Ada beberapa cara untuk gagal dalam GDI. Jadi, mungkin korang boleh belajar serba sedikit tentang cara-cara untuk gagal dengan GDI melalui tips-tips yang aku dapat fikirkan..

1. Ok. Bila korang dah join program GDI, mesti semua orang nak promosi bukan? Nak cari orang bukan? Kalau tak, korang akan rasa rugi sebab modal yang korang bayar untuk domain berharga 10 dollar setiap bulan tu takde return langsung bukan? Jadi, korang pun akan promosi-promosi. Tapi kalau korang nak gagal dengan GDI, apa kata kata korang jangan promosi langsung? Jangan fikir langsung pasal promosi. Biarkan aje macam tu. Kalau korang sibuk-sibuk promosi, mesti ada 1-2 orang berminat nak join GDI. Tapi kalau korang buat promosi membunuh, tak mustahil boleh berpuluh-puluh orang join GDI under korang. Jadi, jangan promosi kalau korang mahu gagal dengan GDI..

2. Bila korang wat blog walking atau blog hopping atau window shopping sekalipun, asal jumpa artikel pasal GDI, korang terus beralih ke artikel yang lain atau tutup terus browser korang. Yelah, kunci utama nak buat duit dengan GDI, mesti promosi. Kalau korang baca semua artikel tentang GDI, mana ada artikel pasal GDI yang tak promosi langsung tentang kebaikan GDI bukan? Jadi, jangan baca. Kalau korang baca, nescaya korang akan tertarik dengan kemanisan artikel GDI tu dan pastinya ianya satu kejayaan yang indah bagi penulis artikel itu kerana berjaya membuatkan korang berhenti untuk membaca artikel GDI diorang. Tinggal 50% aje nak pastikan korang terperangkap untuk sertai GDI. Jadi, jangan baca langsung artikel pasal GDI. Nanti terasa rugi pula kalau tak buat duit dengan GDI, bukan?

3. Kalau korang nampak ada sahaja thread atau topik tentang GDI di forum, jangan baca thread tu. Sebolehnya jangan gatal tangan tu nak klik apa yang orang lain cerita tentang GDI. Once korang dah terbaca, hati korang dah terpaut nak sertai GDI. Kata nak gagal denngan GDI kan? Jangan dok gatal lagi baca kat forum apahal? Pi main jauh-jauh. Nanti bila dah baca, hati tu melonjak-lonjak nak tahu macam-macam pasal GDI. Kang tak pasal-pasal register juga hari tu. Kena maintain RM35 setiap bulan. Haa, baik korang guna Rm35 tu topup kan? Leh bergayut dengan awek setiap bulan. Pedulikanlah program GDI nih..

4. Kalau korang join program GDI, korang kena buat kad debit atau ada akaun paypal. Jadi, kalau mahu gagal dengan GDI, jangan gatal nak ada 2 benda tu. Jangan register akaun paypal ataupun jangan gatal-gatal pergi akaun Maybank untuk buat kad debit Maybank visa tu. Kan dah buang masa sampai kena menapak ke Bank. Kalau tak nak berjaya dalam GDI, tak perlu buat semua ini. Baik korang buat benda lain yang lagi berfaedah bukan? Takkan korang nak buang masa dengan buat semua ini. Lainlah ceritanya kalau korang betul-betul nak buat duit dengan GDI, bukan?

5. JIka ada orang spam email korang dan korang tahu email promosi tu adalah berkenaan dengan GDI, korang terus delete email tu. Nak lagi bagus, korang unsubscribe terus email promosi tu. Kita masuk list dia sebab nak tahu pasal E-bay dan Forex. Apa kes pula cerita pasal GDI tiba-tiba ni. Ni lagi sorang mangkuk yang tak reti bahasa. Dulu masa promosi, tak cakap apa-apa pun pasal GDI. Lagi-lagi kalau korang benci orang spam benda bukan-bukan. Unsubsribe ajelah. Nanti korang menyumpah-nyumpah plak mamat yang sibuk promosi pasal GDI tu. Tak baik menyumpah kan? Baik korang delete aje dan unsubscribe. Hati pun dah tak sakit, korang pun takkan join GDI. Kata nak gagal dengan GDI, bukan? Jadi, tak yah sibuk-sibuk nak tahu pasal GDI. Apalah sangat dengan GDI tu..

6. Jika korang betul-betul nak gagal dalam GDI, korang tak perlu lagi buka internet ni. Mengapa? Pergi mana-mana pun orang sibuk cerita pasal GDI. GDI sana, GDI sini. Dah macam jadi satu fenomena baru benda GDI ni. Kalau tak daftar, nanti orang kata kita tak mengikut perkembangan semasa. Nak tak nak, kena join juga. So, jangan surf internet lagi. Baik korang buat benda berfaedah lagi. Bantu mak memasak kat dapur ke, basuh kereta abah ke. Lagi bagus, kan? Jadi anak soleh dan solehah lagi tu..

7. Jangan pasang streamyx atau apa-apa jenis broadband untuk melayari internet. Cara ini paling berkesan untuk mengelakkan diri korang daripada menyertai program GDI. Sekaligus menutup peluang korang daripada terjebak dengan wabak GDI ni. Bila dah tak boleh online, korang tak perlu baca artikel tentang GDI ataupun melihat promosi-promosi yang ahli GDI buat di inbox korang. Jadi, kalau betul mahu gagal 99% dengan GDI, gi batalkan langganan streamyx atau tutup akaun broadband korang tu. Tak yah main internet langsung. Sekaligus korang dah tak payah bayar bil streamyx setiap bulan. Bil letrik pun dah takkan tinggi sebab main internet 21 jam setiap hari. Dulu tidur 3 jam aje setiap hari. Sekarang, boleh tidur lebih dari 9 jam rasanya. Ini baru betul-betul korang nak gagal dengan GDI.

Itu sahaja tips untuk gagal dengan GDI. Sebenarnya ada lagi banyak cara untuk gagal dengan GDI. Tapi aku tak larat nak tulis semua. Nanti aku akan beritahu dalam siri GDI yang lain. Itupun kalau korang masih nak tahu tentang GDI. Tapi kalau korang dah praktikkan 7 cara untuk gagal dengan GDI. Aku tak rasa korang akan jumpa atau baca artikel GDI aku yang akan datang. Betul tak? Hehe..

Ps: Betul ke korang nak gagal dengan GDi ni??? :|








Sphere: Related Content

Popularity: 1% [?]

Related Posts

This post has 17 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 11 Dec 09 at 04:31:29
ini baru betul-betul macam nak gagal dalam gdi. Hapehal ko buat artikel macam ni haa?? :)
Adney - 11 Dec 09 at 04:45:43
APEKAH? HOHO..
:)
rina - 11 Dec 09 at 06:46:07
oh..ada cara untuk gagal dalam gdi ye.. :D
titan - 11 Dec 09 at 17:29:59
merahkatak. hehe..adalah sebabnya.. :)

Adney. Apekah apa?? :|

rina. Ada banyak cara. Ini baru sedikit sahaja..
cyza - 11 Dec 09 at 19:21:43
Aku memang rasa tak sempat lah nak layan GDI… So artikel ni memang kena dengan aku…hehe
farahaznil - 12 Dec 09 at 00:08:44
sebenarnya..titan bukan nak ckp gagal..tp pedoman utk org rmi supaya jgn ikut langkah2 tu…hi hi hi
titan - 12 Dec 09 at 00:21:09
cyza. Hehe..artikel ni ada maksudnya tersendiri. Itupun kalau korang nampak la..

farahaznil. Yeke? Hehe.. :)
Fatin Pauzi - 12 Dec 09 at 01:10:46
Hewww…gagal. So no to gagal! :P
Jejaktrend - 12 Dec 09 at 02:22:38
lawak betul entri ini.. tapi mmg betul hahaha ! Gua x berani sungguh join GDi sebab bkn .ws tu cantik sgt, skrang nak promote affiliate link domain name, hosting pun susah apatah lagi .ws yg mahal smcm tu ^^
akazuma - 12 Dec 09 at 07:33:00
hehe..dalam maksud tersirat dan tersurat artikel ni..
titan - 12 Dec 09 at 14:25:34
Fatin Pauzi. Boleh aja gagal. Tak salah untuk gagal sebab itulah siri-siri permulaan bagi kita untuk berjaya pada masa hadapan. Hehe..aku tak pernah lagi jumpa orang yang berjaya sentiasa. Mesti biasanya akan gagal dulu..

Jejaktrend. lawak ek? Hehe.. dalam maksud ko tu. Tapi aku tahu korang faham maksud disebalik artikel ni, kan? kan?

akazuma. Hehe..nampaknya ada orang faham. Haha.. :D
debtrunner - 13 Dec 09 at 12:31:36
macam itu la plak. Hehe.. :D
diaien - 13 Dec 09 at 16:54:17
hahaha… entry yang menarik… artikel yang menarik untuk mereka yang join GDI tapi bising xde income..
titan - 13 Dec 09 at 23:07:29
debtrunner. Habis nak macam mana plak..hoho :)

diaien. Ada ke yang bising takde income dari GDI nih? Pelik gak ni. Jarang dengar..
pezz - 14 Dec 09 at 07:51:32
btul2 gagal kalau macam ni..hahaaa
titan - 14 Dec 09 at 11:49:57
pezz. Kalau tak nak gagal, usaha lah dengan lebih gigih lagi dan jangan buat apa yang 7 cara yang dicadangkan nih. Hehe..
Shahrul - 28 Dec 09 at 04:31:48
X psg internet, x online, itu dh gagal dalam hidup dh kn, hehe


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------