Hari ini aku cuma hendak sentuh tentang Twitter. Mesti ramai antara korang semua ada akaun Twitter bukan? Dan aku tak nafikan ramai yang sudah mengetahui banyak program yang menggunakan API Twitter untuk buat duit dengan Twitter. Dan salah satu daripadanya adalah program ChurpChurp. Tak salah aku katakan yang memang dah ramai antara korang tahu tentang proram ini, bukan?

churpchurp Edisi Siasat: Buat Duit dengan ChurpChurp.com


Setakat ini, aku kurang pasti yang ada antara kita dah dapat bayaran daripada program Churpchurp ini atau belum. Aku sendiri kurang pasti sebab pernah juga aku buat blog walking tapi takde lagi sorang yang mengaku yang diorang dah dapat duit dari program ini. Jadi, jika ada antara korang yang dah dapat, bolehlah beritahu aku kat sini. Teringin juga nak tahu siapa. Aku sendiri pun join program ini lambat sebab lambat tahu. Tapi aku yakin program Churpchurp ini boleh pergi jauh dan memang boleh tahan juga Advertiser yang menggunakan Churpchurp ni. Antaranya adalah Exebyters, McD, KLIA LCCT, Celcom dan Happy. Itulah advertiser yang pernah aku terima. So far, ok gak lah apa yang aku terima, cuma belum layak lagi untuk aku request untuk komisen pertama dari Churpchurp.

Jadi, bagaimana pula hendak buat duit dengan ChurpChurp? Sebenarnya, ianya sangat mudah. Korang pernah ada akaun Twitter bukan? Jadi, twitter inilah akan jadi perantara antara Churpchurp dengan korang. Korang akan bertindak sebagai publisher dan setiap kali korang dapat job dari Advertiser, pihak Churpchurp akan hantar email ke korang dan akan bagitau apa yang korang kene buat. Jobnya sangat mudah, cuma plak tweet sahaja. Apa pula tweet tu? Kiranya korang cuma perlu hantar pesanan ringkas ke akaun Twitter korang. Ini juga bermaksud korang sedang mempromosikan apa yang advertiser tu mahukan. Jika advertiser tu mahu korang promosi tentang computer, korang akan hantar pesanan yang lebih kurang macam SMS ke semua follower Twitter korang.  Eh, korang faham ke tak? Tak faham, boleh rujuk gambar yang diorang tunjuk ni..

churpchurpprogram Edisi Siasat: Buat Duit dengan ChurpChurp.com


Lebih kurang macam itulah. Tapi benda ini memang ambil masa dan aku yakin jika follower di akaun Twitter korang tu beribu-ribu, aku rasa mesti senang korang dapat job dari advertiser-advertiser tu semua. Dan jika ada antara korang nak gunakan Churpchurp untuk tujuan promosi, mungkin ianya agak sesuai. Diorang punya trademark pun Twitter Advertising. Mungkin ianya sesuai sebab memang ramai gila orang yang dah menjadi follower twitter. Jadi, tak mustahil ianya akan jadi satu tools promosi yang membunuh? Hoho..cuma korang kena pastikan modal korang cukup besar untuk main kat market sebegini. Tapi aku yakin feedback dan pulangannya pun turut lumayan. Apa yang kita beri, itu yang biasanya kita dapat balik, bukan?

Ps: Ada masa langit gelap menjadi cerah tiba-tiba. Mengapa ek..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 16 comments. Apa plak komen korang?
debtrunner - 06 Dec 09 at 19:18:21
churpchurp..bunyi burung berkecip-kecip. Apapun, memang byk program yg guna twitter utk wat duet..
Syuxx - 06 Dec 09 at 21:19:48
Churp2 aku baru ada $9. Haha
Yang ada twitter, jom add aku:

http://twitter.com/syuxx :)
cyza - 06 Dec 09 at 21:48:36
aku nak try masuk lah…thanks for the info…
titan - 06 Dec 09 at 22:22:42
debtrunner. Hehe..burung suka berkecip ek. Yap, banyak gak program buat duit yang gunakan twitter. So, aku cuba jelah dan buat edisi siasat.. :)

Syuxx. Aku punye lebih sket je dari ko. So far, kira oklah tu. Eh, aku tak add ko lagi ker??

cyza. Try aje. Percuma. Tak kene bayar pun. Cuma kena tunggu dapat job sahaja. Satu lagi, pastikan kita ada banyak follower twitter. Lagi banyak, lagi banyak potensi kita untuk dapat banyak job dari advertiser..
mancai - 07 Dec 09 at 07:00:42
twitter aku pun lama dah tak update masuk program cam ni menarik gak.. sekurang2nya terupdate gak aku nyer twitter tq2…
akazuma - 07 Dec 09 at 07:33:58
hehe..ok. Mari try churpchurp ni.. :)
kiro - 07 Dec 09 at 09:34:22
ehm..apa nih..
titan - 07 Dec 09 at 11:27:58
mancai. Betul. Sekurang-kurangnya, terupdate juga twitter kita dengan program-program sebegini. Hehe..

akazuma. Mari. Mari.. :D

kiro. Apa ini? Inilah program Churpchurp. Salah satu program untuk buat duit melalui Twitter.
cikfen - 09 Dec 09 at 06:53:12
Tak faham sangat buat duit dengan churp2 nih. Dia bayar pakai paypal ker? Macam mano step2nya? Bagi ler sedikit tips bro titan.
Apa dah jadi dengan projek berry bunch? Masih earn income dari situ lagi?
titan - 09 Dec 09 at 08:13:57
cikfen. Churpchurp ni program Malaysia. Diorang bayar pakai cek rasanya. Ler, ko kena la register dulu kat websitenya. Baca dulu apa yang patut. Bukan susah sangat pun..ko dah baca lom?

Berrybunch? Ok aje. Dah 7 kali aku dapat komisen dari berrybunch. Rasanya memang tak ada masalah nak dapat duit dari Berrbunch setiap bulan. Kenapa?
farahaznil - 09 Dec 09 at 17:56:54
hahaha..bukan ko ke yg promote gila2 psl twitter dulu?ko pun dah start snyp dgn twitter?ekekkeke
lunaih - 14 Apr 10 at 03:41:40
apa yang aku paham churpchurp ni semakin ramai followers kita di twitter,semakin tinggi la earning yg kta akan dpt bila satu campaign yg kita tweet di approve.
merahkatak - 14 Apr 10 at 04:01:22
yap. betul kata lunaih tu. Tapi nak cecah rm100 untuk satu tweet..kena banyak la follower..
Fazli - 21 Jul 10 at 05:00:58
sebelum ni dah lama dah daftar churpchurp ni. tapi suka2. lepas baca artikel ni baru tau churpchurp ni boleh buat duit. bila masuk website churpchurp ni nampak ada 3 job dah.
[…] sebab memang jarang sangat aku dapat berjaya buat duit dengan program-program tempatan seperti ChurpChurp nih. Minimum payout cumalah RM100 dan aku rasa banyak gak tweet yang kita kena buat untuk capai […]
farahaznil - 27 Aug 11 at 00:09:45
lama dah aku tak aktif…huhuhhu



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011