Hari ini aku kena marah sama boss. Dia tanya sama aku. Aku mahu kerja lagi atau tidak. Kalau tak mahu kerja kerajaan ni, dia mahu bagi tempat aku dengan orang lain. Ai. Sesuka-suki hati dia aja buat statement macam tu. Dalam masa tak sampai seminit aku berikan jawapan. Ya. Saya mahu kerja lagi.

“Ok. Esok datang sini. Kul 2. Ada briefing sikit. Kita ada job.”

Cis. Cakap ajelah dah ada job. Sebab tu suruh aku balik awal. Siap ugut mahu kasi tempat aku dengan orang lain. Jangan begitulah. Aku call kawan-kawan aku yang bercuti. Semua kena benda sama dengan bos. Haiya. Aku ketuk kepala boss nanti, baru dia tahu. Tapi nak buat macam mana, ini boss aku banyak sayang. Dia pandai jaga hati kita orang walaupun tak pandai buat lawak. Janji fulus masuk. Haha..

Tapi aku terfikir juga, kekadang aku perhatikan ramai orang melayu sangat memilih kerja. Aku sendiri pun memilih. Aku akui hakikat tu. Sebab tu aku memilih menjadi blogger. Mula-mula mak aku risau gak. Tapi sekarang dia dah boleh terima. Yang dia tak boleh terima, bila aku nak kahwin ni. Umur tahun depan dah 26 tahun. Duit dah ada. Kereta dah ada. Tapi awek tak lekat-lekat sorang pun. Aku balik kampung hari itu, nenek aku dah buat perangai semacam aje. Korang boleh bayangkan tak, dia follow aku ke hulu, ke hilir selama satu jam lebih dok ceramah pasal kahwin aje. Aduhai. Bukan aku tak nak kahwin. Kalau aku nak kahwin, nenek dan mak aku orang kedua dan ketiga yang aku akan beritahu. Orang pertama, tentulah bakal bini aku. Takkan aku tak bagitau aku nak kahwin dengan dia dulu, kan? Betul tak? Abah aku jadi orang keempat. Benda ni bukan aku boleh paksa. Kalau ada tu, adalah. Korang doa-doakanlah aku sekali. Biar masin mulut nenek aku, biar makbul doa mak abah aku nak aku kahwin cepat. Haha..

Cerita lagi bab kerja ni. Seronok sebenarnya cerita bab kerja ni. Aku masa cuti ni, gatal gak pergi walk-in interview. Jalan sana, jalan sini. Ada kerja kosong. Aku gi apply. Dengan selamba tanpa bawak apa-apa sijil termasuklah sijil SPM. Masuk satu kedai ni. Apek tu tanya aku 3 benda aje iaitu, nama, berat badan aku dan pengalaman aku bekerja. Aku beritahulah semua benda tu. Tapi bahagian berat badan tu aku pelik. Apa kehal tanya berat badan aku ni. Dia kata, kalau berat badan aku kurang dari 60. Dia tak mahu ambil aku kerja. Aku tanya dia sebab-sebabnya. Badan aku tak cukup berat. Satu alasan yang aneh bagi aku.

“Kalau mahu kerja ini kedai beras. You mesti angkat beras. Kalau you punya berat takda lebih 60 kilo, you takde tenaga mahu angkat itu banyak beras. Setakat satu dua bolehlah. Tapi mahu angkat 50-100 beras setiap hari. You punya badan takde larat punya..”

Tu dia dia punya hujah. Memang berat aku dah lebih 60kg. Itupun hasil dok bercuti aje ni. Tapi kalau aku sambung kerja kat Jerantut tu, memang leh jatuh ke 55kg kalau aku nak. Tapi aku terpaksa tolak. Sebab apa?

“Saya mahu you kerja sekarang. You mahu kerja atau tak mahu?”

Hambik ko. Masa tu juga dia nak aku kerja. Memang sempoi gila tokey beras ni. Tapi aku akui, memang kedai dia tak cukup orang. Yang kerja dengan dia aku tengok semua bangla. Dia kata, kalau aku kerja sama dia, aku akan jadi ketua. Sebab aku orang melayu. Dia dah lama mahu cari pekerja dari orang melayu. Bayar mahal sikit pun tak apa. Tapi mesti kerja kuat dan mahu belajar. Tokey tu kata lagi, kalau ada pekerja melayu, pelanggan melayu senang mahu datang. Pelanggan percaya sama kita. Dan kena pulak aku masih muda, dia percaya aku boleh tolong dia. Siap bagitau dia mahu bukak cawangan kat tempat lain dan mahu aku handle. Cuma satu lagi syarat ketatnya, mesti kerja dengan dia 3 tahun. Gaji dia bagi aku dalam Rm2500. Tapi kalau bulan pertama aku buat hal. Dia pecat. Gila tak gila dia punya MOU..

Hey, you mahu kerja atau tak mahu?

Sekali lagi. Lamunan aku terhenti seketika. Tokey beras tu tanya lagi. icon smile You mahu kerja atau tak mahu?

Terpaksalah aku menolak. Bukan aku tak nak. Macam aku kata tadi. Aku sangat memilih kerja. Kerja ini agak susah bagi aku. Keadaan badan aku tidak sehebat ketika aku berusia 17 tahun dulu. Boleh katakan, separuh kekuatan aku hilang entah ke mana. Jumping smash pun dah tak selaju masa aku wakil sekolah dulu. Kena pula aku jarang bersukan, otot yang dulu kekar, dah entah pergi ke mana walaupun badan aku dikategorikan badan atlit. Tapi aku akui, aku cepat mengah sekarang. Kalau mahu lawan badminton, 2 set pertama aku kena berhempas pulas untuk menang. Jika masuk set ke 3. Biasanya aku kalah sebab penggunaan tenaga yang berlebihan pada 2 set pertama. Kalau lawan tu macam kacang, main 10 set pun aku tak kesah. Tapi kalau pihak lawan tu setanding atau lebih terer dari aku, biasanya 2 set aje dah boleh buat tenaga untuk 10 malam pertama  aku habis begitu sahaja. Siapa yang main badminton, single. Diorang akan tahu berapa banyak tenaga yang digunakan kalau kita lawan pemain yang setanding dengan kita. Kalau berat badan korang 60 kilo, korang boleh turun berat sehingga 1 kilo. Tak percaya? Gi main badminton. Tapi mesti level pemain sekolah 5 tahun berturut-turutlah. Kalau tak, tak yah cerita bab tenaga badan ni..

“Woii budak, you mahu kerja atau tak mahu?”

Aku senyum dan aku geleng kepala. Jawapan aku mudah. Aku tak mahu. Tapi, aku suka dengar apek ni cerita dengan aku bab-bab kalau aku jadi kerja dengan dia. Seronok dengar. Dah tak macam interview dah aku rasa. Dia pun pelik, aku kerja kerajaan dan macam-macam lagi. Tapi try cuba cari kerja kat kedai beras. Yela, dah dia tulis kat depan kedai, dia nak pekerja. Orang melayu. Berusia 20-30 tahun. Aku sambar ajelah. Dah gatal sangat masa tu nak pergi interview.

“Sorilah. Saya tak mahu.”

Nasib aku tak kena marah. Yelah, interview dekat 1 jam. Tapi tak berjaya dia memancing aku untuk kerja dengan dia. Kena pula dia nak aku kerja masa tu juga. Sebab sebelum tu, aku dah lepas ujian dia. Angkat 10 guni beras letak dalam lori dia. Takde masalah bagi aku. Sekejap aje. Tenaga tu ada. Tapi aku tak rasa pekerjaan ini sesuai dengan orang yang kuat tidur macam aku ni. Jadi, aku menolak dengan baik. Malah, tokey tu siap tanya aku kalau-kalau aku ada kawan yang leh ganti tempat aku. Aku beritahu dia, kalau ada. Aku suruh diorang datang kedai tokey beras ni.

Haa, itulah serba sedikit salah satu walk-in interview yang pernah aku buat semasa aku cuti kejap ni. Tak sampai pun sebulan. Tapi kiranya best gak dapat cuti selama ni lepas 1 tahun kerja kerajaan setiap hari. Memang hari-hari bantai tidur aje kerjanya. Sampai mak aku marah hari-hari kejutkan aku suruh solat zuhur. Biasanya aku tidur lepas subuh. Tu yang dah tengah hari, memang mak aku bising. Satu untuk solat subuh. Satu lagi suruh aku mandi. Satu lagi kes, dia dah masak penat-penat. Aku tidur pula. Sape nak makan lauk-pauk yang dia masak tu. Aku juga. Tu pasal, mahu tak mahu aku kena bangun dalam area jam 12 tengah hari tu..

Ps: Satu lagi entri bersifat peribadi. Harap korang terhibur. Esok, aku di Jerantut. icon smile You mahu kerja atau tak mahu?


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 29 comments. Apa plak komen korang?
rina - 29 Dec 09 at 18:30:56
hehe..sampai macam tu sekali. Dasyat gak boss dengan apek tokey beras tu.. :)
naim - 29 Dec 09 at 18:37:59
wah..mmg susah cri kerja skg..aku keje kfc xsmpi sbuln ni,cam haram.mase xtntu.pk nak noreh gtah je blik!!haha mahal tu!!!
GM - 29 Dec 09 at 19:40:39
Banyak pengalaman. Den masa kerja time lepas abis skola dulu, 2-3 hari cabut.. :D
appleblogger - 29 Dec 09 at 19:56:44
dulu pernah keje kat piza. kene belaja wat piza. uli doh..memasak dan memacamlah. Sonok gak, dapat pengalaman baru. Tapi sekarang. Kita pilih kerja yang lumayan dan sesuai untuk kiter. takdelah rasa cam nak gadoh dengan boss aje..

Hehe :D
ZaidiRazali - 29 Dec 09 at 20:22:58
uihh…ru nak 26 tahun depan ek..sebaya la kita yer..hihi ;) memang dah umur2 camni nak keje pun kena pilih..lain la time ru pas spm, keje tukang pacak dalam pasaraya berjam2 pun ok je…sekrang nak wat? hihi, entah tahan ke tak tau lah.. :D
blinkky - 29 Dec 09 at 21:07:57
Susah sebenarnya nak cari kerja ni…Kalau ikutkan post kat atas tu, bunyi cam garang je bos tu….
blogresipi - 29 Dec 09 at 21:56:42
kerja kerajaan susah bos nak pecat. haha. janji dah sah jawatan.
abdfatah - 30 Dec 09 at 02:31:16
garang benor nampaknya boss ko. kalo tak kena gaya memang sah cepat hilang jawatan…

kerja elok2 yer sapo2 yang dah kerja kerajaan.
paeh - 30 Dec 09 at 03:19:08
sekarang mmg susah cari kerja. aku dah setengah tahun xdpt2 kerja g nii.. hahaha…
titan - 30 Dec 09 at 05:03:29
rina. dahsyat tu takdelah. Terkejut gak ada orang cam apek tuh. haha..

naim. Biasalah tu. Darah muda..

GM. Ko kerja apa sampai cabut lari nih..

appleblogger. Wah. Bagus. Banyak pengalaman. Leh la belanja makan piza lepas nih..
titan - 30 Dec 09 at 05:08:04
zaidi razali. Semua ni bergantung pada individu. Dia mahu atau tak mahu aje..

blinky. Takdelah garang. Dia saje je tu. Bosan kot pekerja dia semua gi cuti lama-lama..

blogresipi. Betul tu. :)

paeh. Ko memilih sangat nih. Hehe..
farahaznil - 30 Dec 09 at 05:24:51
hahhaa..best dow jln2 tnya keja mcm tu…byk borak2 meh…tp tan serius ke ko nak cari keja lain?hohoho
Fatin Pauzi - 30 Dec 09 at 06:07:23
Sampai sekarang, even income online dikatakan masih belum cukup kukuh untuk saya tetap dengan kerja online, still tak rasa nak kerja dengan orang. bila la saya nak sampai seru.. huhu.
megat - 30 Dec 09 at 07:10:37
pergh tawaran keje apek tokey beras itu agak menarik tetapi agak stress juga.

umur aku dan kederat aku ni pun tak mampu nak buat keje macam tu, apatah lagi sedang sakit (hu3).

tapi bab cari jodoh tu, kawan-kawan blogger boleh tolong carikan. dah ada calon blom? kalau takde aku bikin 1 entri khas untuk ko (ha3)
boy_bersahaje - 30 Dec 09 at 10:42:08
Serius wei, cite ko ni memang best! Kalau tanye orang, sume nk kerja sendiri, semua nak jadi boss. Tapi mampu tak mampu jela. Tapi bile kerja ngn orang pulak, kemalasan tahap gaban je dalam badan ni kihkhihkhih
Earn - 30 Dec 09 at 17:27:12
Aslkm,gud info n gud blog.Nak jemput sesape je datang ke blog saye ni di http://metroskandal.blogspot.com , jom meriahkan lagi blog ini.harap maklum,terima kasih…..
mesticun - 31 Dec 09 at 03:36:58
Rugilah berhenti kerja kerajaan.bukan senang nak dapat.kerja sahalah sambil berblog hinggan ke subuh.
rina - 31 Dec 09 at 09:35:32
titan nak orang pempuan pinang dia nih. hihi..
merahkatak - 31 Dec 09 at 16:34:55
rasanya kerja kerajaan selamat sikit kalau dah sah jawatan. hehe..
akazuma - 01 Jan 10 at 07:56:31
hehe..apek tu nak bape ramai?
jawatan kosong - 01 Jan 10 at 10:08:13
Banyak orang bilang macam tu. Kalo dah sah jawatan, kerja kerajaan selamat dikit.
debtrunner - 01 Jan 10 at 12:28:45
haha..semua orang nak keeje kerajaan sekarang ek..
titan - 01 Jan 10 at 20:31:22
farahaznil. Kalau boleh, memang nak cari kerja lain. Kalau boleh..

Fatin Pauzi. Terpulang pada pendirian masing-masing. Setiap orang ada definisi tersendiri.. :)

megat. Memang menarik. Kalau aku takde kerja lain dan masih available, memang aku sambar kerja tu. Hehe..kat blog ko? Boleh gak. Haha..

boy_bersahaja. Hehe..biasalah. Dah nama pun manusia. Malas itu normal..
titan - 01 Jan 10 at 20:44:51
earn. berapa kali ko nak spam nih haa??

mesticun. memang rugi pun. Hehe.. :)

merahkatak. Kalau dah sah jawatan. memanglah selamat. haha..

akazuma. entah. 2-3 orang rasanya. Kenapa? berminat?

jawatan kosong. Yap. Betul! :D

debtrunner. Sebab banyak permintaan Tapi supply kurang. Demand aje yang tinggi..
emme - 02 Jan 10 at 03:52:06
Biasalah kerja titan, kalau kerja tak kena marah ko akan rasa ko tak dihargai. Bila kita kena marah baru kita dapat rasa yang kita ni disayangi… betul tak? :)

Betul ke single lagi? Kalau janda muda ko nak tak? :) Memang cun orangnya, aku cuma tolong je…
titan - 02 Jan 10 at 22:38:51
Emme. Sape janda muda tu?? :)
Dina - 03 Mar 11 at 07:36:27
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
ainun - 29 Aug 11 at 18:08:22
wah…tajuk dia…saya tak mau…hahaha..
Farahaznil - 29 Aug 11 at 18:09:49
hahahaha…bos cina ma…..



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011