Hari ini aku kena marah sama boss. Dia tanya sama aku. Aku mahu kerja lagi atau tidak. Kalau tak mahu
kerja kerajaan ni, dia mahu bagi tempat aku dengan orang lain. Ai. Sesuka-suki hati dia aja buat statement macam tu. Dalam masa tak sampai seminit aku berikan jawapan. Ya. Saya mahu kerja lagi.
“Ok. Esok datang sini. Kul 2. Ada briefing sikit. Kita ada job.”
Cis. Cakap ajelah dah ada job. Sebab tu suruh aku balik awal. Siap ugut mahu kasi tempat aku dengan orang lain. Jangan begitulah. Aku call kawan-kawan aku yang bercuti. Semua kena benda sama dengan bos. Haiya. Aku ketuk kepala boss nanti, baru dia tahu. Tapi nak buat macam mana, ini boss aku banyak sayang. Dia pandai jaga hati kita orang walaupun tak pandai buat lawak. Janji fulus masuk. Haha..
Tapi aku terfikir juga, kekadang aku perhatikan ramai
orang melayu sangat memilih kerja. Aku sendiri pun memilih. Aku akui hakikat tu. Sebab tu aku memilih menjadi
blogger. Mula-mula mak aku risau gak. Tapi sekarang dia dah boleh terima. Yang dia tak boleh terima, bila aku nak kahwin ni. Umur tahun depan dah 26 tahun. Duit dah ada. Kereta dah ada. Tapi awek tak lekat-lekat sorang pun. Aku balik kampung hari itu, nenek aku dah buat perangai semacam aje. Korang boleh bayangkan tak, dia follow aku ke hulu, ke hilir selama satu jam lebih dok ceramah pasal kahwin aje. Aduhai. Bukan aku tak nak kahwin. Kalau aku nak kahwin, nenek dan mak aku orang kedua dan ketiga yang aku akan beritahu. Orang pertama, tentulah bakal bini aku. Takkan aku tak bagitau aku nak kahwin dengan dia dulu, kan? Betul tak? Abah aku jadi orang keempat. Benda ni bukan aku boleh paksa. Kalau ada tu, adalah. Korang doa-doakanlah aku sekali. Biar masin mulut nenek aku, biar makbul doa mak abah aku nak aku kahwin cepat. Haha..
Cerita lagi bab kerja ni. Seronok sebenarnya cerita bab kerja ni. Aku masa cuti ni, gatal gak pergi walk-in interview. Jalan sana, jalan sini. Ada kerja kosong. Aku gi apply. Dengan selamba tanpa bawak apa-apa sijil termasuklah sijil SPM. Masuk satu kedai ni. Apek tu tanya aku 3 benda aje iaitu, nama, berat badan aku dan pengalaman aku bekerja. Aku beritahulah semua benda tu. Tapi bahagian berat badan tu aku pelik. Apa kehal tanya berat badan aku ni. Dia kata, kalau berat badan aku kurang dari 60. Dia tak mahu ambil aku kerja. Aku tanya dia sebab-sebabnya. Badan aku tak cukup berat. Satu alasan yang aneh bagi aku.
“Kalau mahu kerja ini kedai beras. You mesti angkat beras. Kalau you punya berat takda lebih 60 kilo, you takde tenaga mahu angkat itu banyak beras. Setakat satu dua bolehlah. Tapi mahu angkat 50-100 beras setiap hari. You punya badan takde larat punya..”
Tu dia dia punya hujah. Memang berat aku dah lebih 60kg. Itupun hasil dok bercuti aje ni. Tapi kalau aku sambung kerja kat Jerantut tu, memang leh jatuh ke 55kg kalau aku nak. Tapi aku terpaksa tolak. Sebab apa?
“Saya mahu you kerja sekarang.
You mahu kerja atau tak mahu?”
Hambik ko. Masa tu juga dia nak aku kerja. Memang sempoi gila tokey beras ni. Tapi aku akui, memang kedai dia tak cukup orang. Yang kerja dengan dia aku tengok semua bangla. Dia kata, kalau aku kerja sama dia, aku akan jadi ketua. Sebab aku orang melayu. Dia dah lama mahu cari pekerja dari orang melayu. Bayar mahal sikit pun tak apa. Tapi mesti kerja kuat dan mahu belajar. Tokey tu kata lagi, kalau ada pekerja melayu, pelanggan melayu senang mahu datang. Pelanggan percaya sama kita. Dan kena pulak aku masih muda, dia percaya aku boleh tolong dia. Siap bagitau dia mahu bukak cawangan kat tempat lain dan mahu aku handle. Cuma satu lagi syarat ketatnya, mesti kerja dengan dia 3 tahun. Gaji dia bagi aku dalam Rm2500. Tapi kalau bulan pertama aku buat hal. Dia pecat. Gila tak gila dia punya MOU..
“
Hey, you mahu kerja atau tak mahu?”
Sekali lagi. Lamunan aku terhenti seketika. Tokey beras tu tanya lagi.
Terpaksalah aku menolak. Bukan aku tak nak. Macam aku kata tadi. Aku sangat memilih kerja. Kerja ini agak susah bagi aku. Keadaan badan aku tidak sehebat ketika aku berusia 17 tahun dulu. Boleh katakan, separuh kekuatan aku hilang entah ke mana. Jumping smash pun dah tak selaju masa aku wakil sekolah dulu. Kena pula aku jarang bersukan, otot yang dulu kekar, dah entah pergi ke mana walaupun badan aku dikategorikan badan atlit. Tapi aku akui, aku cepat mengah sekarang. Kalau mahu lawan badminton, 2 set pertama aku kena berhempas pulas untuk menang. Jika masuk set ke 3. Biasanya aku kalah sebab penggunaan tenaga yang berlebihan pada 2 set pertama. Kalau lawan tu macam kacang, main 10 set pun aku tak kesah. Tapi kalau pihak lawan tu setanding atau lebih terer dari aku, biasanya 2 set aje dah boleh buat tenaga untuk 10 malam pertama aku habis begitu sahaja. Siapa yang main badminton, single. Diorang akan tahu berapa banyak tenaga yang digunakan kalau kita lawan pemain yang setanding dengan kita. Kalau berat badan korang 60 kilo, korang boleh turun berat sehingga 1 kilo. Tak percaya? Gi main badminton. Tapi mesti level pemain sekolah 5 tahun berturut-turutlah. Kalau tak, tak yah cerita bab tenaga badan ni..
“Woii budak,
you mahu kerja atau tak mahu?”
Aku senyum dan aku geleng kepala. Jawapan aku mudah. Aku tak mahu. Tapi, aku suka dengar apek ni cerita dengan aku bab-bab kalau aku jadi kerja dengan dia. Seronok dengar. Dah tak macam interview dah aku rasa. Dia pun pelik, aku kerja kerajaan dan macam-macam lagi. Tapi try cuba cari kerja kat kedai beras. Yela, dah dia tulis kat depan kedai, dia nak pekerja. Orang melayu. Berusia 20-30 tahun. Aku sambar ajelah. Dah gatal sangat masa tu nak pergi interview.
“Sorilah. Saya tak mahu.”
Nasib aku tak kena marah. Yelah, interview dekat 1 jam. Tapi tak berjaya dia memancing aku untuk kerja dengan dia. Kena pula dia nak aku kerja masa tu juga. Sebab sebelum tu, aku dah lepas ujian dia. Angkat 10 guni beras letak dalam lori dia. Takde masalah bagi aku. Sekejap aje. Tenaga tu ada. Tapi aku tak rasa pekerjaan ini sesuai dengan orang yang kuat tidur macam aku ni. Jadi, aku menolak dengan baik. Malah, tokey tu siap tanya aku kalau-kalau aku ada kawan yang leh ganti tempat aku. Aku beritahu dia, kalau ada. Aku suruh diorang datang kedai tokey beras ni.
Haa, itulah serba sedikit salah satu
walk-in interview yang pernah aku buat semasa aku cuti kejap ni. Tak sampai pun sebulan. Tapi kiranya best gak dapat cuti selama ni lepas 1 tahun kerja kerajaan setiap hari. Memang hari-hari bantai tidur aje kerjanya. Sampai mak aku marah hari-hari kejutkan aku suruh solat zuhur. Biasanya aku tidur lepas subuh. Tu yang dah tengah hari, memang mak aku bising. Satu untuk solat subuh. Satu lagi suruh aku mandi. Satu lagi kes, dia dah masak penat-penat. Aku tidur pula. Sape nak makan lauk-pauk yang dia masak tu. Aku juga. Tu pasal, mahu tak mahu aku kena bangun dalam area jam 12 tengah hari tu..
Ps: Satu lagi entri bersifat peribadi. Harap korang terhibur. Esok, aku di Jerantut.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content