Archive for October 2009


Hari ini aku akan ulas satu lagi program buat duit untuk pasaran malaysia. Aku rasa banyak sudah syarikat pengiklanan yang muncul setelah hadirnya Advertlets dan Nuffnang. Malah, ada juga syarikat pengiklanan yang bungkus dan masih juga ada yang muncul tanpa kita sedari. Ikutkan hati, aku mahu sahaja kupas semua syarikat pengiklanan tersebut, tapi hari ini biarlah aku sentuh satu lagi syarikat pengiklanan tempatan yang baru aku ketahui iaitu Catcheye

catcheye 300x150 Edisi Siasat: Buat Duit dengan Catcheye


Ya. Nama yang agak pelik. Tapi nama Nuffnang lagi pelik kan? Kira oklah tu. Catcheye. Website Catcheye juga nampak menarik dengan hanya menggunakan warna merah dan putih.. Macam adik-beradik Airasia, Tunemoney dan Tunehotel.  Dan aku juga telah submit borang penghantaran ke Catcheye dan sedang tunggu sama ada aku layak atau tidak untuk program Catcheye ini. Kita tengok sama ada aku dapat join atau tidak program ini kerana aku masih tidak menerima apa-apa makluman tentang program ini. Atau borang yang aku isi bermasalah? Ok, bagaimana pula program Catcheye ini berjalan?

Catcheye is an online advertising platform that allows advertisers to deliver their advertisements in a highly effective manner. Our ad delivery platform guarantees that each ad is viewed by unique and voluntary viewers. In return, they will earn Catcheye reward points which can be exchanged for cash and/or other prizes. Viewers are also required to answer 3 simple questions related to the ad being displayed, hence strengthening their impression and understanding of the message being conveyed.

catcheyeworks Edisi Siasat: Buat Duit dengan Catcheye


Hah, itulah yang diorang bagitau kat website rasmi Catcheye. Kita dibayar untuk melihat iklan berdasarkan view atau impression samada view yang unik dan view sukarela. Ini bermaksud, jika korang dapat point nanti, korang boleh tentukan samada point itu nak tukar ke dalam bentuk duit ataupun hadiah lain yang mungkin seperti voucer ataupun korang sedekah point korang ke organisasi tertentu.

Jadi, adakah program ini dapat menarik hati ramai blogger dan webmaster? Itu aku sendiri tak pasti sebab Nuffnang masih merupakan Syarikat Pengiklanan tempatan yang bertakhta didalam hati ini. Jadi, aku tak dapat katakan yang Catcheye  mampu menyaingi kehebatan Nuffnang kerana aku sedang menunggu cek Nuffnang yang ke 7 dari Nuffnang. Jadi, bilakah cek pertama dari Catcheye akan aku perolehi? Itu aku tak pasti, tapi yang pasti aku akan cuba program ini diblog-blog high traffic aku yang lain sebagai satu lagi ujikaji. Advertlets juga masih dalam kajian, begitu juga dengan syarikat tempatan yang lain. Macam segan-segan aje nak berkembang..

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


Agak sedikit sibuk, tetapi aku lega yang beberapa kerja sudah siap dan aku ingin memberitahu korang satu lagi contest atau pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan yang bernilai 500usd untuk kita menangi. Ya, kita! Aku pun nak menang juga. Tapi aku kongsikan berita ini dengan korang agar kita boleh menang sama-sama. Hehe..

Ok. Aku rasa korang mesti kenal Helmi Asyraf, bukan? Aku pernah buat review tentang beliau dulu dan alhamdulillah beliau sedang melanjutkan pelajar ke Rusia sebagai ACCA student.  Secara jujurnya, aku rasa beliau memang berbeza sedikit dengan blogger yang lain sebab beliau ketagih dengan wordpress. Sepanjang aku mengenali beliau, memang wordpress, theme wordpress dan segalanya tentang wordpress yang akan aku nampak. Memang mungkin beliau ada jodoh dengan perkara yang berkaitan dengan WordPress agaknya sehinggalah beliau muncul kembali dengan contest terbaru beliau iaitu Contest, Comment, Promote and Enjoy!

huzzer Helmi Asyraf dan Huzzer Magazine


Pelik kan mamat ni? Dan ini rasanya dah 2 kali beliau buat pertandingan yang lebih kurang sama. Tetapi hadiah kali ini agak lumayan. Korang boleh tengok list hadiah yang beliau tawarkan dulu. Dah tengok? Kalau dah, korang berminat tak hendak sertai pertandingan ni? Jika berminat, korang cuma perlu lakukan apa yang patut. Korang komen dan korang promotelah projek terbaru beliau iaitu Huzzer Magazine.

Yup, Huzzer Magazine main focus is provide the knowledge in terms of the latest news on WordPress and WordPress related issues, tutorial on WordPress tweaking and modifications and let others to share their expertise and experience in using WordPress. See, all about wordpress, wordpress and wordpress. Thats why Helmi create Huzzer Magazine.

Antara hadiah yang aku minat ialah tawaran dari WPWebHost iaitu one Freedom Hosting Plan (1 year free) and lots of coupons worth up to $176 each, one copy of premium WordPress theme (individual licence) from StudioPress worth $59.95 and one copy of Hash One (individual licence – without support) from Obox Design worth $50 and lots of coupons worth up to $30 each. Kalau dapat salah satu daripada hadiah ni, itupun dah cukup bagi. Boleh ek Helmi? Banyak gak theme wordpress yang menarik. Mungkin ada theme yang sesuai untuk aku gunakan bagi blog aku ini sebab dah ramai sangat orang suruh aku tukar theme kesayangan aku ini. Jadi, mungkin contest ini sesuai untuk dijadikan pemankin untuk aku menukar theme blog ini. Hoho..

helmiasyraf Helmi Asyraf dan Huzzer Magazine


Inilah gambar si Helmi. Owner kepada Huzzer Magazine. Apapun, jika ada yang berminat untuk sertai contest ini, bolehlah korang berbuat demikian. Tak rugi sebab ianya percuma sahaja dan cuma perlu komen dan promosikan Huzzer Magazine ini. Kita supportlah orang kita walaupun dia belajar kat Rusia. Bukan senang anak melayu nak sambung belajar kat luar negara ini. Aku pun belajar luar semenanjung malaysia. Tercampak ke Sabah. Tapi aku dan Helmi bersyukur yang kita masih boleh ada masa untuk belajar dan bermain dengan wordpress.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Dalam 1-2 hari ni, rasanya beberapa hosting aku bermasalah. Kebanyakkanya adalah masalah akismet dan juga masalah htaccess. Aku sendiri tak tahu bagaimana file htaccess aku berevolusi samada disebabkan oleh aku sendiri atau anasir-anasir yang gagal aku dan pihak hosting ketahui. Tapi aku sangat berterima kasih kepada Netkl Network. Mereka memang betul-betul buat kerja dan tak mengular. Inilah antara syarikat hosting tempatan yang cukup aku respek kerana betul-betul hebat dari segi support terutamanya untuk aku yang agak jahil bab-bab teknikal hosting nih. Aku tau serba-sedikit, tetapi aku tidak tahu semua benda. Benda-benda basic sahaja yang aku tahu. Sebab tu aku masih suka dengan Netkl walaupun aku ada banyak hosting lain.Huhu..

netkl Titan, Netkl dan Colon Cancer


Kini, aku rasa korang dah tak ada masalah untuk komen diblog ini macam biasa. Cuma satu masalah yang masih membelenggu aku adalah pemilihan untuk theme blog ini. Aku sudah melakukukan beberapa siri ujikaji untuk pemilihan theme blog ini dibeberapa blog aku yang lain, ada theme yang bagus, tetapi ramai yang dah pakai theme tu. Jadi, mungkin aku akan jeling-jeling di premium theme yang sesuai untuk blog aku. Beli pun, beli ajelah. Janji blog ni akan lebih cepat ketika loading dan tidak serabut. Aku akui banyak banner yang bersidai diblog aku dan mungkin juga aku akan buang sedikit-sedikit yang mana tak mendatangkan apa-apa lead atau sales. Tapi hampir 90% banner yang aku letak mendatangkan hasil. Takkan aku nak buang pulak. Tapi mungkin aku akan gunakan plugin yang sesuai untuk iklan diblog ini.

Aku juga merancang untuk beli satu hosting bersaiz besar dan mempunyai specs seperti unlimited add-on, unlimited space, unlimited mysql, unlimited bandwitch dan sebagainya. Sesuai untuk aku letakkan blog-blog aku dalam satu rumah dan mudah untuk aku control. Malah, mempunyai hosting yang besar yang berharga dalam lingkungan RM400-RM800 sebulan, mampu menghasilkan income yang lumayan jika kena caranya. Yup. Aku sudah tahu 3-4 cara untuk meningkatkan pendapatapatan 2-3 ganda dengan cara yang aku temui sendiri. Salah satunya adalah Cincai Blogging dan juga serpihan daripadanya adalah dengan terhasilnya Panduan TNX versi 2.0. Tentang Panduan TNX versi 2.0, sudah siap semuanya. Link download juga sudah aku siapkan. Apa-apa hal-hal teknikal juga sudah 70% selesai dan sekarang cuma tinggal web jualan sahaja. Aku sudah cari designer untuk uruskan hal itu. Jika siap cepat, aku akan lancar seperti yang aku usahakan iaitu sebelum masuk bulan November. Jika lambat, mungkin diawal bulan November. Harap-harap tidak ada apa-apa masalah yang berbangkit dalam tempoh waktu itu.

Kawan sekerja aku hairan. Apa yang aku buat dengan laptop aku sehingga diorang ajak makan pun sampai kena paksa aku untuk keluar makan. Diorang kata nanti aku kene colon cancer kalau tak makan. Gila apa. Takkan sampai kene colon cancer kot.Yelah, aku tak lapar lagi takkan nak gi kuar makan. Nanti aku ceritakan pada beliau kerana aku kesuntukan masa hari itu. Mungkin beliau juga sesuai untuk aku jadikan apperantice untuk projek TNX ini. Insya-Allah, akan ada satu forum private untuk semua pembeli Panduan TNX versi 2.0. Di sana nanti, kita akan bincang tentang TNX dengan lebih lanjut. Tapi maaf, hanya untuk pembeli sahaja.

Ps: Agak bengang hari ini. Ada budak perempuan cari gaduh dengan aku. Huh..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku akan pulang semula ke Jerantut. Agak penat sebab hari Jumaat aku berjalan sampai ke malam dengan kawan-kawan. Hari Sabtu, aku ikut plan parents aku untuk menemani mereka bercuti 1 hari 1 malam di Bagan Lalang dan semalam, aku kena hantar adik perempuan aku ke Sentul. Fuhh, penat dan black saga aku tu tak berhenti daripada drive setiap hari. Fuhh..penat. Tapi malam tadi aku check, bayaran komisen TNX yang ke 36 dah masuk ke akaun paypal. Alhamdulillah..

Ini komisen pertama dalam bulan Oktober. Aku keluarkan dalam 30usd sebab aku nak bayar 10usd untuk yuran bulanan domain GDI aku, nak beli lagi 2 domain tambahan dan 1 hosting tambahan untuk program TNX. Hosting apa yang aku cuba untuk projek tnx aku itu? Nantikan Panduan TNX versi 2.0. Ada 1 hosting yang cukup sesuai untuk ujikaji korang nanti. Mungkin korang pun boleh cuba.

tnxpaymentoctober 300x150 Komisen ke 36 dari TNX


Dan eksperimen aku untuk TNX ni agak membuahkan hasil dan aku sudah nampak apa yang diperlukan untuk memastikan blog kita diindex dengan cepat. Rahsianya? Ada dalam panduan TNX versi 2.0. Benda ni aku tak cerita kat panduan TNX versi 1.0. Sebab aku kurang pasti tentang hal itu. Tapi bila aku perhatikan dalam tempoh 1-2 minggu ini, ternyata unjuran dan trik mudah tersebut memihak pada aku. Tak kusangka, ianya mudah sahaja. Tak hairanlah member aku dari Indonesia dan Filipina selamba badak aje sedut dalam 100-200usd daripada program TNX ni. Aku yakin, kita pun boleh capai tahap tu jika kena caranya.

Tentang web jualan. Aku dah ada web jualan yang aku tempah dulu. Dan aku sedang buat settingnya. Tapi jika aku rasa designnya tak kena dengan konsep yang nak, mungkin aku akan mintak orang lain untuk design web jualan tersebut. Aku juga sedang jeling mana-mana designer yang boleh buat design web jualan Panduan TNX versi 2.0 ni dengan harga bawah RM150 + dengan sistem affiliate. Memang murah, tapi aku nak tengok siapalah yang mampu buat kerja semurah ini. Kalau tak, aku sendiri buatlah. Bukan aku tak reti nak buat, cuma aku takde masa aje sekarang..

Siapa-siapa nak buat duit dengan TNX. Leh register sini: TNX

Selain Papadom, aku sempat juga tengok Surrogates. Bruce Wills jadi pelakon. Agak kecewa walaupun jalan ceritanya memang menarik. Takde orang jahat yang sangat jahat. Orang jahat dia sangat baik. Orang tua pulak tu. Ini memang cerita orang tua lawan orang tua. Memang tak best. Apa nak buat, aku dah bayar Rm10 kat budak jual tiket kat Alamanda tu. Layankan aje. Dah la sejuk bangat malam tu. Depa pasang aircorn level berapa agaknya..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011