Ahh, lupakan sebentar tentang masalah email marketing. Aku dah unsubscribe hampir 75% yang ada dalam akaun utama aku. Jenuh gak nak padam. Tapi sebab aku memang nak kasi bersih email utama aku ni. Itu belum lagi yang jenis rajin spam setiap hari. Memang hangguk jugak dibuatnya. Sudahlah, harap pada mereka yang dah terasa tu, jangan buat lagi. Kalau ada yang tak berkenan, mungkin aku publish terus kat sini untuk jadi edisi siasat. Mungkin ini dapat buat diorang rajin sikit tulis kat email promosi diorang sebelum kita melanggan mailing list diorang tu. Huh..

Ini bayaran terkini yang aku terima untuk bayaran komisen dari program Linkadage. Aku dapat sikit aje tiap-tiap bulan dari program ni. Malu nak tunjuk berapa yang aku dapat. Apapun, bagi aku biarlah kita dapat sekupang dua dollar. Janji aku tak buat orang bengkek. Bukan senang tu, kan? Apapun, modus operandi Linkadage lebih kurang aje macam Backlinks, TNX, TLA, Teliad dan lain-lain program yang sama waktu dengannya. Benda macam ni, sama aje. Cuma trik dan kekreatifan kita sahaja yang membezakan setiap pemain jual beli link ni. Aku tak leh bagitahu lebih-lebih, bagi yang dah baca Panduan TNX aku tu, diorang akan tahu serba sedikit apa yang aku maksudkan. Bagi versi 2.0 akan lebih gila sebab aku memang berterus terang dengan kejam berbanding versi 1.0. Nantikan Panduan TNX versi 2.0 dengan lebih sabar. Aku sibuk sikit nak touch up last masterpiece aku ni. Nak buat versi 1.0 pun ambil masa lama. Inikan pula versi 2.0.
Apapun, aku perlukan feedback, komen atau ulasan korang tentang panduan TNX aku tu. Jika ada korang rasa aku perlu tambah. Aku akan tambah. Jika rasa aku kene jual sikit je panduan ni, bagitau juga. Jika rasa ada yang tak faham, aku akan cuba terangkan. Jika perlu apa-apa aku sediakan. Aku akan cuba sedaya upaya aku. Maklumlah, aku tetap manusia yang mempunyai darah beroksigen. Jadi, ada masa aku leh tangkap semua benda, ada masa aku tak dapat. Biasalah, manusia normal. Ada buat salah dan silap.
Apapun, leh daftar Linkadage kat sini: Linkadage
Ps: Tak sangka ramai juga feedback tak puas hati pasal semalam. Aku dah agak. Tu belum lagi yang mencarut atau maki hamun aku tu. Kalau korang tak buat salah. Tak perlu terasa, kan? kan? Hoho..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Mengapa Titan Benci Email Marketing? | Mengapa Titan Benci Yahoo Mesengger Marketing »














mazuki. Sebab terlalu sikit la kene tutup. Haha..
cyza. Thanks.
tiap2 bulan masyuk erk bro nie…bagus2..
http://www.rohaizad.com/2009/02/17/kepada-mereka-yang-bertangunjawab-jangan-spam-inbox-subscriber-anda-boleh-tak/
Nampaknya mereka tidak pernah berubah … pasal duit, etika mailing list semua dicemar. Haram betul..
faisalhanim. Duit iklan aje RM40. Fuh..kalau hari2 masuk duit tuh dalam akaun bank kita..
kobot. bukan takat bukit aje. Gunung pun boleh..
Rohaizad. Aku malas nak cakap sebenarnya. Tu pasal aku tulis apa yang aku rasa. Sape yang makan cili, depa rasa pedas la..
merahkatak. Aku memang happy.
animeboon. Yup. Ada banyak blog memang beshhh..