Ya. Aku sudah di Jerantut hari ini. Aku tiba petang semalam. Tapi tak sempat untuk update apa-apa sebab terlalu penat. Sampai aje, aku ada taklimat sampai ke petang untuk job baru tu. Pagi ni, aku terus survey beberapa tempat. Kerja punya pasal. Terpaksa wat awal. Dan ada banyak gak benda yang perlu disediakan. Prosedur biasa. Biarlah. Abaikan kejap. Aku dah penat rempit blacksaga aku dari semalam. Hari ini aku nak update bayaran komisen terakhir yang aku terima dari program TNX untuk tahun 2009. Ya, ini komisen terakhir dan juga merupakan komisen yang ke 41 sejak aku menyertai program TNX.

Dan aku juga akan withdraw dalam beberapa hari lagi kerana aku nak beli barang menggunakan duit paypal. Apapun, aku banyak berterima kasih kepada program TNX ini kerana membuka mata aku tentang peluang buat duit diinternet. Aku yakin mungkin ada dikalangan korang juga sudah mula menemui rentak untuk buat duit diinternet. Bukan sahaja melalui program TNX, tapi mungkin dengan program-program yang lain. Betul tak?
Lepas ini, mungkin aku akan sedikit sibuk dengan kerja-kerja kerajaan aku tuh. Jadi, mungkin ada banyak benda yang aku akan terlepas pandang. Namun, aku tetap akan cuba update blog ini dan blog-blog aku yang lain agar tidaklah tertinggal macam itu sahaja. Sejujurnya, aku tetap akan cuba jadi part time blogger yang cool. Susah sebenarnya nak buat 2 kerja yang berbeza dalam 1 hari yang sama. Tapi aku akui ianya satu cabaran yang gila buat diri aku. Tak apa. Aku reda dan anggap ini sebagai satu perkara yang menarik dalam hidup aku. Jika kita buat perkara yang kita tak suka setiap hari, memang banyak benda yang takkan menjadi nanti. Jadi, belajarlah menyukai pekerjaan kita walaupun kita cuma bekerja sebagai pekerjaan-pekerjaan yang biasa-biasa sahaja..
Kepada semua TNX super knight. Tingkatkan usaha korang dan buat seperti yang ada dalam Panduan TNX 2.0. Jangan lupa selalu melawat forum dan bertukar pandangan dikalangan ahli forum. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya terus aku di forum melalui Private Message ataupun buka topik baru. Aku akan cuba jawab secepat mungkin dan tahniah juga kepada mereka-mereka yang dah mula faham tentang perjalanan TNX dan nampak jalan untuk buat duit dengan TNX. Ianya sukar. Tetapi akan jadi mudah bila korang faham konsepnya.
Siapa berminat dengan TNX. Boleh daftar sini >> TNX
Ps: Serius, aku masih penat. Dah lama tak jalan jauh macam nih..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« You mahu kerja atau tak mahu? | Komisen kedua dari Intellilinks »




















Memang, yang paling seronok bila kita dah mula dapat rentak dalam bisnes….
order mula masuk tanpa henti
Tapi sebelum dapat rentak, yang kadang2 ada yang timbul tenggelam…yang penting tak give up
rina. Sama-sama.
Fatin Pauzi. You pun boleh maa..
Aqif. Insya-Allah. Sama-sama kita mencuba seadanya.
merahkatak. Insya-Allah. Kalau ko datang banting atau jerantut, call je aku. Aku belanja punya..
akazuma. Yap. Tau takpe..
jawatan kosong. Haa, apa kat try hari ini. Mana tahu ada rezeki dengan tnx. hehe..
debtrunner. Mudah-mudahan.
mancai. Hehe, ko pun boleh buat juga. Syaratnya kena usaha ajelah. Takde usaha, takdelah hasilnya..
:p
merahkatak. Dekat aje maa…
sidebar nih derang tak layan sangat… keh keh keh…
aku nak cashout untuk kali kedua laa pulak lepas nih beberapa hari lagi…
sain-web.com. Woo, mahu tunggu banyak point. takde masalah. Nanti dah cukup..redeem aje..
abdfatah. Takpe. PR ada ke takde, point masih dijual dengan bergaya. Hehe..
reddebt. Takpe. Pelan-pelan..