Sedikit penat sebab ada banyak kerja yang perlu dilakukan dari hari ini dan semalam. Jadi, aku cuma sempat update apa yang aku mampu lakukan. Aku mempunyai tenaga yang terhad untuk melakukan kesemuanya dan yang pasti aku akan terus buat kerja aku sehingga aku dapat capai target aku sendiri.

Dan secara jujurnya, bahang hujung tahun sudah terasa bagi aku. Kita sudah menghampiri penghujung tahun 2009 dan akan masuk ke tahun 2010. Masihkah aku sama seperti dulu dan dapatkah aku membantu rakan-rakan aku untuk menjadi 100 orang TNX Super Knight?  Dan bagaimana pula dengan GDI knight aku pula? Semuanya masih dalam percaturan dan aku sendiri sedang mengatur dengan sebaiknya agar tidak berserabut nanti. Aku akui banyak perkara yang perlu aku lakukan dan perhatikan memandangkan industri buat duit kat Malaysia ni ada macam-macam ragam.

Sedar atau tidak, sudah hampir 6 tahun lebih aku berada dalam dunia buat duit di internet. Penuh dengan ranjaunya. Penuh juga dengan dugaan. Ada masanya aku berjaya mendapat sales beribu ringgit. Ada kalanya aku langsun tak mendapat apa-apa jualan. Ada kalanya aku dihina. Ada kalanya aku dipuji. Malah, ada juga yang menikam aku dari belakang dan bertalam 2 muka. Biasalah. Sudahpun nama manusia, ada pelbagai ragamnya dan sukar untuk diubah melainkan mereka sendiri yang hendak berubah. Aku akui ianya agak sukar dan orang kita sekarang memang sudah bijak dan pandai. Pandai berfikir dan sampai satu tahap terlalu ghairah untuk membuat duit di internet tanpa peduli apa yang orang lain fikirkan. Apa jenis cara yang mereka buat, mereka tak kira. Janji dapat buat duit. Huh, biarlah. Mungkin diorang bahagia dengan cara mereka tersendiri.

Tentang Panduan TNX, aku rasa sebahagian daripada korang sudah mendapatkan panduan premium aku ni. Sudah lama aku tak buat panduan sebegini dan aku harap ianya akan banyak membantu ramai rakan kita untuk buat duit di internet. Yap. Susah sebenarnya nak buat duit dengan TNX. Lagi-lagi kalau korang ni jenis yang cepat putus asa ataupun jenis yang tak boleh buat kerja susah sikit. Kalau semuanya hendak disuap, hendak diajar, hendak percuma, bagaimana korang hendak kenal erti berdikari? Kemudian, dituduhnya kita tak nak membantu sesama melayu. Dengan melayu pun nak jual panduan atau produk mahal-mahal. Aku sabarkan aje bila tomahan dan tuduhan itu menerpa diri dan aku akuinya bukan aku sahaja yang terkena, malah ramai lagi kawan lain yang merasa kesan yang sama. Orang kita ni memang dah sukar nak diubati selagi perangai mereka yang duduk di zon selesa tidak diubah.

Itu belum lagi yang jenis suka benda-benda subsidi dan macam-macam lagi. Suruh buat kerja sambilan. Tak mahu. Buat itu ini tak mahu. Banyak alasan yang direkanya. Tak sesuai dengan jiwalah. Susah sangat mahu buatlah. Terlalu banyak benda kena beli dan pelbagai lagi. La, kalau tak dipecahkan ruyungnya, macam mana nak dapat sagunya. Kalau kita tak berusaha untuk buat duit, bagaimana nak dapat duitnya. Korang nak duit ke tak nak? Walaupun begitu, aku akui ada orang yang tak mampu buat semua tu. Ada yang tiada kemampuan dari segi pendapatan dan kesihatan. Yang itu, tak perlulah paksa diri sangat. Buat apa yang sesuai dengan keadaan dan keupayaan korang. Yang sihat dan terang matanya tu, buatlah dengan baik. Kalau korang jumpa aku one by one, korang akan malu dengan aku sebab orang macam aku masih boleh buat kerja macam-macam.  Tapi aku bersyukur, aku punya semangat dan kekuatan untuk terus melakukannya. Andai kata Tuhan tarik kekuatan dan semangat aku tu, aku reda sebab semua itu milikNya.

Satu lagi bab yang sangat menyayat hati. Aku faham kita semua buat duit di internet. Masing-masing mahu cari duit. Mahu sara keluarga. Tapi bila korang dah berjaya, perlukah korang hina orang yang buat kerja kerajaan? Aku tahu gaji kerja kerajaan tidaklah selumayan kerja-kerja kat internet nih. Setakat 1-2k sahaja. Kalau pangkat tinggi, dapatlah 3-5k. Itupun ikut senioriti dan macam-macam lagi. Tapi perlukah korang hina mereka dan pekerjaan mereka? Aku sendiri kerja kerajaan dan aku faham kesusahan mereka dan dalam masa yang sama aku buat kerja-kerja diinternet. Aku tahu kesusahan buat 2 kerja yang berbeza dalam hari yang sama. Tapi perlu ke korang hina mereka sampai mengatakan kerja dengan kerajaan ni tak ada masa depan, tak bagus?Aku tak kata semua, tapi ramai jugaklah buat statement macam tu sekarang. Aku tak mintak apa-apa, cuma berfikirlah sedikit ketika keluarkan perkataan-perkataan sinis tu. Aku tahu korang hebat. Siapalah aku dengan kawan-kawan lain yang bekerja kerajaan ni. Ada kitaorang hina orang-orang yang buat duit kat internet tak ada masa depan?

Setiap orang ada pendapat masing-masing dan cara masing-masing. Tapi tolong, jangan memperlekehkan kerja kerajaan hatta kerja tukang sapu sampah. Mereka semua cari rezeki dengan cara masing-masing dan tidak menyusahkan korang. Tapi tak perlulah sampai menggunakan ayat-ayat yang menyakitkan hati. Aku tahu ada sebahagian dari korang yang berjaya. Dah banyak pakai duit.Dah banyak pegang duit. Awek-awek yang dulu tak pandang langsung korang, dah setat menjeling manja kat korang. Tapi jangan sombong, dulu korang siapa? Takkan sebab duit, korang dah berubah? Agak-agaklah sikit. Dan jangan lupa, dah berduit tu hutang jangan lupa bayar. Hutang petronas, MARA, PTPTN dan yang seangkatan dengannya, jangan lupa bayar. Dah pinjam, bayarlah dengan apa yang korang mampu. Kan korang dah berduit. Kalau tak ada duit, cari duit dan cuba bayar sikit-sikit. Jaga juga percakapan dan jangan sampai menghina orang. Aku cukup menyampah orang yang gebang sana sini, tapi cakap tak serupa bikin. Jangan sampai ada yang kene bunuh hanya sebab korang menghina mereka. Orang sekarang ni, kalau dah marah, kalau dah darah naik ke kepala, macam-macam boleh berlaku. Jadi, berhati-hati. Hidup ni indah. Tapi adakalanya langit tak selalunya cerah walaupun stesen tv darh ramalkan ianya cerah. Ingat, jangan lupa diri dan sentiasa bersedia.

APa aku cakap ni, berbalik semula ke diri aku. Ada kalanya, aku bengong juga. Ada juga aku tak betul. Ada masanya aku ni memang terlepas cakap dan tersilap bicara. Sebab tu aku minta maaf pada korang semua jika ada yang terasa. Tak naklah aku kalau jumpa korang nanti, boleh pula masing-masing bukak langkah silat. Tak pasal-pasal ada yang masuk hospital. Dan aku hormati pendapat dan pandangan korang. Jika aku boleh hormat pendapat korang, korang pun boleh hormat pandangan aku. Tapi kalau korang tetap nak berkeras, tak apalah. Aku mengalah sebab tak guna cakap dengan orang yang malas berfikir ni. Dia fikir dia hebat, dia boleh kata apa sahaja. Dia fikir dia ada punya pengaruh dan nama, dia boleh hina orang, dia mahu paksa kita ikut telunjuk dia. Wehh, cakap tu pandang-pandang sikit. Elok-elok dah hidup bahagia dan aman sentosa, kerana ego yang tak bertempat, ada yang masuk balai dan mahkamah.

Sudahlah tu, agak-agaklah. Kerja, kerja juga. Benda lain kena perhatikan. Mengapa aku kerja kerajaan? Inilah antara salah satu sebabnya. Aku mahu tahu sesuatu dan aku juga sedang mencari sesuatu. 6 tahun aku buat kerja di internet dan tiba-tiba pada tahun ini aku kerja dalam satu arena yang berbeza dengan aku. Alhamdulillah, penerimaan mereka baik dan mereka boleh terima yang aku juga ada buat side income di internet. Banyak yang aku dapat belajar dari mereka terutamanya dalam soal komunikasi dan banyak juga yang aku dapat bantu terutamanya dari segi kewangan, teknologi dan komputer. Aku harap aku akan terus membantu dan membuka mata ramai orang tentang penggunaan internet dan penulisan blog. Aku tahu bidang ni boleh pergi jauh dan tak kurang boleh menjadi industri baru seperti industri anime dan manga yang berjaya dilakukan di Jepun.

Ps: Cukup. Kalau aku sambung, sampai tahun 2010 tak habis artikel nih..







Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 15 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 17 Nov 09 at 11:44:23
dalam maksud ko nih. Mesti ramai terasa kat luar tuh..
rina - 17 Nov 09 at 15:27:58
hang mengamok sakan ni. Apahal? :|

ni mesti ada orang kacau awek baru hang kan? Hehe..
alone - 17 Nov 09 at 20:51:21
kadang2 ada yang xfaham.

yang penting, halal. dan kita dapat kepuasan :)
samdaddycool - 17 Nov 09 at 21:18:42
Walaupun aku tak suka kerja makan gaji, aku setuju dgn Titan, hormati pekerjaan masing-masing. hatta tukang kutip sampah pun, kalau tak, mau bertimbun sampah kat taman perumahan. Dan kerja kutip sampah lagi mulia daripada sesiapa yang kerja dia kelepet duit orang secara professional!
akazuma - 18 Nov 09 at 00:22:10
hormat-menghormati antara satu sama lain. Bukankah itu satu amalan yang mulia? :)
Aqif - 18 Nov 09 at 01:02:14
Salam bro Titaan. Aku pun setuju sangat dengan statement ko. Yang penting masing-masing cari rezeki yang halal di dunia dan bekalan utk di akhirat kelak.

X perlu nak memperlekehkan orang yang bekerja.
paeh - 18 Nov 09 at 04:34:21
melayu mmg camtu… semua nak di suap, di subsidi, haish!!! yg dah berjaya lak lupa diri…
debtrunner - 18 Nov 09 at 06:08:33
biasalah. Melayu sekarang ni memang dah macam-macam. Yang boleh berubah, cuma diri kita sahaja..
fauzi - 18 Nov 09 at 13:11:46
salam bro, sabar n istifar bnyak2. memang dh asam garam dunia ni. pujian dan hinaan memang ade, cma bla dan dimana kite akan kena. tp jgn kalah bro, ilmu dan petunjuk mendewasakan kita.. dan bersyukur la..


p.s : aku pn nk koje gomen, cma x layak jer. hhuhuh
animeboon - 19 Nov 09 at 00:48:47
hoho..biasalah. Orang melayu memang macam tu. Mudah terasa, mudah menghina dan macam-macam..
farahaznil - 19 Nov 09 at 09:05:42
titan..jgn marah2..nnt cpt tua..huhuh
titan - 23 Nov 09 at 05:44:42
merahkatak. Kalau diorang faham. Baguslah. Kalau tak faham, pun takpe. Kalau pura-pura wat dek aje..biarlah…

rina. Takdelah sampai mengamok. Just faham-fahamlah. Benda nih ada part yang sensitif. Tapi biasalah, orang kita ni sensitif tak bertempat..

alone. Begitulah. Sebab tu orang kita ni dah macam-macam. Tegur salah, tak tegur pun salah..

samdaddycool. Orang kita nih, kalau dah dok zon selesa, dia tak pedulik apa orang lain kata. Siap leh kutuk dan hina orang lagi tu. Dia tak tahu yang dulu ramai orang bantu dia sampailah dia berjaya sekarang. Tapi bila jadi lagu ni, apahal sampai kutuk orang? Hina orang? Ingat dia bagus sangat ker..
titan - 23 Nov 09 at 05:56:47
akazuma. Yap. Sepatutnya begitu. Tapi kita semua maklum, perangai orang kita tak semuanya begitu. Ada yang ok, ada yang tak berapa ok. Jadi, berhati-hatilah seadanya..

Aqif. Masalahnya, terlalu ramai orang yang mempelehkan orang lain tanpa soal selidik terlebih dahulu. Itulah masalah orang kita. Menuduh membabi buta dan seperti biasa, tanpa bukti kukuh..

paeh. Memang ramai yang begitu sekarang. Tapi ada juga yang bagus. Ramai yang bagus. Dan aku harap lebih ramai yang bagus-bagus ni akan muncul dan membantu.

debtrunner. Semua tu bergantung pada diri masing-masing dan kerjasama antara kita juga. Kita mahu hebat dimata bangsa lain. Tapi mengapa tidak semua bersatu hati ke arah itu? Ini tidak, sesama bangsa dan agama pun nak cari gaduh ker..

fauzi. Aku tak marah. Aku menulis dalam keadaan tersenyum. Cuma begitulah penulisan aku. Cincai aje. Tapi aku harap ada sesuatu yang korang dapat..

animeboon. Orang kita ni sensitif. Itu tak boleh, ini tak boleh. Buat tu salah, buat ni salah. Apa yang orang kita nak sebenarnya???

farahaznil. Tak marah pun akan tua maa. Masa bukan boleh diundur. Tetapi bab penghinaan dan cacian ini, kita tetap kena hadapi biarpun kita mahu atau tak mahu..
Adney - 01 Dec 09 at 17:45:45
sabar titaniumhijau.. aku pun sedang merasinye sekarang ditempat aku berase ni. Kene hina dan perli depan rakan2.. Malu sume ade.

Tapi aku bersyukur, aku masih boleh kawal perasaan aku.. Aku masih boleh berlembut dengan mereka. Jadi aku bersyukur dengan diri aku yang masih dapat mengawalnye.

X pe lah titan.. Life still not suck.. just go on
titan - 06 May 10 at 13:29:42
Adney. Memang aku ni terlalu banyak bersabar. Kalau tak kerana abah mak aku ajar aku bersabar, tuk guru silat aku ajar aku supaya banyak bersabar, guru-guru aku ajar supaya bersabar dengan orang yang berfikiran singkat ni..dah lama ada yang kena terajang.

Tapi atas asbab Allah dah campak sifat sabar dalam hidup dan kehidupan aku, aku gunakannya pada waktu yang sepatut.

Yah..Aku juga bersyukur. Aku masih punya fikiran untuk berfikir dengan lebih waras..


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------