Hari ahad memang penuh dengan tanda tanya. Rasanya pasti korang memiliki hari Ahad yang indah, hari Ahad yang mengecewakan atau hari Ahad yang menghairahkan. Jadi, penuhkan hari itu dengan penuh kasing sayang. Hape aku merepek pagi-pagi buta ni. Hehe..

Sejujurnya, hari ahad ni memang hari cuti bagi aku sejak zaman aku sekolah sehinggalah zaman bekerja. Tak sangka sudah bekerja aku rupanya. Jika dulu, hari minggu macam ini, aku akan berlari ke padang dengan membawa 10 biji guli dan akan pulang setelah dapat 100 guli hasil setelah bermain dengan kawan-kawan. Boleh katakan aku agak champion masa main guli di Banting ni. Sebut aje nama aku, diorang tahu aku terer main apa. Selain main guli, main rounders dan bola sepak. Memang champion jugaklah. Walaupun mungkin tak macam Ronaldo, tapi sekurang-kurangnya aku score gol sebijik dan assist gol-gol member yang lain. Tapi tak dapat wakil sekolah sebab yang main jadi striker dan mid-filder terlalu ramai. Maklumlah, masa sekolah dulu aku kecil sangat. Cikgu pun tak percaya. Tapi bila main under rumah sukan, terkejut beruk jurulatih sekolah sebab aku score kalahkan team rumah sukan yang memang tak pernah kalah dalam bola sepak. Tu la, tanak ambil aku lagi untuk wakil sekolah. Padan muka Sri Langat. Tapi aku tetap wakil sekolah dalam badminton. Jadilah, impian aku untuk wakil sekolah pada darjah 6 tercapai. Seronok bukan main masa tu. hoho..

Tapi sekarang, bila sudah bekerja. Aku dah tak bawa 10 biji guli aku tu. Dah tak dapat nak main bola sepak lagi. Sebab member-member kat Jerantut semuanya kaki bangku walaupun sanggup bangun pagi tengok Astro untuk sokong Arsenal dengan MU. Cis. Ada kaki, main bola la wehh. Apapun, kami cuma mampu main badminton aje sebab majoriti kat tempat kita orang semua rajin main badminton. Fuuhhh, antara sukan yang mahal selepas Golf, Tenis dan Bowling. Tapi sekarang dah tak banyak masa nak main sebab masing-masing sibuk dan kerja memang menimbun. Kena plak aku masih dalam peringkat akhir untuk menyiapkan Panduan TNX versi 2.0 sebelum bulan November menjelma. Doakan aku agar aku sempat siapkan ebook ini. Sebenarnya dah siap. Tapi tangan ni gatal nak tulis lagi macam-macam. Aku rasa panduan kali ni lebih tebal berbanding versi 1.0. Untunglah korang bila aku dah sanggup tulis macam-macam. Tapi kenalah dengan harganya, RM47. Paling mahal selepas Panduan Ebook RajaPayloadz. Ini e-book Premium keempat selepas kewujudan Panduan Rajapayloadz, Panduan Shareasale dan Panduan VCC. Yup, keempat-empat panduan inilah yang memberikan aku pulangan sejak 2 tahun ini. Alhamdulillah. Banyak sales dan aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Kerja memang banyak. Jadi, aku curi sedikit masa untuk siapkan panduan tnx ini. Huhu!

Aku harap dunia blogging ni tak menganggu kerja aku. Boss aku pun tahu apa yang aku buat. Boss kedua dan ketiga pun dah tahu. Kadang-kadang depa tanya juga pasal blog nih. Ada akak tu suruh aku buat blog percuma dan macam-macam gak depa suruh. Kekadang, bagus juga boss tahu apa yang kita buat. Sekurang-kurangnya takdelah kita mengular main Facebook atau Friendster aje. Kalau korang nak tahu, Boss tahu apa yang kita buat. Dia tahu kita mengular. Tapi dia juga tahu yang kita boleh buat kerja. Jadi, nak ambil kesempatan. Ambil kesempatana betul-betul. Cuma bila waktu buat kerja, kita laksanakan dengan sebaik-baiknya. Buktikan bahawa kerja kita memang kita buat bersungguh-sungguh. Sungguh, aku tak mengular. Cuma aku suka luangkan masa kosong aku itu dengan menulis blog. Itu lebih baik daripada aku mengisap ganja atau merogol orang.

Ps: Ada kawan. Dia eksiden semalam. Itulah, aku suruh ambil lesen. Kalau dah ada lesen, tak payahlah dok menumpang kereta orang aje. Bawa sendiri akan rasa lebih selamat. Sudahlah naik kancil. Remuk depan belakang. Nasib tak jadi apa-apa. Kalau tak, kurang lagi seorang teman untuk bergaduh nanti. Huh..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 23 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 11 Oct 09 at 23:30:23
berani lawan guli dengan aku la wehh..
farahaznil - 12 Oct 09 at 02:37:59
ahhaa..ok la dpt bos yg paham..aku dulu time keja..ada staff janda jeles plak dgn aku..aku kerani je dulu..dan kat pc aku je leh dpt online internet kat dlm ofis tu!!!ahhaa..padan muka yg lain..manager aku poyo je lebih..tp bangang jg..tak reti nak psng internet kat pc sndr..pastu janda tua kerepot nak mapus yang tak lawa tu suruh aku buat keja akaun dia plak..ngadu kat bos bukan2 aku tak nak buat keja
mazuki blog - 12 Oct 09 at 05:01:01
titan kalau dalam ebook tnx versi 2.0 ko leh masukkan cari nak naikan pagerank atau cara kita nak beli domain ber pagerank terus aku rasa lagi berbaloi2…

sebab kebanyakan orang gagal buat mnde2 camni sebab tak tau cara nak naikan page rank itu sendiri
Kobot - 12 Oct 09 at 05:29:19
Main guli adalah hobi aku time kecik2 dulu. main ngan kawan, sepa kalah guli dia kena ambik hehe.. rindu pula time tu..
Zulkifli Nanyan - 12 Oct 09 at 06:40:51
Uiizz.. Untung Titan Ada Banyak Boss, Siap Boss Kedua & Ketiga lg.. Huhu.. Syok Arr Time Raya, Mesti Dapat 3 Angpow dari 3 Boss Serentak. Org Len Ada 1 Boss Jr.. Tu Pun Nk Kena Wat Muka Kesian Baru Dapat.. Heh :)
animeboon - 12 Oct 09 at 07:29:14
Best la bro. Dapat boss yang mesra alam macam tu.. :)
titan - 12 Oct 09 at 08:07:23
merahkatak. Berani. Ko datang jerantutlah. Bawa guli ko sekali. Haha..

farahaznil. Janda tu jeles dengan kecomelan ko agaknya. Hhoho!

mazuki. Insya-Allah. Tapi bab pagerank nih bukan ditangan aku. Semua ditangan pakcik google. Kita takde kuasa dalam hal tu. Aku cuma boleh bagi tips-tips aje berdasarkan pengalaman aku..

kobot. memang rindu. Tu lom main wau, layang-layang, gasing, teng-teng, galah panjang. Wuuu, rindu..

zulkifli Nanyan. Ko ni adek zamri nanyan ke?? Banyak bos. Biasalah. Bagi aku ada bos ni bagus juga. Membuatkan aku lebih mahu bekerja..

animeboon. Aah. Cukup mesra alam.. :D
XploR - 12 Oct 09 at 16:04:40
Biler ko criter psl main guli, teringat plak zaman aku main lawan lastik getah. Biler ko criter psl bola, teringat cikgu skola rndah bebel kat aku, nak tackle x bleh main redah. Bla Bla Bla. Pot Pet. Aku merajuk. Last2 sampai ke sudah aku tak pandai main bola. Kah3
Fazli - 12 Oct 09 at 19:17:04
lepas ni boleh buat satu lagi panduan. panduan main guli. mesti ramai nak beli dari titan memandangkan titan pun ada reputasi di banting. hahaha…
samdaddycool - 12 Oct 09 at 20:35:56
Betul tu, aku sokong.. tulis blog lebih baik daripada isap ganja dan……
rina - 12 Oct 09 at 22:30:37
itu semua mainan budak-budak laki. orang pempuan tak main semua tu. hehe :)
cyza - 12 Oct 09 at 23:22:59
aku tunggu ko bagi versi 2.0.
aku register itu hari tapi taklepas, invitation code ko bagi tu tak boleh nak pakai…
Zulkifli Nanyan - 13 Oct 09 at 00:23:26
@ Titan.. Hmmm.. Gua adik beradik Zamri Nanyan Keluarga Sepusat Sepusing.. Bapak Lain-Lain.. Mak Asing-Asing.. Kebetulan.. Nama Bapak Sama Dalam I/C.. :)
titan - 13 Oct 09 at 02:00:05
Xplor. Haha..memang sah ko kaki bangku nih. Tapi tak kaki bangku edisi guli..

Fazli. Panduan main guli. Itu sukar untuk diajar. Kene ada bloodline tu. Baru leh terer main guli..

samdaddycool. Isap ganja dan??

rina. Pempuan main masak-masak atau main kawen-kawen ajela..

cyza. Ko register pakai link referrals aku. Try click kat link ni : http://www.tnx.net/?p=119592567

Invitation code tu mungkin dah tak berkesan. Klik pakai link aku tu, nanti memang automatic dapat invitation code tu. (Atau leh pakai invitation code ni: eaba9aa3)

zulkifli nanyan. Haha..macam itu ka.. :)
safar - 13 Oct 09 at 02:43:05
Dulu 10 biji guli.balik bawa 100 biji guli.sekarang sudah besar berblog dari kosong sehingga dapat duit.teringat zaman kecil dahulu.
merahkatak - 15 Oct 09 at 04:33:13
sekarang nak dapat 100 biji guli, tak yah lawan main guli. Beli aje kat kedai. Murah..

dulu. Nak mintak ayah beli guli pun tak beranih. Tu yg gi lawan main guli..baru ada peluang nak dapat lebih guli..
titan - 19 Oct 09 at 08:40:00
safar. hehe..biasalah tu. Semangat tak nak kalah tu tinggi.. :)

merahkatak. Aah. Nak guli, beli aje kat kedai. Lagi murah apa. Tak yah penat-penat lawan main guli..
farahaznil - 19 Oct 09 at 19:41:11
aku tgk org main guli aje..main xpenah..huhuh..kesian aku..
amin - 20 Oct 09 at 15:44:04
Dulu 10 biji guli.balik bawa 100 biji guli.sekarang sudah besar berblog dari kosong sehingga dapat duit.teringat zaman kecil daDulu 10 biji guli.balik bawa 100 biji guli.sekarang sudah besar berblog dari kosong sehingga dapat duit.teringat zaman kecil da
amin - 20 Oct 09 at 15:45:09
dapat duit.teringat zaman kecil ddapat duit.teringat zaman kecil ddapat duit.teringat zaman kecil d
amin - 20 Oct 09 at 15:45:50
tahu apa yang kita buat. Sekurang-kurangnya takdelah kita mengular main Facebook atau Friendster aje. Kalau korang nak tahu, Boss tahu apa yang kita buat. Dia tahu kita mengular. Tapi dia juga tahu yang kita boleh buat kerja. Jadi, nak ambil kesempatan. Ambil kesempatana betul-betul. Cuma bila waktu buat kerja, kita laksanakan dengan seb
farahaznil - 27 Aug 11 at 00:34:17
erk…ni keja ko sblm jd cikgu ke??ke ko mmg dah jd cikgu time ni?
ainun - 29 Aug 11 at 19:27:18
dapat duit…best2…time kecik ke besar ke…semua best



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011