Archive for November 2009


Hari ini aku cuma hendak buat satu lagi ulasan tentang satu syarikat Hosting yang aku rasa mungkin sesuai bagi mereka-mereka yang hendak menceburi dunia blogging ni. Tak kiralah korang hendak enjoy menulis blog atau berminat untuk buat duit dengan blog. Tetapi pastikan anda memilih syarikat hosting yang sesuai, bagus dari segi support dan terbaik dari segi servisnya. Tak kurang juga keberkesannya dari segi uptime dan downtime. Ini juga salah satu faktor yang kita kene titikberatkan.

Ok. Jadi, jika korang hendak bermula dan rasanya macam takde duit lebih dari RM100 untuk angkat hosting yang mahal-mahal, korang boleh dapatkan dari Syarikat Onebytes ini. Dari segi kelajuan, aku rasa dah cukup bagus dan dari segi harga, memang agak murah. Mengapa? Harga untuk pakej hosting Basic di Onebytes cumalah 10usd iaitu bersamaan dalam RM35 atau RM36 sahaja. Macam harga duit topup korang sebulan. Cukup murah bukan?

onebytes Review: Pakej Hosting Basic Onebytes


Selain murah, kita lihat faktor lain. Saban hari aku lihat, banyak gila domain baru yang dibeli di Onebytes. Ini bermakna banyak juga orang menggunakan hosting disini. Ini juga bermaksud Onebytes mempunyai pelanggan yang ramai. Bila pelanggan ramai, ini juga bermakna pelanggan percaya dengan syarikat ini. Mengapa mereka percaya? Servis dan harga yang ditawarkan agak berpatutan. Malah, kita diberi pilihan untuk memilih pakej yang bersesuaian dengan kehendak kita. Pengalaman aku sendiri, memiliki pakej hosting Basic. Cuma perlu bayar RM36 setahun. Setahun! Bukan untuk 1 bulan tu tau. Kalau untuk satu bulan, aku memang tak angkat hosting dari syarikat ni.

Apakah specs yang membuatkan aku beli 1 pakej Basic dari Onebytes? Antaranya..

- Diskspace sebanyak 5000 MB diberikan
- bandwidth untuk sebulan adalah sebanyak 50 GB
- domain hosted = 1
- domain addon = 4
- domain parking = 5
- mysql, FTP account, email account, sudomain, mailing list, semuanya unlimited
- Jika tak puas hati dengan servis Onebytes, korang ada 7 hari untuk refund
- harga untuk pakej ini adalah RM36 setahun
- harga untuk domain pula adalah RM35 setahun
- Sistem pembayaran yang mudah. Kebanyakkan bank diterima termasuklah juga Paypal.

Jadi, jika korang mencari modal yang murah dan servis yang bagus. Onebytes antara calon-calon Syarikat Hosting terbaik yang patut korang pertimbangkan. Aku tahu ada banyak syarikat yang famous macam Netkl, Datakl, Fivio, Baitulbytes, Hostmonster, Hostgator dan sebagainya. Tapi Onebytes juga antara yang terbaik dan pelanggan syarikat ini tidak hanya dari Malaysia, tapi mereka terima dari seluruh dunia. Bagi aku, ini antara satu faktor untuk membuatkan sesebuah syarikat hosting itu kekal di dunia internet ini jika mahu kekal lama.

Boleh daftar jika mahu: Onebytes.com

Cuma ada beberapa perkara yang mungkin pihak Onebytes boleh pertimbangkan. Website tu kalau boleh, dilawakan sikit. Tapi kalau biasa-biasa pun takpe. Janji servis mantap dan harga berpatutan. Kalau boleh buat banner dan logo yang lawa untuk Onebytes. Mesti lagi banyak pelanggan nak masuk dan promosikan Onebytes. Sebab dari segi uptime, memang bagus setakat ini. Jarang site-site aku down dan agak laju juga bila cuba capai site-site aku. Tapi lain orang, lain pengalamannya, bukan? Aku beritahu apa yang aku nampak dan apa yang aku rasa. Keputusan, tetap ditangan korang. Hehe..

Ps: Tapi setiap syarikat ada masalah dan kekangan tersendiri. Kita tak tahu apa yang jadi pada masa hadapan. Banyak juga syarikat yang bermasalah dan akhirnya ditinggalkan oleh pelangganya. Aku sendiri banyak mengalami pengalaman pahit tersebut. Jadi, pilihlah dengan berhati-hati.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Malam tadi aku diberikan peluang untuk mencuba satu sistem kedai online iaitu Niagakit Versi Beta 2.0. Aku sendiri telah mencuba sistem ini dan godak-gadik apa yang ada dalam sistem Niagakit ini. Sejujurnya, tidak banyak kedai online yang berjaya dibangunkan dengan begitu baik seperti yang ada dengan Niagakit ini. Agak lengkap dan senang difahami. Pada mulanya, aku sendiri rasa macam susah benar nak setting benda ni, tapi bila aku login, tak sangka ianya sangat mudah. Macam bermain dengan blog wordpress sahaja.

Sistem Kedai Online Niagakit ini lebih kepada ecommerce sistem. Jadi, sangat sesuai untuk mereka-mereka yang ingin mempunyai kedai online yang berbeza dan tampak menarik. Ada 10 warna yang berbeza dan theme yang digunakan sangat anggun dan kemas. Theme tersebut juga tak mengganggu dari segi loading dan terus terang, jika aku mempunyai banyak barang untuk dijual seperti minyak wangi, aksesori atau produk kesihatan, pasti aku akan gunakan Sistem Kedai Online Niagakit ini. (Harap Team Flarebiz leh bagi diskaun aa..).

sistemkedaionlineniagakit Review: Sistem Kedai Online Niagakit v2 Beta


Dulu, aku pernah buat sendiri website yang ala-ala kedai online seperti Niagakit. Tetapi usaha aku kurang memberangsangkan. Mengapa? Ianya terlalu memenatkan. Dari mula hingga akhir, aku kena tahu segala-galanya. Ini agak menyusahkan aku dan pastinya membuatkan aku letih untuk setting dari awal. Kena pulak bermain dengan kod yang ntah apa-apa lagi tu. Bila aku lihat sistem kedai online Niagakit ni, aku yakin ianya akan menyelesaikan masalah aku. Korang tak perlu lagi bersusah payah. Selepas membayar harga untuk Niagakit ini, korang cuma perlu masuk akaun korang, setting apa yang patut. Nak pilih theme ni ke, nak pilih warna itu ke, nak manage harga dan shipping ke, nak tetapkan harga, nak letak akaun bank. Semuanya dah tersedia. Tinggal nak masukkan data sahaja. Macam isi borang kahwin aje. Jadi, jika korang rasa nak buat sendiri kedai online tu merupakan kerja yang menyusahkan hidup korang, apa kata korang dapatkan Niagakit. Aku rasa korang mesti suka sebab aku sendiri telah cuba dan aku dah faham semuanya dalam beberapa minit. Dalam kepala otak aku, dah tahu apa yang aku nak buat dan apa strategi yang perlu aku lakukan.

niagakitbeta Review: Sistem Kedai Online Niagakit v2 Beta


Jadi, jangan buang masa korang. Dapatkan kedai online Niagakit sekarang dan anda sudah ada kedai online sendiri dalam tempoh 24 jam. Selepas semuanya siap, korang boleh promosikan kedai online korang dan mula buat duit. Aku yakin banyak pengunjung akan berminat untuk membeli di kedai online korang jika korang mempunyai kedai online yang sangat menawan ini.  Selain itu, design yang ringkas dan menawan ini pasti akan menarik ramai orang untuk kembali kali kedua dan membeli barang atau produk yang terjual di kedai tersebut. Tapi pastikan juga korang membuat promosi yang membunuh untuk menarik perhatian pelanggan anda. Insya-Allah, ada yang tertarik dan membeli. Lebih-lebih lagi kalau korang menjual barang panas seperti produk kesihatan ataupun produk suami isteri.

Jika korang merupakan pemain E-bay yang berjaya, memiliki store di E-bay sahaja pasti tidak mencukupi. Mempunyai kedai online sendiri pasti membuatkan kedai online tersebut menjadi portfolio yang baik untuk pemain E-bay yang serius. Bagi aku, jika pemain E-bay itu ada kedai online sendiri dan membuat juga promosi di E-bay, Lelong dan Tradebit, pasti banyak pembeli akan datang untuk melihat kedai online tersebut. Jangan tak percaya, ini juga salah satu faktor yang membantu korang untuk mendapatkan jualan untuk jangka masa panjang.

Antara contoh mereka-mereka yang telah menggunakan sistem kedai Niagakit ini ialah..

1. 3GX Modem (Menjual modem dan)
2. Syurga Membeli Belah (Menjual Selendang, rantai dan sebagainya)
3. Ubi Shoppe Online Store (Ini kedai Kartunis Ubi. Ingat lagi tak Ubi??)
4. One Drop Perfume (Ini kedai  jual minyak wangi..)

Bagi aku, terlalu banyak keistimewaan jika korang menggunakan sistem kedai online Niagakit ini. Terlalu banyak dan terlalu menarik. Jika korang rasa ianya terlalu mahal. Baik korang kira semula. Jika untuk jangka masa panjang, aku tidak rasa harga untuk mendapatkan sistem ini mahal. Bahkan korang mungkin boleh untung berlipat kali ganda daripada jumlah yang telah korang gunakan untuk menghasilkan kedai yang mampu memberikan jualan setiap bulan. Malah, ianya sangat mesra SEO dan jika korang pandai membuat promosi, tidak mustahil pelanggan akan datang setiap hari. Pendek cerita, mempunyai produk yang panas, kedai online yang hebat ditambah dengan promosi yang cemerlang, pasti peluang untuk mendapat jualan setiap hari bukan lagi mimpi.

Ps: Dapatkan Niagakit sekarang disini: Sistem Kedai Online Niagakit icon smile Review: Sistem Kedai Online Niagakit v2 Beta

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Di sini aku kongsikan serba sedikit portfolio untuk review atau ulasan berbayar yang pernah saya lakukan dari tahun 2007 hingga 2009. Sebahagian besar daripada ulasan tersebut berjaya memenangi beberapa pertandingan yang dijalankan oleh beberapa webmaster, blogger dan internet marketer. Sedikit sebanyak, ianya banyak membantu ketika mula-mula membeli domain dan hosting. Kini, aku sudah mempunyai banyak domain dan beberapa hosting untuk menjalankan pelbagai jenis projek buat duit yang membantu aku sampailah ke tahun 2009 ini.


1. Edisi Siasat: Buat Duit dengan HyProBulkSMS
2. Helmi Asyraf dan Huzzer Magazine
3. Edisi Siasat: Apa itu MLM Shamelin?
4. Special Review: Panduan Rahsia Senang Hamil Terbongkar
5. Review: Kursus Pengurusan Jenazah
6. KabelDuitOnline Review: A Malaysian Internet Marketer’s Two Cent
7. Review: Ebook Panduan Rahsia Malam Pertama
8. Review: Kedai Online Easyshop2u
9. Review: Panduan Asas Lengkap untuk Blogger
10. Acai Burn Review: How to lossing weight and solve obesity problem easily?
11. Review: Panduan Cinta untuk Wanita
12. Edisi Siasat: Ada apa dengan Kelab Internet Marketing
13. Review: Buku Buat Duit dengan Blog oleh Yazid Yahaya
14. Bengkel WordPress – Belajar jadi Pendekar WordPress
15. Apa ada dengan Selangor2u.com?
16. Edisi Siasat – Buat Duit dengan VCC
17. What is Malaysia University Classified?
18. Pertandingan Affiliate Diranjang.com
19. Edisi Siasat – Panduan Facebook Ads
20. Bagaimana mahu Bina Website Testi dan E-card dengan cepat?
21. The Difference of ShopWiki
22. Kursus Membina Laman Web Berasaskan Joomla!
23. Dizzy December Competition
24. Did you learning about Re-Financing Online?
25. Who is Helmi Asyraf?
26. Who is Cyza Sector?
27. Alang dan Majalah IM 7
28. Who is Yazid Yahaya?
29. Edisi Siasat: Rahsia Penggunaan CMD.EXE
30. Now Everyone can Advertise
31. RealMart Gift For My fellow Nuffnanger
32. Laporan Percuma: Rahsia Pro Affiliate
33. Nautanki TV
34. Who is Ammar Zahar?
35. Who is Sohan Tanna?
36. Belajar SEO dengan TeknikSEO.com
37. Look Of The Year – Online Beauty Contest
38. Did you know about Waverunner?
39. Edisi Siasat: Buat Duit dengan Bidvertiser
40. Ebook Percuma 6 Modul Adsense
41. Edisi Siasat : Buat Duit Dengan MyspaceMasyuk!
42. How to exchange E-gold to Webmoney?
43. Dotcom User Forum Need More People!
44. Apa yang ada dengan RM50?
45. Blogged is a New Blog Discovery
46. What do you know about Dallas Photography?
47. How many of you have Bicycles Engines?
48. Did you interested to work as X-ray Technician?
49. Open Case : Weh, Search Engine tu apa hah?
50. Open Case : Malaysian Dream Girl Contest
51. Ignite – Help You Turning Energy Into Income?
52. Moneytalkpro Forum – Dapatkan RM20 seminngu!
53. MegaMeeting.com – Video & Web Conference Provider


Aku akui bahawa membuat ulasan atau review berbayar ini memang memberikan kita banyak pulangan dan juga satu side income yang hebat. Bagi aku, semua orang buat dan aku sendiri menawarkan servis membuat ulasan atau kritikan berbayar. Jadi, jika ada yang berminat, bolehlah menghubungi aku.  Harga untuk review biasa adalah RM30. Manakala review SEO pula adalah RM50. Sila hubungi Titan di ruang contact ini untuk membuat tempahan review.


Ps: Aku sudah update bahagian pengiklanan dan sponsor. Boleh rujuk disana.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tak banyak yang aku hendak kongsikan. Agak sibuk dan penat semalam dan aku gagahkan juga untuk menaip sesuatu untuk hari ini. Aku baru sahaja terima komisen terbaru dari TNX. Yap. Tak banyak. Tapi aku perlukan duit tu untuk beli sesuatu. Bukan beli domain atau hosting terbaru. Tapi sesuatu yang berharga. Haha..Cukup kot rasanya sebab barang tu bukannya mahal sangat. Sebab tu aku suka dengan program TNX nih. Kita boleh keluarkan duit kita bila-bila kita mahu. Tapi mesti request awal. Dalam tempoh 1-3 hari, duit tu akan masuk ke akaun paypal kita. Berbeza dengan program-program lain yang membayar 2 kali sebulan atau satu kali sebulan.

tnxpaymentnovember 300x134 Komisen ke 38 dari TNX


Yap. Sekali lagi, ini komisen ke 38 dari TNX. Aku sendiri sudah menjadi TNX Super Knight bersama 12 orang lain yang menjadi downline aku. Hari itu aku kata ada 11 orang bukan? Sekarang sudah ada orang ke 12. Belum lagi campur mereka-mereka yang telah membeli Panduan TNX 2.0 aku. Aku yakin sudah ada dalam lingkungan 20-30 Tnx knight yang sedang berusaha menjual link diblog masing-masing. Insya-Allah, mereka juga akan berjaya dan aku doakan kami semua sentiasa dapat withdraw setiap bulan daripada TNX.

Selain itu, aku harap kepada semua pembeli Panduan TNX 2.0, anda sudah boleh menyertai program affiliate yang telah dibuka beberapa hari lepas. Anda semua diharap dapat daftar di forum private untuk memudahkan anda bertanya apa-apa persoalan tentang TNX dan juga Panduan TNX. Insya-Allah, aku dah kawan-kawan yang lain akan membantu agar kita semua dapat buat duit dengan TNX. Aku yakin dengan bahawa panduan ini akan dapat membantu korang. Walaupun mungki korang tak dapat 100%, tapi mungkin 30-70% daripada apa yang aku tulis dalam panduan itu, akan dapat membantu korang buat duit dengan program TNX. Pokoknya, korang mahu atau tidak. Korang berfikir dan bertindak. Jika tak buat apa-apa, belilah berapa banyak panduan pun, memang korang takkan dapat apa-apa jika tak buat keputusan dan bertindak mengikut plan yang dirancangkan.

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan panduan tersebut. Leh gi sini: Panduan TNX 2.0

Sesiapa yang berminat untuk sertai TNX, boleh gi sini: TNX

Ps: Dah lama tak pergi pasar malam kat Banting ni. Rindu gila kat awek air tebu tu. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011