Pagi tadi, aku sibuk mengemaskan bilik. Mak aku dah bising sejak 2 minggu lepas sebab bilik aku ni bersepah dan tak terurus. Maklumlah, orang bujang. Memang malas nak kemas bilik. Takkan korang tak faham. Jadi, dengan rasa terpaksa aku pun mengemas sikit bilik ni agar lebih kemas dan bersih sikit.

Sedang aku sibuk kemas, aku terjumpa banyak barang lama dalam bilik ni. Maklumlah, sebelum bilik ni jadi bilik bujang, bilik ni sebenarnya stor untuk menyimpan barang. Jadi, banyak gak la barang-barang lama yang aku boleh kategorikan antik berbanding pada zaman sekarang. Ada radio buruk yang masih boleh berfungsi, kipas jenama Nuodi yang masih gagah berpusing, 2 handphone lama yang baterinya tak kong, berpuluh novel-novel yang aku pernah beli, beratus majalah kreko dan arena yang masih cantik tetapi agak berhabuk, satu monitor komputer yang masih boleh digunakan, satu CPU yang menggunakan disket besar untuk bermain games, koleksi kad Dragon Ball sebanyak 3 album, koleksi CD dan DVD anime yang aku kumpulkan sejak aku dibangku kolej lagi, satu printer HP yang masih berfungsi cuma sudah lama tak digunakan dan 1 modem router lama yang pernah aku gunakan untuk melayari internet sebelum aku beli modem yang baru.  Fuhh, banyak betul barang yang masih boleh digunakan. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku buang semua benda ni,tapi ada juga barang-barang tu mempunyai nilai tersendiri seperti koleksi Kad Dragon Ball yang mencecah ratusan kad bersinar yang aku kumpul sejak aku berumur 8 hingga 18 tahun. Malah, hingga hari ini, jika aku jumpa kedai yang menjual kad bersinar dragon ball, memang aku akan beli biarpun harga 1 kad adalah RM10.00. Harga termahal kad bersinar dragon ball yang pernah aku beli dulu adalah RM20. Sebab memang cuma ada 10 kad sahaja kad bersinar yang mempunyai gambar Goku sedang buat bola jiwa. Memang susah nak dapat tu. Ada seorang peminat, mahu beli dengan harga RM500. Aku tolak mentah-mentah. Sebab itulah kad pertama yang sangat cantik dan sukar untuk dimiliki. Tapi mungkin aku jualjika mereka menawarkan pada harga yang lebih premium. Haha..

Jadi, barang-barang lain aku mahu buat apa? Mungkin aku akan jual di Mudah.my. Sebab pasaran disana agak bagus terutamanya untuk pasaran tempatan. Aku akui ramai pembeli yang inginkan barang-barang antik dan juga barang terpakai. Mana tahu radio lama kepunyaan abah aku tu ada orang yang berminat hendak membelinya? Sejak aku lahir lagi radio itu berfungsi dan sehinggalah saat ini, radio lama ini masih boleh berfungsi. Siap boleh pasang kaset lagi tu. Bukan senang tu, radio sekarang ada lagi ke yang pakai kaset? Semua main CD dan DVD aje kan? Jadi, mungkin aku akan pasarkan ke Mudah.my sebab ramai orang kata kat situ senang untuk jual barang. Aku pun dah buat survey, memang agak menarik dan aku tahu banyak trafik setiap hari. Ini bermaksud ribuan rakyat Malaysia melayari Mudah.my untuk membeli dan menjual barang. Tapi bagaimana hendak menjual di Mudah.my? Mudahkah?

buatduitdengamudahmy


Pada mulanya, aku juga tidak tahu cara-caranya. Tetapi apabila aku dapat nasihat daripada Raja Kamil melalui produknya yang terbaru iaitu Panduan Buat Duit dengan Mudah.my. Aku sangat teruja untuk menjual barang-barang lama dan barang antik yang mampu dijual di Mudah.my. Oleh kerana produk itu berbentuk audio, korang akan dapat dengar dan ulang banyak kali untuk memahami panduan dan tips untuk menjual barang di Mudah.my dengan lebih berkesan sekaligus membantu kita untuk buat duit dengan Mudah.my. Secara jujurnya, banyak info dan tips yang kita boleh dapat daripada pengalaman Raja Kamil melalui audio tersebut. Aku tahu ramai yang sudah berjaya selepas mendengar audio dari Raja Kamil. Pengalaman beliau mendapat RM13000 hasil menjual motosikal di Mudah.my membuatkan ramai orang berminat untuk mula menjual di internet. Malah, ada segelintir daripada mereka mendapat manfaat daripada produk terbaru beliau. Secara jujurnya, ini antara produk audio yang aku boleh katakan sangat membantu pembelinya. Dan jangan risau, jika korang nak tahu lebih lanjut tentang Mudah.my, korang boleh email Raja Kamil untuk meminta bantuan samada dari segi pertanyaan ataupun nasihat. Insya-Allah, beliau akan membantu.

Dalam produk itu, korang akan dapat..

-5 cara untuk buat duit di mudah.my
-2 cara untuk jadikan iklan anda menarik
-8 cara untuk tukarkan pelawat iklan anda kepada pembeli serta merta

Jadi, mungkin korang ada banyak barang yang kat rumah tu nak dibuang, bukan? Apa kata korang jual barang itu di Mudah.my? Jika barang itu rosak sedikit, korang baiki apa yang patut, kemudian dapatkan produk Raja Kamil, baca dan apply semua cara yang ada dalam audio itu dan mula menjual di Mudah.my. Siapa tahu, ada seseorang diluar sana yang berminat untuk mendapatkan barang korang tu? Malah, jika korang merupakan supplier atau pembekal bagi produk-produk kesihatan ataupun korang tokey kedai komputer, korang juga boleh menjual produk korang di Mudah.my. Ini salah satu cara promosi yang bagus untuk kedai korang, bukan? Mana tahu, sales di internet lebih bagus daripada sales offline? Di Mudah.my, anda boleh menjual apa sahaja seperti Kereta, Tanah, Banglo, Produk kesihatan, Barangan elektrik, komputer dan sebagainya. Tapi jangan pula korang hendak jual orang dan dadah atau barang-barang terlarang. Nanti ada yang kena tidur balai jawabnya..

Boleh dapatkan panduan audio itu disini: Panduan Buat Duit dengan Mudah.my







Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 14 comments. Apa plak komen korang?
kiro - 23 Dec 09 at 17:16:39
wahh, jual moto dapat 13 ribu tu. Motor apa tu sampai 13 ribu???
merahkatak - 23 Dec 09 at 19:57:16
itu dia. satu lagi produk terbaru dari rajakamil. Wahh..mudah.my. selalu gak lepak nih..
ijamidayu - 24 Dec 09 at 01:20:18
itu dia.. Perkongsian dari RK dan bongkaran oleh Titan..
knightblogger - 24 Dec 09 at 08:03:56
wahh. nak tengok lah jap mudah.my.

nampkanya, ada satu lagi website yang macam ebay dan boleh kita buat duit. :)
mesticun - 24 Dec 09 at 10:25:13
Rambut palsu pun boleh jual.mana nak tahu ada orang nak beli.kalau kreatif rekalah produk sendiri.
rohaizad - 24 Dec 09 at 11:43:26
Member aku dah berniaga dan buat profit di Mudah.my lebih dari RM80 ribu sejak setahun lepas. Jual pampers dengan jual produk sendiri je.

Sesiapa pun boleh buat duit di Mudah.my.
kel - 24 Dec 09 at 11:58:38
yep, muday.my memang mudah. tambah pulak skrg ada yg mcm store tu..proniaga.
rina - 24 Dec 09 at 13:00:41
betul. sesiapa pun boleh buat duit di mudah.my.. :)
debtrunner - 24 Dec 09 at 22:13:39
emm. kene cuba nih. banyak gak barang kat rumah nih. ada motor vespa lama ni. Leh gak jual ni..
titan - 25 Dec 09 at 02:28:43
kiro. You rasa motor apa? Hehe..

merahkatak. Ko selalu lepak sana? Ko watpe kat sana haa..

ijamidayu. Dah dapatkan produk RK ni? Kalau lom, baik cepat sambar. :)

knightblogger. Kalau kena caranya, memang boleh buat duit punya..

mesticun. Ehh, ada orang jual rambut palsu ke kat mudah ni???
titan - 25 Dec 09 at 02:32:19
rohaizad. Wahh, kawan ko jual pampers aje. Kawan ko ni laki ke pempuan? :)

kel. Dah register yang proniaga tu lom? Sementara tengah percuma ni. baik kita sambar satu tempat dulu..

rina. Yap. Semua orang boleh. Dengan syarat, kita bertindak sekarang..

debtrunner. Motor vespa? berapa ko nak jual tu? Ko kasi baiki dulu motor tu, cat lawa-lawa. Haa, pastu gi wat iklan kat mudah. Mesti laku punya..
syd - 17 Jan 10 at 09:35:17
yeah…aku pun dah banyak kali jual barang di mudah..computer accessories dan mcm2 lah..memang berbaloi!
wan - 25 Feb 10 at 10:24:36
haih RK.. dah kaya pon nk jual jugak rahsia mudah.my ni? duit da byk, cari la pahala plak.. ape salahnya kongsi2.. klu berbayar, maybe 1000 orang beli, profit maybe RM10 000 (anggaran je), klu bagi free maybe 100000 orang baca, pahalanya? erm fikir2 la sendiri..

btul ka RK dpt profit RM13000 jual motor? atau sbnarnya dia buat profit dgn jual ebook ni?
encik vitamin - 25 Feb 10 at 13:37:52
wan. salah ke apa yang RK buat tu?


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------