Hari ini hari yang agak sibuk. Banyak perkara yang perlu aku lakukan. Kena update blog, kena hantar link download, kena hantar mak balik kampung, kena beli barang dan macam-macam lagi. Tapi, sempat juga aku buat promosi dan setup iklan untuk beberapa produk aku di beberapa website pengiklanan. Kalau nak beriklan kat television, mungkin aku tak mampu. Kalau nak iklan guna surat khabar, aku pernah cuba. Return memang tak bagus. Mungkin sebab barang yang aku iklankan tu kurang sesuai diiklankan disana dan iklannya cumalah untuk sehari. Jadi, aku sendiri tak rasa boleh balik modal. Cuma untuk tambah satu lagi eksperimen sahaja.
Jadi, jika korang ada barang hendak dijual, ada servis untuk dijual, ada perniagaan untuk dipromosikan, bagaimana agaknya korang buat marketing untuk membuatkan lebih ramai orang tahu tentang iklan korang tu? Ya, tak lain dan tak bukan. Promosi, promosi dan promosi. Dan pastinya kita kena promosikan iklan kita tu dibanyak tempat dan pastikan juga iklan kita tu ditempat yang sesuai. Takkan nak iklankan produk kecantikan dekat kedai komputer kan? Jadi, kita cari tempat yang sesuai. Di internet ni, ada macam-macam website, blog dan tempat yang sesuai untuk kita iklankan produk dan servis yang kita tawarkan. Cuma kena pandai cari sahaja. Dan salah satunya adalah iklan di Maincyber.com.

Jika korang perasan dengan gambar diatas, ianya lebih kepada website classified. Website jenis macam ni memang popular dan aku rasa banyak juga yang telah wujud di Malaysia. Mungkin website Maincyber ini boleh lawan website-website popular dalam masa terdekat ini. Bagi aku, website ini sangat ringkas dan mungkin pemilik website ini boleh tambah banner dan gunakan header yang lebih menarik. Mungkin ini strategi pemilik website yang kita tak tahu. Untuk pengetahuan korang, pendaftaran di Maincyber adalah percuma. Korang tak perlu daftar. Apa yang korang perlu buat cuma terus isi iklan yang korang mahu. Tak sampai 30 saat, dah siap iklan korang. Aku pun dah cuba iklankan Panduan TNX 2.0 aku di Maincyber.com. Mana tahu, ada pembeli yang datang dari sana.
Jadi, korang boleh jual secara percuma menggunakan website Maincyber.com. Selain itu, iklan korang diluluskan serta-merta. Siap boleh letak 5 gambar yang berkaitan dengan produk atau servis korang secara percuma. Dan seandainya korang nak edit semula iklan korang tu, korang akan diberikan satu access key di email yang korang letakkan ketika proses membuat iklan dulu. Jadi, masukkan access key itu, korang dah boleh edit semula iklan tu. Access key tu kiranya berfungsi macam password. Ianya nampak mudah dan tidak menyusahkan. Itulah antara cara untuk beriklan di Maincyber.com. Mudah bukan?
Ya. Aku tahu mungkin website ini kelihatan sangat ringkas dan simple. Malah, tidak ada langsung iklan banner yang dipaparkan. Dari segi kelajuan untuk loading website ini, ianya laju. Tak ada masalah. Cuma trafik ke website ini perlu dibaiki. Mungkin mereka ada cara tertentu untuk meningkatkan trafik ke Maincyber.com pada masa akan datang. Walaubagaimanapun, ianya baru permulaan. Maincyber.com ada banyak masa untuk melakukan perubahan terutamanya dari segi design dan traffic. Untuk memastikan Maincyber kekal diingatan kami semula, promosi berterusan perlu dilakukan. Mungkin boleh diadakan peraduan bulanan untuk menarik lebih ramai orang untuk melawat Maincyber setiap hari. Apapun, aku harap lebih ramai orang akan mengenali Maincyber.com. Mungkin satu hari nanti website ini akan lebih terkenal berbanding Lelong, E-bay, Mudah.my dan mungkin lebih popular berbanding blog ini. Siapa tahu kan?
Ps: Ya. Maincyber.com menawarkan pengiklanan secara percuma.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Mudah.my | Who says birds don’t have feelings? »




















blinkky. Yap. Mungkin diorang takde gambar yang sesuai masa nak letak iklan. Aku pun nasib baik ada gambar kat laptop ni. Kalau tak, takdela..
hehehe…
Anyway thanks 4 da info…
Aku sangat suka web classified
diaien. Try ajelah. Aku promosi apa yang patut. Boleh gak letak produk kat sana kalau kita ada produk. Mana tahu ada pelanggan dari sana. Siapa tahu, kan?
akazuma. Betul. Betul. Betul..
Mantra. Bab tanpa bayaran tu yang aku rasa ramai suka. Yang tak perlu isi borang panjang-panjang pun best juga. Tak sangka ada gak yang suka web classified nih rupanya..