Satu lagi perkara yang aku tak berapa suka dan cukup benci adalah Yahoo Mesengger Marketing. Itu gelaran aku bagi marketing atau promosi yang dijalankan melalui yahoo mesengger. Aku sangat benci pada teknik ini apabila ada segelintir daripada mereka yang berada dalam senarai YM aku yang sesuka hati blast aku dengan promosi tentang affiliate atau promosi ebook terbaru mereka. Seingat aku, tak pernah pula aku bagi keizinan diorang untuk buat macam itu. Haa, ini lagi 40x lagi hangguk daripada email marketing.
Pertama, aku tak pernah ingat yang aku benarkan diorang promosi apa-apa ke yahoo mesengger aku, bukan? Sudahlah tu, boleh mintak maaf. Dah la mintak maaf. Siap tulis lagi tu “Maaf kerana spamming anda tapi…” atau Anda menerima promosi ini kerana anda berada dalam list yahoo mesengger saya.” Sejak bila pula wujud pula Yahoo Mesengger nih? Apa kejadahnya nih? Sesuka hati buat lagu tu? Kalau sekali tu, kita boleh maafkan. Ini tidak, banyak kali juga diblastnya. Sudahlah aku set YM aku dengan no HP aku. Jadi, bila aku off YM, memang aku akan terima mesej dari YM yang memberitahu ada orang yang mesej aku.
Yang menjadi persoalannya, diorang tak rasa bersalah buat sedemikian. Aku pernah lihat ada orang komplen tentang hal ini kat forum. Tapi mamat tu kene hentam balik. Orang yang hentam balik itu kata, inilah Yahoo Mesengger marketing. Kita boleh hantar email promosi ke semua orang yang berada dalam list YM kita. Ini memang 40x lagi hangguk dari[ada email marketing. Sah-sah bengong. Aku terima korang sebab mungkin korang hendak tanyakan aku sesuatu. Ataupun aku hendak tanyakan korang sesuatu. Tapi kalau sampai tahap main blast-blast untuk promosi, memang gampang betul la. Takde otak ke..
Walaupun aku tahu mungkin diorang akan dapat duit dengan cara promosi sedemikian dan dapat macam-macam. Itu lantak diorang. Tapi kalau korang buat lagu tu, aku dah tak dapat nak hormat korang lagi sebagai blogger atau Im yang berwibawa. Aku ingatkan mamat ni ok. Tapi dia wat sengal juga. Aku faham yang kita semua buat kesilapan. Tapi takkan benda asas macam ni pun tak boleh nak faham? Apa perasaan korang bila dapat sms dari seseorang yang tidak anda kenali di handphone kesayangan korang? Korang bengang kan? Paling sengal sekali, korang delete terus sms tu, kan? Betul tak? Itu belum lagi mangkuk mana dari buat promosi insuran atau kad kredit di handphone kita. Boleh pula depa kata nama kita ada dalam sistem diorang. Itu lagi satu kepala hangguk diorang. Ini mesti ada mangkuk yang jual maklumat peribadi kita. Huh..
Tapi jika korang memang dah SET awal-awal dan beritahu yang korang dah buat satu akaun YM HANYA untuk memberitahu berita terkini tentang apa-apa promosi, produk korang, menjawab soalan pelanggan korang, itu AKU TAK KESAH dan aku rasa aku tak ada masalah dengan itu. Tapi seingat aku, aku tak pernah terima offer sedemikian. Dan memang aku takkan buat promosi cara ini sebab bagi aku ini antara cara yang aku tak suka. Benda aku tak suka, memang aku takkan buat. Jadi, jika ada antara korang yang buat macam ni, harap tak ulang lagi. Tak ada cara lain lagi ker??
Sudahlah. Aku malas dah nak tulis. Cuma kalau ada yang terbuat promosi kat YM aku, aku takkan ragu-ragu untuk memperkenalkan ID korang yang popular itu disini. Mungkin jika aku dapat siasat siapa empunya YM itu dan aku tahu nama dan websitenya, akan aku kongsikan disini. Mungkin dia suka dipromosi secara percuma diblog aku walaupun yang datang ke blog ini tidaklah sebanyak blog-blog hiburan. Namun, aku tak harap aku akan berbuat demikian. Jadi, jangan buat lagi dan ini adalah antara sebab aku dah malas nak ON YM aku sekarang. Aku cuma ON bila ada orang betul-betul nak tanya sesuatu atau aku sendiri nak tanya orang sesuatu. Kalau tak, memang aku OFF YM memanjang..
Ps: Tak yahlah aku bagitau 10 sebab mengapa aku benci Yahoo Mesengger Marketing. Cukuplah apa yang aku tulis. Janji korang dapat apa yang aku nak sampaikan. Ye, aku tahu. Ko nak kata aku kerek, poyo, bodo, gampang dan sebagainya. Aku pedulik apa. Kalau ada yang buat gampang lagi, jangan kata aku tak cakap apa-apa. Lu pikir la sendiri..nak buat duit pun. Agak-agakla..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 13 dari Linkadage | 4 Sebab Mengapa GAGAL dalam Program TNX »


























alang. Ko setuju? Macam pernah kena aje. Hehe..
biskut. Aah. Tak betul. Aku silap. Tapi biar ajelah. Janji korang faham apa yang aku cuba sampaikan.
Aku tau betapa bengkek ko nyer hp kena spam sbb link dgn ym
Bila sorang yg digelar otai buat cmtu, so nanti pengikut2nya akan buat mcm tu jgk…sbb dorg pikir tu salah satu teknik marketing percuma kononnya…walhal itu adalah spamming….kan titan kan?
mungkin 1 ari nnti ade org letak ads affiliate kt signbord jalan mcm ALONG slalu wat hehe..
best ar titan ni…
byk benda yg dia benci…
kemudahan bila ada disalahgunakan…
siapa tak benci…
hehehe…
*Titan tengah tertekan ke? huhu
Sepatutnya YM tu untuk komunikasi. Promosi tu diakhirnya jika kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk berurusan.
Paling kurang pun, letak link promosi pada bahagian status.
Semoga yang buat message spam tu bertaubat sebelum terlambat. Hehe..
”sila lawati blog saya untuk maklumat lanjut”.nak ajar aku tentang pendapatan tak kisah.maklumat dunia internet dari segi pendapatan banyak.ni tidak sudah aku bagitau jangan hantar emel dan cara hang promosi ni salah.dia masih hantar emel.3 kali sehari pun ada.
Baca komen aku ni.bukan lepas geram.cuma peringatan sahaja.
akazuma. Aku tak jarang. Selalu. hari-hari online. Tapi tu dulu. Sekarang, cukup malas nak online. Lum lagi tambah masalah YM selalu lembab pila nak login..
samdaddycool. Memang kepala hangguk pun..
animeboon. Kalau tak tahan, ko buang aje diorang dari list YM ko tuh..
Otai. Ada sorang. Mungkin dia perasan artikel aku ni. Terus dia ubah ayat dalam email promosi dia. Hanya sesiapa yang nak dan sanggup terima YM dari dia. Boleh add dia. Kalau tak sanggup. Tak payah. Alhamdulillah. Ada juga yang sedar dan ambil tindakan. Tak perlu aku bagitau korang siapa yek..
merahkatak. Yap. Really annoying otai..
cyza. Yap. Kes naya. Tapi aku harap ianya tak berterusan..
Miziology. Kalau dah sampai tahap tu. Memang terdesak gila nak cari duit. Tapi along marketing, salah satu cara marketing yang berkesan. Betul2 ramai yang kena penangan along nih..
Sweet Thinker. Yap. Boleh. Asalkan bukan spamming tahap melampau..
Fatin. Takdelah sampai tertekan. Saje buat orang lain tertekan. Haha..
Smartzul. Bertaubat? Itu kita tak tahu. Harap-harap begitulah. Sebab tu lah aku malas dah nak buka YM. Melainkan hal-hal penting sahaja..
Safar. Ya tuan puteri. Patik baca komen tuan puteri nih. Hehe..