Beberapa hari lepas, memang aku agak sibuk dengan pelbagai kerja. Jika ada sesiapa yang cuba menghubungi aku melalui YM atau sms. Aku minta maaf kerana tidak membalas. Aku harap korang boleh terus bertanya melalui email dan ruang contact yang telah aku beritahu acapkali. Ianya lebih senang untuk aku membalas berbanding menggunakan YM atau SMS. Tetapi jika tentang Panduan Tnx 2.0, korang leh terus tanya di forum private atau email terus ke email yang aku beritahu dulu. Ianya lebih mudah dan aku akan terus balas secepat mungkin.

Dalam sibuk-sibuk 2-3 hari ini, aku sempat submit salah satu blog aku ke program Innity. Tak aku sangka, sudah diluluskan pada hari ini. Aku rasa dulu macam pernah submit blog ke sini, tapi mungkin blog aku tidak melepasi syarat-syarat yang diperlukan. Tapi blog yang aku hantar, memang aku rasa agak layak untuk melepasi syarat-syarat asas yang diperlukan untuk buat duit dengan Innity seperti..
- Website atau blog kita tu mesti ada 15000 pageview sebulan
- Website atau blog kita tu mesti ada 3000 unik visitor setiap bulan
- Website atau blog kita tu content yang berkualiti dan selalu update setiap hari
- Website atau blog kita tu tak boleh ada adult content
- Website atau blog kita tu tak guna autosurf atau trafik yang meragukan.
- Website atau blog kita tu mesti guna root domain. Tak leh guna host percuma..
Secara jujurnya, aku terkejut yang blog aku diluluskan dan dalam masa yang sama aku terpaksa buang iklan Nuffnang kat blog abrablog untuk memberi laluan kepada program Innity. Sebab trafik disitu agak tinggi terutamanya dari luar dan aku harap income Innity akan mencapai RM50 sebelum tahun 2010. Mudah-mudahan. Aku cuma mampu merancang dan harap Nuffnang dan Innity akan menjadi income yang lumayan seperti gandingan TLA dan TNX. Hoho..
Melalui Innity, kita boleh dapat buat duit melalui CPM, CPC, CPE dan intext. Sebenarnya, banyak juga jenis pengiklanan yang ada di Innity dan dan aku kira aku akan cuba buat sesuatu dengan blog-blog yang lain untuk capai minimum requirement untuk aku submit ke Innity. Aku tahu tak ramai orang yang buat duit dengan Innity dan aku harap program Innity ini akan dapat membantu lebih ramai blogger untuk buat duit dengan blog. Tidaklah hanya terhad dengan Advertlets dan Nuffnang sahaja, kan? Oh ya, Innity bayar kita melalui 2 cara iaitu melalui cek dan bank transfer. Tapi buat masa sekarang, bank transfer hanya untuk akaun Maybank sahaja.
Ps: Innity, Nuffnang, Advertlets dan Catcheye. Mana yang korang suka?
Pss: Malaysia tengah leading 3-1 lawan Laos. Hoho..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« 7 Interesting Facts about Google Adsense | Perubahan Terbaru Berrybunch.biz »


























Innity, Nuffnang, Advertlets dan Catcheye…disbbkan blog aku tak stabil lg..aku rasa lebih sesuai nuffnang kot…tp kalo ko..semua boleh aje…tp tan dah lama xdgr byrn dr nuffnang ko..last skali bila dpt?
Dua site den dah lama lulus.. Dah letak dah pon iklan tu kat sana..
banyak giler blog ko.. aku nak berguru ilmu banyak blog weh…
apa beza antara:
CPM, CPC, CPE dan intext dekat Innity ye? Boleh tak kita pastekan ads Innity kat dalam posting kita macam kat Nuffnang?
GM. Aku tak sampai seminggu cuba Innity. Kalau ada perubahan, aku akan beritahu dan memang aku prefer Nuffnang banding Innity. Sebabnya? Aku kenal Nuffnang dulu dari Innity. Hehe..
debtrunner. Tak apa. Ada rezeki. Ko leh try semuanya..
Topo, pelik gak aku. Apsal blog ko tak lepas ek. Ko punya unik visitor sebulan lebih 3k tak? Impression lebih 15k tak??
akazuma. Nampaknya begitulah. Sejak ramai yang gunakan Innity ni, makin ramailah yang suka..
Venomancer. Rasanya Innity terima dari semua negara rasanya. Tak hanya dari Asia. Lagipun kita boleh buat duit by CPM dimana bayaran kita diterima berdasarkan jumlah impression kita pada kadar harga yang tertentu..
Zool. Tak apa. Pelan-pelan. Dah biasa dengan Nuffnang, boleh tumpu pada blog lain untuk pasaran Innity pula. Kita rancang pelan-pelan..
Jayce. Yap. Aku tahu ko dah dapat income dari Innity. Tahniah aku ucapkan. Salah seorang blogger berketurunan cina yang aku respect dalam bidang make money online dan blogging. Camana saham? Naik lagi hari ini? Hehe..
Topo. Ilmu banyak blog? Senang aje. Ko beli domain baru. Pilih niche. Haa, apa lagi. Sumbat artikel, tinggikan alexa rank, promosi apa yang patut, dah bawah 1 juta, pilih je Nuffnang, Innity atau Google Adsense. Haa, dah leh buat duit. Hehe..
Blogresipi. Rasanya boleh dapatkan plugin yang sesuai untuk letakkan iklan dibahagian artikel KALAU tak tahu nak edit secara manual di theme wordpress kita tu.
Cuba cari plugin “Adman”. Nanti boleh letak code Innity tu untuk iklan dibahagian sebelum atau selepas artikel. Untuk penerangan tentang CPC, CPM, CPE dan yan lain tu, sila rujuk diwebsite rasmi. Ada penjelasan yang lebih tepat disana. Tidak pun, tunggu aku tulis lagi artikel tentang Innity.
JeketB. Aku baru je join program Innity ni. Jadi, tak boleh nak kata apalah. Baru aje bermula dan aku harap aku akan dapat income aku dari Innity. Aku akan update kalau aku cecah minimum payoutnya nanti.
aku dah beli satu domain.. tapi blur nak buat niche ape.. aku takut aku combine byak sangat niche hohoho
Ler..ko nak combine banyak niche pun boleh. Takde masalah. Cuma ko pepandailah buat category. Takde hal punya. Blog Kak Jie pun boleh lepas, takkan blog ko tak bleh..cuba ko email diorang, tanya apasal tak lepas…
sorry banyak tanya,masih belajar pasal wordpress nih.
Kat blog abrablog.com, aku letak 5 jenis iklan. Satu kat footer, satu kat sidebar, satu kat lepas artikel, text link punya iklan dan iklan satu muka surat. Tadi baru je dapat email yang ada campain untuk iklan 1 muka surat akan masuk esok..
kami add link titan di blog.tk
PS : siapa suka maybank bolehlah daftar segera.patut Titan suka tu.bayar keluar melalui maybank.
cacthye dh mampus skang..
blogresipi. Yap, blog abrablog pun dah ada income walaupun baru beberapa hari mencuba dengan Innity nih..
kiro. Takpe. Ko kerjalah elok-elok..
mesticun. Memang aku suka dan aku rasa memang boleh buat duit dengan program Innity. Aku suka iklan jenis CPM tu..
syinrayafa. Cuba je dulu Nuffnang. trafik rasa cam dah stabil, boleh cuba Innity. Catcheye? Aku kurang berminat dah dengan program tu.
farahaznil. La, ko dah baca lom kat website churpchurp tu? Benda ni simple aje, kita cuma perlu buat 1 tweet kat twitter. Tweet tu lebih kepada promosi kepada produk atau website yg advertiser nak. Kita just follow apa yang advertiser mahukan..
Ko dah baca lom kat website churpchurp tu? kan ada gambar lagi untuk bagi kita lebih jelas tentang churpchurp ni..
camni. ko pernah guna akaun twitter kan? Ko penah hantar mesej ke twitter follower ko kan?
Ok. masa ko register churpchurp tu, diorang akan tanya akaun twitter ko. Kiranya dalam masa yg sama, ko akan link ke twitter dari churpchurp.
Jadi, biasaya, ko kene login churpchurp untuk buat kerja tweet tu. Arahan semua ada dalam akaun churpchurp ko.
Misal kata ko dapat 1 job. Advertiser tu suruh ko tweet pasal Planet Marikh. Dia akan bagi keyword-keyword penting yang perlu ada dalam tweet ko, dan paling penting, ada 1 link pendek yang mesti ko letak dalam tweet tu. Link tu diorang akan bagi.
Apa yang ko perlu buat, just be creative. Guna keyword dan link tu, buat ayat paling besh didunia untuk ko tweet kat akaun twitter ko.
Itu aje. Proses nak tweet tu, mesti login akaun churpchurp dulu. Ko dah pernah dapat job lom? Kalau dah, ko akan faham dengan sendirinya nanti.
Dapat RM300 from Nuffnang