Tempoh hari, ada aku cerita tentang ChurpChurp bukan? Tapi hari ini aku akan beritahu satu lagi cara untuk buat duit dengan Twitter. Kita dah tahu tentang Churpchurp dan Twittad. Jadi, kali ini kita akan mengenali tentang satu lagi program yang mungkin boleh bantu kita buat sedikit pendapatan. Lagi-lagi melalui akaun twitter kita tu. Ok. Nama program tersebut adalah Sponsored Tweets.

Bagaimana untuk buat duit dengan Sponsored Tweets? Modus operandinya sama sahaja dengan program Churpchurp. Jika korang memahami dan mengetahui bagaimana program Churpchurp bergerak, ianya sama dengan ST(Sponsored Tweets). Apa yang berbeza cumalah cara pendaftarannya sahaja. Di Churpchurp, kita kena daftar email kita dan apabila kita hendak login, kita perlu login melalui email yang kita daftar. Selepas itu, baru kita integrate akaun Twitter kita dengan Churpchurp. Tapi berbeza dengan ST. Di Sponsored Tweets, kita boleh daftar dan login terus akaun Sponsored Tweets kita dengan menggunakan akaun Twitter kita. Jadi, ianya agak sedikit mudah berbanding dengan Churpchurp.
Tapi sebelum itu, korang wajib ada akaun Twitter sebelum menyertai ST. Itupun kalau berminat buat duit dengan cara ini. Dah alang-alang kita ada akaun Twitter, cuba sajalah program ini. Tak salah, bukan? Ini juga salah satu sebab untuk kita login akaun Twitter itu daripada tersidai begitu sahaja akibat tidak login berbulan-bulan. Aktifkan sikit akaun Twitter korang tu. Jangan sampai ada sarang labah-labah pulak bila korang login akaun Twitter korang tu.
Ok. Berapa nilai untuk 1 kali tweet atau 1 job yang kita dapat? Ianya mengikut jumlah follower Twitter korang. Jika jumlah follower Twitter korang beribu-ribu, memang senanglah nak dapat job dari ST. Tapi kalau ciput, susah sikitlah. Nak tak nak, kena belajar dulu cara nak tambah lebih ramai follower twitter kita. Baru sedap sikit nak buat duit dengan Sponsored Tweets ni. Takdelah cam daftar kosong aje, bukan? Nilai bagi 1 tweet yang aku dapat adalah 1 dollar sahaja. Malas aku nak set tinggi-tinggi. Kang susah pula nak dapat job. Kalau akaun Twitter tu dah ada beribu-ribu follower, korang selamba ajelah join buat duit dengan program ini. Memang simple dan tak menyusahkan otak berbanding program buat duit yang lain-lain tu.
Boleh daftar disini: Sponsored Tweets Official Website
Walaubagaimanapun, pilihan tetap ditangan korang. Aku tak nak paksa korang join program ini atau tidak. Bagi aku ST cumalah satu lagi program side income yang aku jumpa dalam tahun ini. Memang aku belum cukup untuk buat withdrawal. Tapi kalau aku dah cukup minimum payout yang ditetapkan, aku akan post kat sini komisen pertama dari Sponsored Tweets. Insya-Allah. Tak perlu tergesa-gesa. Tapi kalau sebelum tahun 2010 ni aku dapat komisen yang pertama, memang bonus kecillah bagi aku. Hehe..
Ps: Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL semakin rancak. Takut aku dibuatnya tengok artikel diorang..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Hidup Berani Untuk Gagal | Pay Per Lead Terbaru: Gempak Newbie »
















Churpchurp pun ok..tp byr ciput jer dlm RM. Jd ler utk twitter aku yg tak seberapa tue
yg blum cuba leh ar cuba…bkn susah pun 140 karakter jer.
msarbin. Biasalah tu. Kalau aku advertier pun aku nak orang tweet betul-betul. Kalau setakat melepaskan batuk ke tangga, memang aku pun reject gak. So, letak diri kita kat tempat advertiser. Apa yang dia nak..
knightblogger. Yap. Boleh cuba. takde masalah. Dialu-alukan..
mesticun. Cuba aje.
naz. Yap. Aku pun baru je dapat beberapa offer aje. Tak banyak, tapi oklah. Harap-harap banyak offer lepas ini..
debtrunner. Yap. Tips dia, kita kena ada banyak follower dekat akaun Twitter kita tu. Baru sedap nak wat duit dgn program-program cam gini..
Saya sangat bersetuju sangat dengan pendapat anda semua. YA, twitter tengah meletup letup diluar sana, dan saya mendapat tahu, tidak lama lagi, twitter akan jadi macam KEMESTIAN. Buat pengetahuan anda, HANYA INDONESIA sahaja negara ASIA TENGGARA yang membolehkan SMS ke twitter anda! BAYANGKAN suatu masa nanti, MALAYSIA juga mampu berbuat demikian! Ini akan membolehkan pelbagai urusan perniagaan dapat dijalankan menerusi berbillion twitter follower anda dan rakan rakan lain…
Jadi, saya ingin berkongsi dengan anda suatu Buku Panduan Twitter : kini dalam bahasa melayu. Dapatkan satu lagi CARA BUAT DUIT dengan twitter. Sila muat turun PERCUMA : http://eca.sh/69Sw
Semoga Sukses,
Adam
Follow saya : http://twitter.com/adammaxx
thx.