Sedikit update sahaja sebelum aku masuk tidur hari ini. Jika korang perasan dari semalam hingga ke pagi ini, blog ini telah blackout. Bukan sebab aku tak bayar sewa tahunannya macam biasa. Tapi bandwidth blog ini telah kehabisan. Mahu tak mahu, aku tunggu sahajalah sehingga bulan Disember tiba dan bandwidth itu akan reset kembali ke asal. Nasib baik income TNX aku dia tak kacau dan beberapa income lain masih dalam keadaan terkawal. Tak malu aku katakan yang aku agak risau bila aku biarkan blog ini kegelapan sehari. Tak tahu plak keadaan blog ini kalau aku dah tak ada nanti. Adakah korang masih ingat lagi blog ini dan adakah sesiapa yang berminat untuk menyambung kerja-kerja edisi siasat dan eksperimen aku lagi? Entahlah. Bukan ramai sangat pun yang suka aku buat macam ni. Siap kene kutuk dan hentam lagi adaler..

eyeofsharingan 300x208 Titan, Google Adsense dan TNX


Mulai esok, program affiliate untuk Panduan TNX 2.0 akan dibuka secara rasmi di website rasmi. Jadi, korang dah boleh daftar dan buat promosi untuk panduan ini. Tetapi, aku tetap mencadangkan korang beli panduan ini untuk membantu dalam proses promosi korang dan juga membantu korang meningkatkan pendapatan korang bersama program Tnx. Aku harap korang ambil sedikit masa dan baca. Selepas itu, apply tips dan teknik yang aku kongsikan dalam panduan tersebut. Jika kita tak apply dalam tempoh 1 minggu, kita akan mudah lupa dengan ilmu yang kita baru belajar. Sebab itu, hampir setiap hari aku akan mencari dan berfikir tentang TNX yang selalu sangat mengalami perubahan dari segi rule dan sistem mereka. Aku harap tidak ada lagi perubahan yang mendadak seperti yang mereka lakukan pada bulan April yang lepas.

Kepada mereka yang masih gagal dengan TNX, malah masih gagal untuk buat duit di internet samada melalui Adsense, Affiliate, E-bay, Blogging, menjual ebook atau sebagainya, apa kata korang cuba program TNX dan cuba terlebih dahulu. Kalau tak nak beli panduan aku pun tak apa, terus sahaja daftar program Tnx dan boleh mula buat duit. Panduan TNX 2.0 merupakan pemangkin untuk korang dapat income TNX dengan lebih tinggi dan stabil. Sekurang-kurangnya antara 10 hingga 50usd sebulan. Jika korang pernah sertai program Google Adsense dan mempunyai banyak blog-blog yang terbengkalai, apa kata korang letak code TNX dan lihat samada TNX dapat bantu anda buat duit atau tidak. Jika sebelum ini korang agak kecewa dengan Adsense atau Blogstarz atau program popular yang lain, cubalah TNX. Insya-Allah, mungkin ada sesuatu disebaliknya.

Bayaran komisen untuk agen affiliate Panduan TNX 2.0 telah dibayar. Sila semak akaun bank masing-masing bagi agen yang layak untuk terima komisen. Biarpun korang cuma berjaya menjual 1 jualan sahaja, aku tetap akan transfer komisen tersebut pada 14hb dan 28hb setiap bulan. Itupun jika pada tarikh itu aku tidak sibuk. Jika terlalu sibuk, aku akan cuba hantar sehari sebelum atau selepas tarikh itu. Biasalah, aku tak mahu berjanji bukan-bukan. Biar semua orang tahu yang kita bukan robot. Tapi aku akan sedaya upaya untuk membuat bayaran komisen seperti tarikh yang dijanjikan. Mudah-mudahan lebih banyak agen yang mampu membuat jualan.

Ps: Hari yang agak tenang biarpun blog ini dilandai badai bandwidth.. icon smile Titan, Google Adsense dan TNX


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 16 comments. Apa plak komen korang?
Syuxx - 01 Dec 09 at 00:49:49
Nasib baik habis bandwith hujung bulan. Kalau tengah bulan memang merana tu kena upgrade. Hehe

Memang betul tu, dapatkan Panduan TNX! Berbaloi. Hehe
Fatin Pauzi - 01 Dec 09 at 02:51:16
Saya da nak start TNX, tapi masih dalam proses menternak blog sampai cukup syarat. hehe
rina - 01 Dec 09 at 03:23:11
betul. Nasib baik habis hujung bulan. kalau tgh2 bulan, sakit jiwa la dibuatnya..

apapun. Good luck untuk tnx dan panduan tnx tu.. :)
samdaddycool - 01 Dec 09 at 04:08:03
Aku masih belum boleh aplikasi TNX sebab takde satu pun blog dot com aku yang dah setup… semua baru ada domain je.. hosting lom beli lagi, masa sangat terhad sekarang ni.

Aku teringin nak merasa TNX ni sebab gaya ko cerita ni macam kacang je..
merahkatak - 01 Dec 09 at 04:23:52
semalam memang aku tengok ada blackout. Habis bandwidth rupanya. Trafik mencanak-canak la nih. Haha..

apapun, tnx dah jadi satu fenomenan baru disebabkan oleh ko. Haha.. :D
Adney - 01 Dec 09 at 05:18:05
semalam aku lawat earncent nengok putih gebu je blog nih… huhu..

tu maknenye traffik dan convertion blog ni tinggi.. jd tahniah aku ucapkan
titan - 01 Dec 09 at 08:45:27
Syuxx. Itulah. Nasib sehari aje. Kalau pertengahan bulan. Sakit kepala jugak dibuatnya..

Fatin Pauzi. Tak apa. Buat pelan-pelan. tak perlu tergesa-gesa..

rina. Sama-sama :)

samdaddycool. Jadi, bolehlah cuba buat blogpakai wordpress dulu. Takdela macam kacang. Tapi okla sket banding program-program lain..

merahkatak. aah. Blackout kejap.biasalah tu. Fenomenan? apa tuh? Hehe..

Adney. putih gebu? Waah, warna baru tu. Yap. Tapi aku tak nak selalujadi camtu. Tak best woo kalau blog ni gelap sehari..
debtrunner - 01 Dec 09 at 10:50:35
ehm..blackout kejap aje tu. Sekarang dah ok, kan? :D
GM - 01 Dec 09 at 17:46:05
Patut la bandwidth. Rangking alexa pun dah naik.. :D

Dah penuh trafik
samdaddycool - 01 Dec 09 at 19:38:31
Aku ada gak setup 2 blog dot com guna wordpress.. takde susah sangat, tapi terkial-kial gak pasal selalu guna blogger.

Tapi dah expired hosting, malas nak sambung, nak amik sykt lain plak.
farahaznil - 02 Dec 09 at 17:04:05
hahhaa..aku pun pelik je bandwidth titan ni abis..jarang2 berlaku…hmm…tnx titan xterkawal la tu..hahaha..kayo2
kiro - 02 Dec 09 at 17:08:11
bandwidth? Waa..sampai habis.. banyak sangat orang masuk blog ni agaknya..
samdaddycool - 02 Dec 09 at 23:03:58
Titan terer eksploitasi keyword dan isu panazzzzz, pasal tu trafik mencanak-canak..
titan - 03 Dec 09 at 15:09:13
debtrunner. Dah ok. Alhamdulillah. :)

GM. Yap. Dah naik. target aku 100k. Mudah-mudahan sempat sebelum tahun 2010 ni..

samdaddycool. Ler..ambil aje onebytes atau sepaku hosting. Murah-murah apa..

farahaznil. Memang jarang berlaku. Tapi bila dah berlaku, kena hati-hati. Kene control trafik. Haha..

kiro. Agaknya la kot..

samdaddycool. Yap. Itu caranya dan kalau kena gayanya, memang banyak trafik masuk. Trik menjadi. Hehe..
farahaznil - 27 Aug 11 at 00:11:04
hahaha…seumur hidup aku..skali je penah kehabisan bandwidth…gara2 keyword spm..huhu
ainun - 29 Aug 11 at 18:55:14
trik yang best gak ni



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011