Mungkin ada yang tak suka. Mungkin juga ada yang suka. Jadi, bacalah..
1. Aku tahu tentang TNX melalui 2 forum iaitu Wangcyber dan Digitalpoint. Sejak itu, aku dah terjebak dengan industri TNX sampailah hari ini. Secara jujur, aku tak sangka aku boleh pergi sejauh ini dengan TNX.
2. Aku rasa sudah ramai orang mengenali TNX. Lebih-lebih lagi apabila Panduan TNX aku keluar sejak beberapa bulan lepas dan juga selepas ramai yang membeli Panduan TNX 2.0 yang lebih terperinci walaupun mungkin ianya bukanlah satu panduan yang sempurna. Sebab aku tahu tak ada 1 pun panduan yang sempurna setakat ini yang pernah dikeluarkan oleh mana-mana penulis blog.
3. TNX merupakan salah satu broker yang menguruskan perihal jual beli iklan yang berbentuk perkataan di blog atau website kita. Ianya mudah dan sesungguhnya ramai pemain TNX mengakui bahawa dalam banyak-banyak broker jual beli link, TNX adalah program yang paling senang dan mudah sekali berbanding TLA, Teliad, Backlinks dan sebagainya.
4. Ramai orang menganggap TNX program bodoh sebab susah nak buat duit. Jap, siapa yang bodoh sebenarnya?
5. Ramai orang tak berapa mahir dalam bahasa english dan itu antara sebab mereka kurang berminat untuk buat duit dengan TNX. Aku mengakui hakikat itu. Malah, aku juga mengakui aku tidak mahir berbahasa english dengan baik. Baik dari segi tatabahasa mahupun komunikasi. Tetapi, aku masih boleh buat duit dengan TNX dan program-program lain. Bagi aku, jangan beri alasan bahasa kalau nak buat duit. Kalau betul serius, bahasa takkan menjadi masalah besar untuk korang.
6. Jika ada link yang tidak terjual di TNX ataupun income korang masih rendah, jangan salahkan TNX atau advertiser kerana tak dapat banyak link yang terjual. Salahkan diri sendiri. Ini bermaksud, korang belum tahu cara untuk memaksimakan income TNX korang ke tahap yang lebih baik.
7. Ada orang kata, aku tidak membantu orang Melayu kerana menjual panduan TNX 2.0 dengan harga RM47. Bagi mereka, ianya terlalu mahal. Ianya cuma satu pelaburan murah untuk jangka masa yang panjang. Jika aku temui panduan ini 2-3 tahun yang lepas dengan harga RM100 dan ke atas, aku tidak ragu-ragu akan membelinya. Sebab setiap bulan aku boleh dapat antara RM100-Rm400 sebulan hanya dengan TNX. Belum lagi campur dengan program yang lain. Masih mahal lagikah panduan ini?
8. Jika anda mahu tahu maklumat tentang TNX ini secara percuma, ada banyak caranya. Search di Google atau tanya mereka yang dah berjaya mendapat duit dengan TNX.Tapi jika korang tanya aku, aku cuma akan beritahu yang basic sahaja. Yang lebih-lebih, memang aku TAKKAN bagitahu. Termasuklah diblog ini. Apa yang aku beritahu, hanya asas sahaja. Nak lebih, boleh miliki Panduan TNX 2.0. Harganya cuma RM47 sahaja. Tahun depan, harga naik ke RM50. Confirm. Aku cuba membuat duit untuk sesuap nasi. Bukan memberi sedekah sewenang-wenangnya.
9. Adakah TNX mengubah hidup seorang blogger? Ya. Sekurang-kurangnya aku.
10. TNX atau Google Adsense? Jawapan aku adalah TNX.
11. Bayaran pertama yang aku terima TNX adalah pada 30 September 2008.
12. Setakat ini, aku telah terima 39 bayaran dari TNX dan aku sedang tunggu bayaran yang ke 40.
13. Dunia blogging sangat gembira. Bila aku tambah perasa TNX dalam dunia blogging aku, ianya menjadi kegembiraan dan kejayaan dalam hidup aku. Sekurang-kurangnya, aku rasa begitu.
14. Adakah ramai blogger sukakan TNX? Mungkin. Tapi sekurang-kurangnya, aku masih suka TNX.
Ps: Banyak aku nak tulis. Tapi cukuplah korang hayati 14 fakta tentang TNX.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content


























nuffnag tak ada masaalah kan dengan tnx? rasanya nak beli aa buku ni…
appleblogger. Sama-sama. Mudah-mudahan momentum ini dapat dikekalkan..
debtrunner. Alhamdulillah..
mancai. Tak ada masalah. Blog earncent ni antara blog yang aku submit ke tnx dan antara yang banyak bagi untung kat aku untuk program tnx. Blog ini juga ada aku guna untuk TLA, Nuffnang dan program-program yang lain..
Takde masalah nak gabung tnx dengan program-program yang lain.
farahaznil. Mana ada orang kutuk aku. Sesuka hati ko je tuduh orang. Hehe..
Biasalah. Ada orang suka, ada orang tak suka. Benda ni normal maa. Langit pun tak selalunya cerah kan? Camtulah kehidupan blogger separuh masa macam aku nih..
PS : naik harga RM3 pun saya tak kisah.sebab titan tulis semua dan ada forum secara sulit ( Private ).
Hoho..cover duit domain dan hosting, masih untung berganda-ganda. Memang berbaloi-baloilah join program TNX nih. Lagi berbaloi-baloi beli panduan tnx ni. Hehe..