Dah hampir 2 hari internet connections kat rumah abah aku bermasalah. Sejak petang Jumaat hinggalah petang Ahad ni, line memang kejap ada kejap tak ada. Ini pun aku tak pasti selama mana boleh bertahan. Kalau tak, memang sakit kepala. Harap tak ada lagi berlaku dalam bulan ni. Aku faham yang dalam 1 bulan akan berlakunya salah satu daripada 11 perkara ajaib yang berlaku kat rumah ni. Line internet putus-putus. Itulah antara 11 perkara ajaib yang berlaku kat rumah aku. Selain daripada itu, bunyi angin kat bilik aku. Kawan-kawan aku yang tumpang bilik aku, lepas jam 12 tgh malam, mesti ada bunyi semacam. Aku pun ada dengar. Kawan-kawan aku pun aku dengar. Semua cuak gila. Aku senyum aje sebab dah dekat lebih 20 tahun aku dengar bunyi tu. Biarlah. Diorang pun nak menumpang hidup kat dunia kita ni. Kita tak kacau diorang, diorang pun tak kacau kita la..

Ok. MAcam tajuk diatas, aku cuma nak kenalkan korang dengan satu lagi program baru yang menjadi ujikaji aku iaitu program Ad.ly. Aku rasa mesti sebahagian daripada korang tahu yang John CHow pun ada promosikan program ini. Jadi, apa yang best sangat benda ni sampai John CHow pun join sekaki gak? Bagi aku, ianya tetap sama seperti program Sponsored Tweets dan Churpchurp. Itupun jika korang perasan. Modus operandi bagi ketiga-tiga program ini adalah lebih kurang sama sahaja.
Apa yang korang perlu buat. Macam biasa. Daftar di website Ad.ly. Linkkan akaun Twitter dengan program Ad.ly. Update bahagian pembayaran, profil dan lain-lain. Fuh. Dah siap daftar. Bagaimana pula nak buat duit dengan Ad.ly ni? Macam aku kata tadi, sama aje macam Churpchurp. Kita akan terima job dari advertiser. Diorang akan bagi kita job berdasarkan jumlah Twitter follower kita. Makin banyak bilangan ahli Twitter follower kita, makin senanglah korang nak dapat job. Tapi aku rasa kalau ada 500 followe ke atas, aku rasa dah cukup layak dah nih. Cuba ajelah. Daripada tak buat apa-apa dengan akaun Twitter korang tu, apa kata mencuba nasib dengan Ad.ly? Tak perlu serius. Cuma jadikan ianya sebagai side income. Tapi kalau nak fokus dan betul korang nak buat duit dengan benda ni, memang ada caranya. Terpulang pada korang, mahu atau tak nak sahaja.
Bagaimana caranya? Ianya mudah. Banyakkan jumlah Twitter follower dalam akaun Twitter korang. Jika dah ada 500 orang, gandakan 3 kali ganda menjadi 1500 follower. Kalau dapat 5000 follower, itu lagi bagus. Haa, bagaimana nak dapat banyak follower tu? Senang aje. Tapi aku malas nak tulis panjang-panjang. Korang gi download Panduan Twitter Infiniti yang diberikan secara percuma oleh saudara Fahdi Ghazali. Bukan aku nak ampu mamat ni, tapi korang memang leh tingkatkan jumlah bilangan Twitter korang dalam masa yang singkat. Takdelah sampai 100%, kalau dapat tingkat dalam 10-30%, itu dah cukup bagus apa. Tips yang ada dalam panduan tu, memang menarik. Korang nak tahu cara nak tingkatkan bilangan follower korang, dia ada cerita. Gi la download. Percuma aje tu..
Jadi, bila bilangan Twitter follower korang dah banyak, dengan mudahnya nak buat duit dengan Ad.ly. Aku yakin korang akan dapat job dengan mudah berbanding sebelum ini. Begitu juga dengan program Churpchurp dan Sponsored Tweets. Semakin banyak jumlah Twitter follower, semakin senang korang nak dapat job. Kalau dah banyak job, ini bermakna korang ada potensi untuk dapat banyak income. Kira-kiranya macam itulah. Faham kan?
Apapun, korang leh godek kat sana dulu: Ad.ly Official Website
Ps: Harap-harap Streamyx tak wat hal malam ni. Banyak benda nak wat ni..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 40 dari TNX | 5 Sebab Aku Masih Menulis Blog.. »














samdaddycool. Rugilah kalau John Chow tak minat. Dia punya twitter follower pun dah berapa ribu..
mesticun. Biar ada sikit daripada tak ada langsung..
farahaznil. Yap. Itu yang perlu kita tahu. Lagi banyak follower yang kita ada, lagi mudah kita nak dapat job dari program-program sebegini.
merahkatak. Hehe..
rina. Ni pun main tembak-tembak aje. Hehe..
knightblogger. Yap. Add la banyak-banyak. Nanti banyak gak yang follow balik ko..