Plan Percutian Titan ke Aquaria KLCC | EarnCent.com



Tak ada banyak perkara yang hendak aku ceritakan. Tapi aku sedang rancangkan satu plan percutian ataupun travel plan yang aku akan laksanakan sebelum berakhirnya tahun 2009 ni. Jadi, banyak tempat yang aku hendak pergi termasuklah ke Kedah, KL, Penang, Terengganu dan Kelantan. Tapi Kelantan dan Terengganu sudah kene blacklist sebab musim banjir masih belum reda. Jadi, mungkin yang terdekat ni aku akan melancong seorang diri ke KL. Yap, pergi lepak mana-mana hotel. Kemudian, aku akan rempit dengan Black Saga aku ke mana-mana tempat yang aku rasa menarik untuk dilawati di KL. Malam tadi, ada awek call ajak jumpa dekat Aquaria KLCC. Saja ajak jumpa sebab dah hampir dekat 2 tahun tak jumpa sejak aku dan dia balik dari UMS dulu. Jadi, mungkin aku dan dia akan rancang ke Aquaria nanti.

aquariaklcc


Baru saja aku cari maklumat pasal hotel di KL dan Aquaria KLCC. Jumpa plak gambar-gambar yang menarik hati. Boleh tahan juga tempat ni. Walaupun aku tak pernah pergi lagi ke sini. Tapi aku tak nafikan tempat ini menarik. Ramai juga kawan aku ajak pergi sini sejak aku balik dari UMS, tapi korang pun tahu aku macam mana kan? Sebagai Internet Marketer separuh masa, Blogger Separuh Masa dan juga sebagai salah seorang pekerja kerajaan dan juga sebagai seorang anak emak yang manja, aku sangat sibuk untuk bercuti dengan berjaya. Jadi, mungkin cuti yang ada ini boleh aku luangkan masa aku itu ke KL ini bersama kawan aku tu. Lagi satu yang buat aku tertarik, aku nak jumpa 5 bintang Aquaria KLCC iaitu Si Arapaima, Si Giant Grouper, Si Tawny Nurse Shark, Si Giant Blotched Fantail Ray dan Sand Tiger Shark.

arapaima

giantblotchedfantailray

sandtigershark

tawnynurseshark

giantgrouper


Itu dia. 5 orang bintang laut yang aku mungkin jumpa kat Aquaria KLCC. Kalau leh berenang sama-sama dengan 5 jenis ikan pelik ni, lagi bagus. Tapi aku tahu ianya tak semudah yang disangka. Kalau dapat gi sana, ambil gambar pun dah cukup rasanya. Yelah, tempat yang dekat-dekat tak mahu pergi. Tempat yang jauh sampai ke Sabah, aku pergi. Jadi, untuk berlaku adil, aku akan melawat tempat-tempat yang menarik di Malaysia kita ni pada bulan Disember. Lagipun, dah lama aku tak travel macam ini. Banyak kawasan dan tempat menarik di Malaysia ni yang aku tak lawat lagi. Seingat aku, awal tahun lepas sahaja aku berpeluang berbuat demikian. Tapi sejak dapat kerja kerajaan ni, aku susah nak dapat peluang macam ini.

Credit gambar ke AquariaKLCC.com

Ps: Penat aku bekerja. Penat aku buat duit sana sini. Jadi, tak salah kan sekali-sekala aku berjalan macam ini. Tapi aku tetap bawa laptop fujitsu aku ini untuk update apa yang patut nanti. Hehe..









Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 17 comments. Apa plak komen korang?
yazidyahaya - 26 Nov 09 at 05:28:14
nampaknye..keluar juga titan dengan aweks,,hhuhuhuhuh
debtrunner - 26 Nov 09 at 07:22:04
wahhh. sudah start plan ke Aquaria pulak. Sudah sukamain travel-travel.. :)
rina - 26 Nov 09 at 13:08:25
wahh..banyak garang itu jerung. Ini anak buah Orga ker.. :|
titan - 26 Nov 09 at 14:40:09
yazidyahaya. Bukan awek la. Tapi kawan. Kawan aje. Hehe.. :)

debtrunner. Dulu meemang rajin travel. Sekarang aje takde masa sangat..

rina. Ntah. Aku nak cari gak ada buah Jerung Perkasa dengan Orga nih.. :D

Nak bagi jurus tumbukan pendekar laut tanpa batasan. Haha..
farahaznil - 26 Nov 09 at 14:47:45
hohhoo..tan..nak ppg aquaria call2 la aku skali..nak ikut..hi hi hi..takat klcc dgn pj..skejap aje aku smpi nnt meh..hehhee…tiket ko blanja rr…hahha
titan - 26 Nov 09 at 15:13:20
Farah. Tengoklah nanti. Aku tak nak berjanji. Setakat nih, ramai gak member aku sms nak ikut. Semua macam kot. Tiket aku kene belanja. Ingat aku cop duit ker haa.. :|
farahaznil - 26 Nov 09 at 15:35:03
yea yea…titan mcm bg ikut..hehe..ish tan..income tnx berkepok2..takat tiket aquaria..ciput je org mcm ko..hahhaa..nak pg nnt msg la..hehe =p
titan - 26 Nov 09 at 15:45:09
farah. Kalau jadi dan kawan aku tu ada masa waktu tu. Ahh, tiket bayar sendiri la. Haha..
Adney - 26 Nov 09 at 17:53:31
ye betull.. tiket bayar sendiri ar. huhu
samdaddycool - 26 Nov 09 at 19:26:22
Yes!! tiket bayar sendirik! :P
farahaznil - 27 Nov 09 at 06:03:06
hi hi hi..korang jeles klu titan nak belanja kan?ekekekekeke… =p
animeboon - 27 Nov 09 at 14:23:50
takda. takde. kena bayar sendiri.. :D
mil - 28 Nov 09 at 10:45:23
hi titan,

sori geng, bukan berniat nak spam just nak sampaikan peluang buat duit online ni.

boleh delete msg ni kalau dah baca..
ok thanx.
TedRichie - 28 Nov 09 at 11:52:43
hi… gua ahli baru blogging2 nih.. slalu bace titan nye blog utk info… blogwalk~~~ hehe
titan - 28 Nov 09 at 20:17:31
Adney. Hehe..dengar tu farah. Bayar sendirilah wehh..

samdaddycool. Satu lagi vote untuk farah bayar sendiri tiket masuk ke aquaria..

farahaznil. Diorang tak jeles pun. Haha..

animeboon. haha..satu lagi vote..

mil. Aku tak delete komen.Tapi aku buang link sahaja. Harap maklum.

TedRichie. Selamat datang dan terima kasih kerana membaca blog ini. Semoga blog ini dapat membantu serba sedikit dalam dunia blogging korang.
Spatt - 29 Nov 09 at 04:32:29
sand tiger shark tu, nama bukan main cute lagi, cheryl..

tapi mcm x sesuai.. T_T
titan - 01 Dec 09 at 08:32:21
Spatt. Memang tak sesuai. Tapi aku rasa,si shark tu pun tak tahu itu nama dia. Haha.. :D


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------