Edisi Siasat: Siapa owner program Dapatwang.com? | EarnCent.com



Hari ini aku cuma nak kongsikan sedikit komen lawak daripada seseorang yang aku rasa memang berbakat jadi pelawak. Aku tahu ada sesetengah antara korang yang tak suka program Dapatwang.com. Aku juga tahu ada sesetengah daripada korang yang tak suka ramai orang join program Dapatwang.com. Aku juga tahu ada antara korang yang mengutuk aku sebab sertai program Dapatwang.com biarpun aku cuma buat eksperimen. Aku juga tahu yang korang tak suka bila ada member-member Dapatwang.com yang klik sesama member untuk dapat komisen lagi tinggi. Dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan Dapatwang.com. Malas aku nak cerita sangat tapi yang aku tak boleh tahan nak gelak adalah, komen yang ini..

komen


Ok. Id ataupun username yang aku pakai untuk program dapatwang adalah “index”. Aku tak rasa ianya satu kesalahan yang besar untuk mempunyai username tersebut. Jika aku tak guna pun, pasti ada orang lain sambar username itu. Jadi, adakah dengan menggunakan username tersebut membuktikan bahawa akulah OWNER kepada program Dapatwang.com? Jika ya, sila BUKTIKAN! Dan kepada Anti Scammer, jika ko benci sangat pun dengan program Dapatwangni, takkan sampai menuduh sebegini rupa? Aku tahu ko punya pengalaman 8 tahun dalam dunia pay per click  dan script ptc ni, tapi takkan aku juga yang ko tuduh? Aku kenal internet dan dunia buat duit ni pun cumalah hampir 6 tahun. Tak sangka ko yang ada pengalaman 8 tahun ni tak boleh detect siapa OWNER bagi program Dapatwang.com ni? Nak kata bengong, sah-sah bengong. Lagi satu, buktikan program ini SCAM. Boleh? Jangan bagi alasan atau bukti bodoh. Setakat ini, program Dapatwang bukan scam, bukan menipu atau sebagainya. Jika menipu, buktikan. Jika aku adalah admin, sila buktikan dengan bukti sahih. Jika program ini tak bayar langsung ahlinya, sila buktikan. Jangan sekadar cakap kosong sahaja. Jika kata program ini tak ada produk, sila BUKTIKAN.  Walaupun produk itu cumalah ebook-ebook PLR ataupun software zaman jepun sekalipun, ianya tetap produk. Samada produk itu bagus atau tak, ianya bergantung pada si pengguna. Siapa kita nak tentukan produk tu bagus atau tidak jika kita tak gunakannya terlebih dahulu? Siapa?

Jika aku admin, aku tak perlu buat blog untuk tulis artikel banyak-banyak dalam blog aku ini. Ini salah satu bukti SCAM? Ini lagi mengarut. Aku cukup tak faham apa yang korang katakan scam. Biarlah. Kadang-kadang, aku tak faham dengan blogger atau Internet Marketer. Cakap macam-macam, tapi tak serupa bikin. Terlalu banyak. Kadang-kadang, sampai satu tahap aku dah rasa menyampah dengan dunia internet marketing ini.

Aku tahu ramai lagi hebat. Ramai lagi otai. Tapi jangan cakap tak serupa bikin. Market kita ni kecil sahaja. Pergi mana-mana pun, jumpa juga. Jika ko ada masa untuk menuduh tanpa sebarang bukti, lebih baik korang buat kerja yang mendatangkan faedah.

Mangsa? Siapa mangsa sebenarnya? Dan siapakah sebenarnya mangsa? Aku ingin sangat bertanya pasal mangsa. Jika korang kata orang yang lambat join program Dapatwang adalah mangsa program Dapatwang. Apa pula ceritanya bagi mereka yang lambat join program PPL atau program affiliate? Seperti yang kita tahu, program PPL selalunya mengambil masa 1 bulan atau paling lama pun 2-3 bulan. JIka ada antara mereka yang sertai lambat, korang rasa sempat ke mereka buat duit dengan program PPL? Kadang-kadang, nilai payout untuk PPL memang tak masuk akal. Kadang-kadang, ada yang sampai RM50 ataupun RM100. Bagi mereka yang memang baru nak merangkak dalam dunia buat duit ni, itu satu tahap yang membebankan mereka. Nak sampai RM5 pun dah sesak nafas. Jadi, merekalah mangsa bagi program PPL. Si admin dapat list dan boleh blast email si mangsa-mangsa tadi walaupun diorang tak bagitau yang mereka akan hantar email-email promosi pada masa akan datang. Akibatnya, macam-macam jadi.Malas aku nak ulas pasal mangsa program PPL dan mangsa program affiliate. Lagi banyak isu yang akan timbul. Cukup aku sentuh luaran, yang lain tu korang fikir-fikirlah sendiri.

Ok. Masuk plak bahagian mangsa dalam program affiliate. Sesetengah program affiliate, dah expired. Faham expired? Maksudnya dah tak aktif, admin pun dah tak aktif. Bila ada sales, berbulan baru nak bayar. Tak ada update langsung. Dan kadang-kadang, ebook pun dah langsung tak update berbulan-bulan. Sehinggakan ebook tersebut dah tak relevan dengan masa terkini. Tetapi, program affiliate masih berjalan. Dan mereka yang lambat sertai, termangu-mangu. Program affiliate ni masih berjalan atau tidak? Boleh buat duit ke tak? Tak ada berita langsung dan sampai satu tahap, si admin entah hilang ke mana. Sampaikan kena tanya kat email, barulah terkial-kial nak balas. Tak sakit kepala ke si mangsa-mangsa yang terpinga-pinga tunggu bayaran komisen diorang? Ini lagi gampang atau admin program Dapatwang.com lagi gampang yang mana setiap 15hb dan 30hb berusaha bersungguh-sungguh transfer duit komisen ke ahlinya?Sekurang-kurangnya, admin Dapatwang sentiasa bayar ahlinya, sentiasa update, sentiasa menjaga hubungan antara admin dan membernya biarpun bagi aku website diorang takdelah secantik website-website yang cantik lagi menawan. Tapi sekurang-kurangnya, program ini masih membayar buat masa sekarang. Sesetengah affiliate program, tak sampai 2 minggu, admin entah ke mana, bayaran komisen entah ke mana, update langsung tak ada.

Ya. Aku tahu program Dapatwang.com mungkin akan sampai ke puncaknya jika tidak ada peraturan ketat yang menyusul. Sebab terlalu banyak yang klik sesama sendiri dan bila sampai satu tempoh matang, tak mustahil program ini boleh bungkus. Aku harap pihak Dapatwang.com boleh berbuat sesuatu. Contohi program Berrybunch. Sungguh ketat peraturan program ini sekarang dan aku yakin Berrybunch boleh pergi jauh.  Aku tak kata program Dapatwang ini tak bagus. Ianya bergantung pada member dan juga admin. Jika kedua-duanya bekerjasama dan bertolak-ansur, aku tidak nampak yang program ini tidak boleh pergi jauh. Tapi jika salah satunya khianat, memang boleh bungkus pada bila-bila masa. Begitu juga dengan program affiliate. Jika admin ok, member mesti ok punya. Tapi jika salah satunya tak berapa ok, memang takkan tak berapa oklah jawabnya.

Ok. Fikir. Korang ingat program Google Adsense dulu takde banyak masalah ke? Nuffnang dulu takde banyak masalah ke? Advertlets dulu takde banyak masalah ke? Ingat senang ke diorang nak atasi masalah Fraud click? Begitu juga dengan admin program Dapatwang. Diorang sedang berusaha untuk atasi masalah Fraud click yang sedang bermahajarajalela. Ingat senang ke? Bagi mereka peluang. Benda ini bukan senang dan tak dapat nak diatasi dalam tempoh 1 malam mahupun 5-6 bulan. Bagi diorang masa. Mungkin ada sesuatu yang baik disebaliknya.

Ps: Ya, korang benci aku? Tak apa. Aku tak kesah. Tapi aku cukup benci kalau korang bising tentang perkara yang korang tak tahu. Jika korang tahu perjalanan dari A hingga Z, aku tak kesah korang nak kutuk sana sini dengan bukti kukuh. Tapi korang langsung tak tahu dari A hingga Z, lepas itu berlagak macam korang tahu segala-galanya. Siap tak ada bukti kukuh. Apa kes? Siap tuduh aku admin program Dapatwang.com? Punya ramai-ramai orang kat dunia ni, mengapa aku? Haiya..







Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 25 comments. Apa plak komen korang?
aleh - 28 Nov 09 at 18:22:39
pelik mamat tu boleh tuduh ko mcm tu..
mungkin 8 tahun dulu mungkin la owner pakai id “index”..sekarang dah lain..
zaman dah berubah zaman dah maju..
selagi dapatwang boleh bayar commotion to..kira tak scam la tu..
semoga lebih berjaya dengan usaha anda…:D
kiro - 28 Nov 09 at 18:23:29
haha..takkanlah titan ni owner dapatwang.com plak.. :D
Zaidirazali - 28 Nov 09 at 19:42:43
memang ko la otai sebenar ni..direct je, takde tapis2… ;) hehehe…
Fazli - 28 Nov 09 at 19:53:59
menuduh tanpa usul periksa. bukan ke tu fitnah? sabar titan. manusia ni ada macam2 jenis. aku rasa jenis ni yg suka melawak lah. hahaha…
titan - 28 Nov 09 at 20:01:55
aleh. Memang pelik. Tapi takkan dia tak boleh fikir. 8 tahun tu pengalaman dia. Takkan tak boleh detect ko..

kiro. Ntah. Budak-budak sekarang. Memang macam tu la agaknya. Serkap selamba badak aje..

zaidirazali. Kalau benda tu tak betul, memang macam ni la aku hentam. Yap, itupun kira tapis la tu. Mamat tu tak bagi pun website dia. Pengalaman 8 tahun, takkan 1 blog atau website pun takde..

Fazli. memang Fitnah la tu. Bukti pun takde. Kalau ada bukti pun, memang tak betul pun. Memang terbukti program tu bukan aku punya. Nak buktikan apa lagi?? Aku rasa dia melawak. Siap bagitau 8 tahun punya pengalaman tu. Tapi aku rasa ramai orang rasa dia buat lawak. Jadi, marilah gelak sama-sama. Haha..
rina - 28 Nov 09 at 21:59:50
haha..sampai gitu sekali.. :D
mazuki blog - 29 Nov 09 at 00:55:43
aku sebenarnya tension gak dengan sesetengah orang join mnde ni…ye la kan..asyik duk sPAM emel, facebook dan dll…

mana yg beretika tuh ok la kan
afham - 29 Nov 09 at 05:49:49
tensen beb..
sape punyer la tue..
takkan ko tk leh cek titan..
merahkatak - 29 Nov 09 at 05:50:28
kalau yang menyepam kat wall sendiri di facebook tu,aku boleh terima lagi. Tapi kalau sampai masuk wall orang lain atau inbox kat facebook dan friendster, itu memang dah naik lemak.

Kot ye pun nak duit cepat. Ikut peraturan la. La nih, sampai si titan ni gak jadi mangsa? Haha..camana dia leh terfikir camtu sekali?? :|
mohdisa - 29 Nov 09 at 08:59:06
haha, berong betul anti scamer tu. kata pengalaman 8 tahun, tp habuk pun tarak. tahu nak kutuk orang jerk. index as username pun salah ke? kesian dia, agaknya selama 8 tahun dia tak dapat untung kot. itu yang dia berong tu. haha, kasihan anti scamer. ko semangnya tak pandai bermain kata2. apa nak jadi tah. itulah manusia, pantang tgk org senang skit. ada je yg tak puas hati. PHD manalah dia kutip selama 8 tahun tu.
paeh - 29 Nov 09 at 09:04:40
xpaham aku dgn mamat tuu… aku dh bca blog ko lame kot titan… semua program yg ko join semua ade bukti… die jeles dgn ko la tu titan… isk
akazuma - 30 Nov 09 at 18:41:11
dia takpuas hati dengan ko nih.. :)
samdaddycool - 01 Dec 09 at 04:15:03
Wah hebat Titan.. dah jadi admin dapatWANG … ngehehehe..

p/s- (jgn marah bro, gurau ari selasa
Ikhwan - 01 Dec 09 at 05:37:04
Bro.. admin dapat wang dah tukar terma dan syarat.. mkin ketat.. tgk la pakej yg diorg tawarkan.. pun dah tukar..
Adney - 01 Dec 09 at 05:58:44
titan dah mengamuk.. sekali sekala best gak bace entri2 mcm ni… terbaik..

Yg psl admin affiliate x bayar komisen tu, aku mmg BERSETUJU..

Aku pun tension.. lgi2 yg belah Malaysia nih.. aku x tawu la bile mase diorg nak update bayran dah kalau 2 bulan dah menunggu.. haiya!
titan - 01 Dec 09 at 08:51:58
rina. begitulah jadinya. Biasalah, dia tak habis wat siasatan kot..

mazuki.Facebook aku pun kene jugak.Sakit kepala gak. Kalau promote kat wall sendiri ok lagi. Tapi apa kes masuk wall orang lain, pastu promote benda nih. Aii..

afham. Mamat tu? Email pun dia pakai fake punya. Memang tak boleh detect. Aku cuma ada IP aje. Mungkin boleh check kalau aku mahu..

merahkatak. Aku rasa dia dah terlalu banyak berfikir kot.. :D

mohdisa. 8 tahun. Fuhh. Kalau aku, aku sendiri tak berani keluarkan statement begitu. 8 tahun, tapi cetek bab menyiasat macam nih? Haii..
titan - 01 Dec 09 at 09:01:14
paeh. Kalau jeles pun. Takkan sebegitu rupa? 8 tahun ada pengalaman. Takkan takde satu website langsung? Kalau berani, letaklah website dia masa komen lain kali..

akazuma. Dia memang tak puas hatila. Kalau tak, takde dia tuduh aku macam tu. Hoho..

samdaddycool. Hebat? Haha, punya banyak2 program, kenapa Dapatwang yang dia nak tuduh aku? Pelik, pelik..

Ikhwan. Thanks sebab ingatkan.Akudah tahu dan akhirnya memang admin akan buat begini untuk menyelamatkan keadaan dan memastikan program ini dapat bertahan untuk 1 tempoh yang lama..

Adney. Takdelah mengamok.Cuma beritahu apa yang patut. Orang kita ni, kalau cakap lembut-lembut. Depa buat bodo aje. Banyak benda yang aku tak puas hati.Tapi biarlah satu-satu aku tegur. Lagipun, kalau aku tegur pun, bukan ramai yang dengar dan ambil tindakan.Makin galak lagi diorang wat hal adala..

Yang bab bayar komisen lewat dan tak berupdate tu, itu memang satu hal biasa. Sebab dah jadi kebiasaan,diorang tak ambil port sangat. Itu yang ramai jadi mangsa baru..
farahaznil - 02 Dec 09 at 17:34:26
hahahaha..klako2..poyo je ppl 8thn..hakk tuihh dia la..ekekekekekeke..haizz..dorang jeles dgn ko tu tan..sbb slalu dpt byrn n puji2 diri sndri..muahahahahahaha…

p/s-klu betul ko adalah owner dptwang…apa pndpt ko?ehehe
titan - 02 Dec 09 at 17:48:43
farahaznil. 8 tahun tu. Kalau ada bini, dah dapat dalam 6-7 orang anak tu. Pengalaman besar tu. Tapi masih cetek bab-bab meneka macam ni. Entahla, beliau dah tak munculkan diri atau mengomen dan kita pun masih tak tahu siapakah empunya nama ” anti scammer ” tu. Aku cuma tahu ip address. Kalau aku dapat trace, aku bagitau korang la..

Kalau aku owner dapatwang? La, mengaku ajelah kalau betul aku owner program tu. Masalahnya, bukan aku. Aku cuma agen biasa sahaja.. :)
cakap banyak sangat sini la KLIK - 05 Dec 09 at 17:09:32
tolong klik ke website aku ramai2..tolong2..ramai2..heheheheehehehehehhe
waheeda - 13 Dec 09 at 12:42:36
salam..kenape perlu adanya iklan2 lucah dalam website dapatwang?dalam terma dan syarat jelas x bg letak iklan2 porno..kan berdosa sebar gambar2 mcm tu..
titan - 13 Dec 09 at 21:31:12
Waheeda. Iklan gambar lucah atau gambar yang tak berapa best tu, diorang dah beritahu akan buang. Jadi, dapatwang akan bersih dari banner-banner begitu. Itu salah satu teknik promosi dan mungkin yang buat iklan tu bukan orang bukan islam. Kita tak tahu kan? So, tak baik menuduh. Kita nasihatkan aje.

Apa kata cik waheeda kita ni terus email admin Dapatwang.com tu dan tegur diorang. Betul tak? :)
FAIZAL - 31 Dec 09 at 19:54:07
ADUHHHH SAPA ADMIN DAPATWANG PUN NK KECOH HUHU…MCM2 TOL…:( SABO JELA
hami - 04 Jan 10 at 14:13:48
takpelah diorang taknak percaya sudah. korang jgn lupa klik aku sama ya :-)


http://www.dapatwang.com/?id=hamiasraff
muhafis - 05 Jan 10 at 00:42:18
ak pun masi tertanya2 sape admin nye.
sebab program klik2 yg lain diorg nye admin tak silap meng expose kan diri.. ermmm tak penting kot naktau sape admin.. janji leh cntact..


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------