11 orang TNX Super Knight | EarnCent.com



Secara jujurnya dalam beberapa hari ini, aku tak tahu apa nak tulis kat blog. Bukan tak ada banyak isu yang hendak diketengahkan. Cuma aku rasa macam ada benda tak best dalam kepala otak dan hati aku ni. Nak kata masalah bercinta, tak juga. Nak kata masalah tak cukup duit, rasanya ada sales Panduan TNX masuk semalam, nak kata mak aku merajuk, takde plak mesej suruh aku balik, entahlah.. Serba tak kena juga dibuatnya dek kerana bercelaru fikiran ni. Sudahlah malam tadi pening kepala yang amat sangat. Tak tahulah kenapa. Telan 2 bijik panadol, keluar gi lepak dengan kawan, balik dalam jam 11 malam. Tup, tidur macam nobita sampai jam 6 pagi..

Oklah. Cukup cerita pasal time aku bengong hari ni. Aku cuma nak ucapkan Terima Kasih dan Tahniah kepada 11 orang TNX Super Knight yang menjadi downline atau referral aku dalam program TNX. Sejujurnya, tanpa mereka income TNX aku tak kencang sampailah ke hari ini. Untuk pengetahuan semua, dalam program TNX kita bukan sahaja buat duit dengan menjual link, kita juga dapat buat duit melalui downline kita.  Kita akan dapat 13.3% daripada apa yang downline kita berjaya menjual link di blog atau website masing-masing. Kalau kita dapat advertiser, kita akan terima 5% pula daripada bayaran yang dibuat oleh mereka. Jadi, 13.3% fees daripada iklan webmaster atau publisher setiap hari, banyak tu, siapa tak nak tu..

superknight


Kalau downline aku dapat jana 500 point, aku akan dapat 66.5 point percuma daripada diorang. Kalau 11 orang? Fuhh..banyak tu dan jumlah point tnx yang aku dapat dari 11 orang TNX Knight aku ni adalah dalam lingkungan 400-500 point setiap hari. Kira oklah tu kan? Jadi, kepada semua TNX Knight (panggilan aku kepada semua downline-downline aku), korang pun boleh promote dan cuba cari korang punya knight. Insya-Allah, mungkin korang dapat knight yang memang hebat-hebat berlaka..

Dan jumlah keseluruhan knight-knight yang telah menjadi downline aku adalah 94 orang. Tapi 11 orang TNX Super Knight ni antara super knight yang berjaya menjual link diblog masing-masing. Lagi 83 orang mungkin masih belum berjaya. Mungkin mereka cuma berjaya mendaftar tapi belum buat apa-apa diblog masing-masing. Mungkin juga code TNX diorang gagal dikesan. Mungkin juga mereka belum submit blog ke TNX. Mungkin juga mereka tidak ada masa dan macam-macam lagi. Itu belum lagi yang belum menyertai program TNX. Tak apalah. Aku tak paksa. Tetapi jika korang mempunyai masa untuk TNX, korang boleh kembali dan buat sesuatu. Insya-Allah korang boleh buat duit dengan TNX. Tidak pun, apakat 83 orang tu boleh dapatkan Panduan TNX 2.0 untuk memudahkan korang faham bagaimana untuk buat duit dengan TNX dengan lebih baik.

Sebelum aku terlupa, ini adalah antara TNX Super Knight yang aku sebutkan dari tadi. Mereka ialah saudara Life4hire, Saudara Cyza, Saudara Syuxx, Saudari Luvlee, Saudara Blogsempoi, Saudara Chuckiesd, Saudara Agbiz, Saudara Starzz, Saudara Kurama87, Saudara punk3iz dan Saudara Ahmadi2008. Tahniah kerana berjaya memahami perjalanan TNX dan bermula dengan baik di TNX. Aku harap korang semua dapat cashout dari TNX setiap bulan seperti yang aku berjaya lakukan. Jika ada apa-apa tak faham, jangan segan silu. Korang boleh tanya di sini atau hubungi aku di ruang contact. Insya-Allah aku akan membantu.

Berminat nak jadi TNX Knight? Daftar kat sini :  Program TNX

Ps: Nampaknya, tak sia-sia aku berkongsi tips tentang TNX diblog ini. 2 orang kawan kita juga berjaya buat duit dengan TNX iaitu Saudara Shaffik dan Saudara Yazid. Tahniah juga kepada mereka kerana berjaya menjadi TNX Super Knight walaupun mereka mungkin bukan downline aku. Aku sendiri tak berapa kenal beberapa downline aku. 93 orang, manalah aku kenal diorang semua. Hehe..







Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 14 comments. Apa plak komen korang?
animeboon - 14 Nov 09 at 11:27:33
fuhyooo! Aku tak termasuklah plak dalam 11 orang super knight tu. Tak acila nih :(
debtrunner - 14 Nov 09 at 12:01:53
wah. not bad. Terer-terer semua ni. Dah ramai yang boleh buat duit dengan tnx. Bukan titan aje..
kakeru - 14 Nov 09 at 14:42:50
Woahh.. ade TNX Super Knight lagik..hoho.. Ingat ape ke bendenye td. Anyway, CONGRATS! :D
samdaddycool - 14 Nov 09 at 19:18:18
Oklah, aku nak majukan TNX aku.. nak gi baca T&C dia jap..
akazuma - 15 Nov 09 at 02:17:17
nampak gayanya, macam-macam istilah pelik dan aneh yang akan titan keluarkan lepas nih.. :)
farahaznil - 15 Nov 09 at 02:47:11
hohoh..93 downline..tan…dah brp ribu dah untung kali ni??hi hi hi..4k ada?ke lebih??bila mau belanja mkn?
Ezad - 16 Nov 09 at 02:04:55
Aku Knight of round table td, tapi pape pun congrate, Yeay!!, ramai tu 93 downline., :O
debtrunner - 16 Nov 09 at 16:00:00
knight apa la tadi. Mesti ada kaitan dengan tnx nih. Apapun, tahniah kepada semua knight..
titan - 17 Nov 09 at 01:18:48
animeboon. Ko kene cuba lagi. :D

debtrunner. Yap. Mudah-mudahan perkongsian aku kat blog ni dapat membantu ramai orang.

kakeru. Yap. Kalau ada apa-apa tak faham, leh tanya terus kat forum private yek. Insya-Allah kita semua akan saling membantu kat sana.

samadaddycool. Studylah. Nanti kalau ada apa-apa tak faham. Bagitau aja aku kat sini..
titan - 17 Nov 09 at 01:25:12
akazuma. Hehe, biasalah. Takkan nak pakai ayat yang biasa aje. Biarlah pelik sket nanti. baru orang ingat. Haha..

farah. 93. kalau semua orang tu menyumbang 100 point. AKu dah cukup gembira. Tapi takpelah. Yang lain mungkin tengah on day nak jadi TNX Super Knight ni. Insya-Allah. Mudah-mudahan..

Ezad. Round tale? Apa tu. Yap. Penat gak nak kira 93 orang tu. Teleng gak kepala dibuatnya..

debtrunner. Yap. Tahniah kepada semua knight. Especially kepada Super Knight. Hehe. Macam best la guna title camni.. :D
catzer - 17 Nov 09 at 02:20:08
Yeah..pakcik kayo..balik banting jom ngeteh kat jusco :)
titan - 17 Nov 09 at 02:31:14
catzer. Ko kat banting ker? Apsal kene kat Jusco plak??? :|
farahaznil - 19 Nov 09 at 14:04:49
wah ada target bsr tu klu ko nak suma org dpt 100 point..heheh..
animeboon - 19 Nov 09 at 14:56:51
Ye. Aku kena cuba lagi. At least dapat 100 point setiap hari.. :| :)


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------