Hari ini aku cuma hendak buat ulasan tentang satu lagi hosting yang telah aku sambar. Memang aku suka guna banyak hosting dan aku rasa dah banyak juga hosting yang aku cuba untuk memenuhi projek-projek aku yang banyak tu. Mungkin ada antara korang yang berminat untuk mendapatkan hosting dari syarikat ini kerana beberapa aspek yang membuatkan ramai orang ingin menggunakannya termasuklah aku.

Ok. Nama syarikat hosting tempatan ini adalah Sepaku Hosting. Nama pun pelik. Mana diorang dapat nama “Sepaku” pun aku tak tahu. Mungkin diorang leh jawab nanti kalau terbaca ulasan tanpa bayaran nih. Sejujurnya, aku masih ragu-ragu dengan hosting ni. Tapi aku dah cuba dan untuk permulaannya aku boleh katakan ini antara hosting yang agak laju dan juga memudahkan kerja aku. Mungkin juga disebabkan internet connection aku sangat mantap dalam minggu ini membuatkan aku rasa laju gila aku install wordpress dan cuba buat apa yang patut dengan blog-blog aku yang terbengkalai sejak 6 bulan yang lepas. Jadi, aku cuba gunakkan domain dan subdomain aku yang terbengkalai di hosting ini dengan harapan aku dapat sesuatu.
Mengapa aku pilih Sepaku Hosting? Ok. Baca baik-baik. Aku yakin korang pun suka punya.
1. Pakej Hosting yang ditawarkan murah iaitu RM5 setahun bagi Pakej Blogging
2. Proses nak add-on, install wordpress, domain dan bermain dengan cpanel lancar.
3. Syarikat Melayu. Aku rasa. Itu pasal aku support hosting ni.
4. Ramai yang cadangkan syarikat ini. Mungkin kerana murah.
5. Pakej terMAHAL adalah Pakej Unlimited Sepaku iaitu RM45 setahun.
6. Website syarikat memang simple. Bagus gak simple. Takdelah serabut sangat.
7. Ada forum support. Boleh tanya macam-macam kat forum tu. Diorang jawab punya.
Dan banyak lagi. Tapi aku rasa cukuplah 7 sebab tu yang aku yakin untuk terus menggunakan hosting ini. Jika ianya bagus, mungkin aku akan sambar pakej Unlimited tu. Bagus untuk projek jangka masa panjang aku terutamanya untuk Projek Cincai Blogging termasuklah subprojek TNX dan TLA. Mungkin hosting ini akan banyak membantu pada masa hadapan. Insya-Allah. Mana tahu, diorang berminat nak sponsor blog-blog aku. Siapa tahu kan? Apapun, jika ada antara korang yang berminat nak pakai Sepaku hosting. Bolehlah cuba sebab ianya cumlaah RM5 setahun bagi paling basic. Basic-basic pun, korang dapat features add-domain unlimited dan mysql unlimited. Fuhh, bukan banyak hosting lokal yang tawarkan pakej macam ni..
Boleh gi sini kalau nak tahu lanjut: Sepaku Hosting
Ps: Netkl masih tetap menjadi pujaan hatiku. Sepaku pula, percubaan terbaru.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« 11 orang TNX Super Knight | Titan: Penghinaan dan Perbezaan »

























ini first time dengar ada hosting RM5 setahun..
Pasal penggunaan datacenter luar tu, harga RM45 mmg berbaloi rasanya. Lupa lak nak tengok domain dia camne, tader domain free tmbhn cam netkl ke..hoho..
haha…
tapi semuanya bergantung kpd semua orang…
rina. Tak nak beli hosting ke? Tak nak bertukar ke blog dot com sendiri? Hehe..
Topo. Memula. aku pun tak percaya ada hosting tawar pakej basic dengan harga RM50. Aku fikir mesti features dia cincai aje. Sekali, unlimited macam-macam. Tu yang aku sambar. Sesuai untuk projek tnx aku.
msarbin. Tak apa. Down sekali sekala takpe. Kalau tak pernah down, pelik juga dibuatnya. Hehe..
kakeru. Memang berbaloi rasanya kalau memang takde down dan loading pun laju. Harap dia punya uptime takde masalah setiap hari.
syinyarafa. Sambar ajelah. Murah pun murah. Laju pun laju. Jangan sampai diorang naikkan harga plak. Hehe..
animeboon. Budak darjah 5? Sape tu yang dah ada blog.