Hari ini aku akan pulang semula ke Jerantut. Agak penat sebab hari Jumaat aku berjalan sampai ke malam dengan kawan-kawan. Hari Sabtu, aku ikut plan parents aku untuk menemani mereka bercuti 1 hari 1 malam di Bagan Lalang dan semalam, aku kena hantar adik perempuan aku ke Sentul. Fuhh, penat dan black saga aku tu tak berhenti daripada drive setiap hari. Fuhh..penat. Tapi malam tadi aku check, bayaran komisen TNX yang ke 36 dah masuk ke akaun paypal. Alhamdulillah..

Ini komisen pertama dalam bulan Oktober. Aku keluarkan dalam 30usd sebab aku nak bayar 10usd untuk yuran bulanan domain GDI aku, nak beli lagi 2 domain tambahan dan 1 hosting tambahan untuk program TNX. Hosting apa yang aku cuba untuk projek tnx aku itu? Nantikan Panduan TNX versi 2.0. Ada 1 hosting yang cukup sesuai untuk ujikaji korang nanti. Mungkin korang pun boleh cuba.



Dan eksperimen aku untuk TNX ni agak membuahkan hasil dan aku sudah nampak apa yang diperlukan untuk memastikan blog kita diindex dengan cepat. Rahsianya? Ada dalam panduan TNX versi 2.0. Benda ni aku tak cerita kat panduan TNX versi 1.0. Sebab aku kurang pasti tentang hal itu. Tapi bila aku perhatikan dalam tempoh 1-2 minggu ini, ternyata unjuran dan trik mudah tersebut memihak pada aku. Tak kusangka, ianya mudah sahaja. Tak hairanlah member aku dari Indonesia dan Filipina selamba badak aje sedut dalam 100-200usd daripada program TNX ni. Aku yakin, kita pun boleh capai tahap tu jika kena caranya.

Tentang web jualan. Aku dah ada web jualan yang aku tempah dulu. Dan aku sedang buat settingnya. Tapi jika aku rasa designnya tak kena dengan konsep yang nak, mungkin aku akan mintak orang lain untuk design web jualan tersebut. Aku juga sedang jeling mana-mana designer yang boleh buat design web jualan Panduan TNX versi 2.0 ni dengan harga bawah RM150 + dengan sistem affiliate. Memang murah, tapi aku nak tengok siapalah yang mampu buat kerja semurah ini. Kalau tak, aku sendiri buatlah. Bukan aku tak reti nak buat, cuma aku takde masa aje sekarang..

Siapa-siapa nak buat duit dengan TNX. Leh register sini: TNX

Selain Papadom, aku sempat juga tengok Surrogates. Bruce Wills jadi pelakon. Agak kecewa walaupun jalan ceritanya memang menarik. Takde orang jahat yang sangat jahat. Orang jahat dia sangat baik. Orang tua pulak tu. Ini memang cerita orang tua lawan orang tua. Memang tak best. Apa nak buat, aku dah bayar Rm10 kat budak jual tiket kat Alamanda tu. Layankan aje. Dah la sejuk bangat malam tu. Depa pasang aircorn level berapa agaknya..







Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 21 comments. Apa plak komen korang?
akazuma - 19 Oct 09 at 01:20:16
tahniah. Pagi-pagi, dah cerita pasal duit..
samdaddycool - 19 Oct 09 at 02:39:07
Aku baru nak check dah ada akaun dengan TNX ke belum, tapi system dia problem (tak ingat dah register ke lom)..

Surrogates tak best ke? Aku baru nak gi tengok, pasal ko kata tak best, nanti aku gi tgk papadom je la..
safar - 19 Oct 09 at 03:26:59
Nak beli panduan TNX melalui dalam talian ( online ) takut katalaluan kena curi.maklumlah antivirus tarikh sudah luput.kena tunggu masa untuk membuat pembayaran ikut cara lama.bukan beratur panjang.mesin ATM.

Nanti titan aku beli panduan tu dekat hang.kalau harga naik pun.benda ilmu dan menjana pendapatan.tak rugi kot.

Blog selangor2u ada buat reviu filem Surrogates ni.mulanya rasa nak tengok.lepas beberapa hari terus tak jadi.cerita orang putih buat apa nak tengok.torrent kan ada.hehehehe..

Filem aflin lagi baguslah.lawak bodoh pun nampak kreatif.
Apeh - 19 Oct 09 at 05:51:30
Wah … duit TNX.xsabar nak dpt update version 2.0 …hehe.Baru up 2 blog.blom buat apa2 lg .. just masuk’kan content jew.
titan - 19 Oct 09 at 09:13:59
akazuma. Habih, nak cerita pasal apa? Hehe..

samdaddycool. Aku rasa ko ada register under aku kalau tak silap. Cuba tengok dulu. Surrogates best bagi aku. Idea dia best. Cuma jalan cerita aku rasa cam tak best aje. Tapi kalau papadom, aku bagi 9 daripada 10..

safar. Pakai aje mozilla. Insya-Allah tak kena curi. Clear cookies dan history sebelum dan selepas buat transaksi. Aku tiap-tiap hari clear cookies dan history. Kalau rajin nak buat bayaran guna ATM, takde masalah. Just bagitau aje nanti..

Apeh. Ko up dulu blog-blog tu. Dah cukup content dan apa yang sepatutnya, ko leh gi step seterusnya. Dan panduan TNX 2.0 akan bantu ko dengan lebih baik lagi. Tapi apa-apa hal, kalau tak faham, ko tanya aku aje by email atau sms..
mazuki blog - 19 Oct 09 at 11:46:25
agak2 kan 100-200 tuh berapa page rank diorang ni…

tak sabar nak menunggu versi ke 2 ko..huhu

tapi biar lambar janji mantap
titan - 19 Oct 09 at 12:21:35
aku tak pasti. Sebab biasanya diorang tak share dengan kita blog diorang. Jadi, aku tak dapat detect blog diorang.

Versi ke 2 ni versi pelengkap. Insya-Allah akan membantu. Yang pasti, aku rasa aku dapat detect mengapa sebelum ni blog kita sukar untuk diindex dan sekaligus menyukarkan kita untuk menjual link.

Aku harap benda ni dapat bantu korang buat duit dengan TNX. Tak dapat ribu-ribu pun takpe, janji dapat 10-50 dollar sebulan pun dah kira bagus apa..
ishak hasimi - 19 Oct 09 at 13:33:40
ingin nak join nie,tapi sekarang tengah bereksprimen bagaimana nak promote produk dari clickbank…belum tahu lagi orang baru..biasalah…
MatKool - 19 Oct 09 at 18:30:12
memang kool kalo boleh index dengan cepat sekali semuanya dengan content yang ada.
farahaznil - 19 Oct 09 at 19:33:12
hmm..produk tnx kali ni aku terasa hangat sikit..adakah sbb titan dah lama mendiam kan diri tiba2 keluar dgn produk br?hahhaa..terasa tertarik plak nak membeli produk ko kali ni titan..

p/s - xde apa2 bonus blackhat lg ke dlm bisnes kali ni??ekekeke..gurau aaa..tp..klu ada apa salahnya..hahhaa
merahkatak - 19 Oct 09 at 21:49:54
huhu..tunggu gak panduan 2.0 tu. Mesti lagi best nih. :)
animeboon - 20 Oct 09 at 11:31:18
em..boleh buat duit dr tnx nih. yakin boleh. hehe..
taukey - 20 Oct 09 at 11:52:27
hehehehe. byk ko dapat dari TNX skang erk titan.

hrp makin maju lagi
titan - 20 Oct 09 at 13:06:15
Ishak hasimi. Tak apa. Buat mana yang ko suka dulu. Tak perlu tergesa-gesa.

MatKool. Memang kool. Dah join TNX ke belum nih??

farah. Bonus? Bonus dah aku bagi dalam panduan tnx 1.0. Panduan tnx 2.0 versi pelengkap sahaja.

merahkatak. Harap-harap begitu. Janji ianya akan membantu.

animeboon. Yakin. :)

taukey. Banyak tu takdelah. Tapi lebih baik daripada tak dapat satu sen langsung. Kan? kan? Janji tiap-tiap bulan dapat..
GM - 21 Oct 09 at 14:19:50
Den try letak balik kod tnx ni. Harap2 lepas tu keyword lain. Mintak2 la takde link yang tak elok keluar lagi..
titan - 21 Oct 09 at 17:08:44
GM. Biasanya takde link yang tak elok keluar. Sangat jarang. Pilihlah category yang sesuai. Jarang category business keluar iklan pelik-pelik.. :)
samdaddycool - 22 Oct 09 at 07:42:58
aahhh.. betul-betul.. aku ada dah akaun dia, cuma selama ni daftar dan buat bodo.. takde follow up. Sekarang aku dah nampak jalan untuk blogging ni.. thanks titan.
GM - 22 Oct 09 at 14:53:45
Bukan dia auto pilih keyword dari blog tu ke.. :D

Sebab, den ada kena hari tu. Semua link lucah je.. terus den remove kod tu..
titan - 22 Oct 09 at 18:10:48
samdaddycool. Ada. Sebab tu aku pelik ko kata macam ko tak join lagi. Takpe, janji ko dah nampak sekarang benda nih. Tak faham ko beli aje panduan tuh. Haha..

GM. Memang dia jual link tu auto. Tapi kita boleh control penjualan link tu. Kalau ada link yang tak best tu, kita boleh delete. Tapi aku tak pernah lagi semua link tu link lucah. Kalau 3-4 link tu, pernah la. Aku delete aje iklan tu. Habis cerita. Tapi sekarang, jarang gila aku jumpa jenis iklan macam tu. Dulu memang ada, tapi sekarang, jarang-jarang..
farahaznil - 22 Oct 09 at 18:22:30
jap..aku tak paham suda..apa yg link lucah ni?huhuh
titan - 23 Oct 09 at 17:51:32
farah. Budak kecik memang tak faham. Nak faham, kena beli dulu panduan ni.

Tidakpun, baca semua perkataan-perkataan english kat website tnx tu. Tidakpun lagi..baca semua artikel yang ada dalam blog ni. Pastu hapalkan. Boleh cik farah kita nih? Hehe.. :D


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------