Hari ini hari aku tak bekerja. Kalau bos panggil aku pergi kerja pun, aku tak nak pergi. Aku off HP aku hari ini. Padan muka korang tak dapat cari aku. Malam nanti baru aku ON balik. Biarlah. Urgent ke apa ke. Aku reda. Aku nak berehat dan memalaskan diri hari ini. Penat sangat dalam 1 minggu nih..

Ok. Kembali ke tajuk utama. 4 sebab mengapa korang GAGAL dalam Program TNX. Aku malas tulis banyak-banyak sebab atau faktor yang menyebabkan korang gagal dengan program ni. Aku beritahu melalui pengamatan, ujikaji yang dijalankan, pengalaman dan apa yang aku lihat. Tak dinafikan, ada yang berjaya dengan hebat dan tak kurang juga yang gagal dengan TNX.

Sebab Pertama:

Korang tak register program TNX. Tapi claim yang program ni membuang masa korang. Program ni tak dapat buat duit. Hanya orang-orang yang pandai sahaja boleh buat duit. Hanya orang yang ada blog sahaja boleh buat duit. Hanya orang yang tahu cpanel, domain dan hosting sahaja yang boleh buat duit. Dan pelbagai alasan lapok lagi. Hey..jika benda asas ini korang tak tahu, ini bermakna korang kena belajar dulu. Aku juga belajar dari A. Selepas itu B. Dan C. Kemudian D, E, F, G..dan hujung sekali Z. Takkan korang nak aku ajar cara shortcut dari A ke Z? Itu bengong namanya. Takde jalan singkat untuk berjaya. Jadi, belajar perlahan-lahan. Step pertama, daftar dulu program TNX.  Kemudian, belajar. Insya-Allah, korang akan dapat tune dan trik untuk berjaya dalam program TNX.

Sebab Kedua:

Tak pandai bahasa english. Atau dalam erti kata lain tak pandai menulis artikel dalam bahasa english dan juga tak faham maksud bahasa english. Baik. Aku faham sangat masalah korang tu. Sebabnya, itupun masalah terbesar aku juga. Tapi itu cerita 6 tahun lepas. Dulu, korang leh kata aku bodoh dalam mata pelajaran english. Aku tak nafikan dan even ada cikgu english kata aku ni bodoh. Aku tetap bersabar sebab aku yakin aku tak bodoh. Cikgu tu yang bodoh. Sesuka hati kata anak orang bodoh. Tapi dunia blogging dan program TNX memerlukan penguasaan english yang minima. Jadi, mahu tak mahu, aku kena belajar bahasa english dan sekarang banyak website menawarkan translation dalam bahasa english. Jadi, aku tak rasa susah dan korang pun tak patut rasa susah. Internet dah memudahkan kerja kita..

Jika naruto yang dari dulu tak boleh buat jutsu “Henge” dengan baik. Tapi sekarang, dia takde masalah nak buat Tajuu Kagebunshin No Jutsu”. Siap beratus kagebunshin dia boleh buat walhal justu itulah yang paling dia bebal sekali. Siap gagal dalam akademi lagi tu. Kalau Naruto boleh. Titan pun boleh. Aku pun boleh. Korang pun boleh. Jadikan kelemahan itu sebagai kekuatan korang.

Sebab Ketiga:

Baca, Belajar dan fahamkan. Dalam erti kata lain dalami segala ilmu yang berkaitan dengan TNX. Jika tak faham apa yang depa tulis kat website rasmi TNX. Baca kat bahagian forum TNX diorang. Jika tak faham lagi, baca artikel-artikel yang berkaitan dengan TNX. Cuma perlu search kat Google dan Yahoo search engine dan korang akan nampak banyak artikel berkaitan dengan TNX termasuklah artikel aku. Baca dan fahamkan.  Kelemahan orang melayu ialah malas membaca. Kalau dah malas nak membaca, apatah lagi nak belajar. Kalau tak belajar, macam mana nak faham. Itu pun mudah, bukan? Yang sengal sangat nak faham TNX ni, kenapa? Belajarlah beb. Baca sikit-sikit. Kalau tak faham atau tak tahu. Tanya. Tanya pada mereka yang tahu. Kalau kene bayar sekalipun untuk dapat ilmu tu. Aku tak rasa itu satu kesalahan atau bebanan. Aku sendiri membayar untuk tahu banyak benda termasuklah program TNX. Lihat, sudah lebih 35 kali aku dapat payment dari program TNX. Korang bila lagi? Jadi, mula membaca sekarang!

Sebab Keempat:

Ambil tindakan. Orang kita memang balas nak laksanakan sesuatu tindakan. Take action. Ok. Korang dah counter 3 perkara yang buat korang gagal dalam TNX, bukan? Step ke 4 adalah take action. Dah baca, dah study, dah tanya titan, dah beli Panduan TNX versi 2.0, dah daftar TNX dan macam-macam lagi. Jadi, take action. Create blog, masukkan code tnx dan jangan lupa tentang rule dan term. Jangan langgar peraturan dan play safe. Pastikan semuanya dibawah radar atau satelit.  Selalunya, part ni yang ramai orang kecundang. Sebab tu lah agaknya diorang tinggalkan TNX. Yelah, dah buat macam-macam. Tapi hasil pun tak ada..

Tahukah korang, aku sendiri ambil masa yang lama untuk mendapat income pertama dari TNX? Aku sendiri tidak percaya yang aku sudah setahun bersama TNX dan berjaya mendapat bayaran sebanyak 35 kali dari program ini tanpa masalah. Bukan senang tu. Malah, tak ramai orang yang berjaya buat duit dengan TNX. Mungkin depa fikir income dari program ini sangat ciput. Hey, 10-50 dollar. Sikit ke tu? Tahu tak kat Africa berapa income bulanan diorang? Tahu tak dengan 50 dollar tu, kita boleh beli berapa kampit beras dan berapa kali kita boleh masa bubur nasi? Ya, aku tahu. Korang fikir sikit. Kalau sikit, tak apalah. Memang ditakdirkan bahawa program TNX memang tak layak untuk korang. Layak untuk kami-kami yang poyo ni aje. Biarlah income sikit, tapi berterusan.

Ps: Banyak lagi sebab atau faktor kegagalan dalam TNX. Tapi cukuplah aku tulis 4 sebab utama yang aku sendiri lakukan dulu. Lain kali aku cerita lagi. Mungkin korang boleh dapatkan Panduan TNX versi 1.0 dulu untuk ketahuinya dengan lebih lanjut. Panduan TNX versi 2.0 akan keluar tak lama lagi. Versi Pelengkap. Aku harap kedua-dua panduan itu membantu korang. Insya-Allah..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 23 comments. Apa plak komen korang?
akazuma - 10 Oct 09 at 11:01:17
Malas, tak pandai bahasa english, tak join program TNX..take action. Hehe..patutlah ramai yang gagal..
mazuki blog - 10 Oct 09 at 19:16:33
dulu masa aku buat blog selangorsu aku belajar dari a to z…tapi sekarang aku rasa mcam aku lupa dah apa yang aku buat dulu….hahahhaa
rina - 11 Oct 09 at 01:42:37
betul. lepas A, B..bukan Q.. HHeheh :D
Zulkifli Nanyan - 11 Oct 09 at 01:48:23
Ni dah kira bagus la ni.. “tips kejayaan” berdasarkan pengalaman. Huh… Titan.. bab bagi contoh kejayaan Naruto tu yang tak tahan… hehe :) bab aku pun minat..
safar - 11 Oct 09 at 02:04:16
semua orang belajar dari bawah.mana ada orang terus pandai.

Bahasa enggeris tu bagi aku tiada masalah.sudah banyak khidmat terjemah bahasa sekarang.tak jumpa cari dekat mudah.my mesti mudah.
takut kena tipu bayaran mahal.ni alasan kita.suruh budak sekolah terjemahkan.bayaran lebih murah.hehehehe………….
farahaznil - 11 Oct 09 at 13:55:23
post pedas..macam nak makan org..hi hi hi..tp tak salah kalau nak sedarkan org yg nak belajar tnx dgn post2 ko yg membara mcm ni..huhhuu..wlu apa2 pun tahniah sbb dpt payment berterusan dr tnx..klu mata org xnak buka lg kat ko..pg lantak dorang la..huhuhuhuhuh..rapik suda
merahkatak - 11 Oct 09 at 15:29:15
pedas plak post ko ek. Hari-hari ko makan sambal belacan ke.. :)
titan - 11 Oct 09 at 21:46:27
akazuma. Memang ramai yang gagal dalam tnx. Itu tidak aku nafikan. Tapi itu tak bermakna mereka gagal selamanya..

mazuki. Takpe. Hang dah pandai tulis artikel dan blog. :)

rina. Hehe..tau takpe. :D

Zulkifli Nanyan. Naruto tu contoh paling ketara. Nak bagi contoh lain, macam tak best plak. Yehh. Hidup Tajuu kagebunshin No Jutsu!
titan - 11 Oct 09 at 21:49:07
safar. Budak sekolah sekarang, blog pun tak tahu. Yang tahu segelintir aje. Tapi sekarang pendedahan dah banyak berbanding masa aku sekolah dulu. Beruntung betol budak-budak zaman sekarang. Huhu..

merahkatak. Kalau hari-hari aku makan sambal belacan. Ohh..nikmatnya..ohh..dunia..

farahaznil. Tak sedap makan orang. Dah kawin nanti baru makan puas-puas. Saje je buat boast macam nih. Serampang dua mata. Satu untuk promosi panduan tnx. Satu lagi nak ajak orang join tnx.

Ps: Alhamdulillah. 2 sales dapat semalam. :)
merahkatak - 11 Oct 09 at 23:32:26
hehe. betul. Nikmat dunia.. :D
titan - 12 Oct 09 at 08:09:05
Merahkatak. Suka betul ko yek. Haha..dunia ingat juga. Akhirat jangan dilupa..
rakanblog - 13 Oct 09 at 04:56:31
wah..tahniah kat titan sebab makin lama makin maju.
aku pun masih lagi maintain dengan tnx.
tak susah pun nak buat blog yang diterima tnx ni..hehe
xmizanx - 13 Oct 09 at 10:45:01
tindakan yang bagus…
MatKool - 13 Oct 09 at 16:03:15
lepas A, BBQ ler jadinya. sodap betul dapat income dari TNX.
akazuma - 14 Oct 09 at 05:11:00
bukan takat BBQ aje. Pizza, kfc, sate, ayam percik..sambal belacan. Semua pun boleh. Haha..
MatKool - 14 Oct 09 at 18:45:16
bleh borong semuanya dengan suka hati.
merahkatak - 15 Oct 09 at 02:28:01
haha..borong la plak.. :D
titan - 15 Oct 09 at 16:44:52
rakanblog. Tahniah. Showoff sket earning ko dari tnx. Tak susah kalau dah tahu. Tapi memang super susah bila dah tahu..

xmizanx. yup. bergantung pada tindakan seseorang. :)

MatKool. Sedap. kalau kene caranya. Memang leh makan sedap-sedap lepas tu..

akazuma. Macam-macam pun boleh. Janji kita follow dia punya flow..

Matkool. Borong apa?

merahkatak. Haa..korang nak borong apa pulak nih..
kicky - 17 Oct 09 at 02:04:32
nampak macam best aje tnx ni bro..lama dah tu ko buat rupanya..
debtrunner - 19 Oct 09 at 09:23:58
patutla ramai yang tak berapa berjaya dengan tnx. Apapun..you tetap rocks!
Menguasai Bahasa Inggeris - 21 Apr 10 at 07:43:26
Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan

1. Never Study A Single English Word
That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.
2. Never Study Grammar
Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!
3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.
4. Slow, Deep Learning Is Best
Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.
5. Use Point Of View Mini-Stories
You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.
6. Only Use Real English Lessons & Materials
How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.
7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.

The 2 Big Secrets to Confident English Speaking
Click here to view more details
farahaznil - 27 Aug 11 at 00:35:01
hahaha..klu dpt menang contest thn ni…hahaha..boleh lah post ni jadi panduan..dah dpt ebook free la katakan..hehe
ainun - 29 Aug 11 at 19:27:45
wah…bole sangat…sticky jap



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011