Aku yakin terdapat beberapa tips dan cara untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Bukan sahaja berjaya untuk kepuasan hati untuk menulis dan membuat duit, tetapi kepuasan untuk pelbagai perkara. Mungkini tips ini sesuai untuk sesiapa yang suka untuk menjadi seorang blogger tegar..
1. Tulis apa sahaja yang korang mahu. Itu langkah pertama jika korang betul-betul buntu hendak menulis blog. Kebiasaannya, memang penulis blog tak ada hala tuju yang tertentu kita mahu bermula menulis blog. Aku akui perkara itu sebab korang mesti tidak tahu apa yang hendak ditulis. Maklumlah, bila kita lihat sana sini orang menulis blog, Tun Mahathir pun menulis blog, kita pun nak tulis blog. Nak buat duit dengan blog. Sebab itu banyak blog baru yang muncul tetapi hidup segan mati tak mahu. Jadi, korang tulis apa yang korang mahu walaupun ianya kita boleh kata content temporary. Kebiasaanya korang akan putus asa dalam beberapa hari kerana korang tak tahu apa nak ditulis walaupun cuma perlu tulis yang korang dah makan ke belum, atau apa-apa yang berbentuk personal. Nak tulis itu pun susah, kan?
2. Jadikan blog itu diari. Mulakan dengan menulis blog personal. Jika korang hendak pergi jauh. Buat satu blog personal tentang diri korang. Itu sahaja yang aku mampu beritahu. Jangan cakap banyak dulu.
3. Korang cuma perlukan 3 bulan sahaja untuk melihat samada korang boleh berjaya menulis blog dengan baik atau tidak. Mengapa aku kata 3 bulan? Dalam masa 3 bulan, korang punya alexa rank boleh masuk bawah antara 1-3 juta berbanding 25 juta pada hari pertama. Tahukah korang jika setiap hari korang update blog setiap hari, potensi untuk alexa rank korang meningkat adalah sangat tinggi? Jadi, sesiapa yang tak update setiap hari adalah rugi. Ini salah satu sebab mengapa aku minta korang buat ujikaji selama 3 bulan. Menulis blog personal dalam tempoh itu. Ujian ini aku panggil 3 month Blogging Test. Korang lepas ujian ini, korang dah tahu apa yang korang nak buat. Tak percaya? Korang cuba dulu. Dalam tempoh 3 bulan, jika korang berjaya tak miss 1 hari untuk menulis blog, itu bermaksud, paling teruk pun korang dah ada 90 artikel. Ingat senang ke nak tulis 90 artikel tu?
4. Selepas tempoh pantang 3 bulan itu, korang dah ada apa? Content yang banyak walaupun mungkin ianya berbaur personal dan mentah. Tapi ini membuktikan korang sudah boleh survive untuk menulis dalam dunia blog. Dan dalam ini korang dah boleh mengorak untuk mencari niche yang korang mahu. Aku yakin dalam tempoh 3 bulan, korang pasti tercari-cari niche dan hala tuju blog korang. Nak buat blog pasal makanan ke, pasal make money ke, pasal automobil ke atau korang mahu teruskan blog itu berbentuk personal. Tak ada masalah menentukan niche blog selepas 3 bulan jika korang masih tercari-cari hala tuju blog korang. Tak perlu bimbang jika korang memang bercadang untuk menjadi blogger pada jangka panjang. Jadi, kali ini aku yakin korang dah tahu apa yang korang mahu tulis bukan?
5. Teruskan menulis blog setiap hari untuk tempoh 3 bulan lagi. Ketika ini, korang dah tahu nak dapat content kat mana, korang dah tahu bagaimana nak promosi blog, korang dah tahu apa itu Twitter, korang dah tahu apa itu Facebook, korang dah tahu macam-macam. Percaya atau tidak, tempoh 3 bulan pertama korang akan buat macam-macam perkara untuk update blog korang itu. Mesti korang baca blog sana sini untuk menambah pengetahuan dan berfikir bagaimana hendak jadikan blog korang itu menarik. Lain pula ceritanya jika korang memang nak tulis blog untuk keriangan hati masing-masing. Aku yakin ada sebilangan orang begitu. Tapi 80% blogger Malaysia, menulis blog untuk mendapatkan sesuatu yang berharga. Senang cakap, nak dapat duit la. Jika ada orang kata diorang tulis blog bukan untuk dapat duit, tapi ada pula iklan Nuffnang atau Adsense jadi penghias setiap hari, bukankah itu membuktikan beliau berminat juga untuk mendapat sedikit pendapatan dari blog mereka? Ya, satu level telah ditemui. Dalam tempoh 3 bulan pertama itu, korang pasti akan terfikir untuk memikirkan cara untuk buat duit. Betul tak?
6. Dan yang terakhir dan aku kira antara paling penting dalam dunia menulis blog. Kekuatan korang untuk terus kekal menulis blog. Dalam erti kata fokus dan usaha yang berterusan. Tanpa fokus dan usaha yang berterusan, aku tidak yakin sesiapa pun boleh kekal dalam menulis blog dan dalam masa yang sama berminat untuk buat duit. Ramai blogger gagal kerana tiada fokus dan cepat putus asa. Hape korang ingat lepas tulis blog satu blog korang boleh dapat duit beratus-ratus ringgit ke? Hape korang ingat korang dah tulis blog berbulan-bulan dah boleh beri peluang korang dapat satu juta ke? Korang takkan dapat 1 juta dengan hanya menulis blog. Serius. Korang takkan dapat jadi jutawan dengan HANYA menulis blog. Irfan Khairi pun bukan seorang jutawan yang terhasil dari penulisan blog. Tapi dari menulis blog, aku yakin korang boleh mendapat sedikit duit sampingan yang sangat lumayan setiap bulan jika kena caranya. Dan ada akalanya ianya melebihi apa yang kita fikirkan sekaligus mencipta peluang untuk buat duit diinternet.
7. Selalunya, selepas tempoh 3 bulan menulis blog. Korang akan mula memilih. Mahu lebih kepada affiliate, google adsense, membuat servis design dan sebagainya. Dalam tempoh itu, korang sepatutnya dah boleh nampak. Itupun kalau korang berfikir dengan teliti dan masih fokus untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Tapi kalau korang tidak fokus dan tidak ada tanda-tanda untuk menjadi seorang blogger yang tegar, aku rasa itulah penamat bagi korang pada ketika itu. Mungkin menulis blog bukan bidang yang sesuai untuk korang. Carilah bidang lain yang sesuai dengan hati korang. Bagi aku, tempoh 3 bulan itu sudah cukup jika korang kekal menulis selama 90 hari. Tapi kalau dalam tempoh itu, tak ada apa-apa yang positif berlaku. Itu dah cukup korang memahami diri korang sendiri, bukan? Ada orang, tak perlu tunggu 3 bulan, hari kedua dah kecundang dan memaki hamun bukan-bukan. Apa kes nak dapat duit banyak selepas menulis blog selepas hari kedua? Ingat blogger ni cop duit ke apa??
Itu sahaja. Aku harap ini dapat membantu insan yang bernama Cik Fairuz kerana bertanya akukan bagaimana hendak menulis blog sekaligus untuk buat duit dengan blog. Inilah cara aku. Buat ujian 3 bulan. (3 Month Blogging Test) atau “menulis blog selama 90 hari berturut-turut”. Setiap orang ada cara masing-masing dan ini adalah cadangan aku sahaja. Ianya terbukti dengan aku sendiri. Blog ini dulu pernah aku laksanakan ujian 3 bulan tersebut. Dan akhirnya aku dapat kekalkan momentum ini untuk terus menulis disini setiap hari walaupun kadang-kadang tak tahu apa yang hendak aku tulis. Hoho..
Ps: Aku dah setat tulis panjang-panjang dah sekarang. Huh..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« 7 Cara untuk Gagal dengan GDI | 7 Interesting Facts about Google Adsense »




















tp tan..psl post ni tq byk2..hi hi hi…aku akan follow..bukan akan try..hehehe…yelah umur aku pun dah makin meningkat..blog makin lama makin tua..takkan nak duduk di takuk itu aje..tak guna berblog klu blog tiada kemajuan..huhuhuh..tq atas info ni titan..
p/s-tgk..aku pun dah tulis jela2 suda..hehe
Lagi satu, ayat aku tunggang langgang tu. Main taip aje tu dan sebab mata dan ngantuk sangat. Aku tak tidur lagi ni..
lawa theme blog! hehe
Katakan hari pertama, aku nak 30 UV masuk. Jadi usahakanlah 30 UV tu dalam sehari dengan apa2 cara spt commenting, forum, social bookmarking etc.
Next day traget lagi yang tinggi. Hehe
akazuma. Ingat kat sekolah aje ada ujian ke..
farahaznil. Aku punya pasal la nak tdo bila. Sibok aje..gi studi..
appleblogger. 90 hari itu cuma cadangan. Kalau nak kurang atau lebih, terpulang pada kehendak individu, dah dapat tangkap apa yang kita nak, kita let go benda2 basic nih..
syux. Betul. Aku pun ada baca. Tapi itu situasi kalau orang yang dah membaca buku darren. Kalau belum baca? Kalau diorang tak tahu cara nak dapat trafik dan sebagainya? Sebab tuaku kata, tulislah apa sekalipun. Janji korang tulis sesuatu dan dalam masa yang sama, kita kene belajar dalam peka dengan persekitaran kita..
Sebab tu kena ada target dan fokus. Lepas 3 bulan, kalau masih tak tahu hala tuju. Itu aku tak tahulah..
Cuma aku nak kongsi satu rahsi seorang pemuda hensem dari Melaka berjaya menjual blog dia dengan harga 60k..!!!!
msarbin. Bagi aku tak salah. Terpluang pada ko dan aku rasa blog niche patut ada sedikit unsur personal. Kalau tak, aku rasa blog tu hanya dibuat untuk buat duit sahaja..
farahaznil. Tak marah. Nasihat. Hehe..cik fairuz. Ko jeles ker?
anuarkarimz. Waalaikumsalam. Tulis aje. Nanti kita akan dapat rentak dan faham apa yang diperlukan untuk menulis blog.
naim. Part tu yang paling susah. Aku sendiri masih stuck kat bahagian tu sebenarnya. Hehe..
debtrunner. 90 hari tu, tak semestinya berturut-turut. Dalam maksudnya 90 hari tu.
Aku test kat satu blog dot info aku. Baru beberapa hari, dah masuk angka 3 juta untuk alexa rank. Baru ada 9 artikel dalam tu. Tapi still kene promote dan buat link building. Baru semua tu selari.