Hidup Berani Untuk Gagal. Aku yakin ramai antara korang yang masih hidup untuk gagal dalam kehidupan korang. Dan ada antara korang semua yang selalu gagal dalam kehidupan korang. Boleh dihitung dengan jari berapa kali korang berjaya dalam siri-siri kehidupan korang sejak dibangku sekolah dan sehinggalah ke alam perkahwinan dan pekerjaan. Aku akui kegagalan-kegagalan itu akan mematangkan hidup kita dan tak kurang juga membantu kita untuk lebih berjaya pada masa yang akan datang.

Begitu juga aku. Pernah jatuh. Pernah dihina. Pernah dicaci dan ditinggalkan. Hanya kerana beberapa sebab yang kecil dan penjelasan yang kau tidak boleh terima, kau orang menghina aku. Hanya kerana aku gagal membeli banglo untuk seorang gadis comel, aku gagal memilkinya. Hanya kerana aku diban oleh Google Adsense, kau kata aku bodoh dalam blogging. Hanya kerana aku menyertai program Dapatwang.com, kau kata aku cetek dan dangkal. Hanya kerana aku punya definisi yang berbeza dengan sesuatu program atau sistem, kau bilang aku gagal dalam mendidik blogger dan pembaca blog aku. Tak apa. Aku terima penghinaan itu dan aku reda. Mungkin ada hikmah dan sesuatu yang berbeza menunggu aku. Jika itu yang dikatakan kegagalan, aku akan terus hidup dengan lebih berani pada masa hadapan untuk tidak gagal dan memanjat tangga kejayaan.
Kawan aku. Azli bin Mahathir (bukan nama sebenar) Gagal dalam perniagaan simen. Ditipu oleh kontraktor. Dipinggirkan dari kawan rapat. Dia dihina. Di tinggalkan isteri. Di hina oleh bekas mak mertua. Di benci masyarakat sekeliling. Dia reda. Dia tabah. Dia berpindah ke negeri yang jauh dari tempat asalnya untuk mengubah kehidupannya. Dan dia berjaya. Biarpun cumalah menjual goreng pisang dan karipap panas, dia mampu membeli sebuah kereta Toyoto Vios sebiji dan mempunyai 5 buah rumah sewa dan 5 biji kereta kancil sewa. Mungkin dia gagal berpuluh ribu 5 tahun yang lepas. Tapi kini, dia boleh berbangga dengan isteri baru yang lebih manis dan mencintainya bukan kerana duit, tetapi kerana dirinya. Ketika dia derita, seorang gadis comel datang dan merubah sesuatu dalam hidupnya. Siapakah gadis comel itu?
Percaya atau tidak, gadis itu adalah anak kepada penjual goreng pisang dan karipap panas yang berdekatan dengan rumah Azli. Selepas mengorat, bercinta dan berkahwin dengan gadis comel itu, idea dan business minded Azli untuk mengembangkan business goreng pisang dan karipap panas kepunyaan gadis comel itu, beliau telah menular sehinga business rumah dan kereta sewa. Dan akhirnya beliau menjadi seorang disegani ditempat baru, negeri baru dan disanjung oleh masyarakat disekelilingnya. Inilah salah satu cerita yang sesuai untuk “Hidup Berani Untuk Gagal” yang bagus untuk dikongsikan kepada semua orang tak kiralah korang blogger tegar, IM yang kurang berjaya, Tukang Komen yang berjaya, Otai segera, ahli-ahli Dapatwang.com, ahli-ahli group Nuffrangers, Group-group klik-klik Dapatwang dan Nuffnang, Ketua kampung, Bekas Menteri yang gagal meraih undi dan sesiapa sahaja. Jika korang semua pernah gagal dan masih hidup, berusahalah sehingga berjaya. Insya-Allah, korang pasti ada peluang untuk mencapai sesuatu yang berbeza.
Aku harap cerita yang ringkas ini dapat membantu korang memahami maksud Hidup Berani untuk Gagal. Kita mesti berani menghadapi kegagalan. Kegagalan demi kegagalan adalah satu siri-siri permulaan untuk kita mencapai kejayaan. Tak mustahil sekarang korang dihina atau dicaci oleh mereka yang lebih hebat dari korang. Tapi tak mustahil juga satu hari korang akan lebih berjaya dari mereka yang menghina korang. Tekad dalam hati korang. Aku berani. Aku berani untuk hidup dengan lebih berjaya walaupun mungkin korang adalah newbie yang dihina oleh mereka yang dikatakan otai di forum Wangcyber. Aku harap korang kekal tabah dan lebih berani pada masa yang akan datang. Insya-Allah, penghinaan dan cacian yang korang terima itu menjadi boaster korang pada masa hadapan. Tak perlu salahkan mereka yang menghina, mereka punya sebab tersendiri untuk berbuat demikian. Tapi kita buat sesuatu untuk berjaya dan pandang ke hadapan.
Ya. Hari ini aku emosi dengan tanah. Ini semua disebabkan tempias contest Hidup Berani Untuk Gagal yang dianjurkan oleh denaihati. Contest ini ditaja sepenuhnya oleh DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare. Dan jika ada antara korang yang berminat dengan contest ini korang boleh rujuk syarat-syarat pertandingan sebelum menyertainya. Banyak juga syaratnya dan sebenarnya tidaklah menyusahkan pun dan aku akui blog denaihati juga agak seronok untuk dibaca dan banyak membicarakan sesuatu yang berbeza. Lagi satu, jika korang menyertai pertandingan ini, jangan lupa beritahu kat hujung artikel yang korang tahu pertandingan ini dari blog aku(titan). Tapi kalau korang tak nak, aku nak buat macam mana kan? Aku bukan suka paksa-paksa orang ni..
Ps: Aku tahu cerita tentang pertandingan ni dari banyak blog. Oleh sebab aku baru aje baca blog Si Topo, jadi dengan malasnya aku beritahu yang mana aku tahu tentang pertandingan ini dari Encik Topo yang ganas comel. Yang terakhir, cerita Azli bin Mahathir itu, hanyalah cerita rekaan sahaja. Haha..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan ChurpChurp.com | Edisi Siasat: Buat Duit dengan Sponsored Tweets »














kiro. Kalau tak tabah, dah ramai orang kita yang kecundang dan selesa dengan apa yang mereka ada sekarang. Bab leka tu, itu memang sifat istimewa umat manusia kat dunia nih..
nuaeman. Trylah. Ko pandai wat-wat artikel motivasi ni. Mesti ada chance nak menang punya. Kalau aku dapat antara 10 orang tu pun dah cukup bagus. Tapi macam susah aje nak lawan artikel-artikel yang lain. Huhu..
hidup berani untuk gagal. Dare to fail. Penah bca buku ni dulu..
raser pahit dulu baru raser maniss
apapun, salah satu cerita yang bagus untuk memotivasikan kita..
debtrunner. Aku pun ada buku tu kat rumah. Kekadang baca juga. Refresh semula semangat tu. Aku suka membaca banyak buku. Nak lihat pandangan berbeza setiap penulis.
kallam. Ko ingat lagi ke pasal gambar tu. Hoho..
mesticun. Camana ko boleh kenal ni??
Wizurai. Walaupun itu cuma cerita rekaan aku sahaja? Hoho..
knightblogger. Takde kaitan langsung. Kan aku dah kata, cuma cerita rekaan untuk tujuan motivasi dan saling mengingati antara satu sama lain.
rina. Perli? Biasa-biasa sahaja..
pakteh. Ha, cepatlah siapkan website jual jambu tu. Ko jual jambu ke sekarang??
animeboon. Kawan aku. Kenal?
en_me. Hehe..
merupakan permulaan untuk berjaya..
jgn give up kalo gagal..
best la cerita tntng azli ni..:)
Don’t know how only i can stand up and be like my normal self again? Haiz…
-_-
kampunginvestor. Apa masalah ko ni sebenarnya haa??
farahaznil. Haha..mana da. Kan aku kata, aku reka aje cerita tu..
Dinberamboi. Hehe..laku punya pasal. Sampai anak tauke kena kebas. Haha..
reezluv. best ker? Harap-harap leh bantu lebih ramai orang. Siapalah aku tanya engkorang semua…
Luloq. Yap. Ianya bagus untuk motivasi diri kita sendiri.
kisah penjual pisang goreng tu memg hidup berani untuk gagal.
vote for u.
read my hidup berani untuk gagal.
vote no 28 klo suka.thanks