Aku masih sedang memikirkan tempat-tempat yang akan menjadi checkpoint dalam siri percutian yang akan datang. 3 tempat yang akan menjadi tempat persinggahan adalah Putrajaya, KLCC dan juga Pulau Pangkor. Persediaan untuk ke 3 tempat itu sudah hampir selesai termasuklah kos belanja, kos penginapan hotel, kos minyak kereta dan sebagainya. Insya-Allah takkan lari dari budget aku. Siri Percutian ke Pulau Pangkor merupakan aktiviti yang dirancang oleh member-member kerja aku yang berada di Jerantut. Jadi, aku akan singgah ke Pulau Pangkor dulu sebelum aku berpatah balik ke KL. Tapi bergantung juga pada keadaan dan aku juga ada plan sampingan jika ada apa-apa yang akan berlaku.

Sejujurnya dalam masa terdekat aku akan pergi ke Putrajaya untuk Siri Penjelahan dan Percutian aku tu. Inilah Siri Percutian ke Putrajaya. Ada beberapa perkara yang akan aku cari disana disamping berjumpa kawan aku yang memang kerja di sana. Lagipun, dari Banting ke Putrajaya tidaklah lama sangat. Baru ambil masa dalam 30 hingga 40 minit sahaja. Jadi, tidak ada masalah untuk aku rempit dengan kereta Black Saga aku tu. Ada juga tugasan yang kena aku selesaikan iaitu salah satu projek side income aku. Aku memerlukan banyak gambar-gambar di kawasan Putrajaya termasuklah Alamanda. Harap-harap aku tidak ada banyak masalah ketika itu.

putrajaya

bangunanputrajaya


Dan kalau korang masih ingat, kat tempat inilah aku dipanggil temuduga untuk jawatan Pegawai Kajibumi atau Geologist tu. Bagi aku, bagus juga ada tempat sebegini dinegara kita. Ianya menjadi satu tempat yang menarik dan berbeza. Mungkin ianya menelan belanja yang mahal, tetapi aku yakin ianya perlu bagi negara kita. Bukan sahaja ianya sekadar untuk tujuan perlancongan ataupun tujuan pentadbiran, tetapi aku yakin ianya mempunyai makna yang tersirat disebalik pembangunannnya. Malah, aku akui ianya agak cantik dan tempat ini agak eksklusif. Bukan senang nak cari parking kat sini kalau korang tak biasa. Hoho..

Jadi, sambil aku buat duit dengan projek aku tu, aku akan jumpa kawan aku. Pasal projek lain juga. Dan melawat tempat yang sepatutnya kat sini. Mungkin sempat aku tengok wayang jam 12 tengah malam kat Alamanda, Putrajaya. Dah lama rasanya aku tak tengok wayang. Sibuk kerja sana sini. Mungkin aku perlukan rehat seketika. Ya. Mungkin. Jadi, siri percutian aku ke Putrajaya dan siri-siri yang lain akan menyusul. Insya-Allah..

Ps: Maaf. Akan ada lebih banyak entry perlancongan selepas ini. Bukan sahaja untuk projek Blog FT. Tapi untuk siri pelancongan aku yang dah lama aku nak buat. Jadi, aku selitkan apa yang patut. Janji ianya berjalan seperti yang aku mahukan. Hehe..









Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 13 comments. Apa plak komen korang?
kiro - 28 Nov 09 at 18:26:20
gi putrajaya pun kene plan ker? Hehe.. :D
mantra - 28 Nov 09 at 18:40:15
Bagus bro plan percutian ni.
Plan betul-betul jangan ada yang terbazir masa nanti hihihi…
titan - 28 Nov 09 at 20:12:44
kiro. Kene plan la. Kang jadi macam-macam, susah plak dibuatnya..

mantra. Yap. Sebab taknak terbazir macam-macamlah aku kena plan. Bukan nak gi putrajaya aje, nak pergi tempat lain-lain lagi. :)
rina - 28 Nov 09 at 22:16:40
kawan tu laki ke pompuan??? :)
wanwma - 29 Nov 09 at 00:36:20
wah…santainya..best tu pergi bercuti!
merahkatak - 29 Nov 09 at 05:54:11
sejak bila ko ni suka berjalan dan rajin wat plan gini haa…
en_me - 29 Nov 09 at 08:42:56
sonoknyerr gi cuti kanns.. ehehe
akazuma - 30 Nov 09 at 18:30:19
blog ni down ke hari ni?
samdaddycool - 01 Dec 09 at 04:11:08
Nak itut!!!!!!!!!!
titan - 01 Dec 09 at 08:40:37
rina. Laki ada. Pempuan pun ada..

wanwma. Yap. Memang sangati. :)

merahkatak. La, dari dulu lagi aku suka berjalan. Sejak kaki ni boleh berjalan..

en_me. Seronot sangat. Haha..

akazuma. Aah. 1 hari aje..

samdaddycool. Meh. Bawa bekal sendiri-sendiri ek..
farahaznil - 02 Dec 09 at 13:15:31
eee titan ni…mntang2 le sale byk..byk juga tmpt dia nak melencong..hi hi hi
debtrunner - 02 Dec 09 at 13:36:08
jalan elok2. Jangan sampai kene saman plak. Haha.. :D
titan - 03 Dec 09 at 15:42:20
farahaznil. Ler..takkan melancong pun tak boleh plak.. :|

debtrunner. Hehe..mudah-mudahan takkan jadi begitu.. :)


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------