Agak sibuk dalam 1-2 hari ini dan aku tak sempat nak buat kerja yang sepatutnya ada dalam jadual minggu ini. Harap aku masih sempat untuk kejar apa yang sepatutnya aku buat. Insya-Allah, Panduan TNX 2.0 akan aku hantar dalam tempoh 48 jam ke semua pembeli yang lepas. Harap apa yang korang akan dapat nanti, akan membantu korang buat duit dengan TNX. Terlalu banyak perubahan dalam tempoh 1-2 bulan ini. Belum lagi kes Google dengan Pageranknya yang berjaya membuatkan semua pemain TLA dan TNX gelisah seketika. Aku harap ianya tidak jadi seperti yang bermain difikiran aku. Jika tidak, pasti banyak program jual beli yang akan bungkus. Entahlah, kita tengok sahaja apa yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ni.

Sejak aku masuk dalam dunia blogging dan internet marketer ni, aku bersyukur dalam banyak perkara. Bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk banyak perkara. Begitu banyak blogger dan internet marketer dilahirkan dan ini menggembirakan aku walaupun aku tahu ada yang tak gembira dengan hal ini. Banyak blogger dan IM bermaksud, persaingan. Tapi tanpa persaingan, kita adalah useless. Itulah salah satu cara kita untuk mengukur apa yang telah kita lakukan selama ini. Kita perlukan persaingan dan belajar banyak benda. Jika tidak, kita akan kekal dalam zon selesa yang kita cipta sendiri. Jadi, keluarlah dari zon selesa itu dan hidup susah kembali. Hanya dengan keadaan itu sahaja yang mampu memaksa kita untuk melakukan sesuatu yang berbeza.

Mungkin ada yang tidak selesa dengan cara yang aku gunakan. Mungkin juga ada yang tidak gemar dengan cara penyampaian aku diblog dan forum. Mungkin juga ada yang tidak sependapat dengan apa yang aku tulis. Mungkin juga ada yang mempunyai definisi yang berbeza. Aku akui dan perbezaan itu yang membuatkan hidup ini warna warni. Selama mana korang hendak menegakkan benang yang basah? Selama mana mahu berselindung? Selama mana korang tetap berkeras? Hidup ini, ada masa kita kena berlembut. Ada masa perlu berdiplomasi. Ada masanya kita perlu berkeras dan berpada-pada pada situasi yang sesuai. Jadi, hargailah masa dan orang-orang disekeliling kita. Jika kita mampu membantu, bantulah dengan sedaya-upaya kita. Jika kita lemah, itu tanda kita bukan orang yang sempurna dan perlu berusaha dengan lebih gigih lagi. Jika kita kuat, itu tidak bermakna kita sentiasa kuat. Pasti akan ada penyakit yang hadir dalam kehidupan kita. Biasalah, hidup mana yang tidak ada huru-haranya, kan?

Dan aku akui inilah antara kegembiraan hidup didunia ini. Penuh dengan cabaran dan perbezaan. Perbezaan itu yang membuatkan kita mencari kesempurnaan dan kepastian. Jadi, usahalah dengan apa yang kita mampu dan jangan lupa untuk berdoa. Kemudian, tawakal dan tak perlulah kita mempersoalkan sesuatu perkara yang kurang sesuai pada masanya. Ya, aku tahu ada yang menyampah. Tetapi aku lagi menyampah kalau ada orang yang tidak boleh menerima apabila ada orang menegur demi kebaikan bersama. Dunia kita ni kecil. Pergi mana pun, jumpa juga. Jadi, berpada-padalah dalam dunia ciptaan kita nih.

Ps: Entry ni aku tulis dalam masa 2 hari. Tak siap-siap karang. Sebab aku ada sebab untuk tidak tulis dalam beberapa hari ni. Sebab apa? Nanti aku bagitau..kalau aku rasa nak bagitau. Apapun, entry personal ini aku tujukan kepada kamu semua. Terutamanya pada si dia, si kamu dan si mereka..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 16 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 29 Oct 09 at 11:31:43
Hoho…apa kehalnya nih.. :)
Fazli - 29 Oct 09 at 23:31:52
titan ni penuh misteri lah…
cyza - 30 Oct 09 at 00:43:03
aku pun tak dapat apa point post ko ni titan…anyway, aku suka dan happy support yang ko berikan utk tnx…

kepada sesapa yang belum join tnx, boleh lah ikut titan sebab dia memang bagi support yang mantap….aku rasa maybe aku orang pertama dalam support forum dia…:)
safar - 30 Oct 09 at 01:40:43
kenapa program jual link boleh.sebab tiada pembeli ke.mungkin google benci mereka ni.kacau daun je.
rina - 30 Oct 09 at 02:13:54
hemm…apapun. Good luck. :)
titan - 30 Oct 09 at 09:33:35
merahkatak. Ada hal la..

Fazli. Ramai gak kawan aku kata macam tu. Tapi aku tak rasa cam tu. Aku masih normal..

cyza. Jangan cari pointnya. Cari maksudnya. Hehe..

Pasal support. Aku jawab apa yang aku tahu dan berdasarkan apa yang aku faham. Harap ianya akan membantu.

rina. Thanks!
mandiet - 30 Oct 09 at 12:09:31
Aku pun tak cari point tapi tgh cari maksud…nampak gaya 1 minggu aku tunggu la…haha….

nanti ko akan emailkan buku tnx 2.0 kat aku kan…?
safar - 30 Oct 09 at 13:50:23
Dengar kata sekarang google sudah terima jual beli link.
farahaznil - 30 Oct 09 at 15:30:20
Dunia kita ni kecil. Pergi mana pun, jumpa juga. - knp??ko terserempak dgn ex-gf ko lg ke?hehehe…

Jadi, berpada-padalah dalam dunia ciptaan kita nih. - adakah dunia yg ko mksdkan tu dunia blogging ni?
riku - 31 Oct 09 at 12:16:53
bukan ex-gf. ex bini kot. Hehe..
rina - 01 Nov 09 at 09:16:53
bukan takat ex bini, ex awek..ntah ex kawan punya bini pun dia jumpa nih agaknya. :)
samdaddycool - 01 Nov 09 at 12:52:49
Betul tu, berpada-pada dalam semua perkara dan perbuatan. Dalam bisnes juga, tak kira online dan offline ada persaingan. Cara nak berjaya dan naik, ada pelbagai. Cara singkat, cara susah, teknik kreatif, dan taktik kotor. Pilihan di tangan kita. Nak cari rezeki pun sama juga. Cara jujur, dan juga menipu (mengular pun kira menipu). Tepuk dada tanya iman. Berkongsi ilmu dan menolong orang (material / tips) .. kita takkan jatuh miskin, malah lagi berkat..ingat Allah tu maha adil. Hari ini kita jujur / tipu orang, kelak kita akan dibalas.

p/s - entry yang penuh makna.
akazuma - 04 Nov 09 at 15:11:45
em. mesti ada sesuatu tak kena ni..
farahaznil - 04 Nov 09 at 17:23:37
hahhaa..mesti la..dunia ni kan kecik aje!
farahaznil - 27 Aug 11 at 00:29:00
” keluarlah dari zon selesa itu dan hidup susah kembali.”…hahaha…dpt muhasabah diri sndr….
ainun - 29 Aug 11 at 19:17:58
zon selesa tidak memberi erti



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011