12 Fakta Panas tentang Dapatwang.com | EarnCent.com



Bacalah. Ada lagi yang aku nak tulis. Tapi aku dah tak larat nak taip..

1. Program Dapatwang telah melakukan perubahan yang sangat drastik. Mereka tidak akan membayar kepada mana-mana group klik-klik atau ahli kumpulan yang membuat aktiviti kelik-kelik ini. Satu sen daripada aktiviti ini tidak akan dibayar dan hujah korang ditolak. Siapa suruh bermain dengan api? Yang cari pasal kenapa? Jadi, tak perlulah korang nak mengamok bila Admin program Dapatwang ni ubah peraturannya jadi macam ini. Siap main autosurf lagi. Aku tahu ramai yang terdesak nak buat duit. Tapi ini bukan caranya. Promosilah dengan cara yang lebih selamat dan beretika.

2. Program Dapatwang juga tidak akan bayar nilai klik yang korang dapat jika korang guna program autosurf tak kiralah autosurf itu korang punya ataupun korang yang setting sendiri. Siap boleh run sendiri bab-bab klik ini. Leh pulak rajin main tukar-tukar ip address. Sejauh mana korang boleh buat macam ini? Akhirnya, admin dapat tahu dan peraturan berubah. Ini antara 3 peraturan utama yang menyebabkan agak sukar sedikit untuk buat duit dengan Dapatwang. Aku pun terasa gak. Terkena tempias. Sabar ajela..

3. Satu lagi peraturan yang sangat menyakitkan hati. Minimum payout untuk program ini sudah meningkat ke RM50. Sudah pasti tak ramai orang hendak register program ini kerana nilai minimum agak tinggi. Tapi bagi aku masih bagus selagi program ini masih membayar ahlinya.

4. Pihak Dapatwang mengambil masa 7 hari pada setiap awal bulan untuk membayar komisen kepada ahli-ahlinya. Dan untuk kali ini, aku tak layak untuk terima komisen sebab tak cecah RM50. Biasalah, aku tak join mana-mana group. Jadi, income pun biasa-biasa aje. Tapi aku yakin 15hb nanti boleh dapat kot. Lagi separuh aje lagi. Yakin boleh.

5. Untuk pembayaran, sila gunakan akaun Maybank. Jika tidak, admin akan tolak RM2 dari akaun korang untuk buat transfer dari akaun Maybank ke bank-bank selain Maybank. RM2 tu. Tinggi. Kalau tambah RM1.50, dah boleh makan nasi ayam Restauran Bahar Ali kat Banting. Huhu..

6. Aku cuma berjaya dapat 2 kali bayaran daripada program Dapatwang. Aku cuma mencari sedikit wang sampingan. Bukan untuk menjadi kaya dengan program ini. Aku takkan jadi kaya dengan program sebegini. Tapi untuk cari sedikit side income dan juga untuk memenuhi ujikaji-ujikaji eksperimen, aku sertai program Dapatwang. Tak perlulah korang nak mempertikaikan kenapa orang macam aku ni boleh plak sertai program macam ini. Jika korang kata program ini adalah program Murahan. Aku tak kesah. Sekurang-kurangnya, aku tak merompak bank atau bunuh orang.

7. Jika korang kata program ini lemah dan tak ada landasan yang hebat seperti program-program Google Adsense dan program-program yang lain. Bagi aku itu normal. Mereka punya pandangan sendiri. Cuma aku malas nak layan pandangan dan kritikan macam tu. Dapatwang ada cara mereka tersendiri. Begitu juga program-program lain. Belalang pun ada padang dia masing-masing. Program ini tidak menipu. Yang menipu, siapa? Korang tahu kan siapa yang menipu? Takkan aku nak terus terang juga..

8. Ada orang kata, program Dapatwang buat hal. Bakal scam. Kalau benar pun ianya terjadi. Ianya angkara siapa? Pernah dengar tentang Clickbank? Dulu, kita tak boleh sertai Clickbank. Siapa punya angkara? Pernah dengar tentang Tradebit? Sekarang, orang dari negara kita dah tak boleh sertai Tradebit. Siapa punya angkara? Pernah dengar tentang Perrfly? Sekarang diorang pun tak nak orang negara kita. Siapa punya angkara? Dan banyak lagi. Siapa punya angkara? Kalau Dapatwang pun sangkut. Korang masih nak salahkan admin? Sekarang, admin dah ketakkan syarat dan peraturan, siapa punya angkara? Hah, sila jawab diruang komen..

9. Program Dapatwang cuma terima IP address dari IP Malaysia sahaja. Tetapi bila aku login hari ini, aku dapat lihat mereka tetap membayar IP address dari negara lain. Tetapi 1 klik bersamaan dengan RM0.01. Itu yang aku lihat dalam akaun aku. Kira oklah tu. Masih ada sedikit nilai biarpun ciput. Tapi status yang korang akan lihat adalah Invalid. Invalid bermaksud klik korang adalah dari luar Malaysia. Kalau klik itu statunys Fraud. Itu bermaksud, korang dah langgar peraturan. Sendiri mahu fikirlah apa yang buat korang kene detect sebagai fraud.

dapatwanginvalidklik


10. Program Dapatwang bukan program atau skim cepat kaya. Aku tak nampak sesiapa pun jadi kaya atau jutawan dengan program sebegini. Ianya terbukti tak ada orang jadi kaya dalam tempoh yang cepat. Admin pun tak kaya. Cuma admin mungkin terima imbuhan lebih berbanding ahli-ahlinya. Biasalah tu. Kalau ahli dapat komisen lebih tinggi daripada Admin, memang bungkuslah program tu. Tak pernah lagi aku jumpa program yang mana ada ahli dapat komisen lebih tinggi daripada admin atau owner sesuatu program.  Bagi aku, semua program atau syarikat ada risiko. Sama sahaja. Baik Adsense, jual ebook, blogging, servis, design dan sebagainya. Sama sahaja. Tak semua orang boleh jadi kaya. Ada yang berjaya. Ada yang gagal. Jadi, sila buang tangapan bahawa program ini adalah program cepat kaya. Program ini sama sahaja seperti program PTC, PPL, CPA yang lain. Risiko tetap ada tak kiralah risiko tu kecil atau besar. Program Google Adsense, kalau tetiba diorang bungkus, aku tetap mengatakan program Google Adsense adalah tidak relevan untuk disertai pada ketika itu.

11. Kepada yang menyesal menyertai program Dapatwang, tak perlu menyesal. Korang cuma perlu ikut arahan dan promosi sepatutnya. Yang korang gatal klik sesama group apasal? Aku dah agak benda macam ini akan berlaku dan terbukti admin buat sesuatu untuk memastikan program ini kekal lama. Kalau boleh, biar lagi ketat program ini lagi bagus. Jika program Google Adsense pun ramai orang main tipu atau mengelat, apatah lagi program yang sesetengah daripada korang yang anggap program ini murahan, bukan? Program Google adsense, bila kena ban. Salahkan Google, walhal korang langgar peraturan. Apa kes? Dah buat salah, mengaku ajelah. Yang pi maki hamun diorang apahal dan salahkan orang lain, kenapa? Semuanya ada risiko. Nak buat sesuatu, fikirkan kesannya. Kalau tak kesah, Go On! Tapi jangan menyalahkan orang lain. Perkara pertama, salahkan diri sendiri.

12. Yang terakhir, aku bukan owner program Dapatwang ataupun adik-beradik admin program ini. Aku cuma salah seorang agen yang mempromosi program Dapatwang. Aku dapat duit dari 2 cara. Pertama melalui program klik diorang, yang kedua pula adalah affiliate program. Aku dapat komisen jika ada downline register menggunakan link affiliate aku. Ianya seakan gabungan daripada program Adsense/Nuffnang dan program affiliate. Murah sangat ke program macam ni sampai ramai betul yang benci? Gampang sangat ke? Aku rasa lagi gampang kalau ada owner program PPL atau program affiliate yang tak berupdate, yang tak bayar komisen ke ahli, yang lambat reply email sampai berbulan-bulan, lambat response, yang memberikan janji-janji indah, menipu dan pelbagai lagi. Diorang ni lagi gampang daripada owner program Dapatwang. Setuju atau tidak? Terpulang pada korang. Ini pendapat aku. Pendapat korang. Aku tak tahu.

Ps: Aku tahu banyak lagi fakta yang korang nak tambah. Korang tambah sendiri kat ruang komen dan ulaslah apa yang patut. Aku tak padam punya. Cuma kalau ada yang menyepam link2 dapatwang kat blog ni, aku akan padam kalau aku terjumpa. Gi promosi tempat lain..







Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 48 comments. Apa plak komen korang?
megat - 01 Dec 09 at 09:19:17
aduh perit, dapat wang pun sudah tukar sistemnya?

yalah aku sangat setuju. kalau program dari luar negara pun orang kita buat hal, inikan pula program dari dalam negara!?
Adney - 01 Dec 09 at 09:46:18
macam ni bru ok.. lagi ketat lagi bagus.. anyway aku nga ondaway untuk join kot. under ko la titan jangan risau.. hehe
Kujie - 01 Dec 09 at 10:06:25
kak jie tak terlibat dgn semua tu, tapi selalu baca utk pengetahuan…
rina - 01 Dec 09 at 10:19:33
pun tak terlibat sama. Suka membaca dan melihat. :)

Bab2 buat duit ni. Macam-macam benda boleh jadi..
aidi-safuan - 01 Dec 09 at 10:21:48
hehe…bagus la kalo peraturan dah ketat.buat cam google adsense tuh,cek sebijik2 blog sebelum approve.
debtrunner - 01 Dec 09 at 10:54:08
peraturan dan makin ketat. So, dah tak leh eksploitasi dah.. Wat cara yang lebih baik lepas ni ye kawan-kawan.. :D
tonyok - 01 Dec 09 at 13:37:46
your mind is weak
akazuma - 01 Dec 09 at 13:45:34
kalau dah tamak haloba. Macam itu la jadinya. Apapun, teruskan aje apa yang ko buat titan..

tonyok? siapa mamat ni?
zool - 01 Dec 09 at 16:27:05
Aku tak join program ni tapi memang ramai yang selalu langgar TOS utk apa2 program..
titan - 01 Dec 09 at 17:30:53
megat. Kalau admin dah bersepakat begitu, sesiapa pun tak boleh menghalang. Jadi, terimalah seadanya angkara orang kita juga..

Adney. Aku tak risau. Hehe. Aku baru aje kutip semua email untuk aku hantarkan hadiah dalam masa terdekat ini..

Kujie. Terima kasih kerana sudi datang dan menambah pengetahuan yang tak seberapa ini. Mudah-mudahan ianya membantu.

rina. Anything can happen. Langit cerah hari ini tak menjanjikan bahawa hujan takkan turun minggu depan. Hehe.. :)
titan - 01 Dec 09 at 17:35:19
aidi-safuan. Sepatutnya begitu. Tapi biarlah. kita tengok dulu apa yang berlaku. Beri program ini peluang untuk berubah. :)

debtrunner. Mudah-mudahan. :D

tonyok. Aku rasa cara aku berfikir mungkin lebih baik daripada ko.. Betul tak?

akazuma. Aku pun tamak. Tapi aku tamak mengikut apa yang aku rasa perlu. Tidaklah keterlaluan sehingga sanggup wat begitu. Apaun, biarlah..tonyok? Entah..aku tak tahu camana leh sesat beliau ke sini.. :|
Adney - 01 Dec 09 at 18:11:59
yeyyy.. dapat hadiah.. !
samdaddycool - 01 Dec 09 at 19:33:21
Yang bangang tu klik sesama ahli.. tak reti nak fikir duit halal haram? semua nak belasah.. gelap mata pasal duit. dunia.. oh dunia…
ZaidiRazali - 01 Dec 09 at 23:57:34
tu diaa…dapatwang mula nak “ajar” orang kita buat duit dengan betul… :-p bagus2…
paeh - 02 Dec 09 at 00:13:23
no 8 tu… semua angkara orang2 malaysia yang xsedar diri nak cepat kaya… kan3
Syuxx - 02 Dec 09 at 00:45:52
fuh, bila selalu dah baca pasal dapatwang ni dekat blog titan, macam nak join pun ada jugak. hehe
CypherHackz - 02 Dec 09 at 06:12:59
Baru aku tahu kewujudan DW ni. Rupa2nya di Malaysia pun sudah wujud program macam ni. Tetapi kalau orang Malaysia sendiri yang melingkupkan bisnes orang Malaysia, memang payah la nak hidup.
debtrunner - 02 Dec 09 at 13:44:22
bukan setakat nak hidup, menyusahkan orang dan melingkupkan business. Bukan DW aje. Tapi banyak lagi..even business kedai makan pun orang kita sanggup dengki mendengki.. :|
hafizmd - 02 Dec 09 at 13:57:32
huhu..rakyat malaysia mmg terlebih ‘kreatif’..akhirnye memakan diri sendiri..malah org yg x bersalah jue jd mangse…
kiro - 02 Dec 09 at 17:04:05
terlebeh bijak. inilah jadinya.. :D
farahaznil - 02 Dec 09 at 17:22:44
geng klik2..hahaha..mcm2..biasa la..manusia mmg tak boleh bersabar..sbb xbrsbr ni la jdnya…bak kata pepatah..disbbkan nila setitik,habis susu sebelanga !
titan - 02 Dec 09 at 17:37:29
Adney. Sabar ek. Mungkin hadiah tu nichenya berbeza. Tapi still tak lari dengan niche buat duit online/money. Korang tunggu aje. Insya-Allah dapat bonus tu nanti..

samdaddycool. Dah ko pun kata dunia. Macam inilah dunia. Hehe..sabar ajela yang kita mampu buat. Dan tegur apabila kita ada kemampuan untuk berbuat demikian. Kalau tak, benci dalam diam ajela..

zaidirazali. Ini sahaja caranya. Diorang pun tak suka orang benci program diorang. Nak tak nak, rules kene ketatkan dan tak leh bagi chance orang eksploitasi lagi program dapatwant nih..

paeh. Diorang tak cepat kayala. Kalau cepat kaya, aku pun nak wat gak. Tapi masalahnya, kita semua tahu yang kita memang takkan jadi kaya dengan buat duit cara sedemikian..
titan - 02 Dec 09 at 17:42:38
Syuxx. Eh. Sila, sila.. :)

Cypherhackz. Dah lama wujud. Baru je dalam 2 bulan je kot. Harap2 bertahan lama. Tapi dah ramai salahkan program Dapatwang sebab scam. Scam apa bendanya, si admin bayar apa sampai ke hari ini. Cuma peraturan sahaja diketatkan agar ahlinya dah tak boleh eksploitasi klik tu lagi..

debtrunner. Kalau dah dengki, macam-macam boleh jadi. Bukan takat kedai makan je orang leh kenakan kita, laki bini cerai pun sebab dengki dan jeles apa..

hafizmd. Yap. Sebab nila setitik, rosak susu dua kawah..

kiro. Alangkah bagusnya kalau kebijaksanaan itu digunakan ditempat yang sepatutnya..

farah. Bukan sebelanga aje. Dua kawah pun boleh rosak kalau kene nila. Hehe..
samdaddycool - 02 Dec 09 at 23:16:25
AKu pelik, kenapa orang Islam di Malaysia suka makan duit yang kurang berkat, berbanding Mat Saleh. Padahal dalam amalan mereka, takde istilah HARAM , tapi diaorang kurang buat..

(cth Malaysia kena ban clickbank.. UK tak kena)
abdfatah - 03 Dec 09 at 01:45:49
hehehe… eksploitasi klik. team klik dapatwang ler nih punya pasal…
titan - 03 Dec 09 at 02:20:42
Samdaddycool. orang kita nih, selagi boleh buat duit dengan cara mudah, selagi itulah yang diorang buat. Bila dah kene ban, barulah depa berhenti.. Takkan ko tak tahu, orang kita ni antara orang terpintar, terbijak, paling kreatif dan terpandai sekali di dunia nih..

abdfatah. Nak buat macam mana. Diorang dah suka klik-klik nih. Itu yang susah nak dilarang. Bila dilarang, makin galak dibuatnya. Lepas itu, mulalah salahkan orang lain pulak..
Ikhwan - 03 Dec 09 at 03:29:47
titan, tak nak try myspacemoney ke? aku try nk register tp takut scam je. kne tggu review ko. hehe
naz - 03 Dec 09 at 07:56:48
dah agak, mst ade problem. tak pernah nak percaya program mcm ni, tak terfikir lgsg nak masuk. =D
rina - 03 Dec 09 at 10:25:25
memang tak fikir nak masuk, tapi suka tengok titan tunjuk payment nih. hehe.. :)
titan - 03 Dec 09 at 17:22:04
Ikhwan. Mungkin aku tak join program tu. Program tu baru lagi dan aku dengar ramai yang dah dapat payment. So, korang takkan dapat review dari aku sebab aku tak join program ni. So, tak leh cakap banyak la. Hehe..

naz. Problem akan ada kat mana-mana program. Tapi aku harap ada kerjasama antara pelbagai pihak tentang program-program macam ni..

rina. Ko suka aku belanja ko aje kan? kan? Hehe..
Fiq - 03 Dec 09 at 18:12:23
aku x brani nk join program2 cmni.
last2 aku jual produk.syukur..permintaan agak tinggi
titan - 04 Dec 09 at 06:10:04
Fiq. Betul. fokus pada program atau benda yang kita rasa selesa. Tak perlu join macam-macam program. :)
appleblogger - 05 Dec 09 at 18:58:13
ini betul-betul cerita panas nih. Bukan gambar panas lagi.. :D
farahaznil - 06 Dec 09 at 02:07:58
appleblogger..ni gmbr yg memanaskan hati ko ke apa?hahahaha..
titan - 06 Dec 09 at 02:48:33
appleblogger. Aku suka minum kopi panas. Hehe.. :D

farahaznil. Ntah. Mungkin dia seab tersendiri nak jadi panas-panas ni. Yang ko suka hati sangat ni kenapa??? :|
waheeda - 13 Dec 09 at 13:48:44
ape komen anda tentang gambar2 lucah dlam website dapatwang?
waheeda - 13 Dec 09 at 13:54:28
rasanya tidak perlu guna tektik tu utk tarik org ramai utk klik…contohnye mcm jual beli dalam islam..menipu dalam timbangan..berdosa kan?so,saya rasa sama je dalam kes ni..so,guna cara yg halal
diaien - 13 Dec 09 at 17:14:14
pernah dengar program ni, tapi malas nak join, cam mngarut je main klik2 ni
titan - 13 Dec 09 at 21:24:38
Waheeda. Komen? Itu salah satu teknik marketing. Tapi aku sendiri tak suka teknik tu. Yang penting, aku tak buat cara tu. So, waheeda. Apa cadangan anda? Apa dia cara yang halal bagi pandangan anda? Boleh kongsikan dengan kami disini? Mungkin ada yang berminat hendak tahu.. :)

diaien. Program dapatwang.com, sama sahaja denagan program Nuffnang, Google Adsense, Bidvertiser dan sebagainya. Kita dapat duit berdasarkan KLIK. Jadi, program-program yang lain pun macam mengarut juga kan? :D
waheeda - 14 Dec 09 at 07:55:04
sebenarnya program tu x salah..cuba tektik yg digunakn tu yg menyebabkan sesuatu program tu jadi salah..sy pun ahli dapatwang jgk..tp belum start promote,sebab ada iklan2 mcm tu..
aduka - 15 Dec 09 at 12:04:13
faizal - 16 Dec 09 at 03:16:32
Program Pay Per Click (PPC) dari India offer $0.05 USD per klik (Level 1) dan $0.10 USD per klik (Level 2) - saper beminat boleh la jenguk laman ni : http://salwanipotion.blogspot.com >> Klik kat banner “Online Jobs at Gjobs Data Service”
hisyam - 17 Dec 09 at 17:42:30
cadangan aku, tak payah masuk lah..
korang dah tahu kan, benda ni korang masuk pun tak boleh jadi kaya, tapi yang korang masuk gak tu pe hal..

cuba gunakan rm50 tu untuk buka kedai burger, tak pun, korang tologn kedai2 burger2 mana, dan korang letak pelaburan korang tu, silap2 haribulan kena lempang dengan abang burger tu, sbb yang korang pergi kacau dia niaga kenapa.. hahaha

pe2 pun, jika bank negera tahu berkaitan sistem dapatwang.com ni, aku komfirm dorang kena tutup serta merta …
titan - 17 Dec 09 at 19:06:15
Waheeda. Program ni memang tak salah. Yang salah orang kita yang cepat tamak sahaja sampai sanggup langgar peraturan nak dapat duit cepat. Ianya tak adil untuk mereka-mereka yang cuba buat duit dengan cara yang biasa.

aduka. Sila jangan spamming!

faizal. Ni pun sama. Spamming gak!

hisyam. Bagitahu aku satu program yang boleh agi kita kaya? Mana-mana program pun takkan bagi kekayaan pada kita jika kita tak berusahalah. Nak join mana-mana program. Risiko tanggung sendiri maa…

Benda ni takde kaitan dnegan abg burger la. Situasi yang ko terangkan tu pun tak sesuai dengan keadaan DApatwang. Dapatwang bukan satu program yang bersifat pelaburan..

Bank negara tak leh wat apa pun. Sebab program Dapatwang sama aje macam program Nuffnang atau Adsense. Kalau Dapatwang nak saman dia punya agen, berjuta-juta dia dapat. CUba fikir, berapa ramai yang klik iklan sendiri untuk Dapatwang? Itu aje dah langgar rules. Kalau kene saman bab itu aje, memang kita kalah punya..
FAIZAL - 31 Dec 09 at 19:30:06
HEHEHE BGS2…SUPPORT SKIT PROGRAM MELAYU…JGN RISAU DAPATWANG X TIPUNYER(AKU TAU LA HEHEHE)…YG TIPU ORG2 YG SCAM DAN GUNA SOFTWARE…HUHU CUBA AMBIK CALCULATOR…CB KIRA BLK…ADMIN PALING KAYA DLM DUNIA PUN LEH BANKRUPT KLU DPT KAT ORG2 KAKI MENIPU ..NK KLIK TP WAT CR TIPU HUHUU…ADMIN DAPATWANG TU MELAYU & ISLAM..SO JGN LA MENIPU…NK WAT DUIT BIARLA CARA BAIK YE…SELAMAT BERJAYA..DAN SLMAT TAHUN BARU…
muhafis - 05 Jan 10 at 00:43:33
tan, enko ade join cg kan.. pe kata enko add ak kat sane. muhafis. tp jarang doe tgk enko online kat sane.. huhuh
waheeda - 09 Jan 10 at 11:06:36
salam..rahsia kejayaan jutawan berumur 22tahun terbongkar..layari laman web ini..tonton video itu sampai habis..http://www.zerokehero.com/index.php?ref=bizdigital
waheeda - 27 Jan 10 at 08:08:57
salam..sila layari laman web ini http://www.rahsiazerokehero.com..insyaALLAH akan dapat membantu
hidup anda semua..jom kita berubah dari zero menjadi hero..


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------