Dari pagi tadi aku agak sibuk. Buat itu dan buat ini. Nak update blog ni pun terlupa dan sebelum aku tertidur diatas katil ni, aku rasa aku akan tulis sesuatu dan rasanya mungkin ada sesetengah dari korang yang dah perasan. Ya, aku sudah dapat komisen pertama dari Squidoo. Agak lama juga aku bermain dengan Squidoo dan tidak aku nafikan agak sukar untuk mendapat duit pertama dari program ini. Dan aku sebenarnya memang dah hampir putus asa dengan Squidoo. Aku cuma gunakannya untuk tujuan SEO dan marketing beberapa produk yang lain sahaja. Dan tak sangkanya, aku telah layak untuk terima komisen dari Squidoo.
Aku telah setkan bayaran minimum untuk Squidoo adalah 1 dollar. Not bad gak dan korang juga boleh setkan agar income yang korang dapat tu sebagai charity. Untuk siapa yang Squidoo derma, itu aku tak berapa pasti sebab aku tak semak masa aku register dulu sebab dari awal-awal lagi aku dah setkan yang semua artikel aku akan dibayar jika ada orang datang. Kiranya macam pay per view jugaklah. Ada iras-iras Associated Content, Triond, Bukisa dan yang seangkatan dengannya. Kini giliran Squidoo pulak.

Itu bayaran untuk bulan September. Untuk bulan Oktober, aku tak tahu bagaimana perkiraannya. LAntaklah, sebab aku tak berapa serius sangat dengan Squidoo. Tapi aku tetap akan gunakannya untuk promote affiliate program dan program CPA aku. Sebab ianya agak berkesan dan trafik memang selalu masuk ke landing page dan juga blog-blog aku yang lain. Jadi, jika korang nak cari trafik, boleh juga cuba dengan Squidoo. Daftar secara percuma dan boleh buat duit dengan Squidoo juga. Bukan susah sangat pun. Janji korang fahamlah sikit-sikit perkataan english tu. Kalau tak faham, gi cari kamus. Kamus online pun banyak apa sekarang..
Ok. Cukuplah untuk malam ni sebab aku dah ngantuk sangat ni. Tunggu masa aje aku landing atas katil. Jika ada apa-apa nak tanya tentang Squidoo, tanya terus kat ruang komen. Kalau aku boleh jawab, aku jawab. Kalau tak dapat, korang leh terus tanya support Squidoo. Mereka lebih arif berbanding aku.
Ps: Merajuk lagi si dia. Huh. Malas aku nak pujuk..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen Kedua dari Berrybunch (BIZO) | Komisen ke 5 dari Berrybunch »


























cyza. Thanks. Yap. Biarlah sedikit. Tapi ada hasil. Lambat pun takpe.
Fatin Pauzi. Aah. Memanjang merajuk. Ni yang penat sebab kena pujuk ramai orang ni..
kiro. Jangan pening-peninglah..
brosam. Aku pernah join program tu. Cuma aku rasa aku kurang sesuai dengan program macam tu. Bagus produknya. Aku suka. Plan dia pun bagus. Cuma aku kurang sesuai sahaja..
nanti nak push balik squidoo ni. Aku tau memang power woo
aku guna squidoo ni pun sebab nak cari artikel je..
farahaznil. berzaman pun takpe. At least ianya membuahkan hasil. Itu lebih baik daripada menuduh orang lain yang bukan-bukan atau mendapatkan duit dengan cara merompak bank atau membunuh orang..
samdaddycool. Yap. Memang senang nak dapat trafik dari sana. Dan memang senang keluar kat search engine artikel dari squidoo nih. Janji pandai main SEO dan keyword. Tahniah untuk anak ko. Bila masa ko kawin nih..
zool. Nak cari artikel? Haa, jumpa tak artikel aku kat squidoo tu masa ko search? Hehe..