Apa benda yang aku hendak ceritakan kali ini? Tak banyak. Tapi aku nak tanya korang semua. Pernah tak korang mengalami kesusahan dan pada ketika itu tidak ada sesiapa yang mampu tolong korang pada waktu itu? Ada kawan, tapi diorang tak dapat membantu. Ada insan tersayang, juga tak mampu nak bantu. Tolong senyum dan sengih aje. Ada keluarga. Tapi tak suka kalau diorang bantu korang. Dan macam-macam kekangan lagi yang menyebabkan korang terasa susah pada ketika itu? Pernah? Aku kira mesti ramai antara korang mengalami pengalaman sebegitu. Begitu juga aku dan korang semua. Paling teruk, pernah hampir 1 bulan tak makan nasi. Cuma berbekalkan maggi dan biskut kering serta teh kosong tanpa gula pembekal hidup ketika di universiti. Bukan tak ada duit nak berbelanja, tapi duit tu cukup-cukup untuk tiket kapal terbang balik ke Semenanjung. Itupun dah cukup berjimat agar tak terasa sakit sangat..
Jadi, aku yakin setiap orang ada pengalaman masing-masing. Dan aku rasa mungkin korang berminat untuk membaca satu lagi pengalaman yang berbeza dari seorang lagi blogger yang mungkin korang kenal iaitu Yazid atau Ajids. Beliau juga merupakan penulis buku “Buat Duit dengan Blog” dan juga penulis ebook Rahsia Blog. Dan kini beliau hadir sekali lagi dengan produk terbaru beliau iaitu Diari IM.

Diari IM lebih kepada kisah pengalaman Yazid dalam dunia internet, blogging dan internet marketing. Aku rasa mesti korang pernah baca ulasan aku tentang beliau dan produk beliau. Dulu, memang dia bermula dari bawah. Macam-macam cabaran yang beliau tempuhi walaupun beliau masih lagi belajar. Melakukan kesilapan sana dan sini. Sampai kena tegur di forum, kena ejek dan sebagainya. Tapi sekarang, Yazid berjaya dan tahu cara untuk dapat wang dengan pelbagai cara. Malah, aku yakin dia boleh pergi lebih jauh daripada apa yang dia capai sekarang. Mungkin satu masa nanti dia boleh buat sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah kita lihat sekarang.
Dalam Diari IM juga beliau akan terangkan juga sedikit info tentang pengalaman beliau dalam proses membuat Buku “Buat Duit dengan Blog”. Aku sendiri membaca buku tersebut dan ianya agak bagus untuk dibaca terutamanya untuk mereka yang mahu belajar tentang dunia internet dan blogging. Walaupun buku itu agak ringkas, tapi ia mampu memberikan sesuatu pada pembaca. Aku yakin korang pun boleh dapat sesuatu, bukan? Jadi, boleh dapatkan ebook Diari IM ini dan ianya percuma.
Download Ebook Diari IM: Diari IM
Ps: Bengang dengan satu lagi budak perempuan. Suka cari pasal dengan aku. Huh..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan DapatWang.com | Titan, Dia, Kamu dan Mereka »














terima kasih,terima kasih..
Download je,percuma je tu!
p/s- apsalasyikbengang je bro.. kan ko ‘penchinta wanita’…
budak perempuann cari pasal dengan hang.sabar lah.
samdaddycool. Aku memang pencinta gadis. Bukan wanita. Eh..
cyza. Tak. Aku sukakan gadis dan anak dara. Haha..
safar. Biasalah tu. Diorang kalau tak cari pasal dengan aku, memang tak sehat satu hari..
farah. Aah. Bukan PPL. Download ajelah. Banyak songeh plak ko ni..
yazid. Haa…
merahkatak. Ok.
rina. Ok. Dah download lum? Citala cepat-cepat. Hehe..
Adney. Memang nak kahwin cepat pon. Itu impian semua orang lelaki la..
kasi la sikit ilmu ..ye..boleh ko tunjuk ajar nnti..hehe