadi2008
12. daun828
13. eenrockstar
14. cyza
15. aqif

Senarai ini cumalah mereka yang menjadi downline aku. Masih ada pembeli Panduan TNX 2.0 yang bukan downline aku. Mungkin mereka telah daftar Tnx terlebih awal dan mendapatkan panduan tersebut pada hari yang berbeza. Bagi aku tak ada masalah samada korang nak jadi downline aku atau tidak. Tapi jika jadi downline aku, senang aku nak tengok siapa yang dah berjaya jual link. Senang aku nak update selalu dan sekali lagi, bagi mereka yang dah memiliki Panduan TNX 2.0 ni, korang boleh daftar di forum private dan bertanya apa-apa masalah berkaitan dengan Tnx dan juga Panduan TNX 2.0. Aku akan cuba jawab dengan apa yang aku tahu berdasarkan pengalaman dan ujikaji yang telah aku lakukan selama 1 tahun lebih ni. Insya-Allah, kita bantu antara satu sama lain.

Untuk makluman, Panduan TNX 3.0 adalah update terkini bagi 2 panduan sebelum ini. Insya-Allah akan keluar tahun hadapan. Pada bulan berapa, itu aku kurang pasti. Aku sedang sibuk membuat siri-siri ujikaji untuk bacaan korang. Ya, para pembeli akan mendapat update percuma. Tidak perlu bayar lagi sekali. Selagi program Tnx ini masih berjalan, selagi itulah aku akan keluarkan update percuma bagi para pembeli Panduan TNX 2.0. Dan harga bagi panduan ini akan dinaikkan ke RM50 bermula pada 1 Januari 2010. Harap maklum.

Ps: Aku baru bangun tidur ni. Mimpi pelik-pelik tadi.. icon smile 15 orang TNX Super Knight

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content



wife1 Who says birds don’t have feelings?


His wife got injured. The condition is really bad.  She was hit by a car and cannot fly. Her wings cannot used anymore. She waiting for help. Anyone..please help me!


wife2 Who says birds don’t have feelings?


Oh! Finally, her beloved husband comes! He bring the food and hope she never feel hurts. Seems like not a single ambulance comes. Might be because this swallow cannot call 911 at that place. Of course Swallow never have money to make a phone call..


wife3 Who says birds don’t have feelings?


He comes again today. But his wife already gone. He found her dead.  He try to move and give CPR. But nothing happen even he try his best to make his wife alive again.


wife4 Who says birds don’t have feelings?


He cry for his love. Who said birds cannot or never  cry??


wife5 Who says birds don’t have feelings?


He stay and keep crying. Praying for miracles. Hope his wife will alive again.


wife6 Who says birds don’t have feelings?


He stood beside her another day and day. Seems like he can accept his wife death.


Ps: So, who said animals don’t have brain and feelings? You see another miracles today.


Credit picture and real stories to Binscorner.com



Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini hari yang agak sibuk. Banyak perkara yang perlu aku lakukan. Kena update blog, kena hantar link download, kena hantar mak balik kampung, kena beli barang dan macam-macam lagi. Tapi, sempat juga aku buat promosi dan setup iklan untuk beberapa produk aku di beberapa website pengiklanan. Kalau nak beriklan kat television, mungkin aku tak mampu. Kalau nak iklan guna surat khabar, aku pernah cuba. Return memang tak bagus. Mungkin sebab barang yang aku iklankan tu kurang sesuai diiklankan disana dan iklannya cumalah untuk sehari. Jadi, aku sendiri tak rasa boleh balik modal. Cuma untuk tambah satu lagi eksperimen sahaja.

Jadi, jika korang ada barang hendak dijual, ada servis untuk dijual, ada perniagaan untuk dipromosikan, bagaimana agaknya korang buat marketing untuk membuatkan lebih ramai orang tahu tentang iklan korang tu? Ya, tak lain dan tak bukan. Promosi, promosi dan promosi. Dan pastinya kita kena promosikan iklan kita tu dibanyak tempat dan pastikan juga iklan kita tu ditempat yang sesuai. Takkan nak iklankan produk kecantikan dekat kedai komputer kan? Jadi, kita cari tempat yang sesuai. Di internet ni, ada macam-macam website, blog dan tempat yang sesuai untuk kita iklankan produk dan servis yang kita tawarkan. Cuma kena pandai cari sahaja. Dan salah satunya adalah iklan di Maincyber.com.

maincyber Maincyber.com   Malaysia Online Classifieds


Jika korang perasan dengan gambar diatas, ianya lebih kepada website classified. Website jenis macam ni memang popular dan aku rasa banyak juga yang telah wujud di Malaysia. Mungkin website Maincyber ini boleh lawan website-website popular dalam masa terdekat ini. Bagi aku, website ini sangat ringkas dan mungkin pemilik website ini boleh tambah banner dan gunakan header yang lebih menarik. Mungkin ini strategi pemilik website yang kita tak tahu. Untuk pengetahuan korang, pendaftaran di Maincyber adalah percuma. Korang tak perlu daftar. Apa yang korang perlu buat cuma terus isi iklan yang korang mahu. Tak sampai 30 saat, dah siap iklan korang. Aku pun dah cuba iklankan Panduan TNX 2.0 aku di Maincyber.com. Mana tahu, ada pembeli yang datang dari sana.

Jadi, korang boleh jual secara percuma menggunakan website Maincyber.com. Selain itu, iklan korang diluluskan serta-merta. Siap boleh letak 5 gambar yang berkaitan dengan produk atau servis korang secara percuma. Dan seandainya korang nak edit semula iklan korang tu, korang akan diberikan satu access key di email yang korang letakkan ketika proses membuat iklan dulu. Jadi, masukkan access key itu, korang dah boleh edit semula iklan tu. Access key tu kiranya berfungsi macam password. Ianya nampak mudah dan tidak menyusahkan. Itulah antara cara untuk beriklan di Maincyber.com. Mudah bukan?

Ya. Aku tahu mungkin website ini kelihatan sangat ringkas dan simple. Malah, tidak ada langsung iklan banner yang dipaparkan. Dari segi kelajuan untuk loading website ini, ianya laju. Tak ada masalah. Cuma trafik ke website ini perlu dibaiki. Mungkin mereka ada cara tertentu untuk meningkatkan trafik ke Maincyber.com pada masa akan datang. Walaubagaimanapun, ianya baru permulaan. Maincyber.com ada banyak masa untuk melakukan perubahan terutamanya dari segi design dan traffic. Untuk memastikan Maincyber kekal diingatan kami semula, promosi berterusan perlu dilakukan. Mungkin boleh diadakan peraduan bulanan untuk menarik lebih ramai orang untuk melawat Maincyber setiap hari. Apapun, aku harap lebih ramai orang akan mengenali Maincyber.com. Mungkin satu hari nanti website ini akan lebih terkenal berbanding Lelong, E-bay, Mudah.my dan mungkin lebih popular berbanding blog ini. Siapa tahu kan?

Ps: Ya. Maincyber.com menawarkan pengiklanan secara percuma. icon smile Maincyber.com   Malaysia Online Classifieds

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Pagi tadi, aku sibuk mengemaskan bilik. Mak aku dah bising sejak 2 minggu lepas sebab bilik aku ni bersepah dan tak terurus. Maklumlah, orang bujang. Memang malas nak kemas bilik. Takkan korang tak faham. Jadi, dengan rasa terpaksa aku pun mengemas sikit bilik ni agar lebih kemas dan bersih sikit.

Sedang aku sibuk kemas, aku terjumpa banyak barang lama dalam bilik ni. Maklumlah, sebelum bilik ni jadi bilik bujang, bilik ni sebenarnya stor untuk menyimpan barang. Jadi, banyak gak la barang-barang lama yang aku boleh kategorikan antik berbanding pada zaman sekarang. Ada radio buruk yang masih boleh berfungsi, kipas jenama Nuodi yang masih gagah berpusing, 2 handphone lama yang baterinya tak kong, berpuluh novel-novel yang aku pernah beli, beratus majalah kreko dan arena yang masih cantik tetapi agak berhabuk, satu monitor komputer yang masih boleh digunakan, satu CPU yang menggunakan disket besar untuk bermain games, koleksi kad Dragon Ball sebanyak 3 album, koleksi CD dan DVD anime yang aku kumpulkan sejak aku dibangku kolej lagi, satu printer HP yang masih berfungsi cuma sudah lama tak digunakan dan 1 modem router lama yang pernah aku gunakan untuk melayari internet sebelum aku beli modem yang baru.  Fuhh, banyak betul barang yang masih boleh digunakan. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku buang semua benda ni,tapi ada juga barang-barang tu mempunyai nilai tersendiri seperti koleksi Kad Dragon Ball yang mencecah ratusan kad bersinar yang aku kumpul sejak aku berumur 8 hingga 18 tahun. Malah, hingga hari ini, jika aku jumpa kedai yang menjual kad bersinar dragon ball, memang aku akan beli biarpun harga 1 kad adalah RM10.00. Harga termahal kad bersinar dragon ball yang pernah aku beli dulu adalah RM20. Sebab memang cuma ada 10 kad sahaja kad bersinar yang mempunyai gambar Goku sedang buat bola jiwa. Memang susah nak dapat tu. Ada seorang peminat, mahu beli dengan harga RM500. Aku tolak mentah-mentah. Sebab itulah kad pertama yang sangat cantik dan sukar untuk dimiliki. Tapi mungkin aku jualjika mereka menawarkan pada harga yang lebih premium. Haha..

Jadi, barang-barang lain aku mahu buat apa? Mungkin aku akan jual di Mudah.my. Sebab pasaran disana agak bagus terutamanya untuk pasaran tempatan. Aku akui ramai pembeli yang inginkan barang-barang antik dan juga barang terpakai. Mana tahu radio lama kepunyaan abah aku tu ada orang yang berminat hendak membelinya? Sejak aku lahir lagi radio itu berfungsi dan sehinggalah saat ini, radio lama ini masih boleh berfungsi. Siap boleh pasang kaset lagi tu. Bukan senang tu, radio sekarang ada lagi ke yang pakai kaset? Semua main CD dan DVD aje kan? Jadi, mungkin aku akan pasarkan ke Mudah.my sebab ramai orang kata kat situ senang untuk jual barang. Aku pun dah buat survey, memang agak menarik dan aku tahu banyak trafik setiap hari. Ini bermaksud ribuan rakyat Malaysia melayari Mudah.my untuk membeli dan menjual barang. Tapi bagaimana hendak menjual di Mudah.my? Mudahkah?

buatduitdengamudahmy 300x239 Edisi Siasat: Buat Duit dengan Mudah.my


Pada mulanya, aku juga tidak tahu cara-caranya. Tetapi apabila aku dapat nasihat daripada Raja Kamil melalui produknya yang terbaru iaitu Panduan Buat Duit dengan Mudah.my. Aku sangat teruja untuk menjual barang-barang lama dan barang antik yang mampu dijual di Mudah.my. Oleh kerana produk itu berbentuk audio, korang akan dapat dengar dan ulang banyak kali untuk memahami panduan dan tips untuk menjual barang di Mudah.my dengan lebih berkesan sekaligus membantu kita untuk buat duit dengan Mudah.my. Secara jujurnya, banyak info dan tips yang kita boleh dapat daripada pengalaman Raja Kamil melalui audio tersebut. Aku tahu ramai yang sudah berjaya selepas mendengar audio dari Raja Kamil. Pengalaman beliau mendapat RM13000 hasil menjual motosikal di Mudah.my membuatkan ramai orang berminat untuk mula menjual di internet. Malah, ada segelintir daripada mereka mendapat manfaat daripada produk terbaru beliau. Secara jujurnya, ini antara produk audio yang aku boleh katakan sangat membantu pembelinya. Dan jangan risau, jika korang nak tahu lebih lanjut tentang Mudah.my, korang boleh email Raja Kamil untuk meminta bantuan samada dari segi pertanyaan ataupun nasihat. Insya-Allah, beliau akan membantu.

Dalam produk itu, korang akan dapat..

-5 cara untuk buat duit di mudah.my
-2 cara untuk jadikan iklan anda menarik
-8 cara untuk tukarkan pelawat iklan anda kepada pembeli serta merta

Jadi, mungkin korang ada banyak barang yang kat rumah tu nak dibuang, bukan? Apa kata korang jual barang itu di Mudah.my? Jika barang itu rosak sedikit, korang baiki apa yang patut, kemudian dapatkan produk Raja Kamil, baca dan apply semua cara yang ada dalam audio itu dan mula menjual di Mudah.my. Siapa tahu, ada seseorang diluar sana yang berminat untuk mendapatkan barang korang tu? Malah, jika korang merupakan supplier atau pembekal bagi produk-produk kesihatan ataupun korang tokey kedai komputer, korang juga boleh menjual produk korang di Mudah.my. Ini salah satu cara promosi yang bagus untuk kedai korang, bukan? Mana tahu, sales di internet lebih bagus daripada sales offline? Di Mudah.my, anda boleh menjual apa sahaja seperti Kereta, Tanah, Banglo, Produk kesihatan, Barangan elektrik, komputer dan sebagainya. Tapi jangan pula korang hendak jual orang dan dadah atau barang-barang terlarang. Nanti ada yang kena tidur balai jawabnya..

Boleh dapatkan panduan audio itu disini: Panduan Buat Duit dengan Mudah.my

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011