1. Aku menulis blog untuk buat duit. Itu sejujurnya. Cuma aku gunakan pelbagai platform untuk buat duit melalui blog dan aku jadikan blog sebagai base atau kubu untuk menjana pendapatan melalui blog network yang telah bina. Setiap blog mempunyai peranan dan misi-misinya tersendiri seperti mencari duit sampingan, menyara hidup, mahu kebebasan kewangan, mahu beli kereta Ferrari, mahu kawin dan sebagainya. Aku yakin, ramai dikalangan korang semua juga pasti begitu. Dan pastinya cara kami semua berbeza dan mempunyai tujuan tersendiri.
2. Aku juga menjadi penulis blog untuk para pembaca. Aku tulis apa yang pembaca dan memikirkan topik yang pelawat mahukan. Jika artikel yang aku karang itu dapat membantu sesetengah daripada korang, itu salah satu daripada siri-siri kegembiraan aku sebagai seorang penulis blog. Biarpun aku cumalah penulis blog separuh masa, tetapi kegembiraan ini membuatkan aku untuk terus menulis dalam blog ini dan blog-blog aku yang lain. Ingat, bukan senang untuk kita menulis untuk kepentingan orang lain. Ianya memerlukan usaha yang berterusan, kreatif, mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Kesemua ini boleh dipupuk dengan syarat kita tahu akan resepinya. Ya, resepi untuk menulis blog. Setiap resepi pasti mempunyai keistimewaan tersendiri berdasarkan cara memasaknya dan penggunaan perasa atau perencah tertentu.
3. Aku menulis blog juga untuk individu tertentu. Ada sesuatu yang aku perlu buktikan. Mungkin pendirian dan juga perbezaan pendapat yang bercanggah antara penulis blog yang lain. Dan aku cuba buktikan melalui penulisan dan aktiviti blog yang aku lakukan sejak 3-4 tahun yang lalu. Setiap orang ada daya penolak tersendiri dan juga pendirian yang berbeza. Yang penting, kita percaya pada diri sendiri. Tak kisahlah jika satu dunia tidak percaya atau memulau anda, jika kita percaya pada diri sendiri. Itu sudah mencukupi.
4. Aku menulis blog untuk mencari kegembiraan. Ya. Aku sunyi. Sebab kita semua pada mulanya hanya hidup seorang sendiri didunia ini. Sebab itu wujudnya keluarga, hadirnya kawan-kawan, munculnya sahabat, timbulnya haiwan dan serangga, terciptanya internet dan juga blog. Menulis blog merupakan salah satu alternatif untuk mencari kegembiraan. Mungkin ianya mendatangkan hasil yang berbeza dengan blogger yang lain, tetapi jika kegembiraan itu menyenangkan hati aku dan rakan blogger yang lain, itu sudah memadai.
5. Aku menulis blog juga untuk mencabar kemampuan diri. Bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. Cuma aku pasti, ada sesuatu yang berbeza untuk kita didunia ini. Mencari sesuatu yang berbeza dan mempelajari ilmu juga merupakan salah satu tugas kita. Jadi, menulis blog dan mencabar batasan diri pastinya sangat mengujakan. Pastinya ada kawan dan musuh yang hadir. Itu semua rencah dunia blog. Tak ada dunia yang aman damai. Pasti ada kekacauan dimana-mana. Bezanya, bagaimana kita menghadapinya..
Dan banyak lagi sebab-sebab yang mampu membuatkan kita untuk menulis blog. 5 sebab ini merupakan tunjang atau teras aku untuk membantu aku terus menulis blog. Aku yakin, mungkin ada persamaan dengan orang lain atau mungkin juga tidak sama langsung. Jadi, setiap orang pasti berbeza. Jadi, mengapa kamu masih mahu menulis blog? Ceritakan pada aku atau mungkin juga diblog kamu orang semua. Mahukah kamu sahut cabaran yang tidak seberapa ini?
Ps: Internet wat hal lagi. Grrr…
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Ad.ly | Edisi Siasat: Buat Duit dengan Mudah.my »
















ni sebab kenapa aku tulis blog.. hohoho
http://topotato.com/2009/10/05/kenapa-topo-menulis-blog-2/
Takdelah sampai pukul bini atau pukul awek..
PS : Kahwin cepat sikit.nanti naik RM300 tambah RM5 kan dah jadi RM305.mula nak bising dekat kedai kopi.
akazuma. Ko ada banyak masalah kaa??
zool. Memang kebanyakkannya sama dengan blogger yang lain. Bezanya cuma sikit aje..
rina. Ko memang malas nak tulis blog. Penat dah aku paksa. Hehe…
mesticun. Bukan aku tak nak kawin, tapi takde calon-calonnya..
brosam. Cidok idea takde masalah. Tapi jangan copy paste aje..
knightblogger. Untuk siapa? Adalah. Kan aku kata untuk orang-orang tertentu. Hehe..
kiro. baru 5 sebab. Tak cukup banyak lagi tu..
merahkatak. Tak yah la tau siapa. Cukup aku kata untuk insan-insan tertentu..