Pernah korang dengar tentang Bit.ly tak? Kalau korang ni pengguna setia Twitter atau rajin tweet setiap hari dengan rakan-rakan follower yang lain atau korang rajin buat duit dengan Sponsored Tweets dan Churpchurp, mesti korang selalu nampak link-link pendek Bit.ly ni kan? Jadi, apa yang korang rasa tentang servis memendekkan URL ni?
1. Pendek dan mudah. Walaupun aku tahu banyak website memendekkan URL lagi pendek dari Bit.ly. Tapi ini antara yang paling popular selepas Tinyurl. Ramai yang guna Bit.ly ketika kat Twitter dan Facebook. Mungkin dah jadi satu kebiasaan agaknya.

2. Saingan terdekat Adf.ly? Aku tak rasa begitu. Adf.ly juga berfungsi untuk memendekkan URL seperti mana yang dilakukan oleh Bit.ly. Perbezaannya mudah. Bit.ly tidak bagi kita duit. Tapi Adf.ly menawarkan kita peluang untuk buat duit. Itu sahaja. Tapi kalau kat Twitter, Adf.ly sudah kena ban. Satu link yang bau-bau bacang dengan Adf.ly akan dibuang dan secara separa automatik, akaun Twitter korang pun mungkin akan kena gantung gak. Mungkin spam secara berlebihan kot. Aku kurang pasti. Tapi dengar cerita begitulah. Itu cerita dulu. Sekarang, aku kurang pasti.
3. Biasanya, orang kita selalu guna Bit.ly ni sebagai taktik menyorokkan link referrals. Biasalah, taktik biasa. Tapi Bit.ly ni jangan main-main. Advertiser dekat ST(Sponsored Tweets) dan CC(Churpchurp) pun guna Bit.ly. Bukan calang-calang Bit.ly ni. Ramai yang guna. Ingat program macam ST dan CC aje guna? Celebrity dan syarikat besar-besar pun guna jugak tau!

4. Satu lagi kelebihan luar biasa Bit.ly ni. Korang boleh tengok rekod klik yang korang dapat. Misalnya, kalau korang letak kat Twitter, korang leh tengok berapa ramai orang yang klik link Bit.ly korang tu. Aku cuba-cuba gak. Boleh tahan. Ramai juga yang terkena umpan. Bagus gak ni untuk program-program macam Bukisa, Triond, Associated Content, Squidoo dan Berrybunch. Mesti banyak dah terfikir idea jahat sekarang ni kan? Haha..
5. Buat duit dengan Bit.ly? Setakat ni, dah puas aku fikir macam mana nak buat duit dengan benda ni. Banyak sebenarnya macam pay per click, affiliate program dan sebagainya. Senang cerita, Bit.ly ni lebih kepada tools yang bagus untuk membantu korang buat duit. Itu sahaja.
Haa. Itu yang aku rasa. Aku tahu korang pun banyak yang dah rasa-rasa. Jadi, rasalah apa yang patut. Jika korang nak guna Bit.ly, aku nasihatkan korang daftar secara percuma. Korang dah boleh linkkan akaun Twitter dengan Bit.ly korang juga. Tak ada masalah. Ini akan memudahkan korang.
Ps: Tu statistik Bit.ly aku. Baru je try beberapa hari. Ok la kan..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« 15 orang TNX Super Knight | 7 Sebab mengapa Titan pilih Shareasale »


























memang patut dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk mentraking cliks…
bagus dia xoffer bayaran..sebab nanti akan banyak SPAM guna bit nie
abdfatah. Ko buat apa sampai kene ban nih. Takkan spamming kot. Hoho..
Earnbaju. Sama-sama. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini..
kiro. Yap. Boleh la cuba main tweet-tweet dengan bitl.y lepas nie.
rina. taktik biasa. Hide affiliate link atau pendekan url yang panjang sangat tu.
mazuki. Kalau dia offer bayaran. Bagus gak. Tapi confirm Twitter tak bagi punya..
Hehe..
baru ni saya cuba elok je.
mesticun. Tinyurl aku dah tak layan. Adf.ly aku masih layan. Yap. Dulu masa awal-awal, diorang ban. Tapi sekarang, tak tahu la..mungkin hanya untuk kes yang spamming aje kot..
titan lama tak msuk blog ko :p
program takde la baru sangat kot.. nway. pendapat aku sama la mcm ko. bitly ni just sebagai tools saje. kelebihan dia dengan link shortener yg lain ialah dia ada tracker & statistic jer.