Yap. Aku perlu beritahu korang tentang perubahan terkini tentang program Berrybunch.biz. Aku akui bahawa perubahan demi perubahan akan membuatkan sesebuah program itu menjadi lebih baik dan matang. Ternyata Berrybunch telah membuat banyak perubahan dalam tempoh 2 bulan ini sejak aku sertainya pada 1 November dulu. Sejak itu aku telah menerima 7 bayaran daripada Berrybunch dan aku yakin perubahan baru ini dilaksanakan untuk sesuatu yang lebih baik.

Aku rasa semua ahli Berrybunch yang lama telah menerima email dari Berrybunch tentang perubahan terbaru ini. Agak sukar juga untuk aku memahami peraturan terbaru diorang. Kiranya, ianya mengambil masa juga untuk memahami hala tuju dan cara untuk buat duit dari program ini. Dan kita juga bukan lagi dikenali sebagai ahli BIZO, tapi kepada BIZO Manager ataupun Pengurus BIZO. Nampak gah sikit kan bunyinya. Dan apakah fungsi Pengurus BIZO kali ini?
Seperti biasa, tugas kita adalah mempromosikan website BIZO ini. Bagaimana cara untuk buat duit dengan Berrybunch? Adakah masih sama seperti yang lama?
a) Setiap laman BIZO mempunyai 50 slot pengiklan IAB UAP Rectangle yang bernilai RM10 sehari. Jumlah pendapatan maksima yang boleh dijana sepanjang tempoh setahun adalah RM10 x 50unit x 365hari = RM182,500. Kadar perkongsian pendapatan anda adalah 70%.
b) Setiap laman BIZO mempunyai 500 slot pengiklan Twittnouncement yang bernilai RM1 sehari. Jumlah
pendapatan maksima yang boleh dijana sepanjang tempoh setahun adalah RM1 x 500unit x 365hari = RM182,500. Kadar perkongsian pendapatan anda adalah 70%.

c) Setiap laman BIZO mempunyai 1 slot Rich Media. Setiap implementasi kempen Rich Media baru (jika ada) di laman BIZO anda, anda akan terima RM100 fixed rate.
Dan 4 perkara penting yang perlu Pengurus BIZO titikberatkan:
1. Pembayaran langganan pengiklan (kecuali Rich Media)… Setiap pengiklan akan membayar terus
kepada anda langganan pengiklanannya. Sebagai contoh Syarikat A membeli dari laman anda slot banner IAB
UAP selama 10hari. Jadi pembayaran RM10 x 10hari=RM100 akan dibayar terus olehnya ke akaun bank anda.
Walaubagaimanapun, pengiklan akan menghantar bukti pembayaran terus kepada Berrybunch dan bukannya
kepada anda. Ini untuk membolehkan kami terus mengaktifkan pengiklanannya di laman anda.
2. Pembayaran baki 30% kepada Berrybunch …
Untuk BIZO Malaysia, Berrybunch akan mengeluarkan invois pada setiap hari Selasa untuk 30% nilai
pengiklanan yang telah terlanggan sejak dari hari Selasa sebelumnya. Anda wajib menjelaskan jumlah invois ini
pada setiap hari Rabu. Jika invois tidak dibayar pada hari Rabu, pengiklanan akan dinyahaktifkan, akaun BIZO
anda akan ditutup serta laporan CBT kepada pihak berkuasa mungkin dilakukan.
3. Penjanaan pendapatan melalui klik masuk diperbaiki dan diganti dengan sistem Star Point berdasarkan
Site Rating. Sila rujuk dibawah untuk mengetahui bagaimana Site Rating dikira:
- Star Point dikira berdasarkan Unique Visitors & Site Rating.
- Pautan Sahih tidak lagi diambil kira.
- Site Rating laman BIZO anda ditentukan secara mutlak oleh Berrybunch dengan melihat kepada kualiti Unique Visitors yang dijana dari laman BIZO anda.
- Lebih rendah Site Rating maka lebih bagus lah laman BIZO anda. Site Rating ini juga digunakan oleh pengiklan untuk menentukan kualiti hits yang masuk ke laman anda.
- Site rating bermula dari 25 (paling teruk atau akaun baru) hingga 1 (paling baik).
- Site Rating anda kini telah ditetapkan pada 15.
- Pengkiraan Star Point Awarded dilakukan secara automatik di laman BIZO anda.
- Setiap 100 Star Point Awarded anda akan menjana RM1
- Apabila anda telah menjana RM100, Berrybunch akan membayar jumlah ini ke bank anda. - Untuk Agen sedia ada, Unique visitors anda tidak direset dan masih yang dahulu walaupun anda telah dibayar untuk hits-hits tersebut. Ambil perhatian bahawa hits yang telah ditakrifkan sebagai tidak sahih dahulu kini sahih dan digunapakai untuk pengiraan Star Points anda.
4. Dan kepada semua ahli BIZO yang lama, sila isi borang sekali lagi untuk update beberapa perkara seperti akaun Twitter, link ke Blog anda, akaun Facebook dan data-data yang lain. Korang juga boleh dapat duit dengan melalui Tweets jika ada syarikat atau sesiapa yang berminat untuk Tweet ke akaun Twitter korang dengan RM10 untuk 1 tweet. Dah macam Churpchurp dengan Sponsored Tweets la pulak kan? Hoho..
Secara jujurnya, aku agak terkejut dengan sistem baru yang diperkenalkan ini. Tapi aku harap ianya akan menjadi sesuatu yang lebih baik. Aku punya site rating pun dah naik ke 12 bizos. Kalau ahli baru, korang akan bermula ke 25 bizos. Kiranya macam pangkatlah. Kalau 100 Star point bersamaan dengan RM1, ini bermaksud aku kena dapat 10000 Star point untuk dapat RM100. Em, nampak macam susah. Tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk dapat first payment dari sistem Berrybunch yang baru ini. Doakan aku ek. Rajin-rajinlah korang melawat site Berrybunch ni nanti. Hehe..
Korang leh tahu lebih lanjut kat site Berrybunch:Â Berrybunch.biz
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Innity | 14 Fakta tentang TNX »














kiro. Harap-harap tidak begitu.
merahkatak. Mudah-mudahan.
mesticun. Harap perubahan itu berbaloi.
farahaznil. Ko pening kepala ker? Gi makan panadol 2 biji. Haha..
aku dah nak pengsan baca…
aku tak join pun. tengok aje laa…
mancai. Yap. Agak susah sikit sekarang. tapi aku tak rasa mustahil untuk buat duit dari program sebegini.
aah. BIZO ni dah ada peluang untuk bagi kita duit ala-ala twitter. Kira bagus gak la tu. Hehe..
debtrunner. Lom lagi. Aku rasa lambat lagi memandangkan banyak benda yang dah berubah nih..