Malaysia Menang! | EarnCent.com



Aku rasa korang semua dah tahu berita gembira yang baru sahaja kita terima. Penantian selama 20 tahun akhirnya berbalas pada hari ini. Aku yakin ramai orang bergembira pada hari ini tatkala gol pertama yang dinanti-nantikan sejak menunggu lebih dari 80 minit akhirnya terhasil. Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengalahkan Thailand, Laos dan Vietnam. Aku yakin lepas ini, 3 pasukan ini takkan pandang rendah lagi pasukan Malaysia. Huh, jurulatih Vietnam boleh selamba keluar kenyataan macam ini, “Nasib baik kami tak jumpa Thailand masa final”. Hambek, Tuhan tu kalau nak balas, dia bayar cash terus aje. Alhamdulillah, doa kita semua termakbul.

Secara jujurnya aku bengang dengan separuh masa pertama tadi, memang Malaysia banyak main defense. Mungkin ini taktik Rajagopal untuk menjimatkan tenaga dan aku nampak pemain kita memang bertenaga melampau-lampau masa separuh masa kedua manakal pemain Vietnam, semua dah pancit. Ternyata strategi Rajagopal menjadi. Itupun kalau apa yang aku fikirkan ini memang taktik yang beliau rancang dari awal. Itu pasal slow semacam aje permainan masa first half, dan aku yakin ramai gakk yang menyumpah-nyumpah masa tu, kan? Tapi pujian harus diberikan kepada semua pemain pertahanan Malaysia. Bertahan bagai nak rak dari minit pertama sampailah minit ke 96. Tak sia-sia bertahan dan aku yakin korang semua gembira pada masa kedua kan?

Lain ceritanya pada masa kedua, serangan demi serangan dari pemain Malaysia memang banyak yang menjadi. Sayap kiri, sayap kanan, pemain tengah dan penyerang, semua menjadi. Aku boleh nampak sekurang-kurangnya 3 orang pemain Malaysia kat depan bila diorang tengah mengatur serangan. Pujian juga harus diberikan kepada pemain tengah malaysia. Sape ek yang india tu, dari kotak penalti Malaysia hingga ke kotak penalti Vietnam, memanjang dia berlari kejar bola.

Yang paling tak boleh blah dalam game tadi, penjaga gol Vietnam. Entah apa nama dia, aku malas nak ingat. 3 kali kalau tak silap aku dia buat aku ternanti-nanti depan TV disebabkan kecederaan bahu beliau. Yang jurulatih pula, nak juga pakai mamat tu. Apsallah tak tukar. Aku tengok banyak permainan tergendala disebabkan penjaga gol tu. Permainan Vietnam kucar kacir dan bila Malaysia sumbat gol. Barulah nampak diorang mula menyerang. Biasalah, dah kena tinggal, mesti diorang sedaya upaya nak bagi seri, kan? Apakan daya, bukan rezeki diorang walaupun diorang dah dapat 6 minit masa tambahan.

Fuhh..kat Banting tengah hujan. Siap black out lagi tadi. Mungkin tanda kesyukuran kemenangan Malaysia. Aku sendiri pada minit ke 80 yakin dalam hati yang Malaysia boleh menang dengan Vietnam. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat rakyat Malaysia dan aku yakin pasti ada habuan untuk mereka bila balik ke Malaysia nanti.

Sekian, itu aje berita ringkas yang penuh dengan emosi dari aku tentang perlawanan Akhir antara Malaysia dan Vietnam yang berkesudahan dengan kemenangan Malaysia. Hehe..







Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 20 comments. Apa plak komen korang?
afiff - 17 Dec 09 at 13:42:17
Tamat kemarau panjang 20 tahun. Pjg gpl vietnam bagi hint. Jurulatih Portugal tu pulak keras kepala + berlagak. Tak mau ganti. Lepas nie kena pecat.

Mungkin mereka celaru dengan pemainan Malaysia tambahan dengan pemain ‘kembar’ atas dan bawah.

Ape pun pemainan malaysia vs vietnam kali nie lebih baik dari malaysia vs laos.

Tahniah kepada skuad kebangsaan Malaysia. Malaysia Boleh!
merahkatak - 17 Dec 09 at 14:11:10
tahniah kepada semua pemain malaysia. Esok konpem penuh semua surat kabar dengan gambar diorang. hehe.. :D
titan - 17 Dec 09 at 19:14:10
afiff. Betul. Memang kemarau yang sangat panjang dan ianya dinantikan. Tahniah Malaysia. Tahniah Pemain bola sepak negara. Tahniah semua! :)

merahkatak. Hehe. Biasalah tu. Orang paper dah itu kerjanya. Tak wat kerja, kata mengular plak. Haha.. :D
ZaidiRazali - 17 Dec 09 at 22:04:25
hehe.india tgh tu namanyer GURU….dah nama pun guru, memanglah jadi otai kat tengah padang..lagipun dia tu ketua pasukan harimau muda masa rajagopal pegang..tgk tv ulas, guru tu pun boleh kata anak emas gak pada rajagopal, selalu puji guru tu.. ;)

guru..guru..guru..kih2.. ;)
awe 9 - 17 Dec 09 at 23:38:04
Najib 1 Malaysia kena ishtihar cuti umum ni hari sabtu atas kemenangan Malaysia.. =)
cyza - 18 Dec 09 at 01:30:34
aku time tu ada kat surau menyambut awal muharam….so tak dapat tgk…tapi time jamuan, kat surau, orang dah bagi tau mesia menang…hehe
knightblogger - 18 Dec 09 at 02:11:35
tahniah. Dah leh balik malaysia dengan tiket kelas A. Lepas ni, apa lagi agaknya habuan diorang. :D
farahaznil - 18 Dec 09 at 02:27:30
huhuhu..aku pun xsmpt nak tgk…sedihnya,,,xpe2..jnji malaysia mnng!oh yeah!!
merahkatak - 18 Dec 09 at 02:51:12
memang ramai yang tak sempat tengok. Mungkin bakal ada siaran ulangan nanti. Hehe..
titan - 18 Dec 09 at 06:29:00
Zaidirazali. Oh, Guru. Baru aku ingat nama dia. Tapi memang lipas kudung betul mamat nih. Rajin kejar bola.. :)

awe 9. Hehe..aku memang tengah cuti pun. Tak kesahlah nak cuti umum ke cuti khas ker..

cyza. Aku rasa ada siaran ulangan nanti. Takpun, ko leh tengok jaringan emas tu kat youtube.

knightblogger. Oklah tu. Daripada tak dapat apa-apa. Tapi aku yakin diorang akan sesuatu dari kerjaan Malaysia..

farahaznil. Apsal ko tak tengok? Universiti ko tak bagi ko tengok ker? Ke semua cafe penuh dengan budak-budak laki??? :|

merahkatak. Harap-harap begitulah hendaknya..
farahaznil - 18 Dec 09 at 08:06:13
xdela..aku cuti mggu ni..cuti mid sem tp sminggu aje..mlm td rmh aku duk sibuk tgk hbo la,cinemax la..cerita suraya la..sekar la..smpi lupa ada game bola..patut la abah aku kuar dgn jiran smpi balik lewat mlm td..dia gi tgk bola rupanya..hoho

aku harap lps ni chong wei plak naikan nama malaysiia!!!!!!!!
akazumaa - 18 Dec 09 at 10:58:16
malaysia boleh. aku suka tengok time masa laos. 3-1. Banyak gol sket. hehe.. ;-)
rina - 19 Dec 09 at 05:30:23
orang laki-laki memang hantu bola. Huh.. :(
debtrunner - 19 Dec 09 at 09:00:55
cik rina. orang lelaki memang suka tengok bola. suka main bola. Takkan tak faham-faham lagi kot. Hehe.. :)
farahaznil - 19 Dec 09 at 12:19:45
debtrunner…mcm dah lain je bunyi dia tu..hahhaa
adrenal - 20 Dec 09 at 12:09:16
saya ada tgk match tu..mmg menarik dan kritikal..bley sakit jantung jgk la..=D
mesticun - 21 Dec 09 at 07:26:45
Kemarau tanpa hujan di Banting ke.ataupun ada pesta air hujan.sebab banjir musim ketujuhni.apapun saya ucapkan tahniah pada pasukan Malaysia.

Taktik rajagobal menjadilah.orang laki dekat rumah biasalah.riuh sakan.nasib baik tak runtuh rumah.hehe….
farahaznil - 22 Dec 09 at 08:42:10
silap tu mesticun..mendung tapi panas..hahhaa
titan - 22 Dec 09 at 11:00:19
farahaznil. Ko kat rumah ke? Hehe..Tak pi jalan mana-mana?

akazuma. Yang tu pun aku tengok. Itu memang best. Kira sakit jiwa gak layan macam tu. :)

rina. Yela. Tengok bola. kata hantu bola. Tengok pempuan, kata kaki perempuan. Tengok kerusi, kata kaki bangku.. Aii, tak fahamlah pempuan nih..

debtrunner. Nampaknya masih ada orang tak faham-faham bahasalah. Hehe..
titan - 22 Dec 09 at 11:05:20
farahaznil. Memang lain pun.

Nasiblah tak runtuh rumah. Kalau runtuh, tak pasal-pasal beli rumah baru..

farah. Menda mendung panas nih haa..


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------