Di sini aku senaraikan beberapa perkara mengapa aku rasa korang mungkin berminat nak sertai program Shareasale. Mungkin ada sebilangan dari korang yang masih tak tahu apa itu Shareasale. Shareasale ni lebih kepada Affiliate Network. Bila korang dah sertai Shareasale, korang boleh pilih mana-mana affiliate program yang korang mahu promosikan. Setiap affiliate program tu ada peraturan dan keunikan tersendiri. Ada program yang berbentuk pay per lead, pay per sales dan pay per click. Tinggal pilih sahaja. Ok. Kenapa korang mungkin berminat dengan program ni?
1. Mudah. Bagi aku agak mudah dan aku rasa aku dah banyak kali dapat bayaran dari Shareasale. Lama gak aku tak update bayaran kat sini kan? Jadi, mungkin korang pun boleh buat duit dengan Shareasale. Minuman payout adalah 50 dollar dan Shareasale akan bayar kita melalui cek sahaja.
2. Sistem support diorang bagus. Korang email aje diorang. Biasanya cepat sahaja diorang balas. Paling lambat pun seminggu. Tapi paling cepat, beberapa jam sahaja. Ini pengalaman aku sendiri. Pengalaman orang lain, itu aku tak tahu.
3. Banyak program pay per lead atau program yang beraliran CPA. Jadi, sesiapa yang ada banyak list ataupun mahir dalam jurus-jurus pay per lead, aku cabar korang buat duit dengan Shareasale. Ada berani?
4. Program pay per sales diorang juga agak menarik. Ada beratus program yang masih available dan cukup menarik untuk korang sertai. Nilai 1 komisen pun agak menarik. Ada komisen yang tinggi, ada komisen serendah $0.01. Jadi, korang pilih dan promosikan. Kalau korang otai Clickbank, aku cabar juga korang sertai Shareasale dan buat duit dengan Shareasale. Clickbank lebih mudah berbanding Shareasale. Tapi bagi pandangan aku, Shareasale lagi mudah. Sebab aku dah banyak kali dapat cek Shareasale. Cek clickbank? Sekali pun tak pernah. Mungkin aku tumpu lebih kat program ni berbanding Clickbank kot..
5. Yang lagi best, ada pay per click. Kiranya diorang bayar kita melalui click. Tapi yang aku perasan sekarang, cuma ada 4 program sahaja dalam Shareasale Network ni. Tapi syarat kelayakan untuk sertai program-program sebegini sangat ketat. Korang cuma boleh join program ni hanya selepas korang terima bayaran pertama dari Shareasale. Bengang tak? Aku berangin gak bila diorang wat peraturan macam ni. Tapi tak apalah. Aku dah boleh join sebab dah dapat cek pertama dari Shareasale. Haha..
6. Shareasale hantar cek cepat. Biasanya awal bulan. Kalau korang cukup bayaran dalam bulan December ni. Korang akan dapat cek dalam 10hb-20hb. Kadang-kadang, lagi awal dari tu. Kira oklah tu kan? Takdelah lambat sangat. Tapi cam biasalah, kita boleh anggap kiranya ambil masa dalam 1 bulan setengah untuk clearkan cek tu dan dapat duit kat akaun bank kita. Aku selalu pakai CIMB untuk clearkan cek ni. Biasanya aku dapat tukaran antara RM3.40~Rm3.60.
7. Syarat pertama yang mesti korang patuhi adalah korang mesti ada blog atau website. Dan mestinya website korang tu bukan blog yang tak cukup sifat. Biarlah dah dalam 5-6 bulan beroperasi dengan banyak artikel dalam tu. Sebolehnya gunakan blog english ketika buat pendaftaran. Kalau blog baru, kirim salamlah. Kalau lepas, kira korang bernasib baik. Tapi kalau tak lepas, jangan kata Shareasale bangang plak. Diorang ada sebab tak luluskan pendaftaran korang. Faham?
Itu sahaja. Malas aku nak cerita panjang-panjang. Aku ada buat laporan pasal Shareasale dulu. Siap jual lagi. Tapi mungkin sebahagian daripada panduan itu dah tak relevan. Yelah, ebook tu aku buat dah lebih setahun. Banyak program-program yang aku cadangkan dalam tu dah tak available dalam Shareasale network. Setiap hari, banyak program baru yang dimasukkan dalam Shareasale. Jadi, mungkin korang berminat nak beli. Tapi masalahnya, aku dah tutup jualan. Jadi, aku mintak maaf. Biasanya aku bagi laporan ni sebagai bonus sahaja.
Dah. Gi la daftar >> Shareasale Official Website
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Bit.ly | You mahu kerja atau tak mahu? »
















taukey. Bagi aku, diorang mudah sikit. Aku lebih kepada pro PPL. Jadi, aku banyak dapat lead banding sales ketika kat Shareasale nih. So, aku nampak kelebihan kat situ.
Kalau kat clickbank, nak cari yang ada PPL atau CPA. Cukup susah. Kalau ada, tak ramai yang nak share. Tapi kalau yang nak email submit tu, memang berlambak la. Tu lom campur yang ada menipu kat clickbank. Sejujurnya, aku lebih suka shareasale berbanding clickbank.
Tapi, dua-dua program tetap besh!
akazuma. Haha..aku memang setia. Takkan ko baru tahu kot. Haha..
reddebt. Blog down lagi ker?