Kali ini mungkin ulasan aku tentang satu program yang aku rasa ramai yang dah tahu sebab program ini agak panas terutamanya bagi golongan-golongan yang hendak buat duit cepat. Bagi aku, ini bukan program buat duit yang cepat sebab ianya memerlukan skill dan promosi yang berterusan untuk melayakkan kita dapat komisen dari program sebegini. Sebelum aku ulas dengan lebih jauh, nama program tersebut adalah Program Dapatwang.com

Program Dapatwang ini lebih bersifat kepada PTC atu pay per view/impression. Kita akan dibayar berdasarkan klik yang kita dapat. Klik apa? Jika ada sesiapa yang klik referrals link kita, kita akan dapat komisen dari situ berdasarkan pakej yang kita ambil. Biasanya antara Rm0.10 hingga RM0.30 bagi nilai 1 klik. Cincainya, jika korang ambil pakej Bronze di Dapatwang.com ni, korang perlu bayar RM50 dan akan dapat produk seperti Software eCover Creator, Audio Web Creator, PDF Creator dan Video Web Creator. Kira oklah tu sebab kebanyakkan produk ni mahal juga harganya. Jadi, agak berbaloi jika kita bayar RM50 itu. Malah, kita diberikan peluang untuk buat duit dengan program ini. Bagi pakej bronze, 1 klik bersamaan dengan RM0.10. Jadi, jika 100 klik, korang akan dapat RM10 dan boleh request payout. Bagi aku ianya tidak susah untuk mendapatkan klik. Cuma perlu bijak ketika mempromosikan produk ini.

dapatwang Edisi Siasat: Buat Duit dengan DapatWang.com


Selain itu, korang juga berpeluang untuk buat duit jika ada sesiapa yang register under korang. Kiranya korang akan dibayar jika ada orang register under korang dan bayar untuk beli pakej-pakej yang ditawarkan oleh program Dapatwang ini. Bagi aku, program ini sudah banyak bermain di market international, cuma dimarket Malaysia, memang tak banyak yang kekal. Aku harap program ini boleh kekal dengan lama agar boleh jadi salah satu program PTC yang hebat.

Yap. Aku tahu ada orang memandang rendah program ini dan tak kurang juga yang rasa sukar untuk buat duit dengan program ini. Aku faham. Tapi itu hak korang untuk berbuat demikian. Namun, jika ada yang berminat untuk buat duit dengan program ini, sila fikir satu benda. Seandainya anda tak dapat buat duit langsung dengan program ini, sila jangan declare yang program ini menipu anda. Sila salahkan diri sendiri. Mana-mana program pun, kita kena usaha dengan sungguh-sungguh. Barulah kita boleh buat duit, bukan? Jika ada yang kata program ini alah skim murahan atau trik murahan untuk mengaut keuntungan hanya untuk admin, itu aku tak pasti. Jika korang dah join dan ada pengalaman dengan program ini, barulah korang boleh kata demikian. Kalau tak pernah join, atau baru join seminggu dua, jangan buat spekulasi yang bukan-bukan. Aku bukan memihak kepada sesiapa, tapi ianya tidak adil jika korang menghukum sesebuah program atau teknik tanpa mencubanya terlebih dahulu.

Tapi lain ceritanya jika program yang korang join tu, tak bayar langsung. Sistem support yang lembab dan ada unsur-unsur yang meragukan. Jadi, berhati-hati jika mahu sertai mana-mana program dan pilih program yang rasa sesuai dengan korang. Jika korang tak suka dengan program Dapatwang, tak apa. Boleh join program lain. Tapi jika berminat, boleh sahaja daftar dan mula buat duit dengan program ini.

Boleh daftar kat sini : Dapatwang.com

Yap. Nama program ini agak pelik. Tapi mungkin owner program ini ada strategi tertentu. Aku lihat sudah ramai yang sertai program ini. Beribu orang dah join pakej Bronze dan beratus yang dah join pakej Gold dan Silver. Jadi, aku rasa program ini memang menarik ramai orang. Jadi, mahu join atau tidak, aku dan owner program ini tak mahu paksa. Korang boleh selidik sendiri dan program ini hanya untuk orang Malaysia kerana IP address bagi setiap klik wajib datangnya dari Malaysia. Ip luar negara takkan dikira.

banner468x60 Edisi Siasat: Buat Duit dengan DapatWang.com



Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 102 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 25 Oct 09 at 08:36:22
em..nampak gaya macam dah ramai yang join. Kalau setakat nak dapat klik, rasanya bukan masalah besar kan? kan?
shahrul - 25 Oct 09 at 12:34:54
Pd pendapat aku, operasi program spt ini x salah. Pelawat klik bermakna traffik drpd pelawat.
Admin ada sebab utk bayar ahli yg membawa traffik. Namun jika admin yg x bertanggungjawap, dia boleh menipu dgn alasan klik yg tidak sah.
rina - 25 Oct 09 at 12:48:47
titan, ada orang yang pernah dpat bayaran dari program ni tak?
cyza - 25 Oct 09 at 16:00:36
ada je cara ko cari sumber… mana dpt hah?
pakteh - 25 Oct 09 at 16:43:56
eh.. macam tak caye titan pun join program ni.. cuma perlu klik klik je.. ramai dah yg join sebab ramai yg nak kaya cepat tapi malas nak usaha… sebab tu program macam ni..yg klik klik terus dapat income dapat sambutan yg maha hebat & lariss… aku dari awal lagi dah boikot program nii…
titan - 25 Oct 09 at 16:55:02
merahkatak. Bagi aku takde masalah bagi aku untuk dapat klik sebanyak 100 kali tu. Insya-Allah boleh..

shahrul. Memang tak salah sebab benda ni menyerupai PTC. Setakat nih, dari testimonial yang aku tengok, ramai gak yang dapat payment. Cuma bukti kukuh tu aku tak berapa nampak sebab diorang just tulis kat situ. Tapi bukti bayaran ke akaun bank peserta masih tak ada. Mungkin peserta lain tak reti buat screenshot kot. Tu yang takde bukti screenshot. Kalau aku dapat, aku sharelah dengan korang..

rina. Ada. Tapi aku nak buktikan sendiri yang aku pun boleh dapat dari program sesimple ini..

cyza. Leh. Google ada. Yahoo ada. Diorang tetiap hari bagitau aku. Cuma kita kena rajin carilah..

pakteh. Aah. Aku join sebab ada orang tanya benda ni ok ke tak. Bila aku perhati. AKu tak nampak benda nih adalah program untuk orang yang malas berusaha. Mengapa? Ingat senang ke nak promote link referal kita tu dan nak orang klik iklan tu. Susah woo…

Ini bukan skim cepat kaya pakteh. Takde orang kaya dengan skim nih. Memang owner yang akan untung. Tapi cuba fikir, owner program mana yang tak nak untung dan owner program mana yang langsung tak untung? Tak ada kan?

Kita lihat dari sudut yang berbeza. Benda nih lagi senang banding program-program lain. Tu pasal aku cuba. Dapat tak dapat, belakang cerita. Janji aku cuba dan lihat. Jika aku cukup minimum payout, aku withdraw. Dapat duit, aku tunjuk bukti. Kalau tak dapat, aku cuma rugi RM50. Duit boleh cari. Tapi kepercayaan susah nak cari..

Ps: Dan diorang cuma terima trafik dari Malaysia sahaja. Trafik luar, tak diterima. Ingat senang ka? Susah woo nak jadi kaya dengan program ni. Tapi kalau nak dapat sedikit income, aku rasa ini lagi senang banding clickbank atau program CPA yang lain..
mazuki blog - 25 Oct 09 at 19:31:05
saya nak join under link abang titan la…haha

aku pon tengok2 gak mnde alah…setakat nak klik aku rasa susah tapi aku takut SCAM…dah ko cakao begini terasa ingin mencuba
titan - 25 Oct 09 at 19:52:00
mazuki. Hah..dialu-alukan. Haha.. :)

Kalau scam, aku tak kesah sangat. Berani buat berani tanggung. Duit tak bawa masuk kubur dan duit kita boleh cari selagi dikurniakan badan yang sihat dan otak yang mampu berfikir dengan waras. Jadi, cuba sahaja dan benda ni langsung takde unsur-unsur skim cepat kaya. Lebih kurang juga macam PTC + affiliate program. Tol tak?
akazuma - 26 Oct 09 at 01:27:34
haha..mari klik dan teruskan klik. Program klik-klik plak sekarang. Lepas nih mesti banyak program macam ni akan muncul. :D
titan - 26 Oct 09 at 12:12:05
akazuma. Kalau berminat, leh gi register secara percuma dulu. Pastu, kalau betul berminat, leh terus daftar dan beli pakej yang ditawarkan. Kalau berani, ambil pakej mahal. Tak berani, ambil yang murah aje. Tapi kliknya 10 sen la..
farahaznil - 26 Oct 09 at 13:36:09
so kesimpulannya dia sama mcm nuffnang ke titan?yg pakej rm50 tu klu kita nak ke atau mcm mn??

p/s - aku mcm blur sikit..hohoh
samdaddycool - 26 Oct 09 at 13:52:43
Wah.. cepat je Titan hidu program-program buat duit camni.. Aku nak gi usya dulu..
safar - 26 Oct 09 at 15:24:33
PTC lebih kurang pay to click bux.to tu.banyak cerita aku dengar kebanyakkan PTC tak menbayar pada ahlinya.sokongan pun lembap atau tiada langsung.

Program dapatwang.com kira bagus sikit.sebab cuma terima IP dari Malaysia sahaja.
titan - 27 Oct 09 at 00:27:31
Farahaznil. Aku tak pasti sebab aku masih tak dapat join lagi benda nih. Takde apa-apa information lagi. Tak tahu la kenapa. Kalau ko lagi blur, aku lagi bler..

samdaddycool. Mana ada hidu, aku search la kat internet nih.. :D
usr - 27 Oct 09 at 06:03:39
btol la titan.sy dah join baru perasan yg bukti dia kurang kukuh.rasanya baru program ni baru sgt lg.i wonder dari mana dia dapat duit utk bg kat org tu sbb iklan2 yg ada di web 2 sume iklan internal which is iklan utk dapatwang.com. mungkin dari duit orang register. bukti2 yang ditunjuk pon hanya jumlah income dalam program tu.bukannya tunjuk income yang dah di bank-in.titan dah lame ke join?sape yg dapat payment 15hb ri2?nape xtunjukkan bukti bank statement?apa2 pon kita tunggu next payment 30hb ni.tengok sama ada ni betol2 ke or juz another TOLONG ORANG TIPU ORANG punya program.
mfadhly - 27 Oct 09 at 06:20:50
Ok bro aku dah join pakej silver ni…
titan - 27 Oct 09 at 07:54:39
usr. Aku dah capai jumlah minimum payout. Dah lebih RM10. Jika benar minimum payout adalah RM10 dan aku layak untuk dapat bayaran 30hb ni, kita tunggu. Jika benar, aku akan dapat bayaran tu. Benda ni tak tipu orang. Kita semua tahu cara nak buat duit. JIka dia tipu, dia tak bayar. Jika program ni bayar, so terbukti depa tak tipu. Kita tunggu aje nanti..

mfadhly. Ko join under aku ke? Kalau under aku. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan.

Tapi nasihat aku, jika mahu join program wang dapat ni, pastikan korang tahu tentang risiko. Jika kita ada rezeki, kita akan dapat duit dari program ni. Kalau tak dapat, kita cuma rugi RM50 sahaja bagi mereka-mereka yang ambil pakej Bronze.Hilang RM50 takkan buat kita menyesal seumur hidup bukan?
MatKool - 27 Oct 09 at 17:03:34
memang akan dapat wang. dapat wang yang lumayan.
farahaznil - 28 Oct 09 at 04:27:19
hmm..ko kena buat post edisi siasat ni titan klu dpt byrn..hi hi hi..br tau sama ada scam atau tidak

p/s-rm50 berbaloi bg para pelejar titan..hehe :p
MatKool - 28 Oct 09 at 16:56:34
kalo derang dah tak mampu nak bayar nanti, silakan buat post edisi analisa pulak…
ewiezz - 29 Oct 09 at 08:16:48
ermm…sedare titan.. sok kang bgtau erk dpt ke tak. klu dpt i join aaa u bg i affiliate u erk. tp kene struggle gile aa sbb dia nk ip malaysia je, klu ip sluruh dunia kang best. tol le nk dpt duit bknnye senang, kot2 mana pun kena usaha, kena ade modal (kena guna pc sendri atau pun cc, kang guna yg opis punye, kena share profit ngan bos hehhe by the way kena gak cari keberkatan…..)
merahkatak - 29 Oct 09 at 11:54:56
fuhh, ramai jugak yang join benda nih rupanya. Takpe, kita tunggu hujung bulan ni, titan dapat duit ke tak..
mfadhly - 29 Oct 09 at 23:59:58
bro titan ko dah dapat payment ke?
usr - 30 Oct 09 at 00:10:07
amacam titan?dapat duit x?
rina - 30 Oct 09 at 01:57:20
hoho..tu ramai yang dah tanya tu titan. Dapat ke tak. hehe.. :)
usr - 30 Oct 09 at 04:16:22
aku tgk kat ruangan berita die xde dah update2.aiyakk..sudah kena ka?update sket bro.
titan - 30 Oct 09 at 09:25:14
Farah. Kita tunggu ajelah. Depa akan setat bayar malam nanti. Jam 10 malam. Betul atau tak, aku tak pasti. Jadi, lets wait..

Matkool. Harap-harap begitu.

mfadley. Tunggu malam nih.

rina. Malam ni la weii..

usr. Dah ada update. Sabarlah sket. benda ni baru lagi. Biasalah tu kalau lambat update ke ada problem ke. Normal la..

Ni aku copy paste dari site diorang:

———————————

Bayaran Komisyen 30hb Okt 2009
30/10/2009 [14:24:47]

Proses Pembayaran akan dibuat selepas jam 10mlm Pada 30/10/2009
Pembayaran komisyen akan dibuat untuk komisyen bermula 15hb - 29hb sahaja. Manakala komisyen yg anda buat selepas tarikh tersebut akan dibawa ke depan.

Sehubungan dengan itu, Ruangan Ahli akan ditutup pada 30/10/2009 jam 10 mlm sehingga proses pembayaran keahlian selesai. Terima kasih.

———————————

Ps: Ok. roger and out. Aku mahu pergi main badminton. Babai..
GnoLa - 30 Oct 09 at 11:45:03
takde cara senang nak senang….
lagipun setakat RM50 worth the risk..

aku da kaber modal n untung skang ni.. tggl nak upgrade jer lagik…

tak salah mencuba daripada tak cuba langsung…. lebih baik mencuba daripada dok menyalak scam la itu la ini la… piiraaaahhhhhhhh
farahaznil - 30 Oct 09 at 15:55:23
jeng3..dah dpt payment lum titan?
mfadhly - 30 Oct 09 at 23:16:47
ni dia sudah tukarla plak 10mlm ke 1130mlm kat news..bro aku copy

Bayaran Komisyen 30hb Okt 2009

30/10/2009 [14:24:47]

Proses Pembayaran akan dibuat selepas jam 11.30 mlm Pada 30/10/2009
Pembayaran komisyen akan dibuat untuk komisyen bermula 15hb - 30hb sahaja. Manakala komisyen yg anda buat selepas tarikh tersebut akan dibawa ke depan.
Sehubungan dengan itu, Ruangan Ahli akan ditutup pada 30/10/2009 jam 11.30 mlmsehingga proses pembayaran keahlian selesai. Terima kasih.
Ikhwan - 31 Oct 09 at 08:14:07
titan dah dpt payment blum? Ikhwan bru je join tghari tdi.. ni linknya http://www.dapatwang.com/?id=html
titan - 31 Oct 09 at 08:39:15
Gnola. Ko dah dapat lom? Aku dah dapat. Hehe..

farahaznil. Dah dapat. :)

mfadhly. Yap. Mostly ramai yang dah dapat..

Ikhawan. Aku dah dapat. Takpe. Pelan-pelan. Join under sape? ambil pakej apa? bronze ke gold?
Ikhwan - 31 Oct 09 at 09:33:50
wah.. titan dah dpt payment ek? ble blanja.. hehe.. join under spe? tak tahu plak. Ikhwan main daftar je. bli pakej bronze.
usr - 31 Oct 09 at 15:22:31
seb baik ko dapat.btol la tu.harap2 aku dpt gak! :D
animeboon - 31 Oct 09 at 15:27:08
wahh. ramai tol yang dah join dapatwang nih. Titan plak dah dapat payment. Dasat gak benda nih yek..
GnoLa - 31 Oct 09 at 17:42:08
den lom dapek laie

sikit ari lagik adola tu
NAZRI - 01 Nov 09 at 07:50:52
Kawe dapat dah semalam RM195 jah tak banyak..

laye ni ok gak http://ik.my/kreditkad
NAZRI - 01 Nov 09 at 07:54:50
Guna iklan berbayar kat facebook tapi pakai kupon free, jadi dapat duit free free la ni hehe
ewiezz - 01 Nov 09 at 08:13:19
:grin: wah!! alhamdulillah…hmmm ade gak programe online yg x menipu… tp kena kerja keras gak oooo sbb ip malaysia je trima… hmm tol aaa mmg xde cara senang nk senang…kot2 mana kena usaha kan kan kan.. ok aa camtu nk join aa skali, ehheheh dah mmg keje aku ngadap pc, apa lai selongkar aaaa… ;-)
rina - 01 Nov 09 at 09:09:58
fuhh..ramai yang dah datang sini rupanya. Kaya la korang dengan klik-klik nih. Hehe..
farahaznil - 01 Nov 09 at 16:59:43
join jgn xjoin..dah terbukti beb!!
syedakmal - 04 Nov 09 at 12:22:39
pernah dengar dapatwang?

untuk penjelasan layari http://www.dapatwang.com/ secepat mungkin.

dah join? kalau dah join click saya punya link then bgtau awak punya ip num pastu saya akan klik awak punya link. win win situation!

belum join? click link di atas untuk penjelasan lanjut. berminat? join kami dengan mudah sekali. untuk pertanyaan email saya syedakmal@ymail.com or pm kat sini.

jgn lepaskan peluang ini!

GO GO GO.

nak bukti? nie bukti pembayaran telah di buat oleh admin.
http://abrablog.com/tag/bukti-bayaran-dapatwang/

APA LAGIIIIII???
http://www.dapatwang.com/
ayu - 05 Nov 09 at 03:59:11
titan, i da register under u.. then apa langkah seterusnya??
haynee - 05 Nov 09 at 19:20:37
ada satu blog nama denai hati..try google.owner blog tu kumpul semua link ada semua yang letek link kat situ pakat2 klik sama sendiri..titan apa kata u buat bnda sama…
rina - 05 Nov 09 at 21:09:54
haynee. Rasanya titan takkan wat macam tu..
merahkatak - 06 Nov 09 at 05:19:30
mak aii, ramai tol datang sini pasal dapatwang.com nih.. :D
Mell - 09 Nov 09 at 07:31:30
;-) err…betul ker programe ni?
farahaznil - 09 Nov 09 at 17:14:32
ntah la mell oi..tggu je la smpi bila program ni leh bertahan..
mr dab - 11 Nov 09 at 02:53:25
kalau kwn2 kita tu klik byk kali..still valid ker??
ataupon dia kira unique ip sehari?
farahaznil - 11 Nov 09 at 06:55:32
valid le..jnji bukan ip pc kita..hoho..pndi2 je aku yg jwbkan
ewiezz - 12 Nov 09 at 08:01:07
hmmm klu kite nk tahu bab2 halal especially program camni leh klik cni
Yellowpages punye e-Halal, it’s the Malaysia most comprehensive Halal Guide in Malaysia! Get yourselves a copy today
e-Halal
ijam - 15 Nov 09 at 12:16:23
Kalau nak tahu lebih lanjut, aku dah kupas tentang dapatwang.com ni kat blog aku http://sembangkejap.com . Korang pikir le sendiri.
akazuma - 15 Nov 09 at 15:59:17
ramai betol yang komen dan ada pendapat yang berbeza.. :)
inspirasi - 15 Nov 09 at 21:44:11
bayar - promote klik -orang beli -promote klik -orang beli -promote klik -
promote klik -orang beli -promote klik -orang beli -promote klik promote klik -orang beli -promote klik -orang beli -promote klik -sampai la..habis satu malaysia. pastu….stop. sapa cepat dia dapat…….1 malaysia rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan..he..he..he..
rina - 15 Nov 09 at 23:41:01
inspirasi. Hehe..orang kata apa. peluang dikejar. Bukan dibiar.. :)
leostarz - 19 Nov 09 at 04:44:32
klik jer
ali - 19 Nov 09 at 08:18:26
x sangka!tq to dmoneymaker of giving me a lot of money
Anti Scammer - 26 Nov 09 at 02:37:10
Lazimnya, member akan pakai id seperti http://www.dapatwang.com/?id=pengemis. Hanya admin program saja yang pakai id http://www.dapatwang.com/?id=index seperti yang ada dalam blog ni. Kesimpulannya, artikel ni dibuat oleh admin sendiri, puji program sendiri.

Aku dah melibatkan diri dengan program pay per click sejak 8 tahun lalu, sejak script ptc kena cipta. Lazimnya hanya admin scam saja yang akan puji diri sendiri untuk menarik mangsa baru. Ni salah satu bukti SCAM.
titan - 13 Dec 09 at 21:38:01
Mat Kool. Yap. Lumayan kalau kena caranya. Tak salah buat duit dengan dapatwang.com ni..

Ikhwan. Yap. Dah 2 kali dapat. Yang kali 3 tu, tak cukup RM50 la plak. Hehe..

usr. Mudah-mudahan.

animeboon. Dasat la jugak. Hehe..

Gnola. Aku rasa ko dah dapat kan? Yang latest macam mana?

NAZRI. Itu lebih baik daripada tak dapat langsung. Betul tak?

ewiezz. Yang penting, tak melanggar peraturan seperti klik sendiri ataupun buat group untuk klik-klik ni..

rina. Takdelah sampai kaya. Nak dapat sikit side income tu bolehla..

farah. Mudah-mudahan.. :)
titan - 13 Dec 09 at 21:48:00
Syedakmal. Abrablog tu, blog aku juga tu. Apapun, terima kasih.

ayu. Langkah seterusnya adalah promosi, promosi dan promosi. Itu sahaja caranya untuk buat duit dengan program ini.

haynee. Aku ada cara tersendiri untuk dapat duit dari program ini. Tak perlu buat begitu. Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk buat duit, kan?

rina. Yap. Tak buat pun..

merahkatak. Ko tak nak cuba ker?? :D

mr dab. Itu aku tak pasti. Tapi sekarang mungkin takkan valid 100%.

farahaznil. Tak kot..

ewiezz. Thanks sebab bagitau link tu.
titan - 13 Dec 09 at 22:27:55
Ijam. Aku masih harap program ini dapat bertahan lama. :)

akazuma. Mungkin rambut sama hitam atau perang. Tapi hati dan otak kita lain-lain kan? Hehe..

inspirasi. Bagi aku, promosi itu perkara paling penting kalau nak buat duit dekat internet ni. Tak kiralah apa program sekalipun..

rina. Betul, peluang untuk dikejar dan dicari.

leostarz. klik apa?? :|

ali. Emmm…

Anti scammer. Boleh bagi bukti kukuh tak? Kalau tak, jangan wat lawak kat sini.. :)
arsenal - 15 Dec 09 at 07:52:03
Aku pun pernah join program macam ni..nama program tu Jutawan Klik tapi nama aku da kena reject sebb buat autohit click..Program macam ni bole percaya ke aku takut 2,3 bulan lagi..company tutup apa pun tak dapat.
attadriftking - 03 Jan 10 at 18:17:18
Askum kepada semua….
Apa cerita dapatwang.com korang….?
lama tak dengar..
titan - 03 Jan 10 at 20:42:01
arsenal. Kalau ko buat autohit click. Mana-mana program pun akan ban ko. Jadi, ko sendiri dah tahu akibatnya kalau langgar peraturan kan? Terpulang mahu join atau tak. Aku tak paksa. Aku sendiri main redah aje join program ni. Setakat ni, dah 3 kali aku dapat bayaran dari Dapatwang. So far, program ni baru aje dekat 3 bulan beroperasi. So, tak tahu dia akan tutup atau tak..

attadriftking. Ok aje bagi aku.. :)
attadriftking - 04 Jan 10 at 03:40:32
heheheh..actually saya dah join dah..sajer jer..nak kecoh..tengok korang senyap jer…kasi la hint kat org baru mcm saya……amacam titan…
titan - 04 Jan 10 at 11:49:32
Hint yang macam mana tu? Tak berapa faham aku.. :)
hami - 04 Jan 10 at 13:56:47
salam saudara titan. saya dah join dapatwang.com ni. mmg di akui mmg susah nak promote & nak bagi org klik coz tak suma akan klik. tp usaha juga la mcm mana pun. tolonglah klik sama ya. my link :
http://www.dapatwang.com/?id=hamiasraff
attadriftking - 05 Jan 10 at 16:39:59
wow..aku dah dapat sen sen lah..best nyer…..promote promote jer dah dapat duit…
attadriftking - 06 Jan 10 at 08:57:01
attadriftking - 14 Jan 10 at 17:24:19
apsal sunyi jer ni…
mr.eims @ perfume - 15 Jan 10 at 02:38:57
nk kne ada skil promosi yg berterusan tu yg ssh sket tu. huhu.. dulu aku rajin join program macam ni tapi skrg dah kureng ler.ishk2// :p
shah - 22 Jan 10 at 10:59:33
aku ada pengalaman dgn dapatwang.com.. sehari aku bleh dpt dlm 300 klik temasuk ip dr indon.. bkn fraud click k.. 0.2 sen per click.. tp aku dpt kesan pihak dapatwang stop statistik klik yg aku dpt.. bkn stop trus,, dlm 1 hari kdg2 smpai kul 12 tgh hari je, lps 2 dh xda rekod klik lg.. hari brkut jalan cm besa pastu stop plk.. apa yg aku prhatikan dapatwang xmampu nak byr kita jika terlalu byk klik dlm sehari klau berhari2..mreka akan limit income kte..hehe,, ok la aku dpt berbelas ringgit jgk dlm sehari..
knightblogger - 23 Jan 10 at 00:02:29
wah. kira hebat la shah nih.. tapi bukankah ip indon dibayar rendah berbanding ip malaysia?
AJ - 23 Jan 10 at 04:16:49
AJ Dah join tuk test2x dulu. Lum active lagi. Buat masa ni tolong client AJ tuk pomote link dia kasi balik modal (Pakej Silver). Cian gak dah kat sebulan baru lani ada 5 klik aja.. huhuhu.

Korang ingat nak pomote link sendiri senang ker? tak tau cara main tibai jer, tak leh dapat juga.

Semua program affiliate / pengiklanan bercirikan affiliate mengalami masalah orang takmo klik link tetapi lebih suka lawat/mai terus ke web admin. Dah jadi adat dalam pemasaran on9 ini.

Masalah juga agen affilite PPC camni nak pomote link sendiri. tambah buruk lagi ramai join tanpa referrer. So kat sini Admin lah makin kaya dan bertambah kaya.

Kalau korang nak tibai duit admin kasi sampai kering, yang tak join lagi g r at least lawat link yang dah join, jgn lompat terus taip kat URL browser tu.. apa susah2x.. link dah terbentang depan mata. klik aja. Nak menyusahkan diri menaip kat browser buat apa..

Kurang2x diorang ni leh tunjukkan bukti payout dan yang dah join under sapa2x leh bantu dapat guide technical.

PPC dapatwang ni pengiklanan. So jadi keahlian itu untuk pengiklanan beriklan di sana memang kuar kos & best!. Papun harga iklan di dapatwang masih rendah lagi.Sementara tak hot giler

Sama sahaja seperti TV, setiap rancangan diorang pengelola TV membayar untuk mendapatkan tayangan filem, citer kartun etc sampai berpuluh2x ribu ke ratusan ribut, Yang hanya tonton aja dapat layan filem aja r (Yang join free / hanya melihat sahaja tanpa action apa2x).. Yang mengiklan sure kena kuar duit tuk dapatkan slot iklan per saat diorang itu. Kurang2x ada yang penonton akan beli produk diorang dan yang lebih penting membuat branding bagi orang kenai.

Bagi AJ, tuk masa selepas ini, fokus kepada marketing advertising. kuar sikit modal kat dapatwang + benefit di sini orang klik link promosi kita (pengiklan) dibayar. Sure lepas itu leh rolling balik tuk mengiklan lagi di sini dan di tempat lain pula.

P/S: Kebanyakan orang hanya yang buta IM, nampak duit sahaja di Internet padahal dunia internet adalah dunia pemasaran. Siapa yang sanggup dan berani melabur kos untuk beriklan dan membuat strategi pemasaran secara berkesan sahaja mampu menjana pendapatan jauh lebih lumayan dimana kos yang dikeluarkan sebelum itu menjadi aset pendapatan tetap dan sumber modal untuk rolling ke media pengiklan berbayar lain pula.

Untuk menjadi IM, maka seribu satu cara pemasaran harus digunakan. seribu satu cara inilah yang memakan masa dan modal wang ringgit.

P/P/S: Sapa2x IM yang ada produk jualan di on9 best promosi di dapatwang. sambutan pelawat yang x join lagi makin bertambah hari demi hari, so peluang tuk at least diorang mai klik iklan produk kita adalah cerah sementara iklan tak panjang berjela2x riban lagi..

hehehe

P/P/PS: Pelawat yang mai tanpa sebarang action ini r penonton2x seperti penonton TV ye.. :-) Makin ramai y mai, maka leh branding produk sendiri dari iklan yang terpapar di dapatwang. :-)


Sekadar pendapat AJ yang mengkaji dan fokus dalam bidang Strategi Pemasaran dalam industri Program Affiliate.
merahkatak - 23 Jan 10 at 06:02:41
wah. panjangnya AJ buat penjelasan.. :D
Hajib - 30 Jan 10 at 07:54:11
kalau dah ada bukti payment tu.. tunjuk2 kan lah ye…..
rakan_niaga - 16 Feb 10 at 01:37:59
$$$$*JUTAWAN SMS*$$$$ Jana PENDAPATAN TETAP tanpa HENTI Dengan Bisnes Sms Reply. Hanya BerMODALkan RM 2O Sahaja SEKALI Seumur HIDUP Dan DAFTAR Melalui SMS.Untuk DAFTAR.(Sila Taip SMS-7469 Dan SMS KE O14-6O88 4O4).TUNGGU!!!Arahan Seterusnya Dari SERVER. .
rina - 16 Feb 10 at 10:41:17
ramainya yang dah join dapatwang. siap ada yang spamming lagi kat sini.. :D
dream catcher - 17 Feb 10 at 09:59:33
huhu..dah lama tak dengar cerita tentang dapatwang nih. masih ramai yang dapat duit dari program nih?
farahaznil - 17 Feb 10 at 20:01:18
haha..klik jgn xklik..spamming melayu tu..ahakz
steakman - 18 Feb 10 at 03:30:59
huhu..semakn popular program dapatwang nih.. :)
endra - 15 Mar 10 at 14:49:52
nak tau, apa beza myspacemoney dengan dapatwang? mana yg elok join?
amzar - 16 Mar 10 at 04:45:56
blog ni admin dapatwang punya.. pandai pandai
titan - 16 Mar 10 at 14:51:44
attadriftking - em..tak sunyi. Cuma aku busy sikit. So, tak dapat nak balas komen macam dulu. Tapi aku akan cuba. Setakat ni, aku masih tunggu komisen yang seterusnya capai nilai minimum. Susah sket sekarang la. Hehe..kena banyak bersabar..

mr eims. Benda-benda macam ni, aku join sebab nak buat ujikaji. Sebab orang kita nih suka main hentam kromo hentam program tanpa cuba terlebih dulu..

shah. Aku tak tahu cara yang ko buat. Kalau cara yang betul dan klik tu diterima, tak ada sebab untuk diorang tak bayar ko. Tapi kalau ko ada wat sesuatu yang pelik, no wonder diorang limit bilangan klik ko tu..

knightblogger. Ip luar dia bayar kita 0.01 sen. Ciput. Tapi lebih baik daripada klik kita tu takde sen langsung..

AJ. Bagi aku simple. Diorang ada produk, produk diorang memang berkualiti. Bukan bodoh-bodoh punya produk. Modus operandi pun terang-benderang. Sekarang punya plan, memang susah nak dieksploitasi. Kena pandai promosi, baru dapat hasil. Kalau takde promosi, jangan harap nak dapat duit. Benda ni sama dengan benda lain. Tanpa promosi..takde hasil..

merahkatak. Panjang. Bagus untuk dibaca. Hehe.. :)
titan - 16 Mar 10 at 15:00:13
Hajib. Aku dah share komisen yang aku dapat dari program dapatwang nih. Bolehlah rujuk dan cari nanti yek..

1. http://earncent.com/blog/2009/10/31/komisen-pertama-dari-dapatwang-com/
2. http://earncent.com/blog/2009/11/19/komisen-kedua-dari-dapatwang-com/
3. http://earncent.com/blog/2010/01/03/komisen-ketiga-dari-dapatwang-com/

pilihan bijak. Semakin rajin ko spamming ye…

rakan_niaga. Ni lagi sekor..

rina. BIasalah tu..post ni wanted untuk kata kunci “dapatwang”

dream catcher. Aku tak pasti. Kita tengok aku dapat tak untuk komisen keempat nanti..

farahaznil. Amboi, suka bukan main ye ko..

steakman. Yap. Popular sebab dibenci oleh ramai orang sekarang..

endra. Terpulang nak join yang mana satu. Aku lebih prefer dengan program Dapatwang.

amzar. Sila bagi bukti. boleh? :)
whizkid - 27 Mar 10 at 04:22:17
Program ni memang canggih! Kalau tak caya..sila check! Sophisticated!! So far, ini yang paling hebat - teknologi canggih. Semua pakai komputer, bukan manual. KLik kat website, find it out!
dapatwang.com - 27 Mar 10 at 04:27:56
Mula mula skeptical juga. Maklumlah. Tapi bila dah cuba..bersyukur! Dapat wang betul.

KLik kat website, find it out!
hyzek - 01 Apr 10 at 01:35:00
Ari ni dah 1 Apr Fool. Ada bukti bayaran terbaru ke titan?
Just Click DapatWang - 07 Apr 10 at 11:03:08
Erm aku da join program ni.. So far ok je.. Klo rajin promote link, bnyk la dpt commision kan… & Klo korang brjaya tarik org lain utk rgister bwh you all, lagi bnyk dpt, dlm rm20 - rm30 kot setiap new register.. Tp kena pndai la bab2 advrtising ni.. Gdluck ok..
rina - 08 Apr 10 at 05:57:12
benda nih, kalau sanggup..wat. kalau tak sanggup..tak yah ikut. Dah ikut, kalau tak dapat duit..jangan bising-bising plak kaat benda ni tak bayar..
sinar-harapan - 09 Apr 10 at 20:41:52
salam pada semua,
aku adalah salah seorang ahli dapatwang yang boleh dikatakan terawal join program ni. bukan nak memburuk-burukan bisnes org tapi ini pengalaman aku join program ni selama beberapa bulan, memang tak dinafikan memula dulu,program ni btul2 dapat pulangan modal. tapi sekarang susah nak dapat komisyen klik tu. ramai gak ahli2 yang berdaftar bawah aku komplen yg diorang ni susah nak dpt komisyen klik tersebut. aku sendiri pun mengalami nasib yg serupa. lagi satu, program ni tak bayar duit komisyen penuh. bayangkan.. komisyen rm500 tetapi cuma rm50 shj diberi. memang sakit hati jgk. skarang aku dah stop buat program dapatwang ni. aku dah tak sanggup ‘bersubahat’ mengajak org baru join program scam ni. pendek kata, join program dapatwang ni, seolah-olah BAGI INCOME KAT ADMIN. Pada semua, berfikir la 2,3,4,5,6 kali dulu sebelum join. aku tak nak korang semua menerima nasib yg srupa mcm ahli2 yg daftar bawah aku.
nak_tahu - 10 Apr 10 at 07:34:28
ada ke syarikat brain success solution daftar dengan ssm..kalau ada mana nombor syarikatnya.. :?:
pak_tua - 17 Apr 10 at 13:48:33
titan…aku ni lg blur… almaklum la bru je nk bljr wat blog…. aku nk tanya skt la…tp sori la klo slh tanya coz aku x tau lgsg mende2 cmni……

1. knp perlu beli produk sumer coz klo ada penjualn dh ibarat la mcm MLM (bg aku) coz objectif sbnr adalh jual prodk so melalui keuntungn jual prdk 2 la dibahagi skt2 kt ahli….

2. aku tercari2 gak website dapatwang ni.. blh bg aku add nye x?? n sape sbnrnya tuan empunya site ni??

3. tlg jgn bg cnth web2 lain coz aku ni xtau pape…tp aku rs la… knp nk kne byr utk join?? bkn ke system pay per click ni, klo lg bnyk registrtion lg byk admin untng mcm mudah.com, facebook…. dll (sori klo slp)
dorg xde charge pn untk regstration….

skali lg sori klo slp…tp tlg bg information skt coz aku mmg mnt mende2 cmni cuma aku perlu b’ht2. bkn kedekut tp even rm50 pn susu ank lps wooo….

mntk sdr titan tlg jwb kt email sy

mdir_merstag12@yahoo.com

thanks……
shah - 25 Apr 10 at 02:51:27
pd pengalaman aku..dapatwang xjujur, mereka xbayar penuh komisen aku.. :roll: :x
nuyin2u - 08 May 10 at 17:24:27
saya copy skit ayat - ayat entri cik titan ni utk promosi dapatwang saya, boleh tak ?
>>adminkuasa2 - 30 Jun 10 at 10:41:16
ishh3….jom masuk ke laman blog aku….ada yg lebih bagus….,walaupaun anda sedang tido…duit mencurah masuk,klik kat nama aku
Ayabizz - 16 Sep 10 at 17:55:49
Bagi saya.. Tak salah kita mencuba.. Lagipun modal pun kita bole pilih yg murah.. Btl tak ? :)
akazuma - 15 Dec 10 at 06:12:48
ok. ada update selanjutnya pasal dapatwang? boss, dah dapat komisen lagi ker???
AMZ - 27 Jun 11 at 13:54:37
SKANG WEB TU DAH XDE. AMPEH
titan - 27 Jun 11 at 17:53:20
Untuk perhatian, Dapatwang sudah tiada. Websitenya sudah hilang. Sudah scam. Jadi, sila abaikan program ini.

Harap maklum.
ainun - 29 Aug 11 at 19:21:28
ok…dia scam…biarkan



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011