Sebelum aku keluar sedikit untuk buat kerja, aku mahu update bayaran terkini yang aku terima dari program Text Link Ads seperti yang aku buat setiap bulan. Kali ini tak banyak yang aku dapat dari akaun ni. So far, ianya agak berbaloi dan aku akuinya memang seronok buat duit dengan blog kita jika kita tahu cara program yang boleh memberikan sedikit pendapatan kepada kita setiap bulan. Lebih-lebih lagi bila ianya boleh kita tunekan menjadi income pasif yang agak bagus setiap bulan. Ya. Itulah program Text Link Ads. Mudah didekati, tapi sukar untuk dicapai dengan baik. Apatah lagi untuk digengam. Hehe..

tlanovemberpayment 300x184 Komisen ke 24 dari Text Link Ads


Aku tahu ramai yang beritahu aku yang cukup susah untuk buat duit dengan program TLA ini. Aku turut mengakui hakikat itu dan aku juga yakin ianya tidak sesenang seperti yang kita sangkakan. Malah, aku juga yakin bahawa jika kita tahu caranya, mungkin perasaan “susah” atau “mustahil” itu akan kian pudar dari perasaan masing-masing. Jadi, bagaimana hendak buat duit dengan program ini? Mahu tak mahu, kita kena cari ilmu tentang program ini. Ada beberapa cara untuk mempelajarinya. Antaranya..

1. Search di Google atau Yahoo. Cari berkaitan dengan TLA
2. Tanya kawan-kawan yang dah berjaya dengan TLA..
3. Berguru. Berguru dengan sesiapa yang pakar dalam bidang TLA.
4. Persoal Coaching. Carilah sesiapa yang ada tawarkan PC untuk TLA. Bayarlah sikit ek..
5. Beli sesiapa yang jual Ebook atau Panduan berkaitan dengan TLA..
6. Download E-book percuma yang pihak TLA sediakan. Aku rasa ebook tu dah cukup membantu. Cuma ianya dalam bahasa english. Jadi, mungkin ada antara korang yang malas nak baca ebook tu kan?

Ok. Itu yang aku mampu tolong. Perjalanan untuk mencari ilmu tidak terbatas hanya di sekolah ataupun di universiti. Dalam kehidupan ini kita masih sedang belajar. Tinggal kita sedar atau tidak sahaja. Jadi, janganlah jadikan alasan yang korang “tak tahu” walhal korang belum lagi mencuba dengan tahap semaksimum yang korang mampu sebelum korang berputus asa dengan sesuatu program seperti TLA. Aku sendiri hampir putus asa ketika aku mula-mula cuba untuk buat duit di internet. Rasa macam susah gila. Banyak lagi kerja lagi senang nak dapat duit. Tapi setelah hampir 6 tahun belajar dari internet, aku ketahui macam-macam dan memang agak senang untuk buat duit di internet. Semuanya terpulang pada diri kita sahaja. Kita mahu atau tidak mahu.

Tetapi ada juga pengecualiannya. Tak semua orang SESUAI untuk buat duit di internet. Ini hakikat yang kita perlu terima. Kalau korang duduk kat kawasan pergunungan dan tak dapat internet connection, memang tak sesuailah nak buat duit di internet kan? Jadi, ianya sesuai bagi mereka-mereka yang ada internet connection. Tak ada internet, sila guna cara lain untuk buat duit. Ada 1001 cara untuk buat duit di dunia ini. Anda cuma perlu cari yang mana sesuai dengan anda dan cari yang mendatangkan hasil yang lumayan.

Boleh tahu tentang program ini disini: Text Link Ads Official Website


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 18 comments. Apa plak komen korang?
rina - 05 Dec 09 at 07:57:50
nak cari ilmu bukan haya dengan satu jalan sahaja. Ada banyak jalan lagi.. :)
spatt - 05 Dec 09 at 08:40:56
TLA ni yang ade bagi plugin untuk kita letak kat dlm blog kan?
hm hm..aku ade join banyak program di kala kusut suatu ketika dahulu.aku rasa mesti TLA ni aku dah join.haha
merahkatak - 05 Dec 09 at 11:08:39
ehm..tak dinafikan yg program tla ni bagus. Cuma tak ramai yg success macam ko. Kira banyak gak 30 dolar tu.

ye. usaha itu tangga kejayaan. Kalau mudah putus asa, macam mana nak berjaya kan?
mesticun - 05 Dec 09 at 14:12:52
Ebuku yang mereka bekal.memang bahasa inggeris.sama juga ebuku yang chitika beri percuma.
appleblogger - 05 Dec 09 at 18:48:08
ehm..lama tak dengar cerita bro.. :)

apapun. Tahniah. Memang best kalau dapat wat duit dgn tla ni..
cyza - 06 Dec 09 at 01:02:46
Wah masyuk ko…insyaAllah aku pun bakal mendapat pendapatan pasif macam ko tru tnx….

so far, dengan 4 blog dan dengan belum sampai sebulan, aku dah dapat lebih kurang USD1 per day….itu ikut trend aku sekrang yang aku perati….dah tambah 1 blog…belum sempat tambah blog2 lain…

Maybe boleh jadi USD2 per day….itu dah jadi USD 60 sebulan….wah…masyuk….

So, aku ingat boleh cecah USD100 sebulan kalau kena gaya dan strateginya…insyaAllah….
megat - 06 Dec 09 at 01:18:56
memberangsangkan! boleh jadikan rujukan kepada blogger baru yang ingin capai kemampuan untuk buat duit di internet dan blog khususnya.

aku sendiri masih lagi belajar dan sedang berusaha ke arah tersebut ;)
farahaznil - 06 Dec 09 at 01:38:27
tan…jd guru aku boleh??hi hi hi…
titan - 06 Dec 09 at 03:06:41
rina. Betul. Ada 1001 cara lagi untuk buat duit. Tak semestinya dengan TLA. Dengan TNX atau adsense pun boleh baa.. :)

spatt. Aah. Kalau blog kita diluluskan, mereka akan bagi kita plugin untuk tampal kat blog kita..

merahkatak. Kalau tak usaha, kalau tak buat kerja. Macam mana nak dapat hasilnya kan?

mesticun. Aah. dua-dua ada ebook untuk membantu kita dapat duit dari program tersebut. Kene baca dan fahamkan. Selepas itu, buat tindakan.
titan - 06 Dec 09 at 03:10:02
appleblogger. Ko tu yang hilang ke mana. Hoho..

cyza. Aku suka kira-kira yang ko buat. kalau dapat 2 dollar setiap hari, kiranya memang 60 dollar dalam tangan. Hoho..tahniah dan aku harap ko dapat cashout ko yang pertama hari itu. Dah dapat ker??

megat. Yap. Insya-Allah ianya akan membantu dan kepada yang dah beli tapi tak berapa faham, sila tanya di forum private atau email terus ke aku untuk bantuan. Aku akan cuba membantu selagi aku terdaya. :D

farahaznil. Insya-Allah, takde hal. Kalau ko mahu, kalau ko malas. Aku tak leh nak kata apa-apa.. :)
awe 9 - 06 Dec 09 at 04:38:29
terima kasih bro atas perkongsian. mungkin newbie blogger mcm saya ni boleh cuba program ini. =)
aleh - 06 Dec 09 at 08:20:05
bestnye…
semua benda boleh dapat kalu kita brusaha..thanks dengan tips2 yg diberi…
mesticun - 06 Dec 09 at 09:40:36
Ada tak forum khas yang menbincang tentang TNX.bukan apa asyik2 adsense je.
titan - 06 Dec 09 at 12:56:29
awe9. Yap. Harap ianya akan membantu sedikit untuk semua orang. :)

aleh. Tips biasa-biasa aje tu. Janji kita berusaha dan tak mudah putus asa..

mesticun. Ada. Tapi hanya untuk pembeli panduan tnx yang dijual aku. Kiranya dalam bahasa melayu la. Tapi takda paksaan untuk membeli. Kat situ ada informasi tentang tnx dan juga boleh tanya macam-macam. Tapi forum tu private la kiranya..
emme - 06 Dec 09 at 13:00:22
Masih konsisten Titan. :) dari hari pertama aku masuk sini, sampai la saat ini. :)
GM - 06 Dec 09 at 13:16:15
Bila la TLA ni nak approved den punya apply.
titan - 07 Dec 09 at 11:02:05
emme. Selagi tangan ni boleh menaip, mata boleh melihat, laptop fujitsu aku mampu berfungsi, domain dan hosting earncent ini masih berbayar, badan tak berapa sengal, kesihatan badan ditahap 70% dan ke atas, aku akan cuba menaip dan terus menulis blog ini..

Insya-Allah, aku akan terus menulis. Biarpun orang suka ataupun tidak..

GM. Itu aku tak boleh janji sebab aku bukan owner TLA.com ataupun owner Dapatwang.com. Sesungguhnya kita blogger biasa yang cuba sedaya upaya untuk berbuat sesuatu yang luar biasa. Hehe..

Jika korang ada blog P3 dan ke atas dan rela mengambil risiko untuk kehilangan pagerank korang selepas beberapa bulan, korang boleh cuba program TLA ini tanpa segan silu. Itu yang aku lakukan dan ianya berjaya.

Hehe.. :)
reezluv - 09 Dec 09 at 12:31:39
hehe..belum sempat lagi aku nak join program ni semua..blog2 aku pun masih baby..haha



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011