Sedikit sibuk dari semalam. Aku baru sahaja setup untuk buat program affiliate bagi Panduan TNX 2.0. Sudah hampir siap dan aku sedang kemaskinikan apa yang patut. Aku bukak dulu kepada ahli-ahli yang telah membeli panduan TNX itu sebelum aku buka secara terbuka. Aku harap ini dapat membantu korang menambah sedikit pendapatan melalui program affiliate ini.
Nilai komisen adalah RM15. Aku rasa itu sudah cukup tinggi dan mungkin ada yang berminat dengan program ini. Kepada para pembeli, anda layak untuk menyertai program affiliate ini. Maklumat rasmia akan aku beritahu di forum dan korang boleh daftar selepas itu dalam masa terdekat. Mungkin malam ini ataupun sebelum hujung minggu ini. Korang boleh promosi kat list korang, blog korang, forum dan tempat-tempat yang sepatutnya. Cuma janga spamming aje.

Harga bagi panduan ini masih RM47. Aku belum naikkan lagi harga bagi panduan ini. Mungkin tahun depan harganya akan naik ke Rm57 atau RM67 sebab aku mungkin akan tambah versi update bagi panduan ini setelah membuat beberapa siri ujikaji bagi panduan ini. Memang aku sedang buat beberapa ujikaji untuk membantu lebih ramai orang untuk berjaya buat duit dengan TNX dan aku harap ada antara mereka yang berjaya. Cyza dan Syuxx sudah mula berbuat sesuatu. Aku lihat mereka sudah berjaya menjual link diblog masing-masing. Tahniah aku ucapkan dan semoga akan berjaya cashout tak lama lagi. Mungkin orang lain akan menyusul. Yang dah pandai dan tahu cara nak tackle TNX ni, teruskan usaha korang. Fatah, Apeh dan yang lain-lain, jangan lupa update kalau dah dapat bayaran dari TNX. Bagi semangat sikit pada member-member yang lain. Hehe..
Kepada yang berminat untuk mendapatkan panduan ini. Boleh dapatkan sekarang dengan harga RM47 secepat mungkin sebelum harganya naik lagi. Dan peringatan sekali lagi, kepada semua para pembeli Panduan TNX 2.0, sila daftar di forum private dan tanya apa yang korang tak faham atau ada kemusykilan yang perlu aku dan member lain jelaskan. Kita akan saling membantu dalam forum tersebut. Aku juga ada kongsikan ujikaji dalam forum tu dan aku akan cuba update setiap hari untuk ujikaji itu untuk jadi tatapan korang.
Dapatkan panduan tnx di sini : Panduan TNX 2.0
Itu sahaja update terkini bagi Panduan TNX 2.0. Insya-Allah panduan tnx versi terbaru akan aku update untuk tahun depan apabila siri-siri ujikaji aku memberikan result. Tak kiralah result tu baik atau kurang baik. Aku akan kongsikan dengan kamu orang semua. Mungkin ianya akan membantu tak kiralah samada dengan program TNX atau dengan program-program yang lain. Harap panduan ini dapat membantu korang dapat 10 dollar pertama di internet melalui blog-blog korang.
Ps: Sedikit kepenatan. First time jaga anak orang tadi. Banyak pulak meragam budak tu..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 5 dari Berrybunch | 11 orang TNX Super Knight »














Memang sakit hati btol..
takpe. praktis make perfekk
cyza. Takpe. Aku tunggu ko dapat duit dari tnx plak. Jangan lupa plak nanti review produk aku tuh ek..
samdaddycool. Anak orang la. Takkan anak aku plak. Tu anak member. Fuhh, suka betul budak tu melompat-lompat..
animeboon. Hehe..
farahaznil. Ansuran? Kalau harga dalam 1k. Mungkin aku leh terima kot bayaran ansuran.
akazuma. Lom lagi. Kalau aku kahwin, aku bgtau punya..
animeboon. Kalau ada. Kalau takde, takdelah. Haha..