Titan, Netkl dan Colon Cancer | EarnCent.com



Dalam 1-2 hari ni, rasanya beberapa hosting aku bermasalah. Kebanyakkanya adalah masalah akismet dan juga masalah htaccess. Aku sendiri tak tahu bagaimana file htaccess aku berevolusi samada disebabkan oleh aku sendiri atau anasir-anasir yang gagal aku dan pihak hosting ketahui. Tapi aku sangat berterima kasih kepada Netkl Network. Mereka memang betul-betul buat kerja dan tak mengular. Inilah antara syarikat hosting tempatan yang cukup aku respek kerana betul-betul hebat dari segi support terutamanya untuk aku yang agak jahil bab-bab teknikal hosting nih. Aku tau serba-sedikit, tetapi aku tidak tahu semua benda. Benda-benda basic sahaja yang aku tahu. Sebab tu aku masih suka dengan Netkl walaupun aku ada banyak hosting lain.Huhu..



Kini, aku rasa korang dah tak ada masalah untuk komen diblog ini macam biasa. Cuma satu masalah yang masih membelenggu aku adalah pemilihan untuk theme blog ini. Aku sudah melakukukan beberapa siri ujikaji untuk pemilihan theme blog ini dibeberapa blog aku yang lain, ada theme yang bagus, tetapi ramai yang dah pakai theme tu. Jadi, mungkin aku akan jeling-jeling di premium theme yang sesuai untuk blog aku. Beli pun, beli ajelah. Janji blog ni akan lebih cepat ketika loading dan tidak serabut. Aku akui banyak banner yang bersidai diblog aku dan mungkin juga aku akan buang sedikit-sedikit yang mana tak mendatangkan apa-apa lead atau sales. Tapi hampir 90% banner yang aku letak mendatangkan hasil. Takkan aku nak buang pulak. Tapi mungkin aku akan gunakan plugin yang sesuai untuk iklan diblog ini.

Aku juga merancang untuk beli satu hosting bersaiz besar dan mempunyai specs seperti unlimited add-on, unlimited space, unlimited mysql, unlimited bandwitch dan sebagainya. Sesuai untuk aku letakkan blog-blog aku dalam satu rumah dan mudah untuk aku control. Malah, mempunyai hosting yang besar yang berharga dalam lingkungan RM400-RM800 sebulan, mampu menghasilkan income yang lumayan jika kena caranya. Yup. Aku sudah tahu 3-4 cara untuk meningkatkan pendapatapatan 2-3 ganda dengan cara yang aku temui sendiri. Salah satunya adalah Cincai Blogging dan juga serpihan daripadanya adalah dengan terhasilnya Panduan TNX versi 2.0. Tentang Panduan TNX versi 2.0, sudah siap semuanya. Link download juga sudah aku siapkan. Apa-apa hal-hal teknikal juga sudah 70% selesai dan sekarang cuma tinggal web jualan sahaja. Aku sudah cari designer untuk uruskan hal itu. Jika siap cepat, aku akan lancar seperti yang aku usahakan iaitu sebelum masuk bulan November. Jika lambat, mungkin diawal bulan November. Harap-harap tidak ada apa-apa masalah yang berbangkit dalam tempoh waktu itu.

Kawan sekerja aku hairan. Apa yang aku buat dengan laptop aku sehingga diorang ajak makan pun sampai kena paksa aku untuk keluar makan. Diorang kata nanti aku kene colon cancer kalau tak makan. Gila apa. Takkan sampai kene colon cancer kot.Yelah, aku tak lapar lagi takkan nak gi kuar makan. Nanti aku ceritakan pada beliau kerana aku kesuntukan masa hari itu. Mungkin beliau juga sesuai untuk aku jadikan apperantice untuk projek TNX ini. Insya-Allah, akan ada satu forum private untuk semua pembeli Panduan TNX versi 2.0. Di sana nanti, kita akan bincang tentang TNX dengan lebih lanjut. Tapi maaf, hanya untuk pembeli sahaja.

Ps: Agak bengang hari ini. Ada budak perempuan cari gaduh dengan aku. Huh..







Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 23 comments. Apa plak komen korang?
pakteh - 21 Oct 09 at 02:26:59
netKL memang best..servis tip top..hidup netKL
titan - 21 Oct 09 at 02:29:12
amin. apahal ko nih..

pakteh. Yup. Sebab tu aku sokong guna Netkl. Setakat nih, cukup bagus. :)
merahkatak - 21 Oct 09 at 09:12:42
patutlah semacam aje aku komen. Sekali hilang plak.. :|
cyza - 21 Oct 09 at 14:37:27
aku tak sabar dapat ko punya TNX 2.0….please…copek lah keluarkan…
MatKool - 21 Oct 09 at 15:25:55
hahaha… mahu gaduh ke? lawan aje la siapa yang akan menang. tumbuk habis habisan biar sampai pengsan.

kejamkan aku…?

macam belasah digi dengan harga satu ringgit. kesiannya pompuan tu kena belasah oleh titan.
titan - 21 Oct 09 at 17:04:19
merahkatak. harap-harap dah ok sekarang. Korang takde masalah lagi kan? :\

cyza. Aku cuba secepat mungkin. Tengah edit sket bab-bab design nih..

MatKool. Tak mainlah gaduh tumbuk-tumbuk dengan perempuan. Apa kes sampai macam tu.. :)
Fazli - 21 Oct 09 at 22:05:00
netkl memang mempunyai support team yang bagus. bukan cakap kosong. saya banyak menggunakan servis netkl dan saya salut dengan servis netkl. jangan bengang2 titan. perempuan ni jgn dilayan kalo dia cari gaduh. kalau dia serang secara fizikal baru titan pertahankan diri. takat ckp dimulut semua orang boleh buat. hehehe…
titan - 22 Oct 09 at 00:53:14
yap. Team support dia memang best dan memang jujur. Harap mereka akan kekalkan momentum ini. Setakat ni, aku memang suka dengan service dari Netkl.

Hal perempuan tu. Biasalah, perempuan mana yang tak bergaduh dengan laki.. :D
akazuma - 22 Oct 09 at 03:00:34
huh..ni apahal kene mengena dengan kolon plak??

netkl? :D
kiro - 22 Oct 09 at 04:44:51
bagus gak kalau titan kene cancer colon. Biar dia dok diam sket. Kalau tak, busy aje memanjang. Hehe..
farahaznil - 22 Oct 09 at 17:19:04
so design kali ni ko temaph org ke buat sndiri titan??

ps - bdk prmpn tu bukan aku kan??hahaha..bdk tmpt keja ke titan??
titan - 22 Oct 09 at 18:06:54
akazuma. Haha, saje. Terfikir pasal colon. Jadi aku hentam ajelah..

kiro. Jangan masin mulut ko tu. Kang ada yang kene tampar pipi tuh.. :)

farah. Aah. Tempah. Dah siap. Tapi aku aje yang gatal dok suruh designer tu ubah sana sini. Haha..budak perempuan tu? Aah. Kat tempat kerja. Nasib dia comel. Haha..
farahaznil - 22 Oct 09 at 18:26:43
oh..brp dia amik??cis..ni aku jeles ni..bdk ni..potong line aku nmpknya..hahhaa :p
fauzi - 23 Oct 09 at 02:15:10
setakat ni netkl memang buat yg terbaik.. email service pn bagus… huhuh… anyway titan cepat la kuarkan v.20..
safar - 23 Oct 09 at 08:41:45
Kena cuba Netkl kalau bagus.apa yang penting membantu pelanggan dengan cepat.

Memang susah nak terang pada orang yang tak tahu.orang berniaga di internet.sentiasa sibuk.
Apeh - 23 Oct 09 at 15:47:36
Yeah … nnt ader forum plak.Kalo dpt bg update panduan TNX secepat mungkin pun cun gak.hehe :D … boleh terus apply.

“masa itu emas”
titan - 23 Oct 09 at 17:32:46
farahaznil. Apsal ko nak jeles plak..

fauzi. Insya-Allah. Secepat mungkin. Minisite baru aje siap. Thanks kepada ‘seseorang’ tu yang sudi buatkan minisite tu. Lawa. Macam tuannya. Hehe..

safar. setakat ini. Memang aku puas hati dengan Netkl. Servis memang tip top. Tanya apapun, depa jawab dengan elok.

Apeh. Insya-Allah akan ada forum. Aku create untuk memudahkan kita berbincang tentang tnx. :)
rina - 23 Oct 09 at 23:53:58
cepatlah bagi panduan tu. :D
hasbul - 24 Oct 09 at 11:27:18
wah,aku pun guna netkl skang
bygkan kol 3pagi aku nk tukar nameserver
dy angkt colling aku
mmg support habesh!
farahaznil - 24 Oct 09 at 14:01:17
komen aku tu ada 2 ayat sebenarnya…

1.brp dia amik?? - designer tu…
2.ni aku jeles ni..bdk ni..potong line aku nmpknya..hahhaa :p - bdk ofis tu..haha

msti ayat aku tu ko ingt aku jeles kat designer tu..hohhoo
titan - 24 Oct 09 at 18:44:52
rina. Sabar. Sabar..

hasbul. Ye ke. Baguslah. Teruskan guna Netkl sampai bila-bila..

farahaznil.

1. Harga? Rahsia beb..
2. la. Ko memang jeles kan? kan? haha..
misterfaiz - 25 Oct 09 at 19:32:05
salam
saya adalah pengguna hosting Netkl dan saya amat berpuas ati dengan servis mereka. dan dalam perancangan saya, saya ingin upgrade hosting saya ke hosting yang lebih besar.insyallah..
titan - 25 Oct 09 at 19:55:50
misterfaiz. Baguslah. Netkl memang best! :)


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------