Review: Pakej Hosting Basic Onebytes | EarnCent.com

Hari ini aku cuma hendak buat satu lagi ulasan tentang satu syarikat Hosting yang aku rasa mungkin sesuai bagi mereka-mereka yang hendak menceburi dunia blogging ni. Tak kiralah korang hendak enjoy menulis blog atau berminat untuk buat duit dengan blog. Tetapi pastikan anda memilih syarikat hosting yang sesuai, bagus dari segi support dan terbaik dari segi servisnya. Tak kurang juga keberkesannya dari segi uptime dan downtime. Ini juga salah satu faktor yang kita kene titikberatkan.

Ok. Jadi, jika korang hendak bermula dan rasanya macam takde duit lebih dari RM100 untuk angkat hosting yang mahal-mahal, korang boleh dapatkan dari Syarikat Onebytes ini. Dari segi kelajuan, aku rasa dah cukup bagus dan dari segi harga, memang agak murah. Mengapa? Harga untuk pakej hosting Basic di Onebytes cumalah 10usd iaitu bersamaan dalam RM35 atau RM36 sahaja. Macam harga duit topup korang sebulan. Cukup murah bukan?

onebytes


Selain murah, kita lihat faktor lain. Saban hari aku lihat, banyak gila domain baru yang dibeli di Onebytes. Ini bermakna banyak juga orang menggunakan hosting disini. Ini juga bermaksud Onebytes mempunyai pelanggan yang ramai. Bila pelanggan ramai, ini juga bermakna pelanggan percaya dengan syarikat ini. Mengapa mereka percaya? Servis dan harga yang ditawarkan agak berpatutan. Malah, kita diberi pilihan untuk memilih pakej yang bersesuaian dengan kehendak kita. Pengalaman aku sendiri, memiliki pakej hosting Basic. Cuma perlu bayar RM36 setahun. Setahun! Bukan untuk 1 bulan tu tau. Kalau untuk satu bulan, aku memang tak angkat hosting dari syarikat ni.

Apakah specs yang membuatkan aku beli 1 pakej Basic dari Onebytes? Antaranya..

- Diskspace sebanyak 5000 MB diberikan
- bandwidth untuk sebulan adalah sebanyak 50 GB
- domain hosted = 1
- domain addon = 4
- domain parking = 5
- mysql, FTP account, email account, sudomain, mailing list, semuanya unlimited
- Jika tak puas hati dengan servis Onebytes, korang ada 7 hari untuk refund
- harga untuk pakej ini adalah RM36 setahun
- harga untuk domain pula adalah RM35 setahun
- Sistem pembayaran yang mudah. Kebanyakkan bank diterima termasuklah juga Paypal.

Jadi, jika korang mencari modal yang murah dan servis yang bagus. Onebytes antara calon-calon Syarikat Hosting terbaik yang patut korang pertimbangkan. Aku tahu ada banyak syarikat yang famous macam Netkl, Datakl, Fivio, Baitulbytes, Hostmonster, Hostgator dan sebagainya. Tapi Onebytes juga antara yang terbaik dan pelanggan syarikat ini tidak hanya dari Malaysia, tapi mereka terima dari seluruh dunia. Bagi aku, ini antara satu faktor untuk membuatkan sesebuah syarikat hosting itu kekal di dunia internet ini jika mahu kekal lama.

Boleh daftar jika mahu: Onebytes.com

Cuma ada beberapa perkara yang mungkin pihak Onebytes boleh pertimbangkan. Website tu kalau boleh, dilawakan sikit. Tapi kalau biasa-biasa pun takpe. Janji servis mantap dan harga berpatutan. Kalau boleh buat banner dan logo yang lawa untuk Onebytes. Mesti lagi banyak pelanggan nak masuk dan promosikan Onebytes. Sebab dari segi uptime, memang bagus setakat ini. Jarang site-site aku down dan agak laju juga bila cuba capai site-site aku. Tapi lain orang, lain pengalamannya, bukan? Aku beritahu apa yang aku nampak dan apa yang aku rasa. Keputusan, tetap ditangan korang. Hehe..

Ps: Tapi setiap syarikat ada masalah dan kekangan tersendiri. Kita tak tahu apa yang jadi pada masa hadapan. Banyak juga syarikat yang bermasalah dan akhirnya ditinggalkan oleh pelangganya. Aku sendiri banyak mengalami pengalaman pahit tersebut. Jadi, pilihlah dengan berhati-hati.







Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 10 comments. Apa plak komen korang?
debtrunner - 26 Nov 09 at 07:30:12
erk..banyak tol hosting yang ko try ye..
topo - 26 Nov 09 at 11:47:30
pergh.. 5gig tu diskspace.. add ons pon banyak.. mantap giler.. hohoho
rina - 26 Nov 09 at 13:58:32
murah juga. Ni mesti untuk projek tnx tu lagi kan? :)
titan - 26 Nov 09 at 15:10:57
debtrunner. hehe..ada sebab aku try banyak hosting nih. :)

topo. Yap. besar. Addon pun leh tahan dan harganya juga agak murah..

rina. Yap. Tahu aje ko ye. Hehe.. :D
farahaznil - 26 Nov 09 at 15:21:10
tan..brp puluh blog ko dah ada haa??
titan - 26 Nov 09 at 16:08:16
farah. beratus sebenarnya. Tapi yang aktif berpuluh ajelah. Cukuplah tu. Banyak-banyak wat aku pening kepala aje. Dah la selalu pening. Badan asyik sengal aje. Cukup-cukuplah blog yang dah ada tu.. :)
Adney - 26 Nov 09 at 17:49:05
aku da lame ushar onebytes ni.. tapi relek dulu kot.. yg bbytes ni pun da ok dah.. cume bile subscribe hsting2yg berbeza ni, ade sesuatu yg menarik utk mase depan.. hehe

apekah?
samdaddycool - 26 Nov 09 at 19:34:50
Ada lagi hosting tempatan yang mantap! Best!
farahaznil - 27 Nov 09 at 06:55:17
huhuh..larat betul ko update blog2 tu..aku br 2 pun dah larat tak larat dek kekangan masa..huhhuu
animeboon - 27 Nov 09 at 14:12:44
nih hosting tempatan ker?? :)


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------