Archive for November 2009


Hari ini agak sibuk. Aku perlu mengemaskan barang dan siapkan kerja sebelum aku bercuti seminggu dua ini. Niat dihati nak pergi melancong bersama keluarga. Mungkin juga aku akan melancong seorang diri. Mencari sesuatu dan juga mencari seseorang. Biasanya, memang dalam setahun, aku akan bercuti sekali atau dua kali. Bergantung pada keadaan, cuti dan budget. Moga-moga tak ada hal-hal berbangkit yang membantutkan perancangan aku sejak berbulan-bulan ini.

berrybunchkomisenkeenam 300x108 Komisen ke 6 dari Berrybunch.biz


Ok. Ini bayaran komisen yang ke 6 aku terima dari program Berrybunch. Dan ini juga merupakan bayaran kedua untuk jumlah klik yang aku dapat dari program ini. So far, aku dah balik modal dan aku akan promosi dengan sedaya upaya untuk program ini. Jika ada antara korang yang berminat untuk beriklan di Berrybunch, korang semua dialu-alukan untuk berbuat demikian. Siapa kata kita tak boleh buat duit dengan Berrybunch? Semuaanya terpulang pada diri masing-masing dan tindakan kita.

Sekali lagi aku ulang, aku tak paksa korang sertai program ini. Semuanya bergantung pad a korang. Nak tak nak, korang kena belajar skill untuk promosi. Dan jangan spamming. Nanti korang kena ban pula dari program ni. Dan aku harap program ini dapat bertahan untuk 1 tempoh yang lama. Aku tahu ramai yang mempunyai pendapat tersendiri dan aku hormati pandangan dan pendapat mereka. Tapi aku juga ada pandangan aku tersendiri. Insya-Allah, program ni akan dapat bertahan dengan lama jika ramai yang menyokongnya dan admin sendiri mempunyai pelbagai inisiatif dan ada perancangan jangka masa panjang untuk Berrybunch.

Korang boleh daftar kat sini: Berrybunch program

Dalam satu dua minggu ini. Aku lihat sudah ada satu lagi program yang sebijik macam Dapatwang.com. Tapi agak berbeza dengan Berrybunch.biz. Jadi, mungkin ada persaingan antara 3 program ini. Namun, aku cuma akan join 2 program ini sahaja. Program satu lagi, aku kurang berminat. Tak tahu kenapa. Cukuplah 2 program ini sebab aku sendiri agak sibuk mempromosikan program-program lain termasuklah juga untuk projek TNX, projek adsense, projek TLA dan projek GDI. Jadi, situasi aku agak terbatas untuk buat semua siri promosi bagi mini-mini projek aku. Insya-Allah, jika terbuka hati, mungkin aku akan sertai mereka. Mana tahu program itu berminat untuk sponsor keahlian aku. Itupun kalau mereka berminat. Hehe..

Petang ini aku akan bertolak ke Damansara. Tapi sebelum itu, aku akan hantar kawan aku ke Kepong dahulu. Lusa, mungkin aku akan ke Salak Tinggi. Malamnya mungkin pergi ke Putrajaya. Hari ahad, mungkin aku akan balik kampung dan minggu depan 3 orang akan terlibat untuk personal coaching khas untuk projek TNX. Aku terpaksa buka sebab mereka adalah kawan-kawan aku juga. Aku harap program TNX ini akan membantu mereka buat duit dengan blog-blog mereka. Sekarang, sudah 12 orang TNX Super Knight terhasil. Ada blog, tapi tak jana 1 sen langsung dengan blog. Mereka rasa rugi sangat. Sebab tu mereka bertanyakan pada aku dan aku akan bantu seadanya. Mungkin ada sesuatu yang mereka dapat belajar dan mungkin juga aku dapat belajar sesuatu dari mereka. Insya-Allah. Lagipun, dua daripada mereka sudah lama aku tak jumpa. Ada jugalah dalam setahun. Entah dah kahwin ka belum. Haha..

Ps: Ya. Aku rindu. Kenapa? tak boleh? Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak update bayaran kedua yang aku terima dari program Dapatwang.com. Secara jujur, aku terlupa tentang tarikh bayaran yang sepatutnya dibuat pada 15hb pada setiap bulan. Aku sendiri tak tahu dan terlupa. Tapi bila aku dapat bayaran komisen Dapatwang.com, barulah aku teringat yang aku ada join program ini. Yelah, sibuk sangat sampai terlupa tentang perkara ini. Tak sangka promosi yang aku jalankan berkesan dan aku layak untuk dapat bayaran kali kedua. So, mahu buat duit dengan Dapatwang.com juga?


komisenkeduadapatwang 300x124 Komisen Kedua dari Dapatwang.com


Jumlah komisen darpada Dapatwang kali ini lebih tinggi berbanding komisen pertama yang aku terima dan aku sudah dapat semua modal aku daripada program ini. Dan jika program Dapatwang ini dapat bertahan selama 1 tahun, aku rasa aku akan dapat keuntungan daripada program ini. Sejujurnya, aku harap program ini bertahan dengan lebih lama dan mengubah sedikit sistem mereka dengan lebih ketat. Mengapa? Aku harap program ini dapat bertahan untuk 1 tempoh yang panjang. Tidak hanya untuk seketika dan aku yakin akan ada banyak syarikat baru yang akan buat program seumpama ini pada masa terdekat ini. Sejujurnya, aku cuma akan stay dengan 2 program ini sahaja iaitu Dapatwang.com dan Berrybunch.com. Program-program baru yang dari Malaysia yang seumpama dengan program ini, aku tidak akan join melainkan program itu sponsor aku. Jahat tak aku? Haha..


Cukuplah dengan 2 program ini yang menjadi eksperimen aku. Banyak sebenarnya program-program macam ini diluar, tetapi aku cuba juga 2 program yang panas ini untuk jadi ujikaji. Dan untuk kedua-dua program ini aku sudah dapat modal pusingan aku. Aku tak kata program ini sukar dan payah nak buat duit, tapi aku juga tak kata program ini senang untuk kita ekspoitasikan. Aku tahu ada orang yang buat cara promosi yang pelik-pelik dan aku malas hendak masuk campur. Cuma jika kita harap program-program sebegini bertahan dengan lebih lama dan tak membuatkan korang kecewa sebab aku lihat ianya sudah melarat-larat bila ada kumpulan klik-klik nih. Entahlah, aku malas nak masuk campur sangat. Yang penting, aku tak spamming. Aku lihat terlalu ramai yang spamming ke inbox aku tentang promosi promosi Dapatwang ni. Mungkin aku akan kumpulkan email diorang dan buat report yang sepatutnya..


Boleh tahu lebih lanjut disini: Dapatwang.com


Ps: Setiap program ada risiko. Setiap syarikat ada risiko. Jadi, pilihlah sebaik-baiknya.


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sedikit penat sebab ada banyak kerja yang perlu dilakukan dari hari ini dan semalam. Jadi, aku cuma sempat update apa yang aku mampu lakukan. Aku mempunyai tenaga yang terhad untuk melakukan kesemuanya dan yang pasti aku akan terus buat kerja aku sehingga aku dapat capai target aku sendiri.

Dan secara jujurnya, bahang hujung tahun sudah terasa bagi aku. Kita sudah menghampiri penghujung tahun 2009 dan akan masuk ke tahun 2010. Masihkah aku sama seperti dulu dan dapatkah aku membantu rakan-rakan aku untuk menjadi 100 orang TNX Super Knight?  Dan bagaimana pula dengan GDI knight aku pula? Semuanya masih dalam percaturan dan aku sendiri sedang mengatur dengan sebaiknya agar tidak berserabut nanti. Aku akui banyak perkara yang perlu aku lakukan dan perhatikan memandangkan industri buat duit kat Malaysia ni ada macam-macam ragam.

Sedar atau tidak, sudah hampir 6 tahun lebih aku berada dalam dunia buat duit di internet. Penuh dengan ranjaunya. Penuh juga dengan dugaan. Ada masanya aku berjaya mendapat sales beribu ringgit. Ada kalanya aku langsun tak mendapat apa-apa jualan. Ada kalanya aku dihina. Ada kalanya aku dipuji. Malah, ada juga yang menikam aku dari belakang dan bertalam 2 muka. Biasalah. Sudahpun nama manusia, ada pelbagai ragamnya dan sukar untuk diubah melainkan mereka sendiri yang hendak berubah. Aku akui ianya agak sukar dan orang kita sekarang memang sudah bijak dan pandai. Pandai berfikir dan sampai satu tahap terlalu ghairah untuk membuat duit di internet tanpa peduli apa yang orang lain fikirkan. Apa jenis cara yang mereka buat, mereka tak kira. Janji dapat buat duit. Huh, biarlah. Mungkin diorang bahagia dengan cara mereka tersendiri.

Tentang Panduan TNX, aku rasa sebahagian daripada korang sudah mendapatkan panduan premium aku ni. Sudah lama aku tak buat panduan sebegini dan aku harap ianya akan banyak membantu ramai rakan kita untuk buat duit di internet. Yap. Susah sebenarnya nak buat duit dengan TNX. Lagi-lagi kalau korang ni jenis yang cepat putus asa ataupun jenis yang tak boleh buat kerja susah sikit. Kalau semuanya hendak disuap, hendak diajar, hendak percuma, bagaimana korang hendak kenal erti berdikari? Kemudian, dituduhnya kita tak nak membantu sesama melayu. Dengan melayu pun nak jual panduan atau produk mahal-mahal. Aku sabarkan aje bila tomahan dan tuduhan itu menerpa diri dan aku akuinya bukan aku sahaja yang terkena, malah ramai lagi kawan lain yang merasa kesan yang sama. Orang kita ni memang dah sukar nak diubati selagi perangai mereka yang duduk di zon selesa tidak diubah.

Itu belum lagi yang jenis suka benda-benda subsidi dan macam-macam lagi. Suruh buat kerja sambilan. Tak mahu. Buat itu ini tak mahu. Banyak alasan yang direkanya. Tak sesuai dengan jiwalah. Susah sangat mahu buatlah. Terlalu banyak benda kena beli dan pelbagai lagi. La, kalau tak dipecahkan ruyungnya, macam mana nak dapat sagunya. Kalau kita tak berusaha untuk buat duit, bagaimana nak dapat duitnya. Korang nak duit ke tak nak? Walaupun begitu, aku akui ada orang yang tak mampu buat semua tu. Ada yang tiada kemampuan dari segi pendapatan dan kesihatan. Yang itu, tak perlulah paksa diri sangat. Buat apa yang sesuai dengan keadaan dan keupayaan korang. Yang sihat dan terang matanya tu, buatlah dengan baik. Kalau korang jumpa aku one by one, korang akan malu dengan aku sebab orang macam aku masih boleh buat kerja macam-macam.  Tapi aku bersyukur, aku punya semangat dan kekuatan untuk terus melakukannya. Andai kata Tuhan tarik kekuatan dan semangat aku tu, aku reda sebab semua itu milikNya.

Satu lagi bab yang sangat menyayat hati. Aku faham kita semua buat duit di internet. Masing-masing mahu cari duit. Mahu sara keluarga. Tapi bila korang dah berjaya, perlukah korang hina orang yang buat kerja kerajaan? Aku tahu gaji kerja kerajaan tidaklah selumayan kerja-kerja kat internet nih. Setakat 1-2k sahaja. Kalau pangkat tinggi, dapatlah 3-5k. Itupun ikut senioriti dan macam-macam lagi. Tapi perlukah korang hina mereka dan pekerjaan mereka? Aku sendiri kerja kerajaan dan aku faham kesusahan mereka dan dalam masa yang sama aku buat kerja-kerja diinternet. Aku tahu kesusahan buat 2 kerja yang berbeza dalam hari yang sama. Tapi perlu ke korang hina mereka sampai mengatakan kerja dengan kerajaan ni tak ada masa depan, tak bagus?Aku tak kata semua, tapi ramai jugaklah buat statement macam tu sekarang. Aku tak mintak apa-apa, cuma berfikirlah sedikit ketika keluarkan perkataan-perkataan sinis tu. Aku tahu korang hebat. Siapalah aku dengan kawan-kawan lain yang bekerja kerajaan ni. Ada kitaorang hina orang-orang yang buat duit kat internet tak ada masa depan?

Setiap orang ada pendapat masing-masing dan cara masing-masing. Tapi tolong, jangan memperlekehkan kerja kerajaan hatta kerja tukang sapu sampah. Mereka semua cari rezeki dengan cara masing-masing dan tidak menyusahkan korang. Tapi tak perlulah sampai menggunakan ayat-ayat yang menyakitkan hati. Aku tahu ada sebahagian dari korang yang berjaya. Dah banyak pakai duit.Dah banyak pegang duit. Awek-awek yang dulu tak pandang langsung korang, dah setat menjeling manja kat korang. Tapi jangan sombong, dulu korang siapa? Takkan sebab duit, korang dah berubah? Agak-agaklah sikit. Dan jangan lupa, dah berduit tu hutang jangan lupa bayar. Hutang petronas, MARA, PTPTN dan yang seangkatan dengannya, jangan lupa bayar. Dah pinjam, bayarlah dengan apa yang korang mampu. Kan korang dah berduit. Kalau tak ada duit, cari duit dan cuba bayar sikit-sikit. Jaga juga percakapan dan jangan sampai menghina orang. Aku cukup menyampah orang yang gebang sana sini, tapi cakap tak serupa bikin. Jangan sampai ada yang kene bunuh hanya sebab korang menghina mereka. Orang sekarang ni, kalau dah marah, kalau dah darah naik ke kepala, macam-macam boleh berlaku. Jadi, berhati-hati. Hidup ni indah. Tapi adakalanya langit tak selalunya cerah walaupun stesen tv darh ramalkan ianya cerah. Ingat, jangan lupa diri dan sentiasa bersedia.

APa aku cakap ni, berbalik semula ke diri aku. Ada kalanya, aku bengong juga. Ada juga aku tak betul. Ada masanya aku ni memang terlepas cakap dan tersilap bicara. Sebab tu aku minta maaf pada korang semua jika ada yang terasa. Tak naklah aku kalau jumpa korang nanti, boleh pula masing-masing bukak langkah silat. Tak pasal-pasal ada yang masuk hospital. Dan aku hormati pendapat dan pandangan korang. Jika aku boleh hormat pendapat korang, korang pun boleh hormat pandangan aku. Tapi kalau korang tetap nak berkeras, tak apalah. Aku mengalah sebab tak guna cakap dengan orang yang malas berfikir ni. Dia fikir dia hebat, dia boleh kata apa sahaja. Dia fikir dia ada punya pengaruh dan nama, dia boleh hina orang, dia mahu paksa kita ikut telunjuk dia. Wehh, cakap tu pandang-pandang sikit. Elok-elok dah hidup bahagia dan aman sentosa, kerana ego yang tak bertempat, ada yang masuk balai dan mahkamah.

Sudahlah tu, agak-agaklah. Kerja, kerja juga. Benda lain kena perhatikan. Mengapa aku kerja kerajaan? Inilah antara salah satu sebabnya. Aku mahu tahu sesuatu dan aku juga sedang mencari sesuatu. 6 tahun aku buat kerja di internet dan tiba-tiba pada tahun ini aku kerja dalam satu arena yang berbeza dengan aku. Alhamdulillah, penerimaan mereka baik dan mereka boleh terima yang aku juga ada buat side income di internet. Banyak yang aku dapat belajar dari mereka terutamanya dalam soal komunikasi dan banyak juga yang aku dapat bantu terutamanya dari segi kewangan, teknologi dan komputer. Aku harap aku akan terus membantu dan membuka mata ramai orang tentang penggunaan internet dan penulisan blog. Aku tahu bidang ni boleh pergi jauh dan tak kurang boleh menjadi industri baru seperti industri anime dan manga yang berjaya dilakukan di Jepun.

Ps: Cukup. Kalau aku sambung, sampai tahun 2010 tak habis artikel nih..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak buat ulasan tentang satu lagi hosting yang telah aku sambar. Memang aku suka guna banyak hosting dan aku rasa dah banyak juga hosting yang aku cuba untuk memenuhi projek-projek aku yang banyak tu. Mungkin ada antara korang yang berminat untuk mendapatkan hosting dari syarikat ini kerana beberapa aspek yang membuatkan ramai orang ingin menggunakannya termasuklah aku.

sepakuhosting Review: Pakej Blogging Sepaku Hosting


Ok. Nama syarikat hosting tempatan ini adalah Sepaku Hosting. Nama pun pelik. Mana diorang dapat nama “Sepaku” pun aku tak tahu. Mungkin diorang leh jawab nanti kalau terbaca ulasan tanpa bayaran nih. Sejujurnya, aku masih ragu-ragu dengan hosting ni. Tapi aku dah cuba dan untuk permulaannya aku boleh katakan ini antara hosting yang agak laju dan juga memudahkan kerja aku. Mungkin juga disebabkan internet connection aku sangat mantap dalam minggu ini membuatkan aku rasa laju gila aku install wordpress dan cuba buat apa yang patut dengan blog-blog aku yang terbengkalai sejak 6 bulan yang lepas. Jadi, aku cuba gunakkan domain dan subdomain aku yang terbengkalai di hosting ini dengan harapan aku dapat sesuatu.

Mengapa aku pilih Sepaku Hosting? Ok. Baca baik-baik. Aku yakin korang pun suka punya.

1. Pakej Hosting yang ditawarkan murah iaitu RM5 setahun bagi Pakej Blogging
2. Proses nak add-on, install wordpress, domain dan bermain dengan cpanel lancar.
3. Syarikat Melayu. Aku rasa. Itu pasal aku support hosting ni.
4. Ramai yang cadangkan syarikat ini. Mungkin kerana murah.
5. Pakej terMAHAL adalah Pakej Unlimited Sepaku iaitu RM45 setahun.
6. Website syarikat memang simple. Bagus gak simple. Takdelah serabut sangat.
7. Ada forum support. Boleh tanya macam-macam kat forum tu. Diorang jawab punya.

Dan banyak lagi. Tapi aku rasa cukuplah 7 sebab tu yang aku yakin untuk terus menggunakan hosting ini. Jika ianya bagus, mungkin aku akan sambar pakej Unlimited tu. Bagus untuk projek jangka masa panjang aku terutamanya untuk Projek Cincai Blogging termasuklah subprojek TNX dan TLA. Mungkin hosting ini akan banyak membantu pada masa hadapan. Insya-Allah. Mana tahu, diorang berminat nak sponsor blog-blog aku. Siapa tahu kan? Apapun, jika ada antara korang yang berminat nak pakai Sepaku hosting. Bolehlah cuba sebab ianya cumlaah RM5 setahun bagi paling basic. Basic-basic pun, korang dapat features add-domain unlimited dan mysql unlimited. Fuhh, bukan banyak hosting lokal yang tawarkan pakej macam ni..

Boleh gi sini kalau nak tahu lanjut: Sepaku Hosting

Ps: Netkl masih tetap menjadi pujaan hatiku. Sepaku pula, percubaan terbaru.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011