Hari ini aku cuma nak kongsikan sedikit komen lawak daripada seseorang yang aku rasa memang berbakat jadi pelawak. Aku tahu ada sesetengah antara korang yang tak suka program
Dapatwang.com. Aku juga tahu ada sesetengah daripada korang yang tak suka ramai orang join program Dapatwang.com. Aku juga tahu ada antara korang yang mengutuk aku sebab sertai program Dapatwang.com biarpun aku cuma buat eksperimen. Aku juga tahu yang korang tak suka bila ada member-member Dapatwang.com yang klik sesama member untuk dapat komisen lagi tinggi. Dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan Dapatwang.com. Malas aku nak cerita sangat tapi yang aku tak boleh tahan nak gelak adalah, komen yang ini..
Ok. Id ataupun username yang aku pakai untuk program dapatwang adalah “
index”. Aku tak rasa ianya satu kesalahan yang besar untuk mempunyai username tersebut. Jika aku tak guna pun, pasti ada orang lain sambar username itu. Jadi, adakah dengan menggunakan username tersebut membuktikan bahawa akulah OWNER kepada program Dapatwang.com? Jika ya, sila BUKTIKAN! Dan kepada
Anti Scammer, jika ko benci sangat pun dengan program Dapatwangni, takkan sampai menuduh sebegini rupa? Aku tahu ko punya pengalaman 8 tahun dalam dunia pay per click dan script ptc ni, tapi takkan aku juga yang ko tuduh? Aku kenal internet dan dunia buat duit ni pun cumalah hampir 6 tahun. Tak sangka ko yang ada pengalaman 8 tahun ni tak boleh detect siapa OWNER bagi program Dapatwang.com ni? Nak kata bengong, sah-sah bengong. Lagi satu, buktikan program ini SCAM. Boleh? Jangan bagi alasan atau bukti bodoh. Setakat ini, program Dapatwang bukan scam, bukan menipu atau sebagainya. Jika menipu, buktikan. Jika aku adalah admin, sila buktikan dengan bukti sahih. Jika program ini tak bayar langsung ahlinya, sila buktikan. Jangan sekadar cakap kosong sahaja. Jika kata program ini tak ada produk, sila BUKTIKAN. Walaupun produk itu cumalah ebook-ebook PLR ataupun software zaman jepun sekalipun, ianya tetap produk. Samada produk itu bagus atau tak, ianya bergantung pada si pengguna. Siapa kita nak tentukan produk tu bagus atau tidak jika kita tak gunakannya terlebih dahulu? Siapa?
Jika aku admin, aku tak perlu buat blog untuk tulis artikel banyak-banyak dalam blog aku ini. Ini salah satu bukti SCAM? Ini lagi mengarut. Aku cukup tak faham apa yang korang katakan scam. Biarlah. Kadang-kadang, aku tak faham dengan blogger atau Internet Marketer. Cakap macam-macam, tapi tak serupa bikin. Terlalu banyak. Kadang-kadang, sampai satu tahap aku dah rasa menyampah dengan dunia internet marketing ini.
Aku tahu ramai lagi hebat. Ramai lagi otai. Tapi jangan cakap tak serupa bikin. Market kita ni kecil sahaja. Pergi mana-mana pun, jumpa juga. Jika ko ada masa untuk menuduh tanpa sebarang bukti, lebih baik korang buat kerja yang mendatangkan faedah.
Mangsa? Siapa mangsa sebenarnya? Dan siapakah sebenarnya mangsa? Aku ingin sangat bertanya pasal mangsa. Jika korang kata orang yang lambat join program
Dapatwang adalah
mangsa program Dapatwang. Apa pula ceritanya bagi mereka yang lambat join program PPL atau program affiliate? Seperti yang kita tahu, program PPL selalunya mengambil masa 1 bulan atau paling lama pun 2-3 bulan. JIka ada antara mereka yang sertai lambat, korang rasa sempat ke mereka buat duit dengan program PPL? Kadang-kadang, nilai payout untuk PPL memang tak masuk akal. Kadang-kadang, ada yang sampai RM50 ataupun RM100. Bagi mereka yang memang baru nak merangkak dalam dunia buat duit ni, itu satu tahap yang membebankan mereka. Nak sampai RM5 pun dah sesak nafas. Jadi, merekalah mangsa bagi program PPL. Si admin dapat list dan boleh blast email si mangsa-mangsa tadi walaupun diorang tak bagitau yang mereka akan hantar email-email promosi pada masa akan datang. Akibatnya, macam-macam jadi.Malas aku nak ulas pasal mangsa program PPL dan mangsa program affiliate. Lagi banyak isu yang akan timbul. Cukup aku sentuh luaran, yang lain tu korang fikir-fikirlah sendiri.
Ok. Masuk plak bahagian
mangsa dalam program affiliate. Sesetengah program affiliate, dah expired. Faham expired? Maksudnya dah tak aktif, admin pun dah tak aktif. Bila ada sales, berbulan baru nak bayar. Tak ada update langsung. Dan kadang-kadang, ebook pun dah langsung tak update berbulan-bulan. Sehinggakan ebook tersebut dah tak relevan dengan masa terkini. Tetapi, program affiliate masih berjalan. Dan mereka yang lambat sertai, termangu-mangu. Program affiliate ni masih berjalan atau tidak? Boleh buat duit ke tak? Tak ada berita langsung dan sampai satu tahap, si admin entah hilang ke mana. Sampaikan kena tanya kat email, barulah terkial-kial nak balas. Tak sakit kepala ke si mangsa-mangsa yang terpinga-pinga tunggu bayaran komisen diorang? Ini lagi gampang atau admin program Dapatwang.com lagi gampang yang mana setiap 15hb dan 30hb berusaha bersungguh-sungguh transfer duit komisen ke ahlinya?Sekurang-kurangnya, admin Dapatwang sentiasa bayar ahlinya, sentiasa update, sentiasa menjaga hubungan antara admin dan membernya biarpun bagi aku website diorang takdelah secantik website-website yang cantik lagi menawan. Tapi sekurang-kurangnya, program ini masih membayar buat masa sekarang. Sesetengah affiliate program, tak sampai 2 minggu, admin entah ke mana, bayaran komisen entah ke mana, update langsung tak ada.
Ya. Aku tahu program Dapatwang.com mungkin akan sampai ke puncaknya jika tidak ada peraturan ketat yang menyusul. Sebab terlalu banyak yang klik sesama sendiri dan bila sampai satu tempoh matang, tak mustahil program ini boleh bungkus. Aku harap pihak Dapatwang.com boleh berbuat sesuatu. Contohi program
Berrybunch. Sungguh ketat peraturan program ini sekarang dan aku yakin Berrybunch boleh pergi jauh. Aku tak kata program Dapatwang ini tak bagus. Ianya bergantung pada member dan juga admin. Jika kedua-duanya bekerjasama dan bertolak-ansur, aku tidak nampak yang program ini tidak boleh pergi jauh. Tapi jika salah satunya khianat, memang boleh bungkus pada bila-bila masa. Begitu juga dengan program affiliate. Jika admin ok, member mesti ok punya. Tapi jika salah satunya tak berapa ok, memang takkan tak berapa oklah jawabnya.
Ok. Fikir. Korang ingat program Google Adsense dulu takde banyak masalah ke? Nuffnang dulu takde banyak masalah ke? Advertlets dulu takde banyak masalah ke? Ingat senang ke diorang nak atasi masalah Fraud click? Begitu juga dengan admin program Dapatwang. Diorang sedang berusaha untuk atasi masalah Fraud click yang sedang bermahajarajalela. Ingat senang ke? Bagi mereka peluang. Benda ini bukan senang dan tak dapat nak diatasi dalam tempoh 1 malam mahupun 5-6 bulan. Bagi diorang masa. Mungkin ada sesuatu yang baik disebaliknya.
Ps: Ya, korang benci aku? Tak apa. Aku tak kesah. Tapi aku cukup benci kalau korang bising tentang perkara yang korang tak tahu. Jika korang tahu perjalanan dari A hingga Z, aku tak kesah korang nak kutuk sana sini dengan bukti kukuh. Tapi korang langsung tak tahu dari A hingga Z, lepas itu berlagak macam korang tahu segala-galanya. Siap tak ada bukti kukuh. Apa kes? Siap tuduh aku admin program Dapatwang.com? Punya ramai-ramai orang kat dunia ni, mengapa aku? Haiya..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content