Yap. Aku rasa korang pernah dengar program Intellilinks bukan? Aku ada buat edisi siasat dulu kat blog ini rasanya. Dan akhirnya aku telah berjaya mendapatkan komisen pertama dari program Intellilinks ini. Memang agak sukar dan akhirnya aku dapat offer dari 1 advertiser. Agak bagus dan aku harap aku akan dapat terus offer dari advertiser yang lain pada tahun 2010 nanti.

intellilinkspaymentdecember 300x192 Edisi Siasat: Buat Duit dengan Intellilinks


Agak kecil sahaja, bukan? Tapi aku terima dengan hati yang terbuka sebab bukan senang nak buat duit dari program Intellilinks. Aku rasa korang sudah tahu aku menyertai banyak program jual beli link dan antara yang lumayan adalah TNX, Linkadage dan TLA.  Tak ragu aku katakan kita memang boleh buat duit dengan program sebegini asalkan kita tahu bagaimana hendak tackle advertiser untuk beriklan diblog-blog kita. Jadi, usahalah untuk tackle advertiser kita. Bagi aku, ada beberapa kriteria yang perlu kita titikberatkan sebelum ada advertiser berminat dengan blog-blog kita.

- Pagerank yang tinggi (Ranking yang ditetapkan oleh Google)
- Alexa rank yang tinggi (Trafik yang sangat tinggi)
- Content (Isi kandungan yang menarik dan membantu)
- Pemilihan Niche blog (Pemilihan niche blog yang menarik perhatian advertiser)
- Theme (Pemilihan Theme dan penyusunan yang sesuai)
- Kelajuan (Tak ada masalah untuk loading dengan pantas ke blog kita)

Aku rasa ini antara point utama yang perlu kita perhatikan untuk join mana-mana program jual beli link. Dan ini cuma salah satu cara dari beribu cara untuk buat duit dengan blog. Ada banyak lagi cara dan aku tekankan bahawa ini bukan sahaja teknik yang sesuai dengan semua orang. Aku boleh terima cara ini dan aku tahu bagaimana untuk melaksanakan cara ini. Tapi aku juga tahu tak semua orang boleh buat cara ini. Jadi, fikirkan dan cuba cara yang sesuai dengan korang.

Boleh daftar program ni kat sini: Intellilinks.com

Nanti aku ulas tentang ciri-ciri tersebut. Mungkin ada antara korang yang dah faham. Mungkin juga ada yang kurang faham. Tapi aku akui, itulah point-point utama yang aku gariskan sebelum aku sertai mana-mana program jual beli link seperti Intellilinks, TNX, Linkadage, Teliad, TLA dan yang lain-lain. Dan jangan lupa, modus operandi untuk setiap program sebegini adalah lebih kurang sama iaitu kita dapat duit jika ada orang beli iklan di blog kita. Itu sahaja. Simple, bukan?

Ps: Mahu makan. Mak aku sudah panggil..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 12 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 04 Dec 09 at 06:18:09
pelik pula bunyi program kali nih.. :|
Hanep - 04 Dec 09 at 07:15:04
intellilinks ni memang lumayan gak. aku sendiri dah 10 kali payout dari program ni.

sape yang aktif dengan TextLinkads sure kenal bnda ni, sebab konsep yang sama.

time aku register dlu, dia nk PR1 at least. Tatau la skrg nk berapa.

kengkadang ada gak gambling, porn ads yang nk letak dlm blog kita. yang penting pandai-pandai la filter ads yang kita terima.
debtrunner - 04 Dec 09 at 10:59:07
bunyi macam menarik aje nih..
akazuma - 04 Dec 09 at 17:42:49
kemenda intellilinks nih. bunyi je dah berbelit lidah nak menyebutnya.. :D
Adney - 04 Dec 09 at 19:43:05
Cepat titan gi makan tu.. sian je mak ko tunggu..
rina - 05 Dec 09 at 08:16:17
hehe..dah lama tak makan masakan makk.. :|
mesticun - 05 Dec 09 at 13:35:35
intellilinks bukan ada kena mengena dengan intel.rasanya bukan kot.nama depan je mungkin sama.tapi hati lain-lain.walauapapun tahniah saya ucapkan.
titan - 07 Dec 09 at 11:09:32
merahkatak. Tak la pelik sangat. Biasa sahaja. Janji boleh buat duit. Hehe..

Hanep. Entah, ada gak blog PR0 aku lepas dekat IntelliLinks ni. Try je submit. Kalau diterima. Kita terima aje.

debtrunner. Memang menarik sebab inilah satu lagi peluang untuk buat duit di internet. Hoho..

akazuma. Jangan sebut. Kita baca dengan hati yang ikhlas. Boleh? Huhu..

Adney. Yela. yela..

rina. Gi la balik rumah mak..

mesticun. Memang tak ada kena mengena pun. Jadi, abaikan aje bab tu. Rasanya intel takkan saman diorang just sebab diorang pakai domain tu..
Hazwan Abdullah - 19 Dec 09 at 14:39:55
Info yang menarik. Tak pernah dengar lagi pasal IntelliLinks nie. Thanks for the info
kiro - 23 Dec 09 at 16:58:27
emm..pelik la nama program ni..
titan - 02 Jan 10 at 22:07:29
Hazwan abdulllah. Sama-sama. Semoga perkongsian ini akan mendapat manfaat pada semua orang.. :)

kiro. Takdelah pelik sangat. TNX lagi pelik nama dia. Haha..
ainun - 29 Aug 11 at 18:49:38
intellilink…macam lalink pon ade..ahaha… tp tk pernah dgr pn sblm ni



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011