Maaf sebab tak menulis apa-apa walaupun aku pulang bercuti ke Banting sempena cuti Deepavali ini. Mungkin kerana aku agak sibuk sedikit dengan urusah keluarga dan beberapa urusan lain yang perlu aku dahulukan. Namun aku sempat juga menonton wayang Papadom. Aku rasa ramai antara korang yang dah tengok cerita Papadom. Aku bawa kawan. Dia kata tak best cerita melayu ni. Tapi aku tetap nak tengok cerita Papadom ni. Dan akhirnya beliau bersetuju dengan muka masam. Lantaklah, aku nak tengok juga cerita Adflin Shauki ni sebab memang aku minat semua filem dan drama yang dia arahkan atau yang dia berlakon. Sebab bagi aku, jalan cerita dia agak menarik. Siap ada boria lagi tu diawal dan akhir filem ni..

Aku tak sempat tengok Setem. Tapi aku sempat tengok filem Papadom. Bagi aku, Papadom ada kekuatan yang tersendiri dan mungkin filem ini terbaik yang aku pernah tengok. Tapi mana tahu, Setem pun best jugak. Nanti aku cari kawan-kawan aku yang ada beli DVD setem ni. Pendek cerita, Papadom mengisahkan tentang seorang bapak yang overprotective terhadap anaknya. Si bapak bernama Saadom dan anaknya bernama Miasara. Lakonan Adflin sebagai Saadom memang best. Liyana Jasmay pun not bad. Lakonan Farid kamil juga cukup berkesan. Dan lakonan Scha al-Yahya pun mengancam dan memang buat aku benci dia dalam cerita ini. Mengada-ngada tak kira tempat. Paling tak ingat, bila dia kene hentam sendiri dengan team tukang sorak dia. Dan lakonan Que Haidar memang antara yang terbaik dalam filem Papadom ini. Memang nerd, haprak, gaban, besh dan macam-macam lagi. Nampak hidup gila watak si Mat ni. Memang wajib tayang betul..
Cuma aku rasa yang tak best adalah starting cerita Papadom ni. Agak slow bagi aku. Panggung pun senyap. Dalam 3-5 minit, masih tak ramai yang mula gelak. Tapi lepas sahaja si Dom cuak bila isteri dia nak mengandung, masa itu bermulanya gelak ketawa di panggung wayang tanpa henti. Sejujurnya, setiap 3-4 minit ,pasti kami agak gelak sakan. Memang banyak betul double meaning dan triple meaning dalam filem ini dan aku tak sangka ramai betul yang faham. Nampaknya penonton negara kita memang berfikiran matang dan cepat tangkap apa yang cuba disampaikan dalam filem yang bersifat kebapaan ini.
Overall, semua best walaupun permulaannya agak kurang bagi aku. Sisipan terakhi bila si Mat(lakonan Que Haidar) meluahkan perasaan terhadap Miasara(lakonan Liyana Jasmay), memang satu panggung gelak tak henti-henti. Bagi sesiapa yang dah pergi tengok cerita Papadom, mesti korang faham double triple meaning yang aku cuba maksudnya. Semua orang dewasa faham, tapi budak-budak sebelah aku buat muka poyo aje sebab tak faham kenapa satu panggung dok gelak sakan. Takpe budak-budak, korang kecik lagi. Tak faham.
Tapi banyak gak pengajaran yang kita dapat dari sini. Sayangi orang kita sementara dia masih ada. Sayangi orang tersayang sementara dia masih ada disisi kita. Bila dah kena tinggal, baru nak ingat. Kan dah jadi macam si Saadom ni. Baru ingat salah sendiri. Itulah, sibuk buat papadom dengan nasi kandar aje..
Ps: Teringin nak makan nasi kandar..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat duit dengan BlackHat | Komisen ke 36 dari TNX »
















anyway aku rasa Afdlin Shauki ni briliant dlm buat filem… bnyak filem dia best2.. cma aku je x smpat nk g tgok… tgu astro je r…
ni kena p tengok ni
1. Sebab menang 5 award
2. Sebab review ko menguatkan naluri aku untuk pergi beli tiket malam ni!
safar. Sibuk dengan sape nih..
fauzi. Cerita dia memang lain sket. Lawa dia pun kita leh terima walaupun sama aje. Haha..
mazuki. Siapa si dia tu? Hehe..
akazuma. Memang kene tengok pun..
samdaddycool. Haa..gi beli cepat.
jadi titan bukan penipu la…hahaha
animeboon. Takpe. Jimat duit..